Teringat zaman sekolah dulu, setiap kali balik bercuti ke kampung mesti pergi ke masjid ni terutamanya pada waktu Maghrib dan Insya'. Begitu juga semasa aku menganggur sekejap selepas peperiksaan STPM.
Masa tu ayah masih ada lagi. Mak ayah aku ni memang pantang melihat anak-anaknya tidak sembahyang berjemaah. Apatah lagi jika tidak sembahyang.
Masjid lama Merapoh
Banyak kenangan masa aku kecil-kecil di sini.
Begitu juga dengan abang dan kakak aku yang dah berkahwin. Mereka tetap akan membebel jika melihat anak cucu tak sembahyang. Alhamdulillahlah lah, seingat aku takda anak cucu yang menyombong selepas dibebel. Mungkin mereka dah faham akan sikap mak ayah aku.
Jadi sementara berada di kampung, terpaksalah aku menjaga hati mak ayah. Mungkin orang cakap ini hipokrit tetapi sekurang-kurangnya aku cuba menjaga hati mak ayah. Pada aku, lagi teruk sekiranya kita langsung tak mencakna cakap mak ayah.
Biasanya aku akan bersembahyang berjemaah di masjid terutamanya pada waktu Maghrib dan Isya'. Aku mengakulah, ada juga aku buat tu lebih kepada kerana takut dibebel oleh mak ayah. Walaubagaimanapun lama-kelamaan, aku sendiri rasa ada yang tak kena apabila tidak pergi sembahyang berjemaah. Agaknya itulah keberkatannya apabila kita tak melawan sangat cakap mak ayah.
Masjid Merapoh sekarang
Dulu pernah aku melaungkan azan di masjid ni.
Selepas sembahyang sunat ba'da Maghrib, aku ajaklah anak aku dengar ceramah orang Tabligh ni. Sayang sekali aku tengok hanya 3-4 orang je orang kampung yang sudi mendengar ceramah Tabligh ni. Itupun cuma orang tua.
Masa sembahyang Maghrib tadi ramai, hampir 3 saf tetapi masa ceramah semua pergi ke lain. Alhamdulillah, ramai juga anak-anak muda Merapoh ni yang datang berjemaah di Masjid. Tapi tak taulah kenapa mereka tak dengar ceramah ni. Agaknya mereka lebih suka berborak dengan kawan-kawan kat luar masjid tu. Macam aku dulu-dululah.
Weh rupanya budak sangat lagi yang menyampaikan ceramah ni. Cakappun tergagap-gagap lagi. Walaubagaimanapun sebenarnya aku respect lah kat budak-budak macam ni. Belajar bercakap mengajak orang membuat kebaikan. Taklah ada sesetengah budak tu yang berani membuat perkara yang bodoh-bodoh je tapi bila suruh buat menda baik, penakut! Merempitlah! mendadahlah! Risau melihat budak-budak sebangsa dgn ku jadi macam tu.
Antara yang dicakap dalam ceramah tu ialah tentang sembahyang. Katanya sembahyanglah yang pertama sekali dihisab oleh Allah di akhirat kelak. Sebanyak manapun kita membuat kebaikan tetapi sembahyang kita remehkan, susahlah kita nak terlepas daripada azab Allah.
Sayang sekali aku lihat ramai orang sekarang ni tak begitu mengambil berat tentang sembahyang. Ramai yang meninggalkan sembahyang dengan alasan penat sangat selepas balik kerja atau berjalan. Waktu Subuh pun senang-senang je tinggal sembahyang macam takda rasa apa-apa langsung. Sedangkan sembahyang tu perlu kita buat selagi kita sedar walaupun masa kita sakit tenat dengan sekadar menggunakan isyarat gerakan kelopak mata. Apa-apapun aku tak berani cakap lebih kerana Allah lebih mengetahui masalah mereka.
Kata budak tu lagi, orang yang tak sembahyang adalah mati di sisi Allah. Maksudnya Allah tidak menghiraukan kita lagi seperti kita sudah tiada. Apa-apa yang kita pohon seolah-olah tak didengar oleh Allah SWT. Jadi kalau macam tu bagaimana doa kita nak diterima oleh Allah jika kita mengabaikan sembahyang.
Kesimpulannya kita kena jaga sembahyang kita jika kita nak kita dan anak cucu cicit kita berjaya di dunia dan di akhirat. Dengan erti kata kejayaan yang diredhai oleh Allah, bukannya kejayaan dari sudut duniawi semata-mata. Ramai orang perasan dia berjaya dengan kereta besar, pangkat, duit dan sebagainya tetapi tanpa disedari sebenarnya dia gagal di sisi Allah. Apa gunanya kejayaan jika kejayaan itu membawa kita dan keturunan kita semakin jauh daripada rahmat Allah SWT.
Saje je aku bawa anak aku dengar ceramah orang Tabligh ni. Pada aku banyak kebaikannya jika budak-budak ikut jemaah ni seperti mengamalkan Sunnah-sunnah Nabi. Yang penting kita mesti berpandangan terbuka dan tidak melihat dari suatu sudut sahaja. Apa yang baik tu kita ambillah, mana rasa yang tak sesuai tu kita tinggalkan lah.
Apa yang aku tau ramai di antara ahli jemaah ni tak melibatkan diri dalam pilihanraya dengan alasan itu bukan Sunnah Nabi. Jika benar begitu, aku tak sokonglah. Kita mesti terlibat sama dalam proses pilihanraya kerana itulah cara perjuangan pada masa ni.
Rasulullah pun menyuruh kita berjuang mengikut keadaan pada masa tu. Jika masa tu menggunakan pedang, kita mesti belajar menggunakan pedang juga. Begitulah seterusnya. Oleh itu wajib kita berjuang mengikut keadaan semasa. Betul tak ustaz?
Aku suka jemaah Tabligh ni kerana ia berkonsep mengamal Sunnah Rasulullah dan berdakwah tapi yang tadi tu aku tak setujulah. Aku berani cakap ni sebab akupun cintakan Islam. Jika tersilap, silalah tegur OK!
ye lah weh, bete blake dh mende demeh ghoyat terr
BalasPadamorg tabligh ni bukan nya tak mengundi..mereka mengundi juga seperti org2 lain, cuma mereka tidak terlalu mendedahkan parti apa yg mereka pilih, bagi mereka undi adalah rahsia. Kerana mereka faham kuasa ini adalah hak Allah SWT utk diberi kpd siapa yg Dia hendak beri...lagi satu mereka tak mahu timbul perpecahan dikalangan umat Islam itu sendiri..kerana tujuan dakwah Tabligh dibuat adalah untuk satukan umat ini..seperti mana Nabi Muhammad SAW Dihantar.
BalasPadam