Minggu lepas Kak Jang dan Kak Andak datang ke Temerloh. Tak taulah mengapa tiba-tiba je mereka nak ke Temerloh. Rasanya mereka saja nak jumpa mak sebab pada hari itu juga mak sampai di Temerloh dari rumah abang cik di Keratong 3 setelah seminggu berada di sana. Begitulah selalunya apabila mereka rindu kat mak. Mak tu kebiasaannya bukan nak duduk lama di rumah anak-anak sebab teringatkan pondok dan kawan-kawannya yang sama-sama memondok di Kg. Pangsenam.
Akak Jang dan Akak Andak pergi ke rumah abang cu dulu. Malam tu abang cu ajak kome sekeluarga makan sekali di rumahnya . Seronok dapat berjumpa dengan adik-beradik ni weh. Teringat masa kecil-kecil dulu, kakak aku nilah yang banyak menjaga aku bila mak ayah pergi kerja. Sesekali dapat makan bersama-sama ni rasa seronok tak terkatalah. Terima kasihlah akak kerana menjengok kome di Temerloh ni.
Gulai masam tempoyak ikan talapia campur terung pun ada. Sepinggan ni tak cukup rasanya.
Seronok amat mak bila berjumpa dengan cucu-cucunya. Ha apa tunggu lagi. Bacalah doa! Mat demeh tak nok makan ye?
Haaa yg. ini abang cik aku. Senyum lebar dia bila nampak aku nak tangkap gambar.
Lepas makan kome berborak kat luar rumah. Seronok duduk kat luar malam-malam ni, berangin dan sejuklah sikit. Tapi tak berborak lama lah sebab abg. cik penat setelah jauh memandu dari Keratong 3 ke Segamat, lepas tu ke Bahau kerana ada urusan katanya. Kemudian pergi pula ke Kuantan mengantar anaknya Nurul yang bekerja di Hospital Kuantan. Lepas tu Abg. cik dan akak Ani terus ke rumah abg. cu di Temerloh ni menghantar mak. Gayanya malam ni dia terpaksa tidur di rumah abg cu lah walaupun kalau ikutkan esok dia bekerja. Kena ambil cuti lah? Tak daya nak balik dah weh. Hari pun dah dekat 11.00 malam ni.
Esoknya kak jang dan kak andak bertandang ke rumah aku di Temerloh Jaya pula. Masa tu aku baru dapat gaji. Aku bawalah kedua kakak aku tersayang ni ke Restoran Ibu Jah untuk merasa satay kajang yang di jual di restoran ni. Pada aku kira sedaplah satay kat sini. Sataynya pun besar daripada tempat lain di Temerloh ni. Selain tu, kalau nak masakan panaspun ada.
Akok oder lah. Mintoklah apa-apa. Keh belanja malam ni.
Tengah menunggu makanan yang dipesan. Lambat sikit makanan sampai. Nampaknya ramai juga yang datang ke restoran ni ya.
Tengok anak aku tu. Gaya lemah je! Rupanya dia tak berapa sihat. Malam tu, aku dan isteri tak dapat tidur. Entah kenapa telinga anak aku jadi sakit. Akhirnya aku bawa dia ke Hospital Temerloh. Kalau nak kira tengah malam begini untuk kecemasan je. Aku tak pastilah sakit anak aku ni dikira kecemasan ataupun tidak. Tapi yang pasti aku dah pening kepala dan tak dapat tidur bila anak jadi begini. Mana ada klinik dibuka pagi-pagi buta ni. Hospital jelah harapannya.
Jenuh juga menunggu di hospital tu sebab doktor sibuk dengan kes lain, mungkin kes eksiden agaknya. Bila jumpa doktor, doktor bagi tahu telinga anak aku ada fungus akibat selsemanya. Hampir pukul 7.00 pagi baru aku sampai ke rumah semula.
Lepas sembahyang subuh, aku mengambil keputusan menelefon guru besar untuk memberitahu yang aku ambil cuti hari ni. Tak tahan mengantuk weh. Karang datang sekolahpun jadi tersengguk-sengguk dalam kelas tak guna juga. Selepas aku membeli sarapan untuk akak-akak dan mak, aku pun lenalah di pagi Jumaat tu hingga dekat pukul 10.00 pagi.
Lebih kurang pukul 10 setengah pagi, aku menghantar kak jang dan kak andak ke Stesen Keretapi Mentakab sebab mereka nak naik keretapi pukul 11.30 pagi di Mentakab untuk balik ke Merapoh. Semasa perjalanan ke stesen keretapi, aku singgah dulu basuh kereta kat Cyclone Car Wash yang tak jauh dari rumah aku ni.
Car wash ni baru dibuka kira-kira 2 bulan lepas. Sekali servis rm4 je tak termasuk cuci tayar dan vakum. Aku nampak orang Bangladesh je yg. jadi pekerja kat sini.
Sebenarnya aku baru nilah basuh kereta cara ni. Aku saja je bawa kakak basuh kereta kat sini untuk merasa jika mereka tak pernah lagi masuk basuh kereta di tempat macam ini. Takut juga akak aku bila tengok berus berpusing di sekeliling kereta aku.
Tengok brother ni tengah lap kereta aku dengan tuala besar. Terima kasih ya.
Sampai dah ke Stesen Keretapi Mentakab. Aku saja ambil gambar bangunan tu kerana nampak macam unik sikit.
OK tak kereta aku lepas basuh kat situ. Sayang, mesin tu takda berus untuk membersih bahagian bawah kereta. Tengok, masih ada kesan kuning tanah di bawah kereta tu! Emm! Jadi, rasanya mesin ni hanya sesuai untuk basuh kereta yg. tak berapa kotor. Betul tak?
Sebelah kiri tu kak jang. Di kanan pula kak dak.
Mak sedang berbual dengan kak jang. Agaknya tengah berkirim salam pada anak cucu mak di Merapoh lah tu.
Akak Jang, Akak Andak dan semua adik-beradiklah selalu sangat datang ke Temerloh ni melawat mak. Alhamdulillah lah aku nampak semua anak cucu mengambil berat tentang keadaan mak. Pendek kata anak cucu gilir-berganti melawat mak ni. Semoga keadaan ini berterusanlah sampai bila-bila.
Akak bila nak datang ke rumah kami lagi. Terima kasihlah akak kerana menjaga aku masih kecil dan atas jasa yang ditaburkan selama ini. Segala jasa mu tak ternilai harganya. Kalau ada terkasar bahasa dan sebagainya, maafkanlah ya.
sayang....anok sedare ,anok menantu sedare dan cucu2 sedare tak dapat nok join....ayoh tok berape sehat..lame juge kome tok ke temerloh dah
BalasPadamsalam..
BalasPadamamboi makan je deme..
berkilat keter yakk
tak jauh dah dr rumoh mak abah akak tu..
BalasPadamAyah tak sehat! Sabarlah. Ada masa mohlah ke temerloh.
BalasPadamBerkilat sebab baru je lepas basuh tu...
ohh org mentekab, dekatlah kite ni yek?