Kuala Lumpur City Centre

Produa Kelisa yang telah diubahsuai parking dekat dengan kereta kami di Suria KLCC. 

Hari Jumaat baru ni, sempena cuti sekolah Maulidu Rasul, aku sekeluarga pergi berjalan ke KLCC. Sebenarnya aku dah pernah pergi ke tempat ni tapi bagi aku kat sini tak ada apa-apa sangat. Aku tengok kat situ adalah tempat orang shopping, itu je.

Anak aku Hasif bergaya kat tingkat 4, Suria KLCC.
Suka sangat dia sebab lepas tu kami masuk ke Petrosains.

Aku ni kena selalu berjalan sebab kalau lebih pada sebulan aku duduk kat rumah, pergi sekolah balik sekolah mulalah aku rasa lain macam. Rasa jemu sangat tak tau nak buat apa. Itulah sebabnya akak ipar aku cakap aku ni kaki langok.

Kalau nak kira kat rumah aku ni macam-macam benda ada. PC untuk main game, laptop, TV LCD besar, dan lain-lain, kira cukup lengkap untuk aku berhibur. Begitu juga kalau nak mengeteh, ajak jelah member. Walau macam manapun aku jadi serba tak kena juga bila terlampau lama sangat tak pergi berjalan keluar dari Temerloh ni.

Mungkin sesetengah orang tak begitu tapi mungkin ramai juga yang macam aku ni. Oleh itu aku mengagak mak aku yang duduk di pondok Pangsenam tu macam aku jugalah, lama-lama duduk di pondok tentu jemu.  Ada masa nak juga dia berjalan mengambil angin luar. Sebab itulah kalau mak aku nak berjalan, aku cubalah bawanya sedaya mungkin. Begitulah kami ni adik beradik, bergilir-gilirlah melayan mak ni keluar berjalan sama ada ke sekitar bandar Temerloh atau juga ke tempat-tempat lain jika diperlukan.

Mak aku ni kalau bawa dia berjalan, letihlah sikit. Maklumlah umur dah mencecah lebih 80an, macam-macam penyakit ada. Kalau nak berjalan ke sesuatu tempat tentulah lambat sebab biasalah usia macam ni, lutut mesti sakit. Aku sabar jelah.

Bagi aku masa aku bawa mak berjalan, aku memang niat nak melayan dia. Jadi jika mak lambat sikit atau apa-apalah aku tak kisah sebab niat aku memang nak melayan mak berjalan-jalan.

Kalau aku nak berjalan pula, aku tak bawalah mak aku sebab kalau aku bawa juga, akhirnya tak dapat berjalanlah aku kerana terpaksa melayan mak aku yang semakin uzur tu.

Walaubagaimanapun, itu bukanlah menjadi noktah. Maksudnya tak semestinya bila aku nak berjalan, aku tak beritahu atau ajak mak aku berjalan. Aku beritahunya secara baiklah. Alhamdulillah, mak aku faham.

Itulah cabaran dengan ibu bapa yang semakin uzur. Aku selalu juga terfikir takut aku gagal melayan kerenah mak aku dengan sepatutnya dalam usianya sebegini sehingga aku dimurkai Allah. Pada ku, inilah ujian yang amat besar dan penting. Ramai dah sekarang ni orang yang gagal dalam ujian ni. Semoga aku dapat menghadapi ujian ini hingga ke akhirnya. Amin.

Balik kepada cerita pergi ke KLCC tadi, walaubagaimanapun kali ni aku pergi lagi sekali sebab mengikut cerita orang, kat sini ada banyak tempat yang boleh dilawati seperti Petrosains, dan Aquaria. Masa aku pergi dulu tak taupun tempat tu sebab main pakai redah je.

Aku bertolak dari rumah aku di Temerloh ni ke sana lebih kurang pukul 8.00 pagi.

Weh dah dekat pukul 1 pagi rupanya. Maaflah! Kena sambung hari esok cerita aku ni. Pagi esok kena bangun awal, kerja! Bye!

5 ulasan:

  1. sedak amat demeh bjalan yak

    BalasPadam
  2. pepalih..oak.. makan angin relek minda.. jengok la blog abeli cerita baru kena usik dek hantu garam...

    BalasPadam
  3. Memang sedak masa berjalan tapi lepas tu mengidaplah, gaji lambat lagi. he he he

    Memang kelakarlah cerita hantu garam tu. ha ha!

    endiem, nanti aku post gamabar balakang kelisa tu pulak.

    BalasPadam
  4. Sy sangat berminat untuk belajar di pondok ni..sy umur 44 thn...dari temerloh.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular

Mohlah jengok!

  • *26/9/2024-29/9/2024 Khamis-Ahad(Throwback) * *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ* 27 Sept 2024 Bersambung dari cerita di *Sini*. Mala...
  • Henry Ridley and houseboat, Kuala Tembeling, Malaysia, 1911 Henry Ridley berdiri di tepi rumah bot di Kuala Tembeling di Malaysia, tahun 1911. Beliau me...
  • Halo…Slot Mudah Menang (nonton channel Youtube Slot Mudah Menang)…nice to meet you bagi seluruh pembaca blog ini. Bersama ini penulis sharing informasi pen...
  • بسم الله الرحمن الرحيم Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia... UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...
  • [image: https://drive.google.com/file/d/1gARq5pZPyhDgD94uQfTTxQGasdWyWma6/view?usp=sharing] Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat semua. Sila klik...
  • *Seei Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2020 SK St Mary Kuala Lumpur* *Tarikh : 6.3.2020* *Hari : Jumaat * *Tempat : Dewan St Mary*
  • *Ogawa BG330DT Brush Cutter * Tu dia brand or model mesin rumput yang aku beli baru baru ini. Ini hasil mentelaah pak cik google dan menginterview abam aba...
  • selamat mengundi pada 9 mei 2018
  • APO DAH JADI BLOGSPOT NI MARIN KOBA NAK TUTUP TGK2 ADO LAIE SERUPO IDUP SOGAN MATI TAK MAU TAPI LOBIH TORUK DARI PARTI SUCI TERKONTUT PUN TIDAK..SENDAWO P...
  • Pohpalehh.... Melantung baunye. Dah bubuh bagei gaye dak Awang. Tak amboh ilang jugek. Sabun cak kapok te dah pipih sentei dak Awang ghate ke seme badan ny...
  • Makmur Guesthouse turut menyediakan bilik-bilik untuk disewa. Bilik-bilik ini terletak di kawasan rumah pemilik. Lokasi Makmur Rooms adalah di Kampung Ba...
  • Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
  • Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
  • Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas ...
  • 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
  • *6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
  • ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
  • Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
  • *KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
  • Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
  • Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
  • Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
  • Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
  • *...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
  • *Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
  • Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
  • Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
  • *Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...