Alamak! Handpone aku tertinggallah

Hari ini aku banyak kerja. Pertama, aku kena bawa kereta aku ke bengkel untuk tukar minyak hitam dan juga tukar tukar timing belt. Aku rasa kalau aku hantar pagi ni, petang nanti siaplah kereta aku tu.

Dalam pukul 9.00 pagi lebih kurang, akupun memandulah ke Bengkel Kereta Sham di Taman Temerloh Jaya. Setibanya di bengkel tu, aku lihat banyak sangat kereta di depan bengkelnya. Ramai agaknya orang datang membaiki kereta hari ni.

Setelah parking kereta, aku terus mencari Sham. Aku nampak dia sedang terbongkok di depan bonet enjin salah sebuah kereta di hadapan kedainya. Aku memberitahunya akan hajatku tetapi sayangnya katanya kalau nak siap hari ini memang tak dapat. Musim-musim cuti ni memang ramai orang hantar kereta. Kalau nak buat juga katanya kena simpan kereta kat kedainya. Esok InsyaAllah barulah siap.

Aku bersetuju tetapi kalau boleh tolong siapkan kereta aku tu dalam pukul 10.00 - 11.00 pagi kerana aku memang sudah merancang untuk bertolak balik ke Merapoh pada pagi esok. Dia bersetuju. Kemuadian, dia menghantar aku balik ke rumah.

Kerja yang kedua pula ialah aku nak bawa isteri dan mak aku ke bandar Temerloh untuk membeli barang. Petang semalam selepas Asar aku dah keluar membeli pakaian sekolah anak aku tetapi aku tak sempat pergi ke The Store Temerloh untuk membeli barang dapur kerana sudah Maghrib.

Mak akupun berhajat sangat untuk berjalan-jalan di pasar raya itu walaupun lututnya sakit. Oleh kerana ingin melayan emak, aku bawa kerusi rodanya masuk ke dalam bonet keretaku. Di pasar raya itu nanti bolehlah aku dengan anak aku bergilir-gilir menolak mak aku untuk melayannya membeli barang.

Dah 2 - 3 bulan mak aku langsung tak boleh berjalan lama. Berjalan sikit-sikit di dalam rumah dengan memegang atau berpapah pada dinding tu bolehlah. Kesian juga kalau aku tak melayan hajatnya untuk membeli-belah di pasar raya setelah berbulan berkurung di dalam rumah atau di dalam kereta sahaja.

Oleh kerana petang tu aku tak sempat bawa emak aku ke pasar raya The Store tu, aku berjanji akan bawanya ke situ pada pagi esok.  

Sayangnya pada pagi ini aku tak boleh nak masukkan kerusi rodanya ke dalam bonet kereta kancil aku. Semalam aku bawa kereta Waja oklah tetapi bila kereta kancil ni mana muat. Bonet kereta kancil ni kecil sangat.

Mak aku nampak kecewa juga tetapi apa boleh buat, kereta Waja aku dah dihantar ke Bengkel Sham tadi.  Nampaknya mak terpaksa berkurung di dalam kereta lagilah sementara menunggu kami membeli barang.

Kalau akulah malu nak pakai jersi lambang Carlsberg macam ni.

Sampai di bandar, ada satu perkara yang aku tak berkenan benar. Semalam aku dah jumpa seorang, hari ni aku terjumpa seorang lagi. Aku pelik. Adakah mereka jahil atau mereka memang sengaja tak peduli. Ada ke budak muda melayu Islam pakai jersi lambang Carlsberg. Mereka ni tak malu ke. Adakah mereka berasa megah dengan arak. Jika minat sangat dengan kelab bola sepak tu tetapi takkan sampai maruah seorang Islam dijaja terang-terang. Sedih betullah. Haram hukumnya tolong mengiklankan arak ni woi!

Setelah selesai membeli kasut, beg sekolah anak aku dan barang-barang dapur, kamipun singgah di salah sebuah gerai makan tepi Sungai Temerloh. Gerai ni aku tengok memang menjadi tumpuan orang masa makan tengah hari. Masakan istimewanya ialah gulai ikan tempoyak ikan patin. Akupun suka gulai tempoyak ikan patinnya tu. Aku dengan anak aku makan beria betul sampai minta nasi tambahlah. Isteri dan mak akupun beria juga makan, maklumlah waktu tu dah dekat pukul 2.00 petang.

Selepas itu aku dan anak aku pergi ke kedai gunting rambut. Lama juga aku kat kedai gunting rambut tu walaupun cuma ada dua orang lagi yang sedang menunggu. Tukang gunting tu budak muda dan dia nampaknya beralus betul menggunting rambut. Baguslah macam tu. Tak kisahlah lambat sikit asalkan puas hati.

Sedang aku bergunting tiba-tiba isteri aku muncul. Tadi dia duduk di dalam kereta menemani mak aku. Dia tanya aku kenapa tak jawab panggilan handpone. Aku mana ada bawa handpone, aku tinggalkan dalam kereta tadi. Isteri aku kata mana ada handpone kat kereta. Eh kat mana pula handpone aku ni kalau tidak kat kereta.

Haah! handpone tadi aku letak di atas meja makan semasa makan tengah hari tadi. Habislah handpone aku kena rembat. Susah orang nak lepaskan handpone Nokia aku yang berharga seribu lebih tu kalau dah tertinggal, fikirku. Dah berkali-kali cuba call tetapi tidak berjawab. Habislah...! kata isteriku. Aku cuba menyedapkan hati dengan mengatakan mungkin tokey tu tak dengar call itu kerana di dalam kedai tu bising.

Aku terus kembali ke kedai tu untuk bertanya kepada tokey kedai tu. Manalah tau kalau nasib aku baik. Setibanya di kedai makan,  Alhamdulillah, tokey tu ada menyimpan handpone aku. Memang baiklah tokey kedai ni. Tak sangka handpone aku boleh dapat balik.

Aku ada juga terlintas nak bagi rm10.00 kepada tokey tu sebagai tanda terima kasih tetapi tak jadi pula  kerana aku rasa malu bila nampak ramai sangat orang dalam kedai tu. Entahlah kenapa aku jadi begitu. Hanya ucapan terima kasih sahajalah yang dapat aku berikan. Sungguh seronok  apabila jumpa orang yang jujur macam ni. Semoga Allah memberkati hidup mereka. Amin!

Hotel percuma

Zaman aku sekolah dahulu, ada bebarapa peristiwa yang berlaku tanpa ku duga sama sekali. Peristiwa-peristiwa itu aku kira peristiwa hebatlah bagi aku yang berasal dari kawasan pedalaman di Kampung Merapoh ni. Masa tu kampung aku hanya ada kebun, sungai, paya, semak, sungai dan hutan belantara sahaja. Siaran tvpun tak berapa jelas. Bangunan balai polis Merapoh tu kira bangunan yang paling canggihlah. Sesekali dapat berjalan ke bandar tak berhenti kepala aku mendongak ke atas melihat bangunan tinggi, cantik dan canggih.


Peristiwa pertama yang aku nak ceritakan di sini ialah pengalaman pertama aku tidur di hotel berbintang secara percuma. Aku tak tahulah berapa bintang tetapi tak silap aku hotel tu Hilton Hotel di Kuala Lumpur. Peristiwa ini terjadi dalam tahun 1989 iaitu semasa aku mula bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SHOEW), Matang, Kuching, Sarawak dalam tingkatan enam bawah. Aku dibawa ke sekolah tu oleh arwah abang teh yang bertugas sebagai pensyarah di ITM, Cawangan Kuching setelah aku gagal terpilih ke Universiti setelah tamat tingkatan 5 di Sekolah Menengah Agama Hishamuddin, Sg. Bertek, Klang, Selangor.

Hari tu aku akan ke Kuching, Sarawak setelah bercuti di kampung aku Merapoh. Aku akan berlepas dari Subang ke sana pada pukul 9.30 malam. Mungkin ini kali ketigalah aku menaiki kapal terbang. Kali pertama aku naik bersama dengan abang teh sekeluarga masa pertama kali datang ke Kuching. Kali kedua pula aku naik kapal terbang bersendirian ke Kuala Lumpur semula untuk pulang ke Merapoh pada musim cuti sekolah. Kali yang ketiga ini pula aku datang balik ke Kuching setelah cuti habis.

Entah macam mana kapal terbang yang akan aku naiki mengalami masalah pula. Dah dua kali aku dapat baucer free Mc Donald tetapi masih belum boleh berlepas lagi. Akhirnya lebih kurang pukul 2.00 pagi, semua penumpang dibawa menaiki bas ke hotel. Masa tu aku bukannya risau kerana lewat tetapi bertambah seronok kerana dapat makan Mc Donald free dan dibawa ke hotel pula. Rasanya itulah kali pertama aku merasa makan burger Mc Donald. Sebeleum tu aku hanya menjeling-jeling je apabila sesekali melintas di hadapan restoran itu di bandar Klang. Nak masuk ke dalam restoran tu pun takut kerana tak biasa.

Setibanya di hadapan hotel tu, hatiku bertambah gembira dan teruja. Aku lihat hotel tu tinggi dan cantik sekali. Maklumlah mana aku pernah masuk ke hotel sebelum ini. Apabila masuk ke ruang legar hotel pula, mataku tak henti-henti melilau ke sana sini. Aku rasa hotel ni begitu mewah sekali dengan lampu hiasan kemerahan di sana-sini. Pada masa tu, aku rasa inilah pengalaman yang paling hebat sekali selain peristiwa kali pertama aku naik kapal terbang semasa nak ke Kuching dahulu.

Aku ditempatkan di sebuah bilik bersama seorang lelaki. Setibanya aku di bilik tu, mulalah tanganku memetik pelbagai suiz di dalam bilik tu. Setelah berborak lebih kurang, rupanya lelaki tu seorang guru yang baru posting ke Sarawak yang berasal dari Kelantan. Aku dah lupa namanya tetapi aku lihat diapun lebih kurang aku juga, teruja sangat dengan keadaan di dalam bilik hotel tu. Nak tutup dan buka langsirpun guna suiz. Lampu boleh kawal terang malapnya, bilik air pula ada bathtub dan biliknya pula berhawa dingin. Ini semua bagaikan mimpi dan aku sungguh teruja dengan pengalaman ini.

Pada keesokan paginya, aku teruja melihat pelbagai jenis makanan yang disusun di atas meja yang dihias cantik. Membubulah pinggan aku dengan pelbagai jenis makanan. Tak sedar akhirnya perutku berasa senak kerana tamak sangat makan makanan yang tak pernah aku jumpa.

Selepas itu kami naik ke bilik semula. Kami meninjau di tingkap hotel. Wah rupa-rupanya di bawah ada sebuah kolam renang. Beberapa orang mat dan minah salleh sedang mandi dengan berpakaian bikini. Raliklah pula aku menengok minah-minah salleh tu mandi. Yelah masa tu aku tengah remaja. Lagipun mana pernah aku tengok perempuan pakai seksi macam ni. Bukan senang nak dapat peluang macam nikan.

Aku mendapat tahu aku akan berlepas ke Kuching pada pukul 2.00 petang. Nampaknya sekali lagilah aku dapat makan mewah kat hotel ni. Tengah hari tu lagilah banyak aku makan kerana aku dapati lagi banyak masakan yang sedap-sedap. Terdetik dalam hati aku, kalaulah dapat 2 - 3 hari lagi lepak kat sini kan best.

Kemudian, kami dibawa ke Subang dengan menaiki bas persiaran lagi. Bas itu pun aku rasa canggih juga. Selepas itu dapatlah aku naik kapal terbang pada waktu siang. Sebelum ni aku naik kapal terbang pada waktu malam sahaja. Mana nampak ke menda weh.

Begitulah seronoknya aku dapat merasai pengalaman macam tu pada masa tu. Rasa macam beruntung sangat aku kerana kelewatan penerbangan tersebut.        

Sebelum itu mana aku pernah termimpi tidur di hotel-hotel macam ni. Bangunan-bangunan Hotel yang tinggi-tinggi tu biasalah aku tengok setelah aku bertukar sekolah ke Klang masa naik tingkatan empat dari Sekolah Menengah Ugama Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang tetapi tak sangkalah pula dapat menginap di hotel sebegitu pada masa tu. Maklumlah aku rasa tempat-tempat macam tu untuk orang kaya-kaya aje. Tak layak langsunglah aku ni yang masih sekolah dan asalnya dari sebuah kampung pedalaman ni.

Itulah menebalnya perasaan rendah diri dalam diriku ini disebabkan kurangnya pendedahan kepada keadaan-keadaan macam tu. Dengan pengalaman itu, terbukalah sikit minda aku....

Pengalaman seterusnya klik tajuk ni "Makan bersama Ketua Menteri Sarawak".

"Layan Anak" Boeing 737 - 400


Sambungan cerita aku "Layan Anak" .

Aku memang tak ada pengalaman langsung berjalan dalam negara dengan menaiki kapal terbang ni. Selain kerana tambang kapal terbang yang mahal, masalah di mana nak simpan kereta itupun menimbulkan persoalan juga. Mengikut cerita yang aku dengar, parking kereta di KLIA ni mahal iaitu kira-kira rm70 sehari. Kalau aku travel selama 3 hari, rm2++ lah hangus kat situ sahaja. Memang sayang duit sebanyak itu untuk bayar parking sahaja.

Selain itu, daripada maklumat yang aku dapat, tempat operasi pesawat AirAsia berbeza daripada pesawat MAS. Tempat operasi pesawat MAS di KLIA tetapi bagi AirAsia pula di Terminal LCCT. Kat mana LCCT ni? Mana aku pernah sampai kat situ. Kalau masa nak ke Johor nanti aku parking kereta di KLIA, mudah ke aku nak ke KLIA semula untuk ambil kereta apabila aku mendarat di LCCT melalui pesawat AirAsia.

Selain itu kemungkinan besar aku sampai ke LCCT nanti pada waktu malam. Aku takut pengangkutan ke KLIA pada masa tu dah tak ada. Kalau adapun, teksi.

Persoalan-persoalan ini menyebabkan aku tak jadi beli tiket AirAsia secara online. Aku takut nanti setibanya kami di LCCT, kami terpaksa tidur kat LCCT kerana tidak dapat pergi ke tempat parking kereta. Maklumlah kalau kapal terbang tu delay dan sampai ke LCCT pukul 12.++ malam, takut bas dah tak beroperasi lagi pada masa tu.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat,  terpaksalah aku ke KL Sentral untuk merungkaikan persoalan ini. Rasanya di sana nanti aku boleh tanya secara langsung dengan pihak yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

Selepas Solat Jumaat pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti akhir tahun bermula, aku sekeluarga pergilah ke KL Sentral semasa perjalanan balik ke rumah mak mertua aku di Melaka. Di situ barulah semua persoalan-persoalan itu terjawab.

Rupanya banyak pilihan tempat untuk parking kereta aku ni. Selain di KLIA, kat KL Sentral ni pun ada tempat parking yang bagus. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk parking kereta di Plaza Sentral bersebelahan dengan KL Sentral sahaja. Dari situ nanti aku akan naik train KL Exspress ke KLIA untuk menaiki pesawat MAS ke Lapangan Terbang Senai, Johor Bahru.

Kemudian masa balik dari Johor nanti, setibanya di LCCT lebih kurang pukul 11.++, kami akan menaiki bas ke KL Sentral untuk ke tempat pakir kereta. Bas yang berulang-alik dari LCCT ke KL Sentral  beroperasi sehingga pukul 1.00 pagi. InsyaAllah aku ingat sempatlah kami naik bas itu ke KL Sentral  kalau tak ada apa masalah. Rasanya cara macam tulah yang terbaik.

Setelah mendapat gambaran yang lebih meyakinkan, akupun terus ke kaunter tiket AirAsia di dalam bangunan KL Sentral tu.  Apa yang mengejutkan aku, rupanya harga tiket membeli secara online ni berbeza dengan harga membeli secara terus di kaunter.

Tiket AirAsia yang dibeli secara online lebih murah daripada kita beli di kaunternya kerana promosi hanya melalui belian tiket secara online sahaja.

Daripada pengalaman ini aku rasa terbuka sikitlah minda aku ni. Dahulu aku rasa nak naik kapal terbang ni cukup payah tetapi dengan pengalaman yang aku alami sendiri, kemungkinan besar di lain kali aku akan berjalan atau melancong menggunakan kapal terbang lagi.

Oklah penat dah bercerita, moh kita tengok video dan gambar semasa aku ke sana pula.

Bukan main seronok Hasif dapat naik KLIA Express semasa nak pergi ke KLIA dari KL Sentral. Selesa dan ada kemudahan WIFI percuma. Aku cuba juga wifi tu, boleh tahan jugalah lajunya. Kira cantik jugalah pemandangan sepanjang 28 minit  perjalanan tu.

Kami sarapan pagi di KLIA. Jangan buat main, mahal makanan kat sini weh. Kalau sempat tu makanlah kat tempat lain dulu sebelum datang ke sini.

Sedang menunggu untuk berlepas ke Senai, Johor Bahru.

Di dalam pesawat Boeing 737-400. Sekejap amat weh dari KLIA ke Johor Bahru ni. Dalam 45 minit je. Dapatlah minum jus buah dengan kacang dalam perjalanan tu.



Video yang sempat diambil di dalam kapal terbang. Kelakar juga bila dengar ulasan anak aku ni.


Sampai dah ke Senai.
Bertolak pukul 10.45 pagi, pukul 11.30 pagi sampai dah. Kalau naik keretalah, mahu 5 - 6 jam. Canggih juga Airport Senai ni.

Anak aku sedang menikmati Mee Bandung Seget di gerai tepi Sg. Seget. 
Sedap juga mee bandung ni. Sampai kat hotel lebih kurang pukul 12.00 tengah hari. Lepas tu kami merayau-rayaulah kat bandar JB ni.


Melaka Negeri Sembilan Kuala Lumpur Selangor Perak Pulau Pinang Kedah Kelantan Pahang

Lama dah aku tak berblog weh. Biasalah cuti-cuti sekolah ni aku balik kampung. Kebetulan pula cuti kali ini  rumah yang aku baru beli di Taman Rembia Perkasa tu dah hampir setahun dapat CF. Aku cadang nak cat dan kemas rumah itu sebaik mungkin. Sayanglah kalau rumah yang dibeli seratus ribu lebih tetapi terbiar begitu sahajakan. Rasanya tak baik biarkan harta tanpa dimunafaatkan, rasa macam membazir aje. Isteri aku pula tak nak sewakan. Dia sayang sangat ke rumah tu takut rosak kalau disewakan kepada orang.


Oleh kerana sibuk mengecat dan mengemas  rumah tu, aku tak berkesempatan  untuk menghantar satu entrypun  di blog aku ni. Di rumah mak mertua aku ni kalau aku nak berblog, aku kena cari kedai syber  cafe. Mana ada streamyx seperti rumah aku di Taman Temerloh Jaya. Jadi maaflah kalau ada yang tertunggu-tunggu cerita baru aku. Petang tadi aku baru sahaja sampai ke Temerloh dari kampung lahir aku di Merapoh. Jadi sedikit kelapangan yang ada pada malam ni aku ingin sampaikanlah sedikit coretan tentang aktiviti aku sepanjang 2 minggu yang lalu.


Memang kesempatan cuti kali ini aku cadang nak kemaskan rumah baru aku tu supaya bolehlah sekurang-kurangnya dijadikan tempat persinggahan aku sekeluarga apabila sesekali kami balik menziarahi mak mertua di Melaka. Selain itu, kalau ada sedara-mara aku dari Pahang atau dari mana-mana sahajalah berjalan ke Melaka ni, bolehlah mereka singgah di sini. Ada juga faedahnya daripada rumah tu lapuk dimamah hari begitu sahaja. Aku cadang nak cat dalam rumah tu dan beli sedikit perabot yang perlu supaya selesalah aku dan sedara-mara singgah bermalam. Tak payahlah nanti mereka terpaksa membayar sewa hotel sampai beratus-ratus ringgit semalaman apabila sesekali datang ke Melaka ni.

Sebenarnya rumah baru ni rumah kedua aku. Aku bekerja di Temerloh dan aku dahpun beli sebuah rumah di Taman Temerloh jaya. Aku beli rumah ni untuk dijadikan aset sahajalah. Aku rasa aku selalu perabih duit yang ada berlebih sikit-sikit tu begitu aje. Aku fikir kalau nak menyimpan, aku ni mudah sangat keluarkannya balik. Bila teragak je, mulalah aku keluarkan duit tu untuk berbelanja. Kadang-kadang aku rasa menda yang aku belanjakan itu banyak menda yang membazir sahaja. Lebih baik aku beli menda yang boleh menjadi aset supaya duit yang aku keluarkan itu nampak hasilnya.

Sebelum ni, masa mula-mula dapat CF dulu, aku dahpun masukkan rumah ni bekalan air dan elektrik. Selain itu aku dah pasang gril serta siling kapur rumah tu pula aku perkemaskan lagi dengan memasang cornish. Banyak jugalah modalnya habis kat situ sahaja.

Setelah lebih kurang seminggu aku mengecat dan mengemas rumah tu, pada 13 Dis. 2010, aku sekeluarga dari Sungai, Siput, Lubuk China, Melaka pergi pula ke rumah anak saudara aku Faizah di Selama, Perak. Sebelum ini aku tak pernah sampai ke rumahnya. Selain untuk menziarahinya, aku ke situ untuk menumpang tidur sebelum aku ke rumah abang bong aku di Penaga, Pulau Pinang pada keesokannya. Dah lama aku tak menziarahi abang bong aku tu yang mengidap penyakit barah. Bagaimana keadaannya sekarang? Aku rindu kepadanya hingga terbawa ke dalam mimpi.

Alhamdulillah aku tengok abang bong sihatlah sedikit daripada masa aku melawat dia di wat dahulu. Setelah selesai membuat kimoterapi sebanyak lapan kali, kini dia mungkin dalam tempoh untuk beransur sihat. Semasa di sana sempat juga aku mengurut betisnya yang membengkak. Kakinya akan semakin membengkak jika terlalu lama duduk di kerusi atau berdiri. Aku tak tahulah kenapa. Aku berharap dia cekal dan aku sentiasa berdoa semoga dia cepat sembuh seterusnya dapat menikmati hidup dengan lebih bermakna.

Setelah tidur semalaman di rumah abang bong aku di Penaga, seawal pukul 9.00 pagi aku bertolak balik ke Merapoh mengikut jalan Grik. Sengaja aku pilih jalan tu kerana aku belum pernah lagi melaluinya sebelum ini. Cantik sungguh pemandangan sepanjang perjalanan itu terutama dari Grik ke Tasik Temenggor. Jika ada kesempatan aku ingin lalui jalan ini lagi.

Aku sampai di Merapoh setelah kira-kira 7 jam perjalanan dari Penaga. Mungkin lambat sedikit kerana aku pilih untuk terus ke Tanah Merah dan Kuala Krai sebelum sampai ke Gua Musang. Kalau aku ikut jalan melalui Jeli - Kuala Balah - Gua Musang, mungkin akan lebih cepat lagi.

Setelah berada 2 malam di Merapoh, aku balik ke Temerloh. Aku nak kemas rumah aku di Temerloh pula sebelum buka sekolah 2011. Di Merapoh, sempat juga aku menziarahi kak jang iaitu kakak aku dan suaminya yang baru balik menunaikan haji.

Aku baru sampai ke rumah aku di Temerloh Jaya ni kira-kira pukul 1.00 petang tadi  (17 Dis 2010). InsyaAllah mungkin lepas ni aku dapatlah berblog lagi.

Penatlah! Moh kita tengok gambar pula.

Inilah rumah baru aku.


Anak aku bergambar. Aku cat dan belilah perabot sikit supaya rumah ni tak terbiar begitu aje.

Ruang tamunya aku cat dengan warna hijau ni.

Aku pun bergambar jugalah. Waktu pagi sebelum aku bertolak ke Penaga, Perak. Malam tadi aku sekeluarga tidur kat rumah baru aku ni. Nak Merasa!

Depan rumah Faizah di Selama, Perak.
Hasif bergambar dengan dua orang cucu aku iaitu anak Faizah. Aku dah bercucu weh!

Isteri dan anak aku bergambar dengan penuh gayanya
Masa di Penaga, sempat juga kome berjalan ke Pantai Merdeka, Pulau Pinang.

Anak abah.
Kenangan di Tasik Temenggor semasa dalam perjalanan dari Penaga ke Merapoh.

Masa di Merapoh, sempat aku menengok pondok mak aku di Kumbang Hilir yang baru siap. Mak aku cadang nak memondok di sini tetapi tak jadilah nampaknya. Mak dah tak daya dah. Lututnya sakit. Jadi pondok wakaf jelah gamoknya.



Bye! Bye!

Layan anak

Dah banyak kali anak aku tanya bila nak bawa dia naik kapal terbang seperti yang pernah aku janjikan. Dulu aku pernah janji akan bawa dia naik kapal terbang selepas aku dan isteri balik dari menunaikan umrah tahun 2008. Aku janji macam tu sebab nak pujuk dia supaya tak sedih sangat kerana kami tak jadi bawa dia pergi umrah bersama.

Sebenarnya perancangan awal memang aku nak bawa anak aku tu menunaikan umrah sekali. Macam-macam dah kami bercerita tentang umrah yang akan dilaksanakan nanti. Akhirnya aku ambil keputusan tak jadi bawanya atas nasihat emak aku sendiri. Kata emak aku, anak aku tu kecil lagi, nanti susah kamu nak beribadat. Kat sana kita akan sibuk beribadat. Takut tak terdaya anak kamu tu nanti. Pukul 4 pagi dah kena bangun untuk ke Masjidil Haram. Anak kamu tu pula tak tahan penat. Selalu sangat demam bila dia tak cukup rehat. Takut sampai di sana nanti kamu sibuk menjaganya sahaja.

Anak aku sangat sedih bila mendapat tahu keputusan itu. Oleh itu aku berjanjilah untuk membawanya naik kapal terbang dengan melancong ke Sarawak selepas kami balik umrah nanti. Bagaimanapun oleh kerana bajet tak cukup, dah bertahun aku tangguhkan. Anak aku selalu juga tanya pasal janji tu walaupun aku dah jelaskan tentang masalah belanja yang belum mencukupi. Aku suruh dia bersabar sehingga aku cukup kumpul duit. Aku nampak dia faham keadaan itu tetapi kadang-kadang dia masih lagi bertanya bila nak bawanya naik kapal terbang.  

Janji perlu ditunaikan. Itulah yang sebaiknya jika kita boleh. Akupun mesti tunjuk contoh kepada anak aku akan kewajipan menunaikan janji, betul tak! Padaku janji yang paling utama ialah bawanya naik kapal terbang, tak kisahlah ke mana walaupun tak ke Sarawak. Akupun beri cadangan kepada isteriku, pada cuti sekolah akhir tahun nanti kami bawa dia naik kapal terbang ke tempat-tempat yang tambangnya kurang sedikit daripada tambang untuk ke Sarawak.

Walaupun pada mulanya isteri aku masih tak bersetuju tetapi akhirnya kami sepakat untuk naik kapal terbang dari Kuala Lumpur terbang ke Johor Bahru. Dari Johor nanti kami balik ke Kuala Lumpur dengan keretapi pula. Jadi dapatlah anak aku naik semua jenis kenderaan yang dia tak pernah naik seperti kapal terbang, teksi, dan keretapi. He, he, he! Bagus sungguh aku ni melayan anak ye.

Masalahnya pula kat Temerloh ni macam mana aku nak beli tiket kapal terbang, mana ada airport kat sini. Nak pergi ke Kuala Lumpur semata-mata nak beli tiket kapal terbang tak berbaloi rasanya. Nampaknya terpaksalah aku mencuba membeli tiket secara dalam talian walaupun aku kurang berani menggunakan cara ini. Mana aku pernah cuba sebab aku kuatir akan keselamatan kad kredit aku.

Kali ni aku terpaksa cuba jugalah. Lagipun dah ramai orang guna cara ni. Takkan mudah sangat kita ditipu, kan? Akupun layarilah website Malaysia Airline untuk menempah tiket kerana kami memang memilih pesawat MAS untuk ke sana. Padaku sesekali naik kapal terbang biarlah pilih syarikat yang servisnya lebih bagus. Aku dengar kalau ikut AirAsia walaupun tambangnya lebih murah tetapi keadaannya seperti naik bas aje. Tempat duduknya sempit dan layanannya kurang.

Akhirnya aku berjaya juga beli tiket secara online. He, he! Taklah susah sangat rupanya. Kami akan bertolak pada pagi 19 November 2010 dari KLIA dengan bayaran rm4++. Kemudian aku telefon pula hotel untuk menempah bilik sebelum aku telefon KTMB untuk beli tiket keretapi. Sayangnya tiket keretapi pula dah habis. Haah sudah macam mana! Tiket kapal terbang dah beli ni!

Bincang punya bincang dengan isteri,  akhirnya kami ambil keputusan akan naik kapal terbang sekali lagi masa balik ke Kuala Lumpur semula nanti. Kali ni aku nak cuba naik pesawat AirAsia pula. Barulah aku boleh bandingkan servis MAS dengan AirAsia.  Berbaloi tak dengan tambangnya.

Nampaknya panjang lagi cerita ni. Jangan risau sesiapa berminat nak tahu cerita aku ni selanjutnya, aku akan sambung dalam entry lain.

Klik untuk baca cerita ni seterusnya.

Orang Baik



Aku dilahirkan di sebuah kampung pedalaman iaitu kampung yang aku kira paling ulu Negeri Pahang. Ulu Kumbang, Merapoh, itulah nama kampung itu. Namanya terpahat di hatiku sampai bila-bila walaupun mungkin orang Merapoh sendiri ada yang tidak mengetahui lokasinya, lebih-lebih lagi budak-budak baru yang lebih banyak masanya dihabiskan di sekolah atau di asrama.

Kampung ini menjadi sebahagian sejarah hidupku. Di situlah tempat aku membesar semasa zaman kanak-kanakku. Walaupun usiaku kini sudah menjangkau 40-an tetapi sesekali kenanganku di Ulu Kumbang masih mampu mengusik jiwaku.

Rasanya besar benar bezanya keadaan pada waktu  itu dengan keadaan yang aku nikmati sekarang. Itulah kehidupan. Sedang mana sangatlah yang mampu kita dugakan akan kehidupan kita pada masa hadapan. Sedangkan detik-detik yang berlalu itupun telah banyak kita lupakan, apatah lagi masa hadapan yang belum tentu kita tempuhi.

Aku semakin sedar kini bahawa semakin hari berlalu, semakin pendek hayatku. Dahulu perkara ini seperti tidak pernah menyentuh hatiku. Masa tu aku begitu sihat dan bertenaga. Rasanya tiada apa yang boleh menghalang hasratku. Aku selalu terpesona dengan keindahan dunia. Banyak angan-angan dan usahaku lebih tertumpu untuk mengecap kebahagian dunia ini sehingga kerap aku abaikan akan nasibku di alam  yang kekal abadi.

Pelbagai pengalaman dan peristiwa yang aku alami sepanjang kehidupanku ini telah banyak menginsafkan daku. Padaku benarlah dunia ini pentas lakonan. Kehidupan ini penuh dengan kepura-puraan semata-mata. Harta, pangkat, pengaruh, sihat, rupa  dan sebagainya adalah pinjaman semata-mata. Tiada apa yang sebenarnya milik kita. Apabila tiba masa, semua perkara tersebut mesti dipulangkan kembali sama ada kita hendah atau tidak. Apalah yang hendak kita hebohkan sangat kalau semua itu barang pinjam. Tak malukah kita berlagak seperti itu?

Hatiku kini lebih tertarik untuk menjadi orang baik. Biarlah segala pinjaman yang Allah berikan kepadaku ini aku gunakan dengan penuh kesyukuran dan merendah diri. Aku tidak mahu lagi terlalu memikirkan kelemahanku dan kelebihan orang lain atau sebaliknya. Apa sangatlah yang aku boleh buat atau orang lain boleh buat.

Semuanya datangnya daripada pemberian Allah juga. Mudah cakap kita tak payah nak berlagaklah dengan kereta besar, rumah besar, pangkat besar, ramai kawan, otak geliga dan sebagainya. Bila sampai masa, semuanya akan ditarik balik tanpa dihalang. Lebih elok kita cari jalan untuk mendapat keredhaanNya kerana Dia sahaja sebenar-benar tempat kita meminta perlindungan.  Tak gitu weh!

Ramai dah aku lihat keadaan yang tidak terduga sama sekali. Lebih-lebih lagi perkara yang bersangkutan dengan kesihatan. Ramai sangat dah aku jumpa orang yang rapat dengan kita tiba-tiba je mendapat penyakit yang berbahaya. Ada juga yang ditimpa kemalangan dahsyat tanpa dapat memulihkan keadaannya lagi. Sedangkan pada waktu itu mereka sedang asyik menikmati keindahan kehidupan ini. Aku rasa keadaan itu bila-bila masa sahaja boleh menimpaku.

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk berubah. Eloklah aku berubah sekarang untuk menjadi orang yang baik. Mudah-mudahan nanti aku ditempatkan bersama orang-orang yang beruntung di akhirat nanti. Langkah pertama yang mesti aku buat ialah solah di awal waktu dan solah berjemaah. Rupanya menda macam nipun sungguh berat untuk diamalkan.Dah berbulan aku cuba tapi kadang-kadang ada masanya aku masih tak dapat lakukan.  Macam manapun aku mesti terus berusaha tanpa berpatah lagi. Mudah-mudahan Allah memakbulkan juga usahaku ini diakhir hayatku nanti.

Syukurlah di masjid aku di Temerloh Jaya ni boleh dikatakan tiap-tiap malam ada orang baca kitab oleh ustaz-ustaz yang berwibawa. Mudah-mudahan hatiku ini akan menjadi bertambah lembut dan ringan untuk mengamalkan perintah Allah. Klik untuk tengok masjid aku: http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com

Kesian aku tengok apabila ramai generasi baru terlalu terpengaruh dengan godaan dunia ini. Aku rasa InsyaAllah sampai masanya nanti  kau orang mesti terfikir macam aku. Pada masa tu barulah kau orang sedar bahawa tak ada apa yang ada pada kau orang tu. Tak payahlah berlagak akulah yang paling hebat, berani, pandai, gagah, cantik dan sebagainya. Semua yang ada pada kau orang tu hanyalah pinjaman semata-mata.

Lebih elok korang gunakan kelebihan dan peluang yang ada ni untuk mendapat keredaan Allah. Eloklah pinjaman Allah tu kau orang gunakan untuk mencari jalan membela umat Islam. Tak payahlah kau orang buat perkara bodoh berlagak dengan merokok, mendadah, merempit, melawan mak bapak, mendedah aurat dan sebagainya. Sedih aku tengok apabila melihat ramai juga orang muda yang tanpa mereka disedari  telah menjadi bodoh sombong seperti ini. Marilah kita sama-sama menjadi orang baik dan bertakwa kerana tujuan kita yang sebenarnya adalah akhirat.

Allahuaklam!

Antara hak dan bathil

Dah tahu tapi buat-buat tak tahu. Mengapa jadi begini?

??????????????????????????????????? Tak boleh cakap lebih2 nanti!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ya Allah. Berikanlah hidayah kepada hamba-Mu ini.

Tarikh : 6 September 2010

Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim Di Seri Perdana

Merdeka dah weh!

Merdeka!

Mat Kilau, salah seorang pendekar di negeri Pahang menentang penjajah.

Sebenarnya tak reti aku nak cerita pasal Hari Ulang Tahun Kemerdekaan negara kita tercinta ni. Apa yang aku tahu apabila tiba hari ulang tahun kemerdekaan negara kita ni, aku akan cuti. Ini memang dah berlaku sejak zaman aku sekolah lagi sampailah sekarang.

Hari nilah aku dapat tidur lebih sikit daripada biasa. Lepas tu bila bangun, biasanya aku tengoklah tv  untuk menonton sambutan kemerkaan yang ditayangkan di kaca televisyen. Jadi hari ini memang menggembirakan akulah, sebabnya aku dapat cuti dan berehat bersama keluarga.

Aku bersyukur sangatlah negara kita telah merdeka daripada penjajahan. Bagaimana keadaan negara kita ni sebelum merdeka? Tentu dah jauh sangat bezanya dengan keadaan sekarangkan!

Emak aku cakap zaman dijajah oleh Jepun lebih teruk daripada zaman dijajah oleh orang putih. Katanya zaman orang putih menjajah dahulu orang ramai tidak berasa takut seperti pada zaman penjajahan Jepun. Masa zaman Jepun orang takut sebab kalau tersilap sikit kena penampar Jepun. Ada juga yang kena lebih teruk lagi seperti kena minum air sabun atau kena pancung kepala.

Keadaan susah di zaman sebelum merdeka dan di awal kemerdekaan negara kita ni selalu aku dengar daripada cerita-cerita orang lama. Selain itu daripada gambar dan tontonan cerita-cerita lama juga dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepadaku tentang keadaan orang zaman itu.

Memang susah orang zaman tu weh. Tengok dalam cerita-cerita P.Ramlee, kebanyakkan rumah orang zaman tu hanya seperti pondok usang yang beratapkan daun rembia. Tinggal pula di kampung-kampung yang serba kekurangan. Hanya di sungai atau perigi air diperolehi untuk minuman dan masakan, selain menjadi tempat mandi dan membasuh pakaian . Jalannya pula hanya denai-denai dan tiada kemudahan elektrik. Budak-budak pula bermain di halaman rumah dengan tidak berbaju. Begitulah gambaran kehidupan orang kampung di zaman itu. Jadi cubalah bandingkan keadaan itu dengan keadaan kita sekarang. Tentu nampak kemajuannyakan.

Aku sebenarnya dapat merasa juga keadaan seperti itu semasa aku kecil-kecil dulu. Masa tu aku tinggal di Ulu Kumbang. Kebanyakkan rumah orang masa tu sama seperti dalam cerita P. Ramlee tulah. Pakaian jarang sangat berganti kecuali pada musim raya. Baju, kain dan seluar pula akan dipakai selagi boleh ditampal. Budak-budak pergi ke sekolah pula pakai kasut rubber.

Taklah macam aku sekarang ni, kain baju tak cukup satu almari besar tiga pintu. Bila teragak nak beli baju atau seluar, pergi jelah ke pasar raya berdekatan yang tak sampaipun 15 minit menggunakan kereta.  Anak aku pula umur tak sampaipun tiga bulan dah berjalan sampai ke Kuala Lumpur dan Melaka. Pendek kata banyak sungguh mudahnya jika nak dibanding dengan zaman dulu.

Bersyukur aku dengan kemerdekaan ini. Hasil kemerdekaan ini, kita dapat menikmati kemajuan dan kemakmuran yang tidak boleh aku nafikan. Bagaimanapun aku berasa amat bimbang tentang beberapa isu yang semakin hangat sejak akhir-akhir ini.

Pertama, perpaduan antara orang Melayu nampak seperti semakin berpecah-belah. Antara puncanya adalah  kerana fahaman politik yang berbeza. Mereka berpecah kepada UMNO, PAS, dan PKR. Bagaimana kita nak menjadi kuat jika kita berpecah-belah. Oleh itu, marilah kita kembali semula bersatu dengan menjadi Al-Quran dan Sunnah sebagai tunjang peraduan. Yang benar, cakaplah benar dan yang salah mengaku ajelah. Janganlah kita sanggup menegakkan benang yang basah semata-mata kerana kepentingan peribadi dan duniawi. Oleh sebab kepentingan itu, kita tidak sanggup menegakkan kebenaran tetapi sanggup pula mengorbankan kesucian  agama dan maruah bangsa kita. Mohlah kita sama-sama berjuang menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia yang kita cintai ini. Marilah kita bepakat elok-elok.

Rasanya eloklah aku tangguh dulu catatan aku ni. Sebenarnya aku banyak kerja ni. Aku sambung balik nanti dengan isu kedua dan seterusnya mengikut pandangan aku. Maaflah ye!

Apabila mak aku nak bersedekah

Sempena Cuti Nuzul Quran pada hari Jumaat baru-baru ini, sekali lagi aku berpeluang balik ke Merapoh membawa mak aku. Sebenarnya memang aku ada berjanji dengannya untuk balik ke Merapoh pada hujung minggu lepas tetapi terpaksa dibatalkan kerana ada gotong-royong di sekolahku. Jadi pada hujung minggu inilah aku dapat bawa mak aku balik ke Merapoh semula.

Pada 3 minggu lepas, aku telah pergi ke dusun peninggalan arwah ayananda aku untuk melihat pokok-pokok duku yang berbuah lebat seperti cerita abang ipar aku abang mat. Memang betullah seperti yang diceritakan, rata-rata pokok duku di dusun ayahanda aku ni berbuah lebat. Sayangnya aku tak berkesempatan untuk mendaya atau memetik buah duku itu kerana kesuntukan masa. Tambahan pula aku nampak buahnya masih agak muda menyebabkan aku berasa was-was untuk memetiknya kerana takut jadi membazir pula jika buahnya masam atau tidak boleh dimakan lagi.

Mak aku nampak begitu bersemangat sekali apabila medapat tahu buah duku di dusunnya kali ini menjadi. Dia bercadang hendak mengutip buah-buah duku itu sebanyak mungkin untuk disedekahkan di pondoknya nanti. Oleh kerana tidak mahu menghampakan hajat mak aku itu, aku berjanji akan balik ke Merapoh semula  2 minggu lagi. Apa lagi, mak aku gembira sangatlah mendengar janji aku itu.

Sebenarnya pada tahun ini, Alhamdulillah buah-buahan terutama buah langsat, duku dan rambutan sangat menjadi. Setiap kali selepas aku sembahyang tarawih di Masjid Temerloh Jaya ni, buah-buahan inilah aku lihat banyak disedekahkan di masjid. Pendek kata kalau tak balik ke Merapohpun, jenuh dah aku makan buah duku, langsat dan rambutan ni.

Selain itu, sepanjang perjalanan ke Merapoh, aku lihat banyak sangat gerai orang menjual buah-buhan ini. Ini menunjukkan bahawa bukan sahaja di Merapoh tetapi serata tempat di negeri Pahang ni nampaknya buah-buahan ini menjadi. Aku pernah juga mendengar keluhan peniaga buah-buahan yang merungut kerana buah-buahan ini tidak laku dijual kerana sudah terlalu banyak di mana-mana.  

Oleh sebab itu, aku ingatkanlah mak aku supaya nanti tak perlulah ambil banyak sangat buah-buahan tu. Aku takut nanti jadi penat sahaja memanjat pokok sedangkan orang lainpun banyak juga buah ini. Ramai orang lainpun menyedekahkan buah-buahan ini di masjid-masjid pada setiap hari. Ada yang jadi busuk begitu sahaja kerana tidak habis dimakan.

Aku dengar juga mak aku merungut kerana sayang sangat ke buah duku peninggalan suaminya itu. Padanya, jika dibiarkan buah duku itu begitu sahaja seperti kita tidak menca'ana (ambil peduli) usaha ayahanda dahulu. Kalau boleh semua buah dukunya itu hendak disedekahkan ke pondok, ke rumah anak yatim, ke masjid atau surau. Bagus betul hasrat mak aku ni. Dia berharap usahanya itu akan membolehkan ayahandaku mendapat  ganjaran daripada Alllah hasil daripada buah-buahan tanamannya itu disedekahkan.

Oleh itu tidak hairanlah aku lihat mak aku membawa 4 atau 5 buah bakul raga serta beberapa biji guni semasa aku hendak bertolak ke Merapoh pada pagi Jumaat itu. Aku mula berasa risau dengan semangat mak aku ni. Bimbang juga aku nanti kereta waja aku pula yang akan jadi mangsanya. Yelah kereta ni mana sesuai untuk membawa menda yang terlalu berat nanti. Takut rosaklah pulak kereta ni. Mak aku mungkin tak berapa terfikir menda-menda begitu. Padanya selagi muat, selagi itulah barang boleh dimasukkan. Bukannya kita memikul, kereta yang membawa!

Pada pagi Sabtu semasa di Merapoh, aku bersama seorang kawan lama aku Talib serta kak andak pergilah ke dusun untuk memetik buah duku. Baru empat pokok duku dipanjat, itupun tak sampai separuh buahnya dipetik, dah satu bonet keretaku penuh dengan buah duku sahaja. Aku tengok bahagian belakang kereta aku dah melendut ke bawah. Risaunya aku takut spring belakang kereta aku ni patah pula nanti.

Ini duku-duku yang telah mak aku asingkan untuk dibawa balik ke Temerloh. Ada banyak lagi buah duku tetapi terpaksa ditinggalkan sahaja kerana rasanya dah terlalu berat. Alamat melendutlah weh!

Setibanya di rumah, aku cakaplah kepada mak aku supaya bawa sikit ajelah buah duku ni ke Temerloh kerana aku takut kereta aku rosak nanti. Mak aku diam aje. Aku cakaplah lagi pasal itu supaya mak aku lebih faham akan masalah yang aku fikirkan. Tak lama lepas itu mak aku mula bersuara," midie, bukannya lama sangat dah keh ni. Masa inilah je keh nak menumpangnya," . panjang lagilah bebel mak aku ni. Pedih juga telinga tetapi aku sabar jelah. Nak buat macam mana, mak kitakan.

Alhamdulillahlah akhirnya mak aku dengar juga cakap aku. Separuh daripada buah duku itu ditinggalkan sahaja di rumah kak andak aku di Merapoh ni untuk disedekahkan di masjid di sini. Walaubagaimanapun kereta aku tetap melendut semasa perjalanan balik ke Temerloh semula pada hari Ahad. Yelah selain daripada buah duku itu, ada empat orang yang berada dalam kereta ini. Ini belum termasuk beg dan barang-barang lain lagi.

Sempat juga aku bergambar dengan kawan lama sebaya aku iaitu Sabri semasa bertemunya sebelum balik ke Temerloh.

Aku terpaksa pandu keretaku perlahan kira-kira dalam 60 - 90 km/jam sahaja. Itupun beberapa kali aku dengar spring belakang kereta waja aku berbunyi 'kting' semasa lalu di kawasan jalan raya yang berombak. Minta-minta janganlah rosak spring kereta aku ni.

Bagaimanapun apabila tiba di Temerloh, setelah aku agih-agihkan buah-buah duku di Pondok Pangsenam, rumah abang cu untuk di hantar ke rumah anak yatim, dan di masjid, aku berasa sungguh lega kerana dapat menolong mak aku memenuhi hajatnya untuk bersedekah. Aku berharap aku terus bersabar dengan kerenah mak aku dan minta-mintalah segala usaha kami ini akan diberkati Allah.

Ingatlah "Syurga di bawah tapak kaki ibu".

Berhentilah bermain mercun.



Zaman aku budak-budak dulu, mercun ni memang aku carilah. Bukan selalu boleh beli mercun ni. Masa dekat-dekat nak beraya sahaja ada dijual di Merapoh masa tu. Masa lain memang tak dapatlah.

Masa aku budak-budak hingga umur 10 tahun kalau tak silap, aku beraya di Ulu Kumbanglah sebab tak berpindah ke Perumahan Merapoh lagi. Setiap kali dekat nak berhari raya je, adalah orang jual mercun di kedai-kedai 'slow keretapi Merapoh'. Mercun yang paling murah masa tu ialah 'mercun tarik'.

Aku ingat lagi, aku selalu ikat mercun tarik ni kat pintu pagar nak masuk ke laman rumah kami. Bila sesiapa buka je pintu pagar, meletuplah mercun tu. Kalau kebetulan makcik yang latah, lagilah aku seronok tengok dia melatah apabila mercun tu meletup.

Selain mercun tarik, ada lagilah mercun lain seperti mercun katak, mercun roket dan sebagainya. Tak silap aku antara mercun yang mahal pada masa tu ialah mercun roket yang akan keluar patung askar payung terjun sejurus mercun tu meletup di udara. Seronok sangatlah weh bila melihat patung tu terapung-apung seketika sebelum jatuh ke tanah.

Tapi susahlah aku nak dapat beli mercun tu weh. Mana aku nak cari duit. Mak ayah aku masa tu kira orang susah jugalah. Payahlah nak keluar duit setakat nak melayan anak beli mercun aje.

Seingat aku, aku jenuh sikit dapat main mercun ni apabila sekali tu abang sulung aku yang jadi ustaz di Pulau Pinang iaitu abang bong balik dengan membawa berkotak-kotak mercun papan. Masa tu dia balik ke Ulu Kumbang sebab nak beraya dengan komelah. Dia buat begitu mungkin kerana nak melayan adik-adik.

Seronok sangatlah aku dapat main mercun papan tu. Punyalah berkelimat sebab takut mercun tu habis cepat, aku ceraikanlah mercun tu satu-satu. Aku bakar mercun tu satu-satu supaya taklah cepat sangat mercun tu habis.

Bila cakap pasal abang bong ni rasa nak menitis pula air mata. Kesian, sekarang ni dia masih dalam rawatan untuk memulihkan kanser tekaknya. Dah lima kali dia kena 'kimo'. Tak silap aku dia kena buat kimo tiga kali lagi. Semoga abang bong aku akan sihat seperti biasa nanti.

Sebagai anak sulung yang dah bekerja, banyak juga jasa abang bong kepada adik-adik yang masih belajar pada masa tu. Tak terbalas rasanya. Allah sahajalah yang dapat membalas jasa dan pengorbanannya itu.

Apabila berpindah ke perumahan Merapoh, lagilah aku seronok main mercun ni kerana dapat bermain beramai-ramai dengan kawan-kawan. Sejurus selepas berbuka puasa, mulalah kedengaran letupan mercun di sana sini seperti berbalas-balas.

Semasa nak pergi sembahyang tarawih di masjid pula, aku main tuju-tuju mercun roket hala ke kawan-kawan. Semasa menala ke arah kawan-kawan yang lain, aku pegang je mercun tu perlahan-lahan sambil membakar sumbu mercun roket tu. Kemudian mereka balaslah balik dengan menghalakan mercun ke arah geng aku pula. Ha ha! Lepas tu berlakulah tuju-menuju mercun roket ala-ala perang dunia ke-2. Weh seronok sangat rasanya main macam tu.

Bila bermain mercun ni, memang tak lari dah daripada ditimpa kemalangan. Aku dulu pernah juga kebas tangan sekejap apabila mercun papan yang aku bakar meletup sebelum sempat aku baling. Nasib baiklah tak putus jari aku.

Peristawa abang teh aku hampir terbakar muka kerana 'bunga api das' masih aku ingat lagi. Tanpa disangka semasa dia tengah main bunga api tu, tiba-tiba je menyembur api dari bahagian bawah mercun tu lalu terkena ke mukanya. Kesian dia malam tu, tak boleh nak tidur kerana bulu matanya terbakar. Bila dia pejam je mata, rasa pedih menyucuklah sebab bulu matanya dah jadi tajam kerana terbakar terkena bunga api tadi.

Sekarang dan berbelas tahun beliau kembali ke RahmatuLLah akibat serangan jantung semasa tidur. Abang teh ni memang banyak jasanya kepada aku. Beliaulah yang menyekolahkan aku selepas aku tamat tingkatan tiga. Semoga  beliau sentiasa dalam keampunan Allah.

Mercun pada zaman tu kuranglah bahayanya sikit. Zaman tu tak ada lagi mercun bola yang berbunyi kuat macam bom tu. Mercun bola ni kalau terlambat sikit baling, alamat putuslah jari.

Anak akupun nak sangat main mercun ni. Macam setiap petang suruh aku cari mercun untuknya. Cair juga hati aku bila mendengar hajat anak aku tu. Bagaimanapun bulan puasa kali ini, aku belum sekalipun lagi beli mercun untuknya. Bila dengar berita macam-macam kemalangan yang berpunca daripada mercun ni, rasa takut dah aku nak bagi mercun kepadanya.

Rasanya berdosa pula beli mercun ni. Kalau disebabkan aku berikannya mercun, tiba-tiba dia kemalangan disebabkan mercun tu, menyesal tak sudah aku. Aku tengok kebelakangan ini diapun dah kurang minat nak main mercun lagi. Mungkin kerana maknya selalu berleter pasal mercun ni. Apatah lagi apabila dia tengok sendiri di tv tentang kemalangan yang banyak berlaku akibat bermain mercun. Cukup-cukuplah main mercun ni yek!. Berdosa!

Baik dan buruknya

Klik untuk cerita sebelumnya.

Akhirnya setelah hampir 10 tahun berpindah ke RPS Merapoh, orang Merapoh seperti sudah menerima segala-gala kemudahan seperti orang di bandar. Jalan berturap telah dibuat di semua lorong di perumahan itu. Begitu juga dengan kemudahan telefon dan elektrik 24 jam sehari juga telah disediakan. Selain itu, sudah ada rumah rehat, perpustakaan awam, klinik haiwan, pejabat pertanian, pejabat peladang dan sebagainya. Pendek kata semua lengkaplah di perumahan Merapoh ni seperti di tempat-tempat lain juga. Malahan kini Merapoh sudah menjadi laluan penting untuk ke taman negara.

Jalan di perumahan inipun sudah berturap. Tak perlulah berdebu dan berlencek lagi.

Bagaimanapun ada beberapa perkara yang aku nak bangkitkan tentang masalah di perumahan Merapoh ni. Bagi aku masalah ini akibat perancangan jangka panjang yang tidak betul.

Tengoklah, rapatnya rumah-rumah ni. 

Pertama. Jika semasa di kampung asal dahulu kedudukan rumah penduduk kampung berada jauh antara setiap buah rumah tetapi di kawasan RPS ini, kedudukan rumahnya amat rapat sekali. Jika berlaku sesuatu kebakaran, besar kemungkinan kebakaran tersebut boleh merebak dengan pantas ke rumah-rumah lain. Oleh sebab itu jugalah, aku lihat keadaan perumahan ini tidak ubah seperti kawasan perumahan setinggan yang terdapat di bandar-bandar.

Masing-masing nak buat rumah besar tapi sayang kawasan tanahnya sempit.

Kedua. Selain itu, keluasan tanah tapak rumah yang terhad juga kurang sesuai dengan orang Merapoh kerana sebagai orang kampung, serba sedikit perlu juga mereka bercucuk tanam untuk keperluan harian. Sepatutnya keluasan tapak rumah mak ayah aku di sini paling tidakpun seluas tapak rumah peneroka Felda. Bolehlah mak ayah aku menanam pokok seperti pokok kelapa dan belimbing yang mana buahnya diperlukan sebagai bahan masakan, di samping beberapa pokok buah-buahan seperti duku dan rambutan, sesuai dengan status mereka sebagai orang kampung.

Aku kira keluasan tanah di perumahan ini kurang daripada suku hektar atau hanya lebih beberapa kaki sahaja daripada tapak rumah . Mana mungkin keluasan tanah selebar ini membolehkan mak ayah aku bercucuk tanam apatah lagi setelah rumah diperbesarkan.

Ketiga. Jika di kampung lama dahulu, rumah kami tidak mempunyai longkang. Di RPS Merapoh pula, walaupaun ada longkang tetapi ia tidak dibuat dengan baik. Pada mulanya hanya longkang tanpa konkrit yang ada di belakang rumah. Longkang seperti ini akhirnya menjadi kubang ayam dan itik yang mengeluarkan bau yang busuk di belakang rumah kami. Bagaimanapun masalah ini dianggap sudah selesai selepas longkang itu dinaik taraf menjadi longkang berkonkrit.

Keempat. Jika di kampung lama dahulu kebanyakkan penduduk menjadikan semak atau sungai sebagai tempat melepaskan hajat tetapi di RPS Merapoh, tandas duduk ada disediakan. Namun apa yang mendukacitakan, sistem tandasnya juga tidak memuaskan. Memandangkan kedudukan rumah yang rapat, sepatutnya loji takungan najis berpusat disediakan. Takungan najis yang disediakan secara berasingan bagi setiap buah rumah tidak dapat menampung najis selepas beberapa tahun digunakan. Akhirnya kumbahan najis melimpah dari tempat takungannya lalu mengeluarkan bau yang busuk serta menjijikkan.

Ruang yang terhad tidak memungkinkan tangki najis ditanam di sini.

Mungkin kerana ada aduan tentang masalah limpahan najis tersebut, maka usaha penyelenggaran dan menaik taraf  takungan najis cuba dilakukan. Bagaimanapun daripada pemerhatian aku, usaha itu kurang berjaya kerana kerja-kerja itu sukar dilakukan kerana takungan najis itu berada  di tempat yang sempit. Lebih sukar lagi apabila ramai penduduk yang telah memperbesarkan rumah mereka. Kesannya, tempat takungan najis itu bertambah sempit, malah ada yang terus tertimbus atau terhalang oleh rumah mereka yang telah diperbesarkan.


Inilah tangki najis yang terbiar di dalam semak kerana tidak dapat ditanam di bebarapa buah rumah orang perumahan Merapoh disebabkan oleh pembesaran rumah  mereka dan sebagainya.


Keadaan ini tidak memungkinkan masalah itu dapat diselesaikan kecualilah sistem takungan najis berpusat diadakan. Oleh kerana masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan baik, masalah itu terus kekal hingga menyebabkan penduduk di sini kurang selesa akibat penyebaran bau busuk, limpahan najis ke longkang-longkang dan sebagainya.

Bagi aku, masalah takungan najis ini merupakan masalah besar di RPS Merapoh yang tidak tahu jalan penyelesaiannya.

Aku nak membebel sikitlah, boleh?

Itulah pentingnya perancangan yang bijaksana. Lain kali fikirkan dahulu kesan jangka panjang sebelum pihak kerajaan melaksanakan sesuatu projek supaya orang kampung tidak menanggung kesulitan yang seperti tiada penghujungnya ini. Hal ini umpama nasi sudah menjadi bubur. Terpaksalah harungi sahaja  keadaan itu kerana sudah terlanjur. Perkara inilah yang menyebabkan aku terkilan sangat.

Sekian sahajalah cerita pasal ini. Maafkanlah atas kata-kata tak puas hati aku itu yang mungkin telah menyinggung hati mana-mana pihak. Sebagai orang yang berasal dari sana, aku juga rasa berhak untuk meluahkan ketidakpuasan hati itu. Harapan aku agar segala usaha yang hendak dilaksanakan itu haruslah dibuat dengan memikirkan kesan jangka masa panjangnya supaya hasilnya boleh dinikmati secara berterusan.

Luahan ini juga bukanlah bermaksud aku tidak bersyukur atas usaha yang telah dibuat. Bagiku usaha yang baik itu harus disokong manakala usaha yang ada cacatnya itu mesti ditegur supaya menjadi peringatan kepada kita dalam merancang usaha yang seterusnya.

Majulah Malaysia bersama rakyat yang perihatin dan bijaksana.

Ada belaka

Baiklah malam ini aku nak sambung baliklah cerita pasal keadaan kampung lama semasa aku kecil dan keadaan setelah berpindah ke RPS Merapoh yang tertangguh sekian lama. Sesiapa yang berminat untuk baca cerita ini yang sebelumnya, bolehlah klik kat sini. 

Semasa di Ulu Kumbang dahulu, masjid, balai raya, balai polis, sekolah, klinik dan sebagainya terletak agak jauh daripada rumah kami. Tidak ada sebuah suraupun di situ. Oleh itu, terpaksalah aku berjalan kaki hampir 2 km apabila sesekali mengikut mak ayah aku ke masjid yang terletak dekat dengan slow kereta api atau Merapoh Baru.

Inilah masjid lama kampung Merapoh 

Biasanya jika ada sambutan Maulidur Rasul dan sebagainya, orang kampung akan berkumpul di masjid dari Magrib hingga selesai solat Isyak. Meraka akan membawa kuih muih yang dibuat sendiri atau biskut yang dibeli di kedai untuk kenduri selepas solat Isyak itu nanti.

Aku ingat lagi masa itu orang yang menyediakan minuman akan menggunakan tin minyak masak 12 gelen untuk memasak air. Tin itu ditebuk atau dibuang bahagian atasnya. Dawai digunakan untuk dijadikan tangkai tin itu. Semasa menjerang, tin ini tidak diletak di atas tungku tetapi disangkut tangkainya pada penyangkuk dawai yang diikat pada kayu alang bumbung masjid.

Setelah air mengelegak, air di dalam tin itu akan dituang ke dalam beberapa buah cerek besar. Air teh atau teh 'o' akan dibancuh di dalam cerek-cerek besar itu untuk hidangan para jemaah selepas solat Isyak. Aku seakan masih dapat merasai bau wangi teh yang dibancuh di dalam cerek-cerek itu. Air teh berwarna kuning pekat dan masih panas sungguh sedap dinikmati. Aku juga bagaikan ternampak-nampak akan bermacam-macam jenis kuih seperti kuih melaka, koci dan sebagainya dibahagi-bahagikan di dalam beberapa talam untuk hidangan para jemaah. 

Apabila ada kenduri macam ni, gembira sangatlah aku. Maklumlah kecil sangat lagi aku pada masa tu. Belumpun sekolah rendah. Masa kenduri seperti inilah aku dapat melihat orang ramailah sedikit kerana pada malam lain atau malam yang tiada majlis seperti ini, aku mungkin sudah di atas katil bersama ibu bapaku untuk tidur.

Apabila tiba hari Jumaat pula, seawal pukul 11.00 pagi, orang kampung di sekitar kampung Merapoh termasuklah orang di Telok Gunung dan Mentara mula datang ke masjid. Kebanyakkan mereka datang hanya dengan berjalan kaki di bawah terik cahaya matahari, menunggang basikal atau motosikal sejauh 4 atau 5 kilometer . Setibanya di masjid, ada yang  pergi mandi dahulu ke Jamban Masjid, Sungai Merapoh yang berhampiran untuk membersihkan diri dan menyejukkan badan. Aku juga tidak ketinggalan malah selalu juga mandi di jamban itu dengan kawan-kawan sebelum bersolat Jumaat.

Sungai Merapoh dekat dengan masjid ini pernah menjadi tempat orang Merapoh membersihkan diri sebelum bersolat Jumaat setelah mereka berjalan berkilometer untuk sampai ke masjid ini.

Bayangkanlah susahnya orang Merapoh pada masa itu hendak datang ke masjid untuk solat Jumaat. Sekarang ni jauh sangat dah mudahnya kita jika nak ke masjid. Bukan sahaja masjid berdekatan dengan rumah masing-masing, malahan boleh dikatakan semua orang dah memiliki kenderaan sendiri. Sayangnya masih ramai yang tak mahu datang ke masjid bersolat jemaah kerana pelbagai alasan. Setiap kali solat fardhu kecuali pada waktu Magrib dan Isyak, tidak sampaipun dua puluh orang yang datang untuk solat berjemaah sedangkan disekitarnya terdapat lebih 200 buah rumah di perumahan itu.

Rugilah kita jika sikap ini diteruskan kerana kita seperti tidak mensyukuri kemudahan yang dianugerahkan Allah kepada kita semua. Wahai penduduk Merapoh, marilah kita mengimarahkan masjid supaya kampung kita ini terus dirahmati Allah. Sesungguhnya sebaik-baik bersembahyang ialah sembahyang secara berjemaah.   

Setelah berpindah ke RPS Merapoh, dalam sesetahun agaknya, penduduk kampung masih lagi menggunakan masjid yang berdekatan dengan 'slow keretapi' itu walaupaun terletak jauh iaitu hampir 5 km dari kawasan perumahan itu. Bagaimanapun mungkin tak ada dah lah orang yang solat berjemaah lima waktu di masjid itu lagi kerana boleh kata kesemua penduduk di sekitarnya telah berpindah ke perumahan Merapoh. Jika adapun hanya pada siang hari apabila ada orang singgah untuk solat Zohor atau Asar semasa mereka balik dari bekerja di paya dan sebagainya. Hanya solat Jumaat seminggu sekali sahajalah yang tetap diadakan di masjid itu. 

Pada masa itu, orang perumahan Merapoh akan pergi ke surau yang berhampiran dengan Stesen Kereta Api Merapoh untuk menunaikan solat fardhu berjemaah. Letih juga aku berjalan kaki dari rumah ke surau ini. Rasanya hampir 15 minit juga berjalan kaki barulah sampai. Suraunya taklah besar mana. Agaknya bolehlah muat untuk 50 - 60 orang jemaah sahaja.

Tidak lama kemudian, sebuah surau lagi dibina di kawasan perumahan ini. Akhirnya surau baru ini menjadi surau utama kerana surau ini lebih dekat dengan rumah kami. Surau berhampiran dengan stesen kereta api tu pula menjadi tempat aku belajar mengaji pada setiap petang. Dua orang ustaz mengajar mengaji di surau itu iaitu Ustaz Idris dan Ustaz Rasyid, abang ipar aku. Biasa juga selepas habis mengaji dan solat Asar, aku dapat merasa bubur kacang dan sebagainya yang disedekahkan oleh orang kampung yang bermurah hati kepada budak-budak mengaji di surau itu.

Masjid Merapoh yang baru. Sekarang ni mudahlah orang nak solat Jumaat sebab masjid baru ni sudah dekat dengan kediaman masing-masing. Sayanglah kalau kita tidak memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang telah tersedia ini. Jika kita bersolat secara berjemaah, dah pasti solat kita diterima Allah. 

Setelah setahun lebih orang perumahan Merapoh berulang-alik ke masjid lama, akhirnya sebuah masjid baru dibina di kawasan perumahan ini. Masjid Merapoh yang baru ini terletak bersebelahan dengan padang awam perumahan Merapoh. Masjid ini ialah sebuah masjid pasang siap. Reka bentuknya sama sahaja dengan beberapa buah masjid lain di kampung-kampung dalam negeri Pahang seperti Masjid Kg. Bercang dan lain-lain lagi. Alhamdulillah, selalu jugalah aku mengikut mak ayah aku mengimarahkan masjid ini. Sekarang tak perlu lagilah aku pening kepala untuk berjalan kaki berkilometer untuk solat Jumaat. 

Balai Polis Merapoh (Ogos 2010). 
Sekarang Balai Polis Merapoh pun sudah dekat dengan rumah kami.

Klinik Kesihatan Merapoh (2010).
Inilah klinik baru yang terletak berhampiran perumahan Merapoh.

Tidak lama selepas itu, beransur-ansurlah kemudahan-kemudahan lain seperti klinik, balai raya, dewan awam dan sebagainya dibina di kawasan RPS Merapoh ini. Mudah dah lah orang Merapoh sekarang dengan pembinaan pelbagai bangunan dan kemudahan awam berdekatan dengan rumah mereka. 

Mengatuklah pulak. InsyaAllah akan bersambung.... Klik sini untuk sambungan cerita.

Melayu janganlah me-layu

 Maksiat Di UiTM Jengka Semakin Parah, Adengan Seks Luar Tabie (Gay)??
"BANDAR JENGKA, 18 Ogos - Orang ramai di sekitar bandar ini mahu pihak berkuasa memantau pergerakan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang, kampus Jengka dekat sini. Ini berikutan gejala sosial yang melibatkan pelajat IPT itu semakin membimbangkan sekarang ini. Sebagai sebuah universiti yang dipelopori oleh kaum bumiputra terutamanya Melayu,


Sudah tiba masanya masalah gejala sosial dan maksiat di institusi terbabit diberi perhatian yang sewajarnya. Kita tidak mahu, bangsa lain memandang hina terhadap agama Islam gara-gara perangai majoriti pelajarnya yang menyimpang jauh dari nilai-nilai agama itu sendiri. Difahamkan, pihak pentadbiran universiti lebih mementingkan akedemik daripada sahsiah dan pembentukan akhlak para pelajar. Malahan, nilai-nilai agama kini terus dipandang sepi oleh pihak yang berkenaan.

Kampus yang menempatkan lebih 3,000 pelajar dari seluruh negara itu, yang membawa berbagai budaya yang jelas tidak boleh diterima oleh masyarakat setempat. Aksi-aksi lucah dan pakaian yang menjolok mata pelajar sering mewarnai kawasan terbabit sekarang ini. Ia jauh sekali berbeza ketika kampus itu tidak dibuka disitu dulu. Menurut seorang penduduk, keadaan gejala sosial dikalangan para pelajar sememangnya sudah semakin parah dan tidak wajar sama sekali. "Mereka bukan sahaja membawa gejala negatif kepada generasi muda setempat, malahan juga tidak segan silu berpelakuan tidak senonoh dikhalayak ramai" katanya.

Gejala Maksiat "Berlesen" Kini Semakin Menular Umum mengetahui bahawa Bandar Jengka adalah merupakan satu-satunya bandar yang dimonopoli oleh kaum bumiputra di negara ini. Hampir 100% peniaga dan penduduk di sini adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Makanya, budaya songsang yang dibawa oleh pelajar-pelajar terbabit amat mengecewakan para penduduk. Keadaan bertambah parah, bilamana kini ramai pelajar terbabit yang tinggal di luar kampus. Mereka bebas bercampur lelaki dan perempuan tanpa batasan. Malah, mereka juga tidak menghiraukan teguran yang dibuat oleh masyarakt disini.

Terdapat juga maklumat berlaku berbagai aksi curang pelajar berkenaan yang merosakkan kesucian bandar ini. Menurut seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Malek, beliau melihat pelajar perempuan sering bermalam di rumah sewa pelajar lelaki. Beliau dan beberapa orang penduduk menunggu masa untuk menjalankan operasi cegah maksiat pelajar terbabit. "Kejadian berlaku apabila pelajar terbabit dihalang masuk ke kampus selepas jam 11.00 malam. Akibat takut dikenakan tindakan displin maka mereka yang bercouple akhirnya mencari jalan singkat bermalam di rumah pasangan masing-masing atau di hotel yang berdekatan. Mereka memilih untuk kembali ke kampus pada awal bagi kerana tidak akan diambil tindakan displin oleh pihak UiTM" katanya.

Lantaran peraturan tersebut menyebabkan ramai pasangan akhirnya sanggup melakukan aktiviti maksiat dan perzinaan di rumah sewa pasangan masing-masing. Perkara ini sebenarnya disedari oleh pihak universiti, tetapi mereka tidak mahu mengambil tindakan tegas demi menjaga nama baik UiTM Jengka. Akibatnya, kegiatan ini menjadi amalan harian pelajar UiTM Jengka mutakhir ini. Mereka tidak takut lagi untuk melakukan kegiatan maksiat, seolah-olah pihak universiti sendiri yang memberi lampu hijau.

Penyeludupan Arak Ke Kampus Kini Berleluasa
Selain daripada masalah itu tadi, kini difahamkan penyeludupan "arak" begitu mudah masuk ke dalam kampus. Difahamkan ramai pelajar terutamanya mereka yang terdiri daripada anak-anak orang berada dengan mudah membawa masuk bekalan terbabit untuk dijual kepada rakan-rakan yang lain di kampus. Perkara ini disedari oleh beberapa pihak yang berkenaan, namun seperti biasa mereka tidak mahu mengambil tindakan demi imej dan maruah IPTA itu.

Akibatnya kegiatan minum arak kini sudah menjadi tradisi dan amalan sebilangan pelajar universiti terbabit. Perkara ini amatlah dikesali kerana ia jelas sekali bertentangan dengan ajaran Islam sebenarnya. Tambahan pula di saat bulan Ramadhan yang mulia ini. Soalnya, siapakah yang berani untuk tampil mendedahkan perkara ini?. Akhirnya kegiatan itu ditutup rapat-rapat dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengetahuinya.

Kegiatan Seks Luar Tabiee Pelajar Makin Menjadi 
Kini kampus terbabit juga digemparkan dengan kegiatan "gay" yang berleluasa. Kegiatan seks antara sesama pelajar lelaki kini seolah-olah sudah menjadi amalan di situ. Terdapat maklumat seorang pelajar lelaki kursus Perladangan dan Sains Gunaan kini menjalankan kegiatan berkenaan dengan beberapa orang pelajar dan gurunya dulu. Beliau kini hidup mewah di kampus hasil duit haram akibat menjalinkan hubungan seks terlarang itu. Khabarnya pelajar berkenaan gemar dengan mereka yang berduit dan merelakan tubuhnya "digomol" oleh pihak terbabit. Kini beliau menjadi santapan ramai pelajar-pelajar di univesiti berkenaan. Kegiatan ini sudah berlarutan sejak beberapa bulan yang lalu. Ia disedari oleh beberapa pihak, namun takut untuk membongkarkannya demi menjaga nama baik UiTM Jengka. Pihak pentadbiran universti terbabit wajar bertindak segera bagi membersihkan nama baik mereka. Tindakan displin yang tegas termasuk "memecat" pelajar berkenaan harus dilakukan, kerana perkara ini sudah menjadi buah mulut masyarakat di sini. Keluarga pelajar terbabit kini dikatakan sudah tahu kegiatan anaknya, namun terpaksa "redha" akibat tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Pelajar yang masih berada ditahun satu itu pernah bermain seks dengan beberapa "orang guru lamanya" dulu yang kini dipercayai mengajar di Sek.Agama Pekan dan Sek Balok Baru di Kuantan.

UiTM Jengka Perlu Ambil Tindakan Segera Kes Ini
Pihak kolej dan ramai pelajar lain amat sukar untuk mengesan beliau jika tiada pendedahan ini. Tambahan pula difahamkan beliau yang merupakan bekas pelajar sebuah sekolah agama di negeri ini dikatakan perwatakan alim, bijak bermain kata-kata dan pandai memikat wanita dan lelaki untuk jalinkan hubungan intim untuk mendapatkan "wang" daripada mereka. Beliau kini masih menjalinkan hubungan "luar tabiee" dengan beberapa orang rakan dan guru-gurunya termasuk juga dengan seorang penjual burger berusia 22 tahun yang berasal dari bandar ini.

Daripada sumber yang boleh dipercayai, pelajat tersebut mempunyai seorang "ayah angkat" yang bertanggungjawab tentang pembelajaran dan perbelanjaannya di universiti terbabit. Kami sedang mencari siapakah "ayah angkat" terbabit, bagi mendapatkan info lanjut. Pelajar itu pernah ditangkap baru-baru ini semasa hendak "melakukan kegiatan seks luar tabiee" bersama "seseorang" yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kerajaan. Inilah yang perlu disiasat. [Pihak kami akan menjejaki siapakah pegawai yang dimaksudkan itu untuk dibongkarkan. Justeru itu kami memberi tempoh kepada pihak UiTM Jengka untuk menyiasat perkara ini dan membuat tindakan tegas terhadap pelajar yang jelas mencemarkan nama baik institusi itu.

Sebenarnya apa yang berlaku di UiTM Jengka ini adalah sebahagian rencah kehidupan mahasiswa IPT di negara kita hari ini. Malah ada IPT yang lebik gejala sosialnya tidak dibongkarkan lagi. Apapun kami melihat apa yang berlaku ini jelas menunjukkan bahawa nilai-nilai agama Islam di IPT sememangnya makin di pinggirkan. Malah kegiatan buang bayi juga pernah berlaku di beberapa buah IPT termasuk UiTM Jengka sendiri. Cuma perkara ini didiamkan bagi menjaga nama baik dan imej universiti terbabit. Apapun, selepas ini kami akan bongkarkan pula kegiatan tidak bermoral di IPT lain pula. Terkadang perkara seperti ini perlu dibongkarkan demi menjadi ikhtibar dan tauladan kepada orang lain. Apalah guna perkara yang tidak senonoh seperti ini disorok-sorokkan, yang akhirnya membawa kebinasaan dan kehancuran kepada institusi pendidikan itu sendiri.

copy from : http://anakfelda09.blogspot.com/

Polis baik


Kali ini aku nak bercerita sikit pengalaman aku ditahan polis kerana melakukan kesalahan jalan raya. Ada beberapa pengalaman yang aku ingat tetapi semuanya itu sudah lama berlaku iaitu antara tahun 1997-1999. Masa tu aku tinggal di Felda Sungai Koyan kerana bertugas di Pos Betau. Isteriku pula mengajar di SK. Sungai Koyan, Raub, Pahang.

Zaman tu memang tiada lagi saman-saman ekor ni. Takdalah aku terkejut beruk apabila tiba-tiba sahaja surat saman sampai ke rumah. Masa itu kalau polis nak saman, mereka beri peluang dahulu kita mengemukakan alasan kenapa kita lakukan kesalahan itu. Kot-kot kerana sebab kecemasan, takdalah disaman agaknya.

Aku sendiripun ada juga beberapa kali terlepas daripada disaman polis walaupun terang-terang telah melakukan kesalahan. Setelah aku mengemukakan alasan, polis menggunakan budi bicara mereka lalu tidak menyamanku. Aku rasa inilah cara yang mesti polis kekalkan dalam menguatkuasakan undang-undang jalan raya. Cara ini lebih bertimbangrasa dan adil.

Polis mestilah mendengar dahulu alasan pesalah. Mungkin mereka melakukan kesalahan itu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan sebagainya. Kalau dah betul mereka sengaja, barulah disaman.

Malam ini aku cerita satu pengalaman sahaja sebab penat weh menaip banyak-banyak ni. Peristiwa itu berlaku apabila ada sekali tu aku di tahan polis kerana memotong sebuah trellar betul-betul di simpang tiga Kuala Lumpur, Raub dan Bukit Fraser. Masa tu aku dari rumah mertua di Sg. Siput Melaka dalam perjalanan balik  ke Felda Sg. Koyan semula.

Sebelum sampai ke simpang tiga tu, agak lama juga aku mengintai-ngintai untuk memintas sebuah trellar panjang tetapi tidak boleh kerana jalannya banyak selekoh. Apabila hampir di persimpangan itu, barulah nampak lapang sikit. Aku tengok jalan di sebelah kanan menghala ke Raub kosong sahaja daripada kenderaan. Inilah peluangnya.

Apa lagi aku pecutlah kereta untuk memotong trellar itu walaupun aku tahu keretaku sudah terlalu hampir dengan persimpangan itu. Aku berjaya memotong lori itu betul-betul di simpang tiga tu. Setelah berjaya memotong trellar itu, aku nampak dua tiga orang polis mengebar bendera merah menyuruh aku ke tepi jalan.

Kenalah aku kali ini. Berdebar juga hati aku takut dimarah dan disaman oleh polis itu. Inilah lebih kurang dialog aku dengan polis semasa aku ditahan.

Polis :  Assalamualaikum. Boleh tengok lesen memandu dan kad pengenalan encik?
Aku  :  Boleh. (Sambil mengeluarkan lesen dan ic)
Polis :  Nak ke mana ni encik?
Aku  :  Nak balik ke Felda Sg. Koyan, dari rumah mertua di Melaka.
Polis :  Jauh tu. En. tahu tak kenapa kami tahan encik!
Aku  :  Emm, tahu. Saya nampak jalan dah clear, saya potonglah. Maaf encik.
Polis :  Hati-hatilah sikit. Cuba tengok anak tu, kecil sangat lagi. Encik tak sayang kat anak ke?
           Mana boleh memotong di simpang tiga macam ni, bahaya!
Aku  :  Maaflah encik, lain kali saya cuba lebih berhati-hati.
Polis :  Kali ini kami hanya ambil nama dan maklumat encik sahaja. Lain kali jangan buat macam ni
           lagi. Tolong sain di sini. (Sambil menghulurkan pen dan buku putih)
Aku  :  Terima kasih banyak-banyaklah encik. (sambil tersenyum )
Polis :  Sama-sama (sambil memulangkan semula lesen dan ic aku)

Weh, tak sangka langsung yang aku tak disaman. Kalau nak ikut, kesalahan besar juga tu, memotong kenderaan di simpang tiga. Alhamdulillah, itulah baiknya apabila kita bersemuka dengan polis yang nak menyaman kita. Mereka ada perasaan, dah tentu boleh menilai tahap kesalahan kita sama ada betul-betul sengaja atau sengaja tetapi kerana terpaksa.

Macam yang aku buat tulah. Kadang-kadang tak tersabar juga jika terlalu lama sangat mengekor treller yang bergerak dalam 40 - 50km sejam sahaja. Bila rasa selamat untuk memotong, kadang-kadang kita potong jelah walaupun di kawasan yang dilarang.

Sepatutnya polis macam itulah, mana-mana orang yang nampak baik  tu elok ditegur dan dinasihatilah dulu jika boleh. Lainlah kalau dah nampak sangat mereka nak berlagak di jalan raya seperti mat rempit dan sebagainya tu eloklah terus disaman. Biasanya kalau orang bawa anak bini ni taklah teruk sangat dijalan raya. Jika terlaju sikit tu kadang-kadang biasalah kalau jalan tu lurus serta masa tu pula jalan lengang.

Masa aku mula-mula terlepas daripada saman tu, berasa sungguh yang polis ni betul-betul nak menjaga keselamatan kita. Kalau masa tu aku kena samanpun, aku tak kisah sebab memang betul salah aku. Lepas tu aku jadi hormat betul kepada anggota polis ni dan rasa tak nak dah melanggar peratutan jalan raya lagi.

Kalau saman ekor, mana ada budi bicara dah sebab kamera tu bukan orang. Benda yang tak berakal dan perasaan.. Tau-tau surat saman dah sampai ke rumah. Inilah yang menyebabkan aku berasa saman ekor ni lebih kepada sengaja nak ambil peluang untuk dapatkan duit daripada orang ramai sahaja. Pantang salah sikit, saman!

Polis sepatutnya kena lebih bertimbang-rasa. Mereka boleh saman tetapi biarlah orang yang kena saman tu tidak berasa dizalimi. Barulah orang ramai tak mencemuh polis.

Takkan rugi punyalah

Tengoklah sendiri. Siang malam jalan ni sibuk. Letihlah nak memotong lori-lori tu.

Jalan raya ke kampung aku Merapoh ni sibuk sangat dah. Jalan raya ni juga dah semakin teruk, banyak sangat berlubang di sana-sini. Sebelum inipun memang dah banyak berlaku kemalangan ngeri di jalan raya ini. Raya Idil Fitri dah dekat ni. Kalaulah kerosakkan jalan raya ini terus dibiarkan, tidak mustahillah lebih banyak kemalangan ngeri akan berlaku pada musim hari raya itu nanti.

Pada hemat akulah, jalan raya ini sudah menjadi laluan terpenting terutama bagi orang dari Kuala Lumpur untuk pergi ke negeri Kelantan atau sebaliknya. Ini memandangkan laluan inillah yang paling dekat untuk menghubungkan kedua-dua kawasan tersebut. Kalau ikut Terengganu, lagilah jauh.

Malahan jalan raya ini juga seperti sudah menjadi laluan antarabangsa untuk menghubungkan Kuala Lumpur dengan Thailand. Setiap kali aku balik ke Merapoh, aku dapati banyak sangat lori barang yang lalu di jalan raya ini. Mungkin barang-barang itu barangan dari Thailand atau barangan dari Malaysia untuk dihantar ke sebelah Thailand. He he! agoknyalah.

Aku rasalah sepatutnya jalan raya ni dah lama diperbesarkan menjadi seperti lebuh raya, sekurang-kurangnya dua lorong sebelah. Barulah kawasan sebelah kampung aku dan pantai timur keseluruhannya dapat dimajukan dengan lebih pesat.

Aku rasalah apabila jalan raya seperti itu dapat dibina, sudah tentu akan mendatangkan faedah yang besar kepada ekonomi negara kita. Taklah pelabur asing berasa susah nak melabur di kawasan ini dengan alasan masalah perhubungan atau pengangkutan yang kurang baik.

Pemanduan aku apabila sesekali balik ke Merapoh nanti juga pasti lebih menyeronokkan. Taklah aku selalu sangat mengitai-ngitai untuk memotong lori yang banyak di jalan raya itu. Telinga aku juga taklah bingit sangat kerana selalu ditegur oleh isteri aku yang sering berdebar apabila ternampak lori besar atau semasa kami berselisih dengan lori di jalan raya yang sempit serta berbukit-bukit ini.

Orang yang memandu di jalan raya inipun aku dapati selalu membuat tindakan yg. berbahaya. Mungkin ini disebabkan mereka dah penat serta hilang sabar kerana acap kali terpaksa mengekor di belakang lori berbelas kilometer setiap kali melalui jalan raya ini.

Ada yang pakai potong je kenderaan lain walaupun di selekoh tanpa memastikan dahulu kenderaan lain di hadapan. Mereka yang memandu begitu akan menghimpit sahaja kenderaan kita apabila ternampak kenderaan lain sudah dekat di hadapan kenderaan mereka. Tindakan seperti inilah antara sebab berlakunya kemalangan.

Ini pula masa di Bukit Tujuh dari kampung aku Merapoh nak balik ke Temerloh. Kawasan ni memang selalu berlaku kemalangan. Letih dah mengekor lori, akhirnya tempat selekohpun memotong. 

Akupun dah berapa kali terpaksa mengelakkan kereta dari arah bertentangan yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapan. Itulah yang menyebabkan isteri aku seperti fobia apabila melalui jalan raya ini.

Bagi akulah kalau jalan raya ini dibuat dua lorong sehala, senanglah sikit orang nak memotong lori-lori yang banyak lalu dijalan raya ini. Pendek kata kalau jalan raya ni cantikpun tak guna kalau tak dibuat dua lorong kerana jalan raya ni dah terlalu sibuk.

Kerajaan, utamakanlah untuk membuat jalan raya dua lorong sehala hala ke Merapoh dan ke Kelantan ni. Barulah best sikit memandu di situ nanti. Insyaallah banyak kelebihan dan keuntungannya pada negara kita apabila jalan raya seperti itu dibina. Lebih baik lagi kalau jalan raya tu takda tol. Kalau jalan raya tu tak lurus sangatpun takpa. Janji jalan raya tu dua lorong sehala dan tidak berbukit-bukit sangat. Amacam boleh? Takkan rugi pumyalah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular

Mohlah jengok!

  • 9 March 2024 Sabtu. Santai2 je gi melaka . short vacation 2 hari 1 malam . gi berlapan ngan anak, menantu, besan dan cucu. Gerak dari bangi dalam ku...
  • [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [ima...
  • Halo…Slot Mudah Menang (nonton channel Youtube Slot Mudah Menang)…nice to meet you bagi seluruh pembaca blog ini. Bersama ini penulis sharing informasi pen...
  • بسم الله الرحمن الرحيم Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia... UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...
  • [image: https://drive.google.com/file/d/1gARq5pZPyhDgD94uQfTTxQGasdWyWma6/view?usp=sharing] Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat semua. Sila klik...
  • *Seei Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2020 SK St Mary Kuala Lumpur* *Tarikh : 6.3.2020* *Hari : Jumaat * *Tempat : Dewan St Mary*
  • *Ogawa BG330DT Brush Cutter * Tu dia brand or model mesin rumput yang aku beli baru baru ini. Ini hasil mentelaah pak cik google dan menginterview abam aba...
  • selamat mengundi pada 9 mei 2018
  • APO DAH JADI BLOGSPOT NI MARIN KOBA NAK TUTUP TGK2 ADO LAIE SERUPO IDUP SOGAN MATI TAK MAU TAPI LOBIH TORUK DARI PARTI SUCI TERKONTUT PUN TIDAK..SENDAWO P...
  • Pohpalehh.... Melantung baunye. Dah bubuh bagei gaye dak Awang. Tak amboh ilang jugek. Sabun cak kapok te dah pipih sentei dak Awang ghate ke seme badan ny...
  • Makmur Guesthouse turut menyediakan bilik-bilik untuk disewa. Bilik-bilik ini terletak di kawasan rumah pemilik. Lokasi Makmur Rooms adalah di Kampung Ba...
  • Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
  • Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
  • Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas ...
  • 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
  • *6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
  • ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
  • Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
  • *KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
  • Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
  • Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
  • Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
  • Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
  • *...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
  • *Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
  • Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
  • Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
  • *Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...