Masjid Lama Merapoh
Sedih melihat masjid yang indah ini ditinggalkan begitu sahaja.
Maknanya yang pertama perlu aku buat apabila sampai ke Kampung Merapoh ni ialah pergi bertahlil di pusara ayah dan abang teh. Jika sampai malam, pagi-pagi esok mak aku mesti ajak pergi ke kubur. Jika aku berlengah-lengah, mulalah dia membebel macam-macam.
Masa kecil-kecil, kami bersembahyang di sini hanya berlampukan gasolin.
Meriah sungguh semasa ada majlis seperti masa sambutan Maulidur Rasul dan sebagainya walaupun sekadar dihidangkan dengan teh atau teh 'O' dan beberapa jenis kuih yang dibawa oleh para jemaah.
Begitu jugalah masa aku balik ke Merapoh pada hari Ahad baru-baru ni. Aku sampai ke Merapoh dah hampir pukul 1 pagi. Jadi tak kan nak ke kubur gelap-gelap gitukan. Pagi esoknya aku bangun lambat sikit sebab tidur malam tadi dah dekat pukul 3. Maklumlah lama tak berjumpa dengan saudara-mara, banyaklah menda nak bercerita. Kemudian terpaksa pula pergi dulu ke Gua Musang sebab tayar kereta aku pancit malam tadi di Felda Kecau masa perjalanan balik ke Merapoh ni.
Laluan ni dari Sg. Merapoh.
Aku dari sekolah biasanya mandi dulu di Sg. Merapoh sebelum sembahyang Jumaat di Masjid ni.
Aku dari sekolah biasanya mandi dulu di Sg. Merapoh sebelum sembahyang Jumaat di Masjid ni.
Selepas balik dari Gua Musang dalam pukul 1 petang, tak jadi juga pergi ke kubur sebab panas terik. Aku ajak anak bini aku pergi mandi di Relau, dapat juga lari daripada rasa panas membahang musim kemarau ni. Masa nak pergi ke Relau tu, mak aku mula membebel. Aku sabar jelah. Aku cakap kalau sempat, balik dari Relau nanti bolehlah pergi ke kubur.
Tempat ni namanya Bukit Ati yang mesti ditempoh untuk pergi ke Relau.
Gua batu kapur di depan tu namanya Gua Bekong. Di situlah aku pernah dikejar oleh sekumpulan beruk masa aku sorang-sorang mendaki gua tu.
Hari esoknya iaitu hari Selasa, barulah aku sempat bawa mak aku bertahlil ke pusara ayahanda dan kakanda aku. Kami baca Yassin dan bertahlil semasa matahari tengah naik. Panas juga rasanya bila terkena cahaya matahari pagi ni tetapi kami teruskan sahaja hingga selesai bertahlil.
Kedai tayar Gua Musang.
Puas juga tunggu cina ni ganti tayar kereta aku.
Dah sampai ke Relau. Abah tolong ambil gambar kome.
Sg Relau.
Seronoknya dapat mandi di sungai yang sejuk masa tengah-tengah panas ni.
tumpang lalu...:D
BalasPadam