Tingkat atas tu pernah menjadi asrama ku. Pintu tulah aku keluar pergi ke tandas.
Asrama kayu aku tu sebelah atasnya bilik asrama manakala sebelah bawahnya pula dewan makan. Dewan makan nilah tempat dijadikan gelanggang ping pong. Ada 3-4 meja ping pong yang diubahsuai dari meja makan di sini.
Ini keadaan dewan makan tu sekarang.
Masa tu musim peperiksaan. Pada satu malam, aku dan beberapa orang kawan belajar hingga ke awal pagi. Tiba-tiba aku rasa nak kencing. Aku ajak kawan aku tapi mereka semua menolak dengan pelbagai alasan. Akhirnya aku pergi seorang diri ke tandas yang terletak bersebelah bangunan asrama.
Masa turun tangga nak pergi ke tandas tu aku mula rasa seram bila lihat dewan tu gelap gelita. Kemudian aku buka pintu asrama dan lihat pokok-pokok kat luar asrama tu dalam kegelapan malam. Sunyi je masa aku menuju ke tandas tu menyebabkan aku makin bertambah seram. Setibanya di tandas aku terus melepaskan hajatku.
Inilah tandas tu. Dalam tandas ni ada satu kolah air yg. sempit tapi jarang sangat ada air.
Budak selalu masuk dalam kolah tu mandi pasang paip cucur air kat kepala.
Keluar dari tandas sayup-sayup aku dengar bunyi burung. Rasa seram semakin bertambah, tambahan pula bila melihat suasana sekeliling yang samar-samar dalam kegelapan malam itu.
Setibanya di pintu asrama semula, aku mula rasa lega sedikit. Semasa mengunci pintu tu tiba-tiba bulu tengkok ku rasa meremang apabila terdengar bunyi lantunan bola ping pong di tengah dewan makan tu. Aku pandang ke tengah dewan yang samar-samar tu tetapi tak nampak apa pun.
Aku naik tangga pelahan-lahan manakala bunyi bola ping pong tu semakin jelas. Sampai di tengah tangga aku berhenti sekejap untuk mengamati bunyi tu. Adakah aku tersilap dengar? Namun padaku memang jelas bunyi tu bunyi lantunan bola ping pong.
Selepas tu aku panggil kawanku Nasrul. Tiba di tengah tangga, kami masih mendengar bunyi bola ping pong tu dengan jelas. Lepas tu kami panggil semua kawan-kawan yang belum tidur untuk mendengar bunyi ganjil tu. Tapi bila dah ramai, bunyi tu hilang tak kedengaran lagi.
Kajadian ni menambah keyakinan ku pada alam ghaib. Syaitan, jin dan sebagainya adalah makhluk Allah yang sukar dilihat oleh kita. Lepas pada tu aku tak berani dah lepas cakap sangat pada makhluk ni. Naya nanti!
salam weh midi.. awok ade juge cerita hantu... hantu ni kekadang tu..persaan kita je.. tapi tak tau la.. abeli bukan takut kat hantu ni cuma tak berapa berani jee.... ha...
BalasPadamBetul abeli, kadang-kadang bunyi air embun menitik kat zink pun kita perasan bunyi hantu bila dah takut. Tapi bunyi ni aku yakin memang bunyi nok mengusik aku.
BalasPadam