Maulidur Rasul



"Menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW"

Ini aku nak bercakap sikit tentang motto Maulidur Rasul kita pada tahun ini iaitu "Menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW" dari sudut pandangan aku yang jahil nilah. Kalau aku tersalah, jangan keberatan mengirimkan teguran yang positif.

Aku ni memang sayang sangat kepada Baginda SAW tetapi sunnah Rasul ni kurang sangat aku amalkan. Antara sunnah Rasulullah yang aku tahu ialah  Baginda tidak melewat-lewatkan solat, dan solat berjemaah. Aku ni selalu sangat lewat solat dan jarang sangat solat berjemaah di masjid. Kalaulah ayah aku masih hidup, tentu sedih dia.

Oleh kerana selalu sangat buat perkara tu hingga kadang -kadang perkara tu aku anggap remeh dan biasa saje. Walhal, itulah tuntutan yang utama atau asas Baginda Rasulullah SAW supaya umatnya sentiasa mendapat keberkatan daripda Allah SWT.

Susah hati juga bila memikirkan perkara ni dan aku rasa ramai juga orang lain yang macam aku ni. Sedar, susah hati tapi masih bertangguh untuk laksanakan. Boleh ke agaknya kita nanti menjadi umat Islam yang cemerlang dan dapat membimbing keluarga dan anak cucu kita ke arah menghayati Islam jika kita terus begini.

Pada pendapat aku, nak menjadi seorang yang Menghidupkan Sunnah Rasullulah, asasnya solat nilah. Kalau kita tak ambil berat tentang solat, macam mana Allah nak mengambil berat tentang kita. Minta dijauhlah diriku dan kelurgaku ini daripada dipinggirkan oleh  Allah SWT. Jika itu berlaku mampuslah aku.

Daripada sudut yang lebih luas, jika diperingkat keluarga dah rosak atau kurang penghayatan Islam, tentu diperingkat ummah pun akan rosak sedikit demi sedikit. Aku juga semakin hari semakin risau bila melihat budaya masyarakat sekarang. Ramai mak ayah tak menutup aurat, anak lebih-lebih lagilah. Makan ikut 'dan' saja, ambil remeh tentang isu halal, sedangkan itu akan jadi darah daging dan hati kita. Bersikap individualistik, lantaklah apa nak jadi pada orang lain dan tak boleh menerima kritikan dan teguran. Tidak peka kepada sensitiviti Islam, galak membuat maksiat dan banyak lagilah. Kudis-kudis inilah yang tidak disedari oleh ramai umat Islam sekarang yang semakin membesar dari masa ke semasa seperti mereka sudah buta dan tuli  .  

Fikirkanlah kalau kita lengoh solat, kemudian suruh anak cepat solat, pelik je jadinya. Begitu juga dengan aurat, suruh anak tutup aurat tp. kita sendiri tutup lebih kurang je. Rambut tutup tapi tapi punggung bulat je, boleh ke? Ha, ha, aku selalu terpadang ke bentuk punggung perempuan. Nak buat macam mana dah nyata merata-rata. Ustaz atau ustazah ajar anak kita jangan pakai seluar ketat dan jarang tp. tengok keluarga tutup cara lain, rambut je tutup tapi kain jarang, seluar ketat. Ayah abang pula suka keluar berjalan pakai seluar pendek.  Kelirulah si anak tadikan? 

Tak mustahil akhirnya anak kita tu terus tak tutup aurat sebab fikirnya pakai seluar ketatpun sama juga. Akhirnya tindakan kita akan diwarisi ke anak cucu cicik kita, malah menjadi semakin jauh dari penghayatan Islam. Trend pakai seluar pendek dan ketat ni dah menjadi labut, tengoklah di mana-mana. Tak risaukah kita atau kita dah rasa macam tak ada apa-apa je keadaan ini?

Inilah cara wanita menutup aurat yang sebenarnya. Kalau pakai tudung tapi pakai seluar ketat dan baju baby tu, jauh sangat lagilah dianggap menutup aurat. Insaflah kaum muslimah, itu fahaman sesat yang nyata.

Sebenarnya aku ni risau kepada semualah, termasuklah diri aku, keluarga, saudara mara, masyarakat dan kepada umat Islam yang menjadi saudara seagamaku. Aku berharap kerisauan aku ni dinilai oleh Allah yang menjadi tempat aku bergantung, tiada yang lain lagi. Ampunilah daku Ya! Allah.

Walau bagaimanapun aku besyukur kerana dulu aku merokok tetapi Alhamdulillah dah hampir 2 tahun berhenti dari  mengisap menda yang tak berfaedah tu. Aku rasa itulah satu-satunya perubahan yang aku dapat selepas balik dari menunaikan Umrah. Dulu aku berbelanja sampai rm10 sehari untuk membeli rokok je. Aku ni bukan reti beli rokok yang murah-murah, Dunhill juga aku cari walaupun mahal. Minta-minta janganlah aku terjerumus lagi dengan gejala merokok ni lagi. Jadi, ini aku kira satu Sunnah Rasulullah yang telah aku amalkan. Insyaallah jika beserta dengan niat yang ikhlas. 

Ini luahan hati aku sahaja, tidak terlintas untuk mengait atau menyentuh mana-mana pihak. Kita ni ada satu tanggungjawab iaitu berdakwah atau mudahnya menasihati atau mengajak orang berbuat baik. Aku berazam untuk mengubah cara hidup ku. Amin.

Pokok Jejentik

Buah Jejetik / Jentik

Masa aku kecil-kecil, aku takut sangat ke hantu ni. Apa taknya, cerita-cerita hantu ni memang selalu aku dengar daripada ahli keluarga aku sendiri dan juga daripada orang-orang tua. Orang tua kata, hantu ni ada bermacam-macam jenis. Ada hantu kubur, pocong, toyol, hantu kopek, hantu tinggi, langsuir, polong dan lain-lain lagi.

Masa tu aku ni nakal sikit jadi mak ayah dan adik-beradik aku akan takutkan aku dengan mengatakan "ada hantu kat situ!" dan sebagainyalah kata-kata yang berkaitan dengan hantu. Akhirnya aku jadi takut sangat ke hantu hingga bila aku nak pergi ke mana-manapun, aku kena berteman.

Masjid kat Merapoh masa tu bersebelahan dengan tanah perkuburan. Sekarang ni masjid tu ditinggal begitu sahaja  kerana dah ada masjid baru yang terletak berhampiran dengan perumahan Merapoh. Sayu juga rasa hati bila melihat masjid tu semasa pulang ke kampung.

Di kawasan tanah perkuburan Merapoh pada masa tu banyak tumbuh pokok buah-buahan seperti
pokok macang (bacang), dan jejentik. Masa sekolah rendah, selalu juga aku dengan kawan-kawan sekampung pergi ke sini untuk memanjat pokok tu bila tiba musim pokok tu berbuah.

Walaupun ada orang kata makan buah-buahan daripada pokok yang tumbuh kat tanah perkuburan ni tak elok tapi kadang-kadang aku pergi juga ke tanah perkuburan tu bersama kawan-kawan untuk mendaya buah-buahan di situ. Orang kata pokok-pokok kat situ bajanya diserap daripada orang mati yang dikebumikan kat situlah. Wallahuaklam.

Pokok Jejentik

Sebenarnya aku bukan nak sangat buah kat situ tapi bila dah berkawan, jadi tak seronoklah kalau tak pergi bila kawan-kawan ajak. Jadi, pada suatu hari tu selepas balik dari sekolah, aku mengikut kawan-kawanku memanjat pokok jejentik kat situ. Rasa takut juga tapi aku kuatkan hati untuk ikut juga dia orang ke tanah perkuburan tu.

Semakin hampir aku ke tanah perkuburan itu, semakin kuat takutku. Apatah lagi apabila aku mula ternampak batu-batu nisan dan pokok-pokok bunga yang ditanam di atas kubur-kubur di situ, lagilah seram. Walaubagaimanapun, aku buat saje jelah kerana tak nak kawan-kawan perasan yang aku ni penakut sangat.

Bila nampak je pokok jejentik yang berbuah ranum tu, kami pun terus berlumba untuk memanjat pokok tu. Aku berlarilah sekuat hatiku. Kemudian, apabila sampai di pangkal pokok, aku panjatlah sepantas mungkin untuk mendapat dahan yang paling lebat berbuah. Akhirnya akulah yang berada paling tinggi di atas pokok tu.

Aku pandang sekeliling, nampaklah batu-batu nisan bercerotek sana-sini. Seram juga aku tapi aku terus buat tak tau sambil cuba mendapatkan buah jejentik sebanyak mungkin. Tengah-tengah aku leka memetik buah tu tiba-tiba aku terasa sunyi semacam. Aku lihat ke bawah, tak nampak sorang habuk pun kawan aku. Rupa-rupanya dia orang dah tinggalkan aku kat pokok tu sorang-sorang tanpa aku sedari.

Apa lagi berderaulah darah aku. Aku turun secepat mungkin kerana ketakutan yang amat sangat. Sampai je ke bawah, aku terus pecut selaju mungkin untuk keluar dari kawasan tanah perkuburan itu. Kawasan perkuburan tu pula memang jauh dari rumah orang kampung. Hanya semak dan hutan disekelingnya. Walaubagaimanapun sempat lagi aku mengambil beg sekolah dan membawa buah jejentik yang aku petik tu.

Pengalaman tu masih segar dalam ingatan ku hingga sekarang. Setiap kali aku menziarahi pusara arwah ayah dan abang teh serta ahli keluarga yang lain, aku teringatlah kisah tu. Sayang sekali pokok jejentik tu dah tak ada lagi.



Setiap yang hidup pasti menemui ajal. Tempat yang dulunya kita datang menziarahi orang yang telah tiada akhirnya kita juga mendiami di situ untuk selama-lamanya. Risau aku bila mengenangkan perkara tu lebih-lebih lagi apabila melihat ramai dah ahli keluarga aku telah mendiami kawasan tersebut. Bila pula aku ni ye? Semoga ayah dan abang teh serta ahli kelurga yang telah tinggal di sana sentiasa dalam rahmat Allah.  Amin!

Pacat

Dulu aku gentel-gentel je pacat ni.

Semasa aku sekolah menengah dulu, bila tiba cuti sekolah panjang, aku selalu menoreh getah. Yelah masa tu bukan macam sekarang. Sekarang ni mana-mana budak sekolah yang nak cuba bekerja pada masa cuti begini boleh memiilih banyak tempat seperti boleh bekerja di stesen minyak, pasar raya dan macam-macam tempat lagilah.

Masa aku dulu, nak pula duduk kat Kampung Merapoh yang letaknya paling ulu di Negeri Pahang ni mana ada pilihan. Menoreh getah jelah pekerjaan yang ada. Kalau malas gayanya tak merasalah duit lebih sikit bila buka sekolah nanti.

Biasanya aku menoreh di Bekong tetapi ada juga aku menoreh kat Ulu Kumbang. Masa menoreh kat Ulu Kumbang ni ada satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan yang aku nak ceritakan kali ni.

Masa tu kami dah berpindah ke Perumahan Merapoh. Masa tu aku menoreh dengan abang aku yg. aku panggil abg. cu. Nak sampai ke situ dari Perumahan Merapoh ni kira-kira setengah jam dengan berjalan kaki. Jalan ke situ ikut jalan denai je, lalu tepi-tepi semak.

Tiap-tiap pagi lebih kurang pukul 7 pagi, kami pergilah ke kebun getah tu. Kebun getah ni adalah seluas 5-6 ekar. Abang cu toreh sebelah manakala sebelah lagi aku toreh.

Nyamuk tak kiralah banyaknya kat sini. Ngaung! ngaung! bunyi kat belakang tengkok. Puaslah aku mengibas dengan kain suruh lari. Begitu juga dengan serangga-serangga lain seperti lalat, kumbang dan macam-macamlah yang menyebabkan kita rasa kurang selesa.

Kebun getah ni kira tepi hutan tebal betul. Kadang-kadang rasa takut juga, bimbangkan rimau dan sebagainya. Namun nak buat macam mana. Itulah rasanya kerja yg. boleh mendatangkan duit sikit pada masa tu.

Rasanya takdan setengah jam menoreh, mulalah terasa benda-benda merayap dalam baju dan seluar aku. Mulalah aku tergaru sana-sini.Antara yang selalu aku dapat masa tergaru-garu tu ialah pacat. Banyak sungguh pacat kat sini.

Bila dah digigit pacat ni, mulalah badan berdarah sana sini terutamanya kat kaki. Nak hentikan darah ni bukannya senang. Kadang-kadang aku cuba sumbat tempat berdarah tu dengan tanah tapi biasanya berdarah juga. Akhirnya aku biar jelah sampai ia kering dan berhenti sendiri.

Biasanya dalam pukul 10.00 pagi, aku dah habis menoreh separuh pokok-pokok getah di kebun itu. Aku dengan abg. cu behentilah sekejap untuk berehat dan minum. Lepas tu kami sambung menoreh semula hingga selesai menoreh. Biasanya dekat-dekat pukul 12 tengah hari, habislah semua pokok-pokok getah tu ditoteh.

Menoreh ni bukan senang weh! Kalau tak biasa, habis kulit pokok getah tu luka. Bila luka, kulit tu jadi bergerutu masa ia menumbuh balik. Susahlah nak menoreh lain kali.

Pokok getah yang kami toreh ni kira dah tua. Kulitnya dah banyak bergerutu. Susah betul masa menoreh kerana tersangkut-sangkut di tempat bergerutu yang keras tu semasa aku menarik pisau getah tu. Siapalah yang menoreh dulu ni hingga batang getah jadi macam ni.

Selalu juga aku hilang sabar. Masa pisau tu tersangkut, aku tarik je pisau getah tu sekuat hati.Ha! ha! makin teruklah luka kat kulit pokok getah tu. Takpalah, getah dah tua. Tak lama lagi ayah aku planting baliklah kebun getah ni.

Mak ayah aku tak nak duit hasil dari kami menoreh ni. Duit ni mak ayah aku suruh kami buat belanja kat sekolah bila habis cuti nanti. Selalunya bila seseminggu dua menoreh, dapatlah kami seratus dua seorang. Seronok sungguhlah.

Pada satu hari, masa kami berehat pukul 10.00 pagi. Aku bukalah bekal yg. mak aku bagi. Hari tu mak bagi kami bekal nasi lauk gulai masam ikan ( gulai tempoyak ) dengan ikan masin. Sedap sungguh makan pagi tu. Pedas gulai masam ni rupanya.

Tengah sedap-sedap makan tu, aku rasa ada menda terlekat kat celah gigi aku. Bila aku tarik rasa liat-liat macam daginglah. Pelik juga aku, mana ada lauk daging ni. Akupun tariklah daging tu kuat-kuat. Bila tercabut je, terkejut aku, daging tu rupanya pacat. Terliut-liut je. nasib baik tak tertelan.

Musim ikan naik

Sekadar gambaran.
Suasana di Ulu Kumbang pada waktu pagi.

Aku suka sangat mengikut mak ayah mencari ikan naik ni. Ikan naik ni biasanya bila tiba musim hujan. Misalnya malam ni hujan, esoknya seawal pagi lagi mak ayah aku pergilah ke sungai untuk mencari ikan naik. Ikan paling banyak naik masa hujan lebat kali pertama setiap tahun. Bila hujan kali ke-2 dan ke-3, kurang dah ikan naik.

Kali ni aku nak cerita sikit pengalaman aku mengikut mak ayah mencari ikan naik di Sungai Gajah Mati. Sungai ni taklah besar, macam anak sungai jelah. Seingat aku, ada satu empangan yang kami panggil gedong dibuat di sungai. Aku pernah tinggal di tepi gedong ni masa ayah aku buat cerang di sini. Itu lain kalilah aku cerita.

Apabila hujan lebat suatu malam tu, ayah aku bercadang nak mencari ikan naik di Sg. Gajah Mati. Ayah aku pun keluarkan lukah, tuwo, tanggok dan sauk yang ada di rumah kami. Ayah aku pesan kepada mak dan aku supaya esok bangun awal sebab nak pergi menangkap ikan naik.

Maaflah, aku dah lupa adik-beradik aku yang lain yang ada bersama kami masa tu. Kalau ada, biasanya semua akan pergi mengikut mak ayah kami mencari ikan naik. Aku ni anak bongsu, jadi mungkin yang lain dah duduk di asrama sekolah menengah, aku tak pastilah.

Esoknya selepas sembahyang subuh dan bersarapan, kamipun bertolaklah ke Sg. Gajah Mati. Nak mencari ikan naik ni kena pergi awal pagi betul. Cahaya matahari baru-baru keluar tu kami dah pergi ke sana dgn. berbekalkan 4-5 tuwo dan lukah, 2-3 tangguk dan sauk. Selain tu mak aku bawalah bekalan untuk kami makan di situ nanti.

Kami akan menuju ke hulu Gedong Gajah mati tu. Mak  ayah aku akan tahan tuwo dan lukah di tempat-tempat yang strategik di alur anak sungai yang mengalir ke Gedong tu hingga ke hulu sungai tu. Tuwo ni tahan dengan kepalanya mengadap ke hulu sungai. Ikan naik yang nak turun semula ke gedong tu akan terperangkap di dalam tuwo ni.

Manakala, lukah pula di tahan dengan kepalanya mengadap ke hilir sungai. Ikan-ikan yang berenang ke hulu sungai (ikan naik) akan terperangkap pula di lukah ni. Ikan banyak naik pada waktu pagi dan akan turun semula ke gedong apabila hampir tengah hari.

Lukah dan tuwo ni kena selalu ditengoklah. Jadi mak ayah aku akan sentiasa pergi ke hulu dan ke hilir sungai untuk mengambil ikan-ikan yang terperangkap kat dalam lukah dan tuwo tu untuk di masukkan ke dalam bekas atau guni. Masa berulang-alik tu jugalah kami menangguk dan memedap ikan naik yang menyorok di celah-celah ghebe kayu (tempat akar-akar dari pokok ditebing sungai terjuntai ke dalam air ).

Seronok sungguh masa menangkap ikan ni. Sungai ni memang di tengah hutan betul. Udara di sini memang segar, airnya juga agak jernih walaupaun baru hujan. Redup je sebab kelilingnya dikelilingi pokok-pokok kayu. Susah dah nak jumpa sungai macam ni sekarang. Rasanya tak dapat dah aku nak merasa semula pengalaman macam tu. Tinggal kenangan jelah.

Ikan Baung.

Banyak kami dapat ikan naik ni sampai 1-2 gunilah. Ikan yg. kami dapat seperti ikan baung, peras, bagus, sembilang, seneghing, peroi, bado dan lain-lain lagi. Kira-kira pukul 12 atau 1 petang, biasanya kami baliklah sebab ikan dan makin kurang. Masa tu letih memang letih tapi seronok memang tak dapat ni gambarkan lah.

Bila sampai ke rumah, kena menebuk ikan pula. Puaslah kami makan ikan naik ni sampai berminggu jugalah. Dulu takda peti ais tapi mak aku salai dan perkasam jelah ikan ni untuk bagi tahan lama.

Wallahuaklam.

Menuba ikan

Akar tuba.

Antara aktiviti yang tak dapat aku lupakan di Merapoh ni khususnya di Ulu Kumbang ialah menuba ikan. Menuba ikan ni biasanya dilakukan pada musim kemarau iaitu semasa air sungai dah surut.

Kali ni aku nak cerita tentang pengalaman aku mengikut mak ayah menuba ikan di sebatang sungai kecil di Ulu Kumbang. Peristiwa ini masih agak segar dalam ingatan aku walaupun pada masa tu aku masih sekolah rendah. Nama sungai ni aku tak pasti tetapi ia terletak di sebelah hulu rumah kami, rasanya tak sampaipun 1km.

Ini bukan sungai tempat aku menuba tp. lebih kurang cam ginilah.
Tempat tu sekarang dah jadi ladang kelapa sawit. Sayu juga rasanya.


Sungai ni berbatu pepeh ditebingnya, mungkin batu ni bersambung dengan batu beberapa buah gua yg. ada di Ulu Kumbang ni. Jika dilihat ke dalam sungai, ada batu-batu ni berlubang atau berterowong yang menjadi tempat sesuai untuk ikan-ikan berehat atau bermain.

Sungai ni pula bersambung dengan Gedong (tempat takungan air buatan seperti tasek kecil) Wan Cu yang terletak di sebelah hulunya. Aku masih ingat, sebelah hilir Gedong Wan Cu ni ada satu tempat mandi yang menarik juga. Selain di Lubuk sebelah Gua Ulu Kumbang, tempat ni juga menjadi tempat mandi kegemaran kami.

Apa yg. menarik di sini ialah air dari gedong tu disalurkan ke tempat mandi ni melalui sebatang buluh yang besar. Oleh kerana derasnya air yang turun daripada buluh itu menjadikan tempat itu seperti kawasan air terjun. Sungguh seronok mandi di air terjun dari buluh tu kerana airnya sejuk dan menyegarkan. Terasa sungguh kepuasan mandi di sini yg. sukar untukku gambarkan dengan perkataan.

Berbalik kepada kisah menuba ni, ayah aku menggunakan bahan semula jadi iaitu akar tuba untuk menuba ikan. Tak pernah rasanya ayah aku menuba menggunakan bahan terlarang atau racun seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang sekarang.

Akar tuba ni memang tumbuh merata di hutan sekitar sungai ni. Masuk jelah ke hutan tu nanti ayah aku jumpalah dengan akar-akar tuba ni. Akar ni tertanam di dalam tanah tapi taklah dalam sangat. Ada sesetengahnya timbul dipermukaan tanah. Kena bawalah alat-alat yang patut seperti penggali dan parang untuk mendapatkan akar tuba ni. Keratlah akar tuba yg. timbul dipermukaan tanah tu, kemudian kami cungkil dengan penggali dan akhirnya kami tarik akar tu keluar.

Bila ayah aku rasa akar tuba tu dah mencukupi, kami masukkanlah akar tuba tu ke dalam guni untuk dibawa ke tepi sungai. Agaknya adalah 2-3 guni akar tuba diperlukan untuk sekali kerja menuba ni.

Di tepi sungai ni pula, akar tuba akan diketuk di atas batu sehingga lumat dan dikumpulkan di satu tempat. Apabila semua akar-akar ni dah dilumatkan, tibalah masanya untuk kami mengincah akar tu ke sungai. Ayah aku akan pilih tempat yang paling sesuai untuk mengincah akar tuba ni.

Biasanya ayahku pilih di hulu lubuk kawasan aliran air yg. agak genting. Kalau tak silap, di hilirnya pula diletaklah alat-alat memerangkap ikan yang sesuai supaya ikan yang lari dr. lubuk ini akan terperangkap di situ pula.

Masa menuba ni biasanya air tohor dan mengalir perlahan je kerana musim kemarau. Jika diperhatikan dr. atas tebing, biasanya akan nampaklah ikan-ikan yang berada di lubuk-lubuk sungai tu. Lubuk-lubuk ni bukannya dalam sangat, paras-paras dada orang dewasa je. Bila dikincah je akar tuba tu kat situ, tak sampai 15 minit mabuklah ikan-ikan tu.

Bila lihat ikan-ikan tu tenggelam timbul dan memeper je ke tepi-tepi tebing, inilah masanya untuk kami menangguk ikan-ikan tu. Seronok sangat masa menangguk ni. Yelah bermain dengan ikan-ikan, boleh rasa dengan tangan kita rontaan dan licin ikan-ikan yang kita tangguk tu. Blus! Blus! Begitulah lebih kurang bunyi ikan-ikan tu melompat kemabukan. Aku masa tu seronok tak terkiralah. Yelah budak dapat main dengan ikan!

Kelebihan akar tuba ni ialah ia hanya memabukkan ikan sahaja. Bila air kawasan lubuk tu sudah kembali bersih daripada air akar tuba tu, ikan ni akan perlahan-lahan pulih seperti biasa.

Tuba sekarang yg. mungkin ada dijual di kedai-kedai tertentu dengarnya amat merbahaya. Ikan yg. kena tuba ni bukannya mabuk tetapi terus mati. Orang yang makan ikan yg. kena tuba ni pula pun boleh kojol sama. Oleh itu, janganlah buat perkara yang tak tak bermoral tu.

Ada juga orang sekarang ni menggunakan bom atau kejutan elektrik. Cara ni pun aku ada pengalaman tetapi bukan dengan ayah aku tapi aku ikut orang lain. Masa tu aku dah besar. Yang ni aku boleh cerita lain kali. Aku tak suka cara ni sebab pada aku ini sesuatu yang zalim. Anak-anak ikan pun habis mati. Boleh pupus ikan kalau buat cara ni.

Ikan Sebarau
Beginilah lebih kurang keadaan ikan mabuk kena tuba.

Ok, sambung balik. Biasanya kami dapat 2-3 guni ikanlah selepas kerja menangguk atau menagkap ikan ni. Ikan ni ikan sungai. Kalau dapat sebesar betis tu kira basar sangat dah. Antara ikan-ikan yg. biasa kami dapat ialah ikan sembilang, toman, badar, kaloi, sebarau,peras bagus, dan kepar. Ada lagi ikan lain tapi bab nama ikan ni aku lemah sikitlah.

Ikan-ikan yang kami dapat ni akan ditebuk dan dimasaklah. Biasanya mak aku buat gulai masam, gulai lemak, atau di goreng. Ha, ha, bukan ikan je kami dapat, udang sungai sebesar jari budak pun banyak kami dapat, sampai berbesen. Udang ni kami goreng atau buat gulai. Aku tengah menaip nipun kecor air liur bila terbayangkan lauk tu. Telor ikanpun seingat aku dapat sebesen penuh. Mak aku buat gulai lemak atau goreng telor ikan ni. Mewahlah kami makan lauk ikan bila tiba musim menuba ikan ni.

Inilah ikan salai.
Ikan ni biasanya mak aku salai kat atas para buluh yang dipasang kat atas dapur kayu.

Ikan-ikan yang lebih tu mak aku salai atau buat ikan pekasam. Bolehlah tahan berbulan juga, boleh digoreng dan boleh juga di gulai. Selain tu, ikan-ikan ni akan diberikan kepada jiran atau saudara mara. Ada juga yang dijual.

Aku dah letih menaip sebenarnya ni. Makin ringkas aku bercerita. Malam ni pun aku nak tidur awal sikit. Nak ubah cara tidur, he, he. Ha... satu lagi, ada sejenis akar tuba yg. dipanggil tuba ceceh. Tuba ceceh ni akarnya kecil sedikit dan biasanya digunakan untuk menuba di sungai yang lebih kecil. Selain di sungai tu, banyak lagi tempat yg. pernah aku ikut mak ayah aku menuba termasuklah anak sungai kat dalam Gua Ulu Kumbang tu.

Wallahuaklam.

Mengemas Fail

Laptop aku ni dah lama tak kemas. Berserabut dengan entah apa-apa fail. Malam ni aku kemaslah laptop aku sikit. Fail yang rasa-rasanya tak penting tu aku delete je. Banyak fail dan folder yg. aku sendiri pun tak tau isinya.

Masa aku kemas, terjumpalah pula dengan bermacam-macam gambar yang aku ambil tapi akhirnya aku sendiri lupa.

Ha, ha. Banyak rupanya gambar dalam laptop aku ni. Jadi aku rasa nak kongsilah sedikit gambar-gambar ni dengan kekawan semua.

Kali ni aku nak tunjuk gambar-gambar yang aku ambil masa aku sekeluarga pergi bercuti ke Singapura dan Johor Bahru pada cuti sekolah akhir tahun baru-baru ini.

Aku bercuti ke Singapore tu sebenarnnya lebih kepada meronda kat sana saja. Kalau orang bercuti mungkin mereka habis beribu-ribu kat situ, masuk sana, masuk sini semuanya berbayarkan. Macam kami ni RM100 pun tak habis. Masuk pukul 10 pagi, balik semula ke Johor pukul 3 setengah. Malas makan tengah hari kat sana, mahal melampau. Apa taknya duit kita kecil, duit sana 2 kali lebih besar duit drp. duit kita.

Lagipun susah nak cari tempat makan muslim kat sana. Yang aku jumpa restoran mamak adalah. Aku ni pula dah lama pencen makan kat restoran mamak ni. Bukan apa aku takut restoran tu bukan mamak punya tp. restoran hindu yg. dah banyak cambah kat Malaysia ni. Takutlah aku makan kalau dah rasa was-was. Maaf, sekadar pandangan peribadi.

Ha.ha, aku bukan plan sangat untuk ke Singapore tu, main pakai redah je. Itulah antara sebab aku tak jumpa restoran muslim kot. Aku try masuk ke sana sebab dah lama benar pasport antarabangsa aku ni tak dicop. Lepas pergi umrah dulu langsung tak pergi ke mana-mana dah. Aku rasa Singaporelah tempat selamat sikit berbanding pergi ke Thailand atau Indonesia. Lagipun dekat, tak banyak keluar belanja.

Satu lagi sebab ialah aku nak try GPS kat handphone baru aku. Handphone lama aku jenis samsung dah bermasalah. Baterinya dah tak boleh lekat kat bodynya lagi. Penyangkut kat bateri tu patah, terpaksalah aku ikat je dengan getah. 2-3 bulan juga aku pakai handphone dgn. keadaan baterinya macam tu. Akhirnya aku terpaksa tukar juga sebab selalu mati-mati bila getah pengikat tu longgar. Bila jadi macam tu, terpaksalah aku set balik masa dan terikh, lecehlah kan.

Aku sebenarnya bukan nak beli handphone yang canggih sangat. Aku cuma nak handphone yang canggih sikit dari yang lama. Yang penting skrin besar, senang nak tengok gambar. Aku minta dgn. tokey kedai tu handphone yg. harga dalam rm1000 je. Aku rasa dgn. harga macam tu takdalah apa-apa sangat tp. rupa-rupanya canggih betul drp. jangkaan. Semua ada wifi, gps, dan lain-lain yg aku sendiri pun tak reti nak cerita.

Inilah handphone lama aku. Dulu ikat dengan getah, sekarang ikat dgn plastik. Tak mati-mati macam dulu dah bila ikat dgn. plastik ni. Handphone ni aku bagi kepada anak aku masa dia pergi tuisyen. 

Ada gps nilah yg. jadi aku teruja nak ke Singapore. Tak takutlah sebab ke sana-sini gps ni boleh tunjuk. Itulah yg. aku redah je masuk ke sana.

Bila tarikh bercuti ni aku pun dah lupa tapi dalam bulan 12 tahun lepaslah. Aku menginap di Hotel Suria City, Johor Bahru. Hotel ni dekat sangat dengan tambak Johor. Boleh nampak dengan jelas aliran trafik di tambak tu.

Aku dr. Temerloh sampai kat hotel ni lebih kurang pukul 2 petang. Hotel ni kira oklah juga. yang aku jumpa pekerja wanitanya bertudung semua, sejuk mata memandang. Menu sarapannya pun boleh tahan juga. Kira padanlah dengan sewa RM160 deluxe room semalaman. Swimming pool pun ada, bolehlah mandi dengan anak aku.

Cukuplah takat ni je aku cerita, penat dah menaip ni. Matapun dah mengantuk. Besok sekolah ada gotong-royong. Kita tengok gambar pulalah.

Sedang memandu di Singapura

Kat sini, aku hanya berpandukan GPS kat handphone baru aku tu.
Kalau GPS ni rosak, mampus!

Kat mana-mana pun ada kemalangan termasuklah kat sini.
Ayat bodo sikit ni.

Ini masa kat Danga Bay, Johor Bahru.
Kesian beruk ni luka kat lehernya.  

Sedang menunggu makanan.
Ini masa makan malam di Danga Bay.

Ini masa mandi dengan anak aku kat kolam Hotel Suria City. 

Tengok kami gosok-gosok rimau tu. Ha, ha, ha, bergambar dalam gementar.

Tengok Sarkas kat Danga Bay pada waktu malam.

Ini pula isteri aku tercinta sedang tengok aku dan anak mandi. Dia ni takut air.

Semua gambar kat Singapura ni anak aku yang ambil. 
Aku memandu manakala maknya jenis malas mengambil gambar.
Rasa aku gambar ni dia ambil sambil berbaring kat belakang.

Kat Danga Bay juga.

Cuti Tahun Baru Cina

Assalamualaikum...

Ha. ha! Dah 3-4 hari aku tak menulis kat blog ni, gatal pulak tangan nak menaip.

Bukan apa, sebenarnya aku balik kampung rumah mak mertua kat Melaka pada hari Sabtu baru-baru ni. Dah berbulan dengar cerita dia sakit dalam perut, tak lawas buang air besar, tapi kami tak dapat nak balik. Cuti Raya Cina ni aku ambil kesempatan untuk ziarah dia lah.

 Tarian Naga yang pernah aku saksikan secara dekat, kebetulan aku berjalan kat situ. 

Aku yg. duduk kat Temerloh saja je balik ke sana ikut KL. Ikut lebuh raya, walaupun jauh sikit dan kena pula bayar tol tapi tenang sikit. Tak sibuk nak potong memotong. Kira jalan sambil ambil anginlah.

Aku ingat ikut jalan KL ni santai jelah sampai ke Melaka tapi rupa-rupanya selepas Plaza Tol Sg. Besi ke Seremban jamlah pulak.

Tersangkut aku kat situ berjam-jam. Boring jugalah tapi nak buat macam mana. Aku lupa org. ramai keluar dr. KL sebab cuti Tahun Baru Cina.

Kami tak singgah mana-mana tapi sampai kat rumah mak mertua aku di Sg. Siput, Lubuk China hampir pukul 8 malam, sedangkan kami bertolak dari Temerloh lebih kurang pukul 12 tengah hari. Lama betul, lebih kurang 6-7 jam perjalanan. Kalau aku ikut Triang dgn. perjalanan biasa, lebih kurang 3 jam, sampai dah ke rumah mak mertua aku.

Jumpa sarang pengingat masa merayau belakang rumah mak mertua aku.
Panas betul kat sini. Katanya dah berminggu tak hujan.

Kesian aku tengok mak mertua aku ni. Nampak cengkung je. Maklumlah dan lama makan bubur je, tak boleh makan makanan keras, jadi sembelit.

Bila aku tengok orang sakit ni, mulalah aku terfikir kita ni lemah sangat rupanya. Kita ni kalau Allah tarikkan dia punya nikmat, benda yang mudah pun kita tak boleh nak buat. Sebab itulah kita jangan cepat lupa diri atau kufur nikmat. Semuanya datang dari Allah, jangan fikir bila kita sihat, senang dan sebagainya kerana kehebatan kita saja. Lepas tu sombong macam dunia kita yang punya. Kalau tak diizinkan Allah, kita tak kan ke mana... he he...


Rumah dah siap tapi belum dapat CF lagi.

Bergaya depan rumah baru.

Pada hari Isnin, aku dan isteri pergi tengok rumah kami di Taman Rembia Perkasa. Rumah ni kira rumah kedua kami lah selain rumah di Temerloh ni. Bukan apa orang kata beli rumah ni tak rugi, harga tak turun bahkan boleh melambung tinggi.

Lagipun aku ni kalau cuti sekolah panjang, selalunya akan balik ke Melaka sampai 2-3 minggu. Boring weh tapi nak buat macam mana dah isteri kita nak juga beghado dengan maknya.

Jadi aku beli rumah ni nanti taklah aku lepak lama sangat rumah mak mertua. Aku boleh buat kerja sendiri di rumah baru aku tu.

Rumah tu kira dekat je dgn. rumah mak mertua, naik kereta tak sampai setengah jam. Bolehlah berulang setiap hari.

Aku balik ke Temerloh hari Selasa, bertolak dari sana lebih kurang pukul 3. Balik ikut KL lagi. Aku ni sebenarnya kaki langok. Dah tau jalan ikut KL tu jam tapi ikut juga. Kami singgah di MidValley, Kuala Lumpur. Cadang nak tengok wayang cerita Avatar tp rupanya cerita ni dah tidak ditayangkan lagi. Aku nak tengok sangat cerita ni sebab orang kata cerita ni best sangat. Takpa lah, nanti aku cari DVD, tengok kat rumah jelah.


Lepas tu kami jalan-jalan jelah kat sini sampai tempat ni tutup. Akhirnya aku sampai ke Temerloh semula pada pukul 1 setengah pagi. Ha, ha, puas hati. Alhamdulillah semuanya selamat.

Masa aku kecil di Ulu Kumbang

Esok aku nak balik ke Sg. Siput, Melaka iaitu rumah mak mertua aku. Dengarnya dia sakit. Sementara cuti Raya Cina ni, aku ambil peluang untuk menziarahinya.

Malam ni aku nak cerita sikit masa aku kecil-kecil di Ulu Kumbang. Mohlah baca...

Masa aku tinggal di Ulu umbang dulu, rumah lama kami terletak di sebelah paya atau sawah padi. Aku masa tu masih kecil sangat, umur mungkin baru 3 atau 4 tahun. Tak banyaklah perkara yg. aku boleh ingat dgn. umur sebegini. Walaubagaimanapun, adalah beberapa perkara yg. masih kekal dalam ingatan aku yg. aku nak ceritakan kali ini.

Cerita ni berlaku masa waktu maghrib. Masa tu aku menangis beriya sangat. Puas dah mak, ayah dan kakak-kakak aku memujuk tapi tidak juga berhenti. Lepas tu kakde bawalah aku ke halaman rumah dan duduk kat sebuah bangku di bawah sebatang pokok pauh rendang dan besar di depan rumah.

Rumah lama ni bertiang tinggi. Orang dewasa berdiripun boleh kat bawah rumah ni. Masa aku menangis tu, aku ternampak banyak sangat lembaga berkelubung putih kulu kilir (ke hulu ke hilir) kat bawah rumah tu. Mungkin macam tak logik umur sedang tu boleh ingat apa yang berlaku tp. peristiwa ni memang aku ingat. Agaknya itulah syaitan yang mengganggu aku hingga aku menangis tak henti-henti. Allah telah membukakan hijab sehingga aku boleh melihat perkara yang ghaib.Wallahuaklam.

Selepas itu kami berpindah pula ke rumah baru yang lebih elok daripada rumah lama yg. jauhnya kira-kita 1 km dr situ. Kalau rumah lama dulu, berdindingkan kulit kepong, rumah baru ni pula semuanya dari papan dan kayu yg. elok.

Rumah baru ni dekat dengan Gua Ulu Kumbang. Gua ni kecil je tapi ada satu ruang besar seperti dewan kat situ. Lebih menarik lagi, ada sebatang anak sungai mengalir dalam gua ni. Selain itu, ia betingkat-tingkat dan batunya pelbagai bentuk seperti bentuk kerusi, orang bersanding dan lain-lain lagi. Masa tu aku suka sangat main terjun-terjun kat tingkat-tingkat gua tu.

Kami anak beranak selalu juga pergi makan tengah hari dan berkelah kat situ. Apabila berkelah kat situ, nasi dan lauk-pauk dibawa dari rumah je kerana bukan jauhpun dengan rumah kami. Rasanya tak sampai 10 minit berjalan kaki, sampailah kami kat gua tu. Bentang je tikar mengkuang kat tempat rata kemudian kami makanlah kat situ sambil mengadap anak sungai yang mengalir jernih di atas batuan gua tu.Sejuk je tempat ni, macam ada aircond. Angin dr. luar bertiup lembut masuk ke gua tu. Bunyi air mengalir dr anak sungai tu sungguh mendamaikan. Masa tu aman damai sungguh rasanya.

Kat sini ada lagi satu lubang gua yang luas juga. Lubangnya sangat gelap dan menjadi sarang kelawar. Aku selalu juga ikut ayah masuk ke dalam lubang ni untuk mengambil baja tahi kelawar. Baja tahi kelawar ni kami pungut dan masukkan ke dalam guni.Ayah aku guna baja ni untuk membaja tanaman seperti padi.

Air anak sungai dalam gua ni datangnya dari sebuah lubuk di luar gua tersebut. Lubuk tu dekat je dgn. gua ni iaitu kira-kira 20 meter sahaja. Luas lubuk ni kira-kira 20 kaki persegi dan dalamnya pula ampuh kepala orang dewasalah. Kat lubuk inilah tempat kami mengambil air untuk memasak, membasuh pakaian dan mandi-manda. Masa tu kat Ulu Kumbang malahan di kawasan Merapoh ni mana ada air paip atau elektrik lagi.

Keliling lubuk ni pula ditumbuhi rumput-rumput air (aku tak tau nama rumput tu, ia kecil tp panjang-panjang). Masa musim kemarau, banyak belalang kat situ. Masa tu aku rasa lubuk ni cantik sangat. Airnya jernih sehingga aku dapat lihat ikan-ikan, labi-labi dan segala benda dalam lubuk tu. Kat hilir lubuk ni pula tumbuh pokok selon yg. berbunga putih menghiasi lubuk ni. Selon ni selalu juga mak aku kutip untuk dibuat sayur.

Apa yang menghairankan, tidak ada punca air masuk ke lubuk ni. Keliling lubuk ini adalah tebing kecuali aliran anak sungai yg. menuju ke gua tu. Jadi anak sungai tu semata-mata berpunca dari air lubuk inilah.

Ikan kat sini memang banyak terutamanya ikan sembilang. Ikan ni suka sangat bermain-main di kawasan pokok-pokok selon tu.

Kalau rasa nak makan ikan sembilang, sambil-sambil pergi mandi kat situ, mak aku sauk je dgn. tangguk, bolehlah buat lauk makan tengah hari. Ikan sembilang ni aku suka bila dibuat goreng. Ala..,terliur pula rasanya ni.

Kakde dan anak-anaknya
Dari kiri: Faizah, Noraini, Fazli, Kakde, Md. Adam (riba), Faizal


Pernah sekali, masa aku darjah 3 atau 4, aku ajak anak saudara aku yg. sulung iaitu Fazli memancing kat sini. Fazli ni anak sulung kakde aku yang berkahwin dengan seorang anggota polis. Suaminya pernah bertugas di Balai Polis Merapoh suatu ketika dahulu. Nama panggilan suaminya ni Raja sebab katanya dia ni keturunan Raja Negeri Sembilan. Pada masa tu mereka yang
tinggal di Johor Bahru atau Mersing, aku pun dah lupa pulang bercuti di kampung.

Setibanya di lubuk, kami ambil joran terbiar kat tepi lubuk tu lalu dibubuh dgn. umpan belalang yg. memang banyak terbang kat tepi lubuk tu. Tanpa disangka apabila aku baling je mata kail ke lubuk tu, seekor ikan toman hampir sebesar peha kami menyambar. Pepalih, seronok sangat..., terus kami bawa balik ikan tu untuk dijadikan lauk.

Ada sekali tu aku dengan Fazli pergi mandi kat lubuk tu. Fazli ni tak pandai berenang tp. seronok sangat mandi kat situ, maklumlah budak-budak. Aku suruh dia berdiri je kat batu gua yang mendatar tepi lubuk tu. Dari lubuk sebelum sampai ke tebing memang ada batu mendatar di sekeliling lubuk tu. Lebarnya adalah dalam semeter lebih. Jika kami berdiri kat batu tu, air adalah paras lutut hingga ke pinggang. Batu ni pula berlumut dan licin.

Sedang aku seronok berenang-renang, Fazli perlahan-lahan berjalan ke lubuk tempat aku berenang. Tiba-tiba dia tergelincir lalu berhempas-pulas cuba berenang untuk naik ke batu tu semula. Aku yg. melihat dia tenggelam timbul terus cuba menolong. Masa tu aku pun kecil, badan lebih kurang dia je. Masa cuba menolong dia tulah aku hampir lemas sama.

Dalam keadaan genting macam tu, dia pegang je badan aku ikut dan. Akhirnya aku juga hampir lemas sama. Banyak dah aku tertelan air sementara dia memeluk belakang aku dengan kemas. Pelukannya menyebabkan tanganku tersekat untuk berenang menyebabkan kami tenggelam timbul. Sementara
batu yang aku capai untuk naik ke tebing pula licin. Dah puas berhempas-pulas akhirnya aku berjaya juga bawa dia naik ke tebing. Mudah cerita, ajal kami belum sampailah tu. Fazli ingat tak lagi peristiwa ni? Tak taulah.

Itulah secebis kisah hidupku semasa kecil di Ulu Kumbang.

Buka Tanah 3


Ini aku nak sambung balik cerita seterusnya pasal buka tanah ni.

Bukannya lama sangat untuk memdapatkan hasil drp. menanam sayur-sayuran ni. Seseminggu dua selepas sayur-sayuran tu ditanam, sayur-sayuran ni dah boleh dipetik untuk dimakan. Best sangat sayur-sayuran ni kerana betul-betul baru dipetik dan sungguh segar. Sayur-sayuran ini juga hidup dengan baja asli iaitu daripada arang atau habuk kayu selepas kawasan itu diperun, bukan daripada baja moden. Penggunaaan racun serangga perosak sayur-sayuran juga kalau digunakanpun amat kurang sekali.

Biasanya mak aku akan buat masak tumis air sayur-sayuran yang baru dipetiknya itu. Aku suka sangat makan sayur masak tumis air drp. putik jagung, putik labu, pucuk labu, pucuk keledek dan macam-macam pucuk tumbuhan lain yang aku sendiripun tak arif. Pucuk yang aku tak ingat namanya tu mungkin sangat jarang digunakan dalam masakan orang sekarang. Sesetengahnaya aku dapat bayangkan lagi bentuk dan warna pucuk-pucuk itu tetapi aku dah lupa namanya. Rasa ralat juga pasal itu, kalau boleh atau berpeluang, aku nak ambil gambar pucuk-pucuk tumbuhan tu dan rekodkan dalam buku sebagai maklumat generasi sekarang dan akan datang.

Kenapa pucuk-pucuk tumbuhan itu sekarang agak jarang lagi digunakan? Sebabnya ramai orang sekarang tidak semahir orang dahulu dalam menyajikan masakan tradisional. Banyak-banyak ramuan masakan orang-orang dahulu tidak lagi digunakan dalam masakan tradisional sekarang kerana kesukaran untuk mendapatkan bahan-bahannya.   Kesukaran ini bukan disebabkan bahan-bahan itu tiada lagi tetapi kerana tumbuhan itu kurang ditanam oleh orang-orang sekarang yang kebanyakkannya bekerja di bandar dan tinggal di kawasan perumahan. Mereka hanya bergantung kepada bekalan sayur-sayuran di pasar-pasar. Kebanyakan sayur-sayuran pula datang dari Cameron Highland yang kebanyakkan diusahakan oleh kaum cina. Mereka kurang arif tentang bahan masakan orang-orang melayu, lebih-lebih lagi masakan tradisional.    

Nantilah aku tanya mak aku. Sayur ni memang best terutama apabila makan panas-panas. Biasanya aku ratah je sampai semangkuk dua.

Selain dibuat tumis air, sayur ni juga sedap dibuat masak lemak putih.

Di sebelah tempat tanam sayur tu ialah Gua Bekong. Gua ni kira antara gua yg. tertinggi di sekitar Merapoh. Jika berada di Stesen Kereta Api  Merapoh, cuba pandang ke arah jalan masuk ke Taman Negara. Tentu kita dapat lihat gua tu.

Selalu aku dengar kokokan ayam hutan di belakang gua ni terutama semasa waktu pagi dan petang. Aku ajak ayah untuk tangkap ayam hutan tu tp. dia tak berminat. Yelah ayah aku masa tu sibuk menjayakan tanah baru tu. Mungkin macam-macam yg. dia fikir dan rancang untuk dusunnya. Yang aku lihat, dia sibuk mencari anak pokok, membuat pancang dan menanam pokok buah-buahan. Aku ni mana terasa sibuk sangat, cuma membantu mak ayah je.

Pada satu petang, aku pergi sorang-sorang ke belakang gua tu untuk meninjau di mana ayam hutan tu lepak. Akhirnya aku dapat mengesan tempat ayam tu apabila aku terserempak dgn. kumpulan ayam tu. Berdasarkan kesan-kesan, aku yakin kat situlah ayam tu selalu lepak. Aku mula memikir macam mana nak tangkap ayam hutan tu.

Aku tanyalah kat ayah macam mana nak buat jerat untuk menangkap ayam hutan tu. Ayah aku bagilah satu idea, dia suruh aku cuba buat jerat bingkas. Dia ajarlah aku cara buat jerat tu. Aku pula memang minat sangat menda-menda macam tu. Tapi pesannya selalulah tengok jerat tu nanti kerana takut ayam hutan tu mati kering je jika terkena kat leher. Jika kena kat kaki tak apa tapi jika kat leher, terjerutlah leher ayam tu nanti.

Inilah lakaran jerat bingkas tu.
Aku rasa tak perlulah diperincikan sangat tentang jerat ni. Pada hari tu aku pergilah pasang jerat tu. Aku pasang dua tiga jerat jugalah. Esoknya aku pergi tengok. Weh memang mengena .... Lepas tu puas jugalah aku makan ayam hutan ni hasil dr. jerat tu tadi.

Ayam hutan ni bukan besar sangat, setakat seekor tu buat tahi gigi jelah.

Bagaimanapun aku rasa barsalah pula sebab ada dah 2-3 ekor ayam hutan yg. mati sesaja terjerut leher. Nak pergi ke belakang gua tu kira jauh jugalah. Kalau petang sangat, seram juga aku. Gelap semacam je hutan ni, ditambah pula bunyi macam-macam binatang kedengaran. Siapa tak seram. Oleh sebab tu, ada juga masa aku tak pergi tengok jerat tu hingga ada ayam hutan mati berulat gitu aje. Akhirnya aku tak mahu lagi pasang jerat tu.

Balik ke kisah sayur yg. mak ayah aku tanam tadi, biasanya sayur ni akan dibawa ke Pekan Sehari Lepeh (Lipis) pada setiap hari Sabtu untuk dijual. Bila tiba masa tu, akulah yang tolong memunggah sayur-sayur ni dgn. motosikal dr. cerang ke Stesen Kereta Api Merapoh.

Biasanya aku akan punggah sayur tu selepas sembahyang Isya`. 2-3 kali jugalah aku berulang-alik memunggah sayur tu. Sekali punggah paling kurang 2 guni atau 2 bakul sayur.

Bukan senang nak punggah barang ni weh. Bukannya pakai kereta tapi guna motosikal je. Bayangkanlah bawa guni dan bakul besar dgn. motosikal. Sayur ni pula ada jenis yg. berat seperti buah labu, mentimun tahun, keledek dan jagung.

Sayur ni akan diletak kat stesen ni hingga kereta
api ke Kuala Lipis sampai kira-kira pukul 5 pagi esok. Kami tutuplah elok-elok supaya tak diusik oleh binatang. Setakat yg. aku ingat tak pernah org. mengusik barang-barang kami tu. Orang Merapoh ni baik-baik belaka.
Pukul 5 pagi esoknya, aku pergi ke stesen untuk menghantar dan menolong mak ayah aku mengangkat sayur naik ke kereta api. Yelah bukannya sikit, sementara aku ada kat kampung ni, aku tolonglah mana yg. patut.

Kadang-kadang tu ada juga aku terus ikut mereka hingga ke Lepeh. Kami tiba di Lepeh lebih kurang pukul 7.30 pagi. Di sini pula, aku kenalah memunggah barang atau sayur tu ke pekan sehari Lepeh.

Taklah jauh sangat, 300 meter je dr. stesen Lepeh. Ada masanya ayah aku akan upah orang untuk bawa sayur tu dgn troli ke situ jika barang terlalu banyak.

Barang yg. kami bawa biasanya dah habis dalam pukul 9 atau 10 pagi. Cepat laku weh. Lepas tu biasalah cari sikit-sikit barang keperluan yg. patut.

Kemudian, kami tunggulah keretapi untuk balik ke Merapoh kira-kira pukul 2 petang. Sampai semula ke Merapoh kira-kira pukul 4 petang, itupun jika kereta api tak berselisih (tunggu kereta api dr. arah bertentangan ) di Chegar Perah. Jika selisih, itulah kadang-kadang kami sampai ke Merapoh hingga pukul 9-10 malam. Penat weh tp. nak buat macam mana. Itulah kehidupan kami.

Pada aku mak ayah pada masa tu taklah susah sangat. Semua anak-anak dah lepas belaka. Aku je belum kerja tp. kira mereka tak banyak menanggung dah sebab aku diberi belanja oleh abang teh. Anak-anak juga kerja boleh tahanlah, makan gaji belaka. Tanah getah pula berpuluh ekar. Tanah kelapa sawit di Ulu Kumbang juga aku rasa dah ada. Saham perumahan juga ada juga terima. Anak-anak juga sedikit sebanyak ada menghulur. Kalau nak ikutkan, lebih pada cukup dah untuk keperluan mereka berdua.

Mak ayah aku ni kira orang yang tak mahu duduk diamlah. Tak boleh rehat lama sikit, kalau tak bekerja sehari mungkin boleh demam lah. Sebab itulah mereka buat kerja walaupun pada masa tu umur masing-masing dah mencecah 60 tahun. Selagi ada kederat, selagi itulah mereka bekerja.

Selain itu, mereka ni ingat sangat ke anak-anak. Tanah-tanah yg. dibuka tu semua untuk anak-anak, bukannya untuk dijual. Mereka berharap anak-anak nanti senang, semua ada. Kerja ada, hartapun ada sikit-sikit. Aku rasa itulah harapan mak ayah aku.

Cerita buka tanah ni kira dah sampai ke penghujunglah. Sudah hampir penuh tanah tu yang mencecah 10 ekar lebih ditanam dgn. pokok buah-buahan. Pokok durian pelbagai jenis selain pokok duku, langsat, dokong, manggis, salak dan lain-lain ditanam di situ. Pisang yg. menjadi tanaman sementara pula dah hampir mengeluarkan hasil. Tak lama lagi, boleh juallah buahnya tu.

Aku pula dah dapat keputusan STPM. Alhamdulillah dapat jugalah sijil penuh. Layaklah untuk mohon universiti tu. Dapat tak dapat tu lain cerita. Lama dah rasanya duduk kat kampung, aku mintalah kebenaran mak ayah aku untuk ke Kuala Lumpur mencari kerja sementara di sana
sementara menunggu peluang yg. lebih bagus lagi.

Memanglah aku kasihan untuk meninggal mak ayah aku bekerja di Bekong tu tapi apakan daya, aku rasa perlu pergi untuk mencari peluang yg. lebih baik.

Aku pun dah lama meninggalkan Merapoh. Aku banyak di luar untuk bersekolah. Masa-masa cuti panjang je aku duduk di kampung. Rasanya tak berapa reti dah nak kerja gaya orang kampung ni.

Wallahuaklam...

Kelubi Jeruk

Hari ini aku nak cerita sikit macam mana aku buat kelubi jeruk. Kelubi ni aku beli kat gerai orang asli tepi jalan menuju ke Gambang  dari Keratong 3. Asalnya aku nak ratah mentah cicah dgn. garam je tapi tak daya weh!! Pepalih masamnya. Jadi aku buatlah jeruk. Nasib baik abang cu ajar.


Mula-mula aku kupas. Keras kulitnya weh.
Cuba dengan pisau dulu tp. susah, akhirnya aku guna kuku jelah.

Inilah kelubi selepas dikupas.

Hati-hati kalau nak kupas kelubi ni. Nanti jadi macam jari aku.

Hasif tengah toreh isi kelubi tu supaya merasap air jeruk nanti.

Tengok tu. Demam-demampun nak tolong abah buat jeruk kelubi.
Maknya tak bagi tolong, bahaya...Tapi aku suruh juga. Dulu, masa aku sedang-sedang dia ni dah menolong mak ayah menebas. Biarlah dia buat, aku jagalah.  

Lepas basuh, kelubi tu digaul dgn. garam.

Kemudian masukkan kelubi tadi ke dalam molo (bekas plastik).
Curah air sehingga semua kelubi tenggelam.
Tutup molo tu kemudian gonjanglah supaya air garam tu rata.
Biarkan selama sehari (24jam).


Lepas tolong aku. Aku bawa Hasif ke klinik. Tengok tu, demam-demam pun nak main.
Pantang keluar.

Aku cuba bawa ke Klinik 1 Malaysia, Temerloh. 

Esoknya kena buang air garam tu. Isi pula dengan air gula.
Alhamdulillah Hasif dah sihat. Dia tengah bancuh air gula.

Tuang air gula ke dalam molo hingga penuh.

Biarkan sehari dua.

Baru aku cuba tadi.
Sedap tapi rasanya kena tunggu sikit lagi supaya lebih manis.

Ha, ha, ha. Sesiapa yg. nak merasa kelubi jeruk yg. anak aku buat, jemputlah ke rumah ya.
Nanti koi hantarlah sikit kelubi jeruk ni ke rumah abang cu.

Buka Tanah II - Memerun

Aku menolong mak ayah aku membuka tanah disebelah tanah getah pinggir ni selepas aku selesai mengambil peperiksaan STPM di SAM (SHOAW) Kuching iaitu hujung tahu 1990 dan awal tahun 1991. Kiranya aku dah tamat sekolahlah. Masa ni aku menunggu result STPM. Kalau ada rezeki dapatlah aku melanjutkan pelajaran ke universiti nanti.

Orang buka tanah kat kawasan ni bukannya kami je, ramai lagi orang lain. Kalau tak silap aku hampir 100 ekarlah tanah kawasan ni dibuka oleh penduduk kampung. Kebanyakkannya ditanam dgn. pokok buah-buahan walaupun ada juga yg. menanam dgn. pokok getah dan kelapa sawit. Kedengaranlah bunyi chain saw orang menebang pokok di sekeliling kawasan tu. Kami je menebang guna cara lama, pakai gergaji sorong tarik je.

Masa buat kerja tu kadang-kadang aku melauh (melaung/ menjerit) kuat ke arah Gua Bekong. Saja je aku nak dengar pantulan suara aku dr. gua tu menjadi gemaan. Kadang-kadang masa aku melauh tu, adalah orang lain manyahut. Kemudian, sahut-menyahutlah kami, dapat juga menghilang sunyi masa tu. Antara kawan aku yg. juga membuka tanah kat situ ialah yg. aku panggil Ha, Nordin dan Ya. Mereka ni adik beradik yg. aku kira boleh dijadikan contohlah sebagai anak muda yg. duduk di kampung dan berjaya. Boleh menyara anak bini dgn. pendapatan yg. boleh mengalahkan org. makan gajilah.


Gambar diambil masa aku jalan-jalan kat Taman Gua Musang.
Lepak kat kampung sementara tunggu result STPM

Aku sambung teruslah cerita dalam Buka Tanah I, OK. Bacalah dulu cerita sebelum ni supaya senang faham apa yang aku cerita ni.

Sementara menunggu balak dan kayu-kayu tu kering, ayah aku membina sebuah pondok di tempat tu. Pondok tu hanya dibuat drp. kayu-kayu yg. terdapat disekitar tu juga. Buluh utk. dibuat lantai dan dinding. Batang kayu lurus, besar dan panjang ikut kesesuai pula dijadikan tiang dan sebagainya. Atap pula dibuat drp. daun rembia. Kerja ni dibuat sendiri oleh ayah, kalau ada pun sedikit jelah bantuan drp. kawan-kawan ayah seperti Pak Teh Hin. Pondok ni dibina di atas bukit kecil ditepi jalan menghala ke Sg. Relau iaitu jalan masuk ke Taman Negara. Kebetulan pula di situ terdapat sebatang anak sungai untuk kami mendapatkan bekalan air dan mandi-manda.

Kesimpulannya pondok ni betul-betul tradisonallah. Macam rumah-rumah orang kampung di zaman tahun 60-an agaknya. Dapurpun dapur kayu. Masa tu memang senang nak cari kayu api, kan hutan kawasan tu baru ditebang. Kat kebun getah pinggir tupun bersepah kayu yg. boleh dibuat kayu api.

Kalau sesiapa pernah pergi ke Taman Negara ikut Merapoh, tentu nampak pondok tu. Masih ada lagi sampai sekarang tetapi sudah di naik taraflah. Dah macam rumah orang kampung. Bila nampak Gua Bekong tu, silalah perhati kat sebelah kiri, tentu nampak pondok tu. Betul-betul tepi jalan.

Pondok ni dibuat kerana kalau kami nak berulang dari sini ke rumah kami di Perumahan Merapoh tak laratlah sebab ayah dan mak aku ni tak pandai memandu apa-apa kenderaan pun termasuklah motosikal. Motosikal yg.ada tu hanya digunakan apabila anaknya ada balik ke kampung. Masa anak tak da, mereka terpaksalah berjalan kaki ke Perumahan Merapoh lebih-kurang 10 km. Masa aku ada kat sini memanglah tak ada masalah tetapi jika aku dah kerja, terpaksalah mereka berulang alik ke rumah setiap pagi dan petang jika pondok ni tak dibina. Jadi pondok ni dibina untuk mengelakkan mereka dari penat berjalan kaki ke rumah setiap hari . Lagipun cerang ni perlu dijaga siang dan malam dr. binatang, maklumlah sekelilingnya hutan.

Aku kira inilah kali terakhir aku merasa duduk kat pondok yang suasananya seperti dangau kat tengah sawah padi masa aku kecil-kecil dulu. Selepas itu, takda dah ayah aku buat pondok hingga ke akhir hayatnya. Waktu malam macam-macam bunyi binatang kedengaran. Bunyi babi, beruk dan lain-lain, malahan bunyi gajahpun pernah aku dengar kat situ. Waktu malam memang gelap gelita, yelah kami guna pelita je. Masa duduk kat lambo (lebih kurang barenda lah) waktu malam, selalu aku tengok kat gunung-gunung yg. kejauhan cahaya seperti kilat walaupun pada masa tu bukannya mendung pun. Mak aku panggil itu 'kilat gajah'. Mak aku kata kilat ni datangnya dr. perut gajah. Sampai sekarang aku pelik macam mana perut gajah boleh mengeluarkan kilat.

Kalau nak diceritakan semua rasa tak terlarat pula, aku teruskan cerita pasal memerunlah.

Setelah sebulan dua, apabila balak-balak dan dahan-dahan kayu tu dah betul-betul kering, inilah masanya untuk membuat kerja-kerja memerun. Longggokan kayu tu akan dibakar menggunakan buluh. Buluh ni buluh kering yg. dicincang hujungnya supaya senang menyala apabila dibakar hujungnya. Kemudian buluh ni akan dibawa ke longgokan-longgokan kayu tu untuk memerun.

Masa memerun ni, asap berkepul-kepullah di udara. Api menyala sampai 10-20 kaki tinggi. Tak tau nak katalah panasnya rasa duduk kat tempat tu. Apatah lagi masa membakar ni biasanya waktu panas terik. Muka dan hidung kena tutup dengan kainlah untuk mengurangkan tersedut asap dan debu. Muka masing-masing tersengih je menahan panas. Habis basahlah badan kami berpeluh dan berminyak masa buat kerja tu.

Kerja ni boleh berlarutan selama beberapa hari. Jika hari hujan, lagilah lambat. Mana-mana kayu-kayu yg. tak terbakar tu kami kumpul semula dan bakar lagi hinggalah tanah tu betul betul bersih. Apabila dah bersih, mak aku akan menanam sayur sayuran kat tempat tu.


Inilah sayur maman. Pernah rasa tak?

Maman ni boleh dibuat pelbagai jenis masakan seperti gulai lemah.
mak aku biasanya jeruk dulu maman ni sebelum dibuat gulai.
Maman jeruk juga boleh diratah begitu sahaja. Sedap!


Selepas kerja memerun ni, tanah di kawasan tu dah menjadi elok sangat untuk ditanam dgn. sayuran. Arang dan abu drp. pembakaran tu telah menjadi baja yg. begitu baik. Biasanya mak aku akan tanam labu, sayur maman, bayam, terung, kacang panjang, kacang bendi, lada besar, jagung dan lain-lain lagi.

Apabila sayur-sayuran tu mula menghijau, seronok sangatlah pergi ke situ terutama waktu pagi semasa embun masih lagi di daunan. Bau tanah dan kayu yg. terbakar  masih lagi terasa-rasa. Dalam kedinginan pagi, dapat ku lihat cahaya matahari terbit. Kicauan burung-burung dan bunyian unggas rimba menemaniku waktu menuju ke tempat tanaman sayur-sayuran kami. Alangkah damainya. Terasa ingin ku kembali ke zaman itu.

Begitulah gambarannya semasa berada di cerang. Cerang ni maksudnya tempat kami tanam sayur tulah. Kami panggil cerang je . Begitu juga waktu petang. Dapat lagi aku rasakan udara segar yg. aku sedut semasa menolong mak ayah aku di situ. Kadang-kadang aku sengaja mencari tempat yg. tinggi untuk menyaksikan pemandangan yg. indah di petang hari.

Tanaman sayur ni sebenarnya tanaman sementara je kerana ia hanya sesuai semasa tempat ni baru-baru diperun. Masa tu tanah ni lapang lagi, tiada pokok-pokok besar. Emak aku biasanya lebih sibuk menjaga sayur-sayuran manakala ayah aku pula sibuk mencari dan menanam pokok buah-buahan terutama pokok durian. Selain itu, pokok pisang juga ditanam sebagai tanaman sampingan sementara menunggu pokok buah-buahan membesar. Biasanya aku lebih sibuk menolong ayah aku menanam pokok-pokok tu.

Apabila sayur-sayuran ni sudah boleh dipetik, aku menolong pula mak ayah memetik sayur untuk dijual. Selain dijual kat Merapoh, kami juga akan membawa ke Pekan Gua Musang, Padang Tengku atau Pekan Sehari di Kuala Lipis.

Inilah kerja-kerja mak ayah aku sejak dr. mereka muda lagi. rasanya mereka ni tak pernah makan gaji. Kerja semuanya menggunakan kederat. Alhamdulillah, walaubagaimana susahpun, mak ayah aku tetap menghantar kami ke sekolah. Belajarlah setinggi mana yg. boleh, mak ayah aku akan hantar walaupun terpaksa bergolok- bergadai. Itulah yg. aku paling kagum dgn. mak ayah aku ni.

Ya Allah, ampunilah dosa ibu bapaku. Tempatkan mereka di tempat yg. sebaik-baik tempat. Sesungguhnya jasa mereka tak terbalas oleh kami. Kami amat bersyukur dianugerahi ibu dan bapa seperti mereka.

Oklah aku rasa bab cerita menjual sayur ni aku sambung kemudianlah. Penat dah menaip ni...

Buka Tanah I

Malam ni keh nok cerita sikit pasal buka tanah baru. Mungkin ramai orang tak tau macam mana orang dulu-dulu membuka tanah baru untuk buat dusun dan sebagainya. Aku adalah sikit pengalaman tentang ni yg. rasa boleh berkongsi dgn kawan-kawan.


Ini gambar aku selepas tanah tu berjaya mengeluarkan hasil.


Kali ni aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku masa menolong ayah membuka tanah untuk membuat dusun buah-buahan. Maaflah takde gambar nak ditunjukkan. Tunggulah bila aku balik kampung nanti, aku ambillah gambar yg. sesuai.

Masa aku duduk di kampung, sementara menunggu result STPM, aku merasalah menolong ayah aku membuka tanah. Tanah tu di Bekong iaitu tanah di tepi tanah getah pinggir kami di Merapoh.

Kat Merapoh ni kebanyakkan penduduknya mendapatkan tanah kebun dgn. cara membuka tanah. Aku rasa kat kampung-kampung lain di Pahang ni pun juga menggunakan kaedah yg. sama. Apabila ada tanah kosong, mereka tebang tebaslah tanah ni untuk ditanam dgn. pokok buah-buahan atau getah. Selepas tu mereka memohonlah kat pejabat tanah utk. mendapatkan geran sementara. Jika wakil drp. pejabat tanah lihat tanah tu dan puas hati dgn. kerja mereka, biasanya dapatlah mereka geran tanah sementara. Bila dah lama-lama, akhirnya mereka dapatlah geran kekal. Begitulah caranya lebih kurang org. kampung mendapatkan tanah kebun di kampung aku Merapoh.

Ayah aku pun gitulah juga. Dia nak tanah di sebelah kebun getah pinggir tu untuk dijadikan dusun durian. Tanah tu adalah lebih kurang 10 ekar termasuk rezab gua. Memang masa tu orang kampung tengah sibuk membuka tanah di kawasan Bekong ni. Jadi aku yg. baru habis sekolah ni kenalah menolong ayah aku membuka tanah tu.

Sebenarnya tanah tu dikira hutan teballah. Ada berpuluh pokok balak yg. sebesar 2-3 pemelok di kawasan tu. Kalau tengok ke gaya hutan tu rasa tak terdaya nak mengerjakan dgn. tulang 4 kerat. Ayah aku ni pulak memang tak pandai atau mungkin juga tak berapa berminat nak menggunakan alat-alat moden seperti Chain Saw. Dia hanya menggunakan kapak, gergaji panjang dan baji.

Mula-mula sekali tanah tu kena dirintih dulu supaya tahu berapa ekar keluasan tanah tu. Kerja ni ayah aku memang pakarlah. Aku tak taulah tekniknya tp. ayah aku guna kayu-kayu yg. dipotong kira-kira sepanjang 2m setiap satu. Besarnya pula kira-kira sebesar ibu jari kaki atau lebih. Kayu ni nanti akan dipacak di tempat-tempat tertentu untuk menandakan kawasan tanah tu.

Apabila kawasan tanah sudah ditanda, ayah ajaklah emak dan aku menebas semak-semun di hutan tu. Pokok-pokok yang sebesar peha atau lebih juga akan ditebang menggunakan parang dan kapak. Ada sesetengah pokok pula ditebang sedikit saja supaya apabila pokok besar yang ditebang tumbang nanti, ia akan menghempap pokok-pokok ni lalu tumbanglah sekali.

Tujuan kerja-kerja ni dilakukan dulu supaya memudahkan kerja menebang pokok-pokok yg. lebih besar nanti. Jika tidak, mungkin ada pokok besar yg. ditebang tu tidak tumbang dgn. sempurna kerana tersandar kat pokok-pokok kecil dibawahnya. Ini boleh menambahkan kerja dan akan membahayakan kami. Kerja ni berlarutan berbulan jugalah.

Apabila kerja menebas dan menebang pokok-pokok kecil selesai maka tibalah masanya untuk menebang pokok yg. besar-besar pula. Masa ni ayah aku akan sediakan gergaji sepanjang 1-3meter . Ada gergaji digunaka untuk seorang dan ada juga jenis gergaji yg. kena ada dua orang untuk menggunakannya. Gergaji untuk dua orang tu ada pemegang di setiap hujung gergaji. Setiap orang kena pegang hujung-hujung gergaji tu lalu menyorong tarik gergaji tu semasa menebang pokok.

Pada aku ayah memang betul-betul pakarlah dalam kerja ni. Kerja ni dah dilakukan sejak dr. muda lagi. Entah berapa puluh ekar dah tanah yg. dia buka dgn. cara ni. Ada setengah tanah yg. dia buka tu diberikan sahaja kepada saudara mara apabila dia berpindah dan menetap di Merapoh.

Sebelum menetap di Merapoh, ayah aku pernah juga tinggal di kampung-kampung lain yg. berdekatan seperti Sg. Temau dan Batu Bulat. Ada juga dia cerita yg. kami hampir-hampir pindah ke Temerloh kerana ada orang ajak buka tanah di sana. Entah macam mana, tak jadi. Mungkin sebab rezeki kami di Merapoh.

Masa menolong ayah aku menebang ni, ayah aku akan suruh menebang pokok-pokok yg. tak berapa besarlah. Pokok yg. betul-betul besar tu akan ditebang oleh ayah aku sendiri. Ada sesetengah pokok tu mempunyai banir yg. agak besar sehingga kami terpaksa membuat para terlebih dahulu untuk menebangnya.

Bukan main pakai tebang je, biasanya ayah aku akan rancang dahulu sebelum menebang pokok besar ni. Mesti tahu arah mana nak ditumbangkan dan arah mana untuk kami pergi semasa pokok tu tumbang nanti. Mesti pastikan pokok tu ada berkait atau bersangkut tak dgn pokok lain. Ini untuk mengelakkan dahan-dahan atau pokok lain yg. bersangkut dgn. pokok besar tu tidak menimpa kami ketika pokok itu tumbang.

Selain gergaji, baji dan tukul besi besar penting semasa menebang pokok besar ni. Baji akan diketuk sedikit demi sedikit ke celah tempat digergaji tu untuk mengelakkan gergaji tersepit. Ada 5-6 baji jugalah ayah aku simpan untuk kerja-kerja ni. Stamina ayah aku ni memang kuat. Aku yg. masih muda ni rasanya tak setanding dgn. tenaga ayah aku. Masa menggergaji pokok menggunakan gergaji untuk dua orang tu, akulah biasanya minta berhenti sekejap apabila terasa lengoh tangan semasa sorong tarik gergaji tu.

Rasanya berbulan juga untuk menyiapkan kerja menebang ni. Maklumlah pakai gergaji tradisional dgn. tulang 4 kerat je untuk menebang balak seluas lebih 10ekar. Apabila semua pokok-pokok besar tu siap ditebang, ia akan dibiarkan sebulan dua untuk membolehkan balak-balak tu betul-betul kering. Masa ni kami memotong dahan-dahan pokok tu dan dikumpulkan supaya senang memerun nanti. Biasanya kami kumpulkan di tempat balak-balak tumbang supaya balak tu habis terbakar nanti.
 
Panjang cerita ni, sambunglah nanti...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular

Mohlah jengok!

  • 9 March 2024 Sabtu. Santai2 je gi melaka . short vacation 2 hari 1 malam . gi berlapan ngan anak, menantu, besan dan cucu. Gerak dari bangi dalam ku...
  • [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [ima...
  • Halo…Slot Mudah Menang (nonton channel Youtube Slot Mudah Menang)…nice to meet you bagi seluruh pembaca blog ini. Bersama ini penulis sharing informasi pen...
  • بسم الله الرحمن الرحيم Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia... UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...
  • [image: https://drive.google.com/file/d/1gARq5pZPyhDgD94uQfTTxQGasdWyWma6/view?usp=sharing] Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat semua. Sila klik...
  • *Seei Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2020 SK St Mary Kuala Lumpur* *Tarikh : 6.3.2020* *Hari : Jumaat * *Tempat : Dewan St Mary*
  • *Ogawa BG330DT Brush Cutter * Tu dia brand or model mesin rumput yang aku beli baru baru ini. Ini hasil mentelaah pak cik google dan menginterview abam aba...
  • selamat mengundi pada 9 mei 2018
  • APO DAH JADI BLOGSPOT NI MARIN KOBA NAK TUTUP TGK2 ADO LAIE SERUPO IDUP SOGAN MATI TAK MAU TAPI LOBIH TORUK DARI PARTI SUCI TERKONTUT PUN TIDAK..SENDAWO P...
  • Pohpalehh.... Melantung baunye. Dah bubuh bagei gaye dak Awang. Tak amboh ilang jugek. Sabun cak kapok te dah pipih sentei dak Awang ghate ke seme badan ny...
  • Makmur Guesthouse turut menyediakan bilik-bilik untuk disewa. Bilik-bilik ini terletak di kawasan rumah pemilik. Lokasi Makmur Rooms adalah di Kampung Ba...
  • Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
  • Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
  • Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas ...
  • 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
  • *6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
  • ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
  • Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
  • *KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
  • Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
  • Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
  • Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
  • Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
  • *...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
  • *Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
  • Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
  • Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
  • *Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...