Malam tadi aku ikut salah satu progaram perkhemahan tersebut iaitu Program Ceramah Agama selepas Maghrib di surau sekolahnya. Ustaz yang menyampaikan ceramah dalam program ini iaitu Ustaz Syukri yang memang dijemput khas dari luar. Menarik juga ceramah ustaz ni walaupun hanya ceramah untuk budak-budak sekolah rendah. Antara yang menariknya ialah Kisah AlQamah tidak dapat mengucap semasa nazak kerana tidak mendapat keampunan ibunya. Rasanya dulu pernah aku dengar kisah ni tapi aku dah ingat-ingat lupa.
Menurut ceritanya, AlQamah ni seorang sahabat nabi yang baik. Dia tidak meninggalkan sembahyang dan rajin pula menderma. Ibunya yang sudah tua tidak tinggal dengannya selepas dia berkahwin.
Pada suatu hari, dia membeli 2 helai pakaian iaitu 1 untuk ibunya dan 1 lagi untuk isterinya. He, he! Maaflah aku lupa pula pakaian yang macam mana, jadi aku sebut pakaian jelah.
Semasa perjalanan ke rumah, dia bertemu dengan ibunya. Lalu AlQamah menunjukkan pakaian tersebut.
Ibunya berkenan salah satu pakaian tersebut tetapi AlQamah tidak memberikannya kerana pakaian itu ingin diberikan kepada isterinya. AlQamah memberikan pakaian lain yang bukan pilihan ibunya. Perbuatan ini menyebabkan ibunya tersinggung.
Ada pertanyaan juga dalam fikiran aku. Adakah AlQamah tidak memberi pakaian itu kepada ibunya kerana tidak sesuai dari segi saiz dan sebagainya. Jika itu alasannya, takkanlah ibunya tersinggung. Jadi aku mengambil kesimpulan bahawa pakaian yang dibeli oleh AlQamah daripada jenis yang sama tetapi mungkin ada kelainan sedikit seperti dari segi warna.
Perbuatan yang terlalu melebihkan kehendak isterinya daripada ibu bapa dilarang Allah. Apa yang aku lihat, ramai orang yang jenis sayang atau takut sangat kepada isteri sehingga sanggup mengabaikan mak ayah. Walaupun sayang ke anak bini, janganlah pula kita abaikan mak ayah kita ye! Aku bukan mengingatkan orang je ni tapi akupun sama.
Di pusara ayahku di Tanah Perkuburan Merapoh,Hari Raya Aidil Fitri 2010.
Janganlah sesekali kita menderhakai ibu dan bapa. Ingat, jika susah di dunia hanya sementara tetapi jika susah di akhirat mungkin selama-lamanya. Nak masuk syurga? "Syurga itu di bawah telapak kaki ibu".
Tidak lama kemudian, AlQamah jatuh sakit. Semasa sedang nazak, AlQamah tidak dapat mengucapkan Dua Kalimah Syahadah. Para sahabat hairan lalu memberitahu Rasulullah S.A.W. Bagindapun datang untuk melihat AlQamah yang sedang nazak itu. Kemudian, baginda meminta ibu AlQamah mengampunkan anaknya itu. Bagaimanapun Ibunya keberatan untuk mengampunkannya lalu Rasulullah S.A.W menyuruh Para Sahabat membuat unggun api untuk membakar AlQamah.
Tindakan itu menyebab ibunya segera mengampunkan kesalahan AlQamah kerana tidak sanggup melihat anaknya itu dibakar.
Walaupun aku tidak tahu kisah ini datangnya daripada hadis jenis apa tetapi aku suka mengambil pengajaran daripada kisah ni. Walaupun kita rajin sembahyang, bersedekah dan sebagainya, jangan sesekali kita menyinggung hati ibu bapa kita yang semakin tua dan sensitif. Jika berlaku, cepat-cepatlah meminta ampun daripadanya sebelum kita menemui ajal. Kata orang Merapoh, nak bercakap dengan ibu bapa ni kena 'beghambi'.
Satu lagi yang diceritakan oleh ustaz ni ialah setiap malam Jumaat, ibu bapa kita yang dah ke Rahmatullah akan menunggu-nunggu hadiah daripada anak-anaknya yang masih hidup. Hadiahnya cuma doa daripada anak-anaknya. Ustaz tu bagi contoh macam budak sekolah tunggu namanya dipanggil untuk menerima hadiahlah. Kita bercagar dapat tetapi tak dapat. Apa kita rasa. Itulah gambaran perasaan sedih ibu bapa kita pada masa tu apabila namanya tak dipanggil untuk menerima hadiah daripada anak-anaknya seperti orang lain.
Semoga ceramah ustaz ni dapat menginsafkan kita tentang peranan sebagai anak dan ibu bapa. Sebagai anak jangan derhaka kepada ibu bapa manakala ibu bapa pula didiklah anak-anak supaya mentaati ajaran agama. Lainlah kita dah berusaha sedaya mungkin mendidik anak-anak tetapi tak menjadi juga. Itu kita serahlah kepada Allah kerana Allah lebih mengetahui.
Di bawah ni aku tunjukkan beberapa gambar yang sempat aku ambil semasa berada di Perkhemahan Bersepadu Sekolah Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh, Pahang.
Kawad budak-budak.
Berkawad dengan penuh semangat.
Awak rasa yang ni boleh menang ke?
Sedia! 1 2 3!
Jangan lupa masukkan gambar kami ni dalam blog cikgu...
Nak bergambar ke tak nak ni?
Ambil gambar kami dalam khemah cikgu!
OK tak gaya kami ni?
Ustaz Syukri
Mendengar ceramah dengan penuh perhatian
Best juga ceramah ni
Cukup ke ayam bakar ni?
Udang dan ikan bakar pun ada. Emm bestnya
Anak aku berlakon jadi ustaz sedang memulihkan orang kena rasuk
Di sinilah kami berkhemah
Balik je ke rumah, anak aku terlentang sampai pukul 6 petang. Letih betul nampaknya.
Salam bang...
BalasPadamKisah al Qamah tu mmg banyok pengajarannye,same la kite mabik iktibor..
Amboi suke sgt la bebudok ni dpt berkhemah yak..mmg sedap sgt la dapat buat gini..bebudok pun semangat..
CANTIK TUL GAMBAR NIEEEEE!SAPE TANKAP GAMBAR
BalasPadamASSALAMUALAIKUM...
BalasPadamBILA TENGOK SK SERI TUALANG, RASA RINDU PULAK NAK PERGI KE SANA. BANYAK KENANGAN YANG TERUKIR SEMASA MENJALANI PRAKTIKUM SELAMA 3 BULAN DI SANA (2004).