Masa aku darjah 1-2 sekitar tahun 1977-78, rumah orang Merapoh ni terletak jauh antara satu sama lain. Denai-denai yang merentasi belukar, kebun getah, paya dan kebun buah-buahan menjadi laluan utama penduduk kampung untuk ke sesuatu tempat.
Biasalah aku terserempak dengan ular, babi hutan, kancil dan sebagainya semasa menggunakan laluan ini. Pada masa itu tidak ramai yang memiliki kenderaan, kebanyakannya hanya berjalan kaki sahaja.
Titi yang diperbuat dari batang kayu seperti batang pinang digunakan untuk menyeberang parit atau sungai-sungai kecil. Kadang-kadang aku menghanduk air atau meniti di atas batu-batu pula untuk keseberang sungai.
Seingat aku ada satu jalan tanah merah yang agak lebar sebagai jalan utama. Jalan ini adalah bekas jalan balak. Jalan inilah yang menghubungkan kampung-kampung di sekitar Merapoh seperti Kampung Mentara, Mentara Lama, Persik, Teluk Gunung, dan Kubang Rusa.
Bayangkanlah menggunakan jalan tanah merah semasa musim tengkujuh. Lopak air dan lecak di sana sini. Kadang-kadang lebih selesa berkaki ayam daripada memakai kasut atau selipar semasa menggunakan jalan seperti ini. Biasalah tali selipar jepun putus akibat ditarik kuat apabila terlekat kat selut.
Apabila musim kemarau pula, debu yang beterbangan apabila kereta dan motosikal melaluinya menjadi pandangan biasa. Sediakan sahajalah sapu tangan atau kain buruk apabila terdengar bunyi kenderaan.
Ha, ha! ada pula yang sengaja membuat debu dengan menyangkut ranting pokok dibelakang motosikal atau basikal. Mungkin untuk keseronokan walaupun ini tentu mengganggu orang lain. Debu yang melekat di pakaian tidak dihiraukan. Kalau pakai baju putih tu akan bertukar jadi warna kekuningan atau keorenan. Faham-faham jelah jalan yang macam ni. Mana boleh nak cermat sangat.
Tiada jambatan konkrit di Merapoh pada masa tu. Jambatan yang paling canggih ialah jambatan besi jalan keretapi.Yang ada hanya jambatan dibuat daripada kayu balak. Itupun kerana ada cina balak datang mengambil balak di hutan sekitar sini.
Jambatan dibina untuk mengangkut balak-balak keluar dari hutan ke stesen keretapi Merapoh. Pada masa tu stesen kereta api Merapoh menjadi tempat balak-balak dikumpul sebelum diangkut menggunakan kereta api ke kilang kayu seperti yang terdapat di Sungai Yu.
Jambatan balak ni sebenarnya tak tahan lama. Sesetahun selepas digunakan, jambatan ni biasanya akan rosak atau runtuh. Seingat aku pernah aku meniti di atas sebatang batang balak untuk ke sekolah kerana jambatan yang ada runtuh akibat di makan masa.
Pada masa ini Merapoh jauh dah berubah. Jalan bertar dah sampai ke depan rumah. Masing-masing dah bergaya dengan kereta dan motosikal. Namun, masih aku ingat bagaimana jalan di Merapoh suatu ketika dahulu.
*26/9/2024-29/9/2024 Khamis-Ahad(Throwback) *
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
27 Sept 2024 Bersambung dari cerita di *Sini*. Mala...
koi amik weh...:D
BalasPadampopalih weh...mmg merah la tayor kala masuk jalan gitu
BalasPadamamiklah weh.
BalasPadammasa tu entah berapa biji kereta je yang ada kat Merapoh. Gambar kat atas tu bukan gambar kat Merapoh. Aku ambil kat google je.
Takde beza dgn Kuala Lanar masa tu.. lumpur samapi ke kepale....
BalasPadam