Aku, Lombong Dan Polis

Selepas ambil STPM di SMA SHOAW, Kuching, Sarawak 1991, Aku balik ke Merapoh menolong mak ayah bekerja sementara menunggu result STPM. Masa tu mak ayah aku sibuk buka tanah di Bekong. Jadi, aku menolong mak ayah aku menjayakan tanah tu.

Walaubagaimanapun, di samping menolong mak ayah aku, sempat juga aku buat kerja-kerja lain. Masa tu banyak lombong emas dibuka di Merapoh ni selain di Sungai Yu dan di Sungai Temau. Masa tu terdapat juga lombong-lombong emas yang ditutup mungkin kerana emasnya sudah berkurangan selepas 2-3 tahun beroperasi. Jadi, ramailah orang Merapoh ni meriau di lombong-lombong tinggal tu.

Akupun teruja juga nak meriau apabila dengar ada di antara budak-budak kampung ni mendapat hasil yang lumayan dengan meriau di bekas-bekas lombong tu. Apatah lagi kerja menolong mak ayah aku ni memang menolong sahaja, bukannya berupah. Jika mak ayah bagi duitpun untuk aku mengeteh sesekali dengan kawan-kawan.

Apabila aku suarakan keinginan itu kepada mak ayah, mereka tidak membantah malah menggalakkan aku untuk mencari wang saku sendiri. Jadi selepas tu aku selalulah pergi mengikut kawan-kawan ke bekas lombong untuk mencuba nasib. Tempat meriau ni bukan di sungai seperti masa aku ikut mak ayah aku meriau kecil-kecil dulu tetapi ia terletak di tanah lapang yang berdekatan dengan Sg. Merapoh. Bagaimanapun pada masa-masa tertentu, aku masih lagi ke Bekong menolong mak ayahku.

Pada aku meriau di sini lebih teruk daripada meriau di Sg. Merapoh. Di Sg. Merapoh airnya jernih dan tempatnya teduh tetapi di sini aku terpaksa berpanas di bawah terik matahari. Aku terpaksa menggali tanah berair seperti tanah paya. Jadi, selepas 3-4 kaki dalamnya, air akan masuk dan bertakung di lubang tu. Dengan luas sekadar boleh muat badan aku, aku berkubanglah kat situ dengan air yang pekat berlumpur untuk mengaut tanah yang bercampur pasir dan batu ke dalam dulang. Gatal-gatallah badan ku terutama bahagian celah-celah tetapi taklah serius sangat. Selepas mandi dan bersabun, hilanglah gatal-gatal tu.

Jika tempat tu banyak mengandungi emas, lamalah aku meriau di situ hingga tempat tu jadi lubang besar. Jika emas kurang, terpaksalah aku gali lubang lain untuk mencuba nasib. Kadang-kadang sampai 4-5 lubang terpaksa aku gali barulah berjumpa tempat yang memuaskan hati. Ha, ha! Biasalah kalau seorang dapat lubang yang bagus, yang lain pun datang mengempellah.

Ada satu hari tu aku bersama 2 orang lagi kawan ku iaitu Din yang kini dah arwah serta Dollah mendapat lubang yang bagus. Seronok sangat kami apabila tengok merah je bijih emas di pantat dulang setiap kali mendulang. Peliknya apabila kami sambung balik meriau di tempat tu keesokannya, emas kat situ dah kurang, tidak seperti hari sebelumnya. Itu pasallah orang tua-tua kata, emas ni boleh lari. Jika kita tidak jaga mulut dan sebagainya, emas di situ boleh hilang begitu sahaja. Wallahuaklam.

Hari berikutnya, kami bawa bijih emas tu ke Gua Musang untuk dijual. Weh, banyak juga aku dapat duit kali ni! Kami dapat hampir 2 ratus seorang dengan sehari meriau sahaja. Itupun dalam 3-4 jam meriau sahaja kerana kami jumpa lubang tu dah tengah hari. Kalau emas tak lari masa kami pergi ke situ keesokannya, tentu lebih lagilah duit kami.

Selepas tu aku semakin bersemangat nak meriau. Namun, hari-hari berikutnya aku tak mendapat hasil yang memuaskan setiap kali meriau. Agaknya emas takut kat aku kut. Macam mana rasanya jika badan penat bekerja tetapi hasil tak seberapa. Akhirnya aku malas nak meriau lagi di kawasan bekas lombong tinggal tu.

Aku cuba pula di tempat-tempat lain kalau-kalau ada rezeki. Ada sekali tu aku cuba meriau di Sungai Yu dengan Arwah Pak Teh aku. Tempat tu jauh dari rumah aku. Jika naik motosikal, kira-kira setengah jam barulah sampai ke situ.

Sebelum tu Pak Teh telahpun meriau di situ bersama ayah aku selama lebih kurang seminggu dengan tinggal di bawah jambatan Sg. Yu. Meraka telah membina sebuah pelantar di bawah jambatan tu sebagai tempat tidur. Namun ayah aku sudah tidak berminat ke situ lagi. Mungkin emas di situ agak kurang ataupun dia teringatkan kerja-kerjanya di Bekong. Pak Teh mangajak aku pula menemaninya meriau di sana.

Motosikal jenis ni pernah aku guna suatu masa dulu. Baterinya mesti ada kalau tidak susah nak menghidupnya dan jadi kurang power. Aku pernah sekali kemalangan masa memandu laju moto ni di Bukit Ati. Masa tu aku berselisih dengan lori tanah. Melambung tinggi moto ni bila aku terlanggar longgokan pasir. Nasib baiklah aku tak apa-apa.  

Seperti yang dijanjikan pada suatu petang, aku bertolak ke Sungai Yu seorang diri dengan menaiki sebuah motosikal Honda CB100 kerana Pak Teh memang menunggu aku di sana. Setiba di Kg. Kubang Rusa, aku masuk ke sebuah kedai untuk membeli barang-barang seperti sardin, minyak masak, garam dan lain-lain untuk bekalan kami di sana nanti.

Setelah selasai membayar barang-barang yang dibeli, aku pun terus menuju ke motosikal ku. Pada masa tu aku ada membawa sebuah dulang di belakang motosikal ku. Walaupun ia sudah dibungkus dengan guni tetapi masih nampak jelas bentuk dulang yang melengkung tu.

Tiba-tiba aku ditegur dengan keras oleh seorang anggota polis yang mungkin sudah lama memerhatikan ku. Aku sungguh terperanjat dan berasa takut kerana aku tahu meriau tanpa lesen memang menyalahi undang-undang.


Aku cuba ingatkan balik dailog aku dengan polis tu.

Polis: moto sapa ni?
Aku: Moto saya!
Polis: Awak nak ke mana dengan dulang ni?
Aku: Saya nak meriau ke Sg. Yu.
Polis: Ikut saya ke balai!
Aku: Kenapa encik?
Polis: Jangan banyak tanya, boleh cerita kat balai nanti!
Aku: Kenapa ni! saya bukan mencuri, merompak dan menagih dadah. Saya nak cari rezeki halal pun takkan tak boleh timbang rasa. Saya mana ada kerja. Getah kat Merapoh pun tengah planting...
Polis: (Tercengang sekejap) Awak duduk Merapoh? Kat mana? Anak sapa?
Aku: Kat perumahan Merapoh... Anak Pak We Wahid!
Polis: Haaa! Saya ingat awak budak Kecau. Baru ni ada sebuah lombong di Sg. Temau kena ceroboh. Kita suspect budak Kecau. Takpalah, tapi hati-hati! PTG tengah merayau ni.
Aku: (Tersengih) Terima Kasih encik!

Aduh! Lega rasanya. Nasib baiklah polis tu bertimbang rasa.

Selepas tu aku terus pergi ke Sg. Yu. Walaubagaimanapun, rasanya tak sampai seminggu aku berada di situ, kami balik ke Merapoh kerana hasilnya kurang memberansangkan.

Pada pendapat aku, baguslah kalau ramai polis macam ni. Ada belas kasihan, bertolak ansur dan menggunakan budi bicara kepada budak-budak baik macam aku ni. Kalau budak yang memang jahat tu perlu tegaslah.

Sayang aku kat polis macam ni. Tapi kalau polis yang ambil kesempatan tu, aku menyampah betullah. Terimalah akibatnya di akhirat nanti. Polis-polis! Kalau 'kau orang' nak orang dan Allah sayang, buatlah baik-baik OK!

6 ulasan:

  1. koi amik. makin bagus teknik criter demeh ni

    BalasPadam
  2. Amik la. Ye ke? Weh baguslah cam tu.

    BalasPadam
  3. amik mende deme nih...aihh pening koi..heheh ape pun bagus,suka membacenye..betul la kate bng pie tu...

    Koi pun x gemor polis jenis x jujur ni..nyampoh!

    BalasPadam
  4. Rajin het aok nulis panjang bete..bagus laa teeh..utk makluman bersama.

    BalasPadam
  5. Salam, Deme adik beradik hebat yek, kala dah dapat menaip memang macam serpen. tahniah

    hehe bab polis ni kwn pon ada sekali tu nok kena saman sebab tak paka helmet masa nok gi motong getoh, walaupun puas mintok maaf last sekali kawan kate "samanlaa apa nok buat dah keja deme menyaman jer takde keje lain dah" lepahteh tak saman pulok kot2 terasa hati weh kena sindiran kws.

    BalasPadam
  6. salam.. ngeh ngeh ngeh adik beradik ada bakat jadi novelis ler..

    nasib baik jumpa abg polis yg ada budi bicara tu kan.. CP pun pernah sekali terlepas dari kena saman selepas merayu hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular

Mohlah jengok!

  • *26/9/2024-29/9/2024 Khamis-Ahad(Throwback) * *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ* 27 Sept 2024 Bersambung dari cerita di *Sini*. Mala...
  • Henry Ridley and houseboat, Kuala Tembeling, Malaysia, 1911 Henry Ridley berdiri di tepi rumah bot di Kuala Tembeling di Malaysia, tahun 1911. Beliau me...
  • Halo…Slot Mudah Menang (nonton channel Youtube Slot Mudah Menang)…nice to meet you bagi seluruh pembaca blog ini. Bersama ini penulis sharing informasi pen...
  • بسم الله الرحمن الرحيم Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia... UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...
  • [image: https://drive.google.com/file/d/1gARq5pZPyhDgD94uQfTTxQGasdWyWma6/view?usp=sharing] Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat semua. Sila klik...
  • *Seei Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2020 SK St Mary Kuala Lumpur* *Tarikh : 6.3.2020* *Hari : Jumaat * *Tempat : Dewan St Mary*
  • *Ogawa BG330DT Brush Cutter * Tu dia brand or model mesin rumput yang aku beli baru baru ini. Ini hasil mentelaah pak cik google dan menginterview abam aba...
  • selamat mengundi pada 9 mei 2018
  • APO DAH JADI BLOGSPOT NI MARIN KOBA NAK TUTUP TGK2 ADO LAIE SERUPO IDUP SOGAN MATI TAK MAU TAPI LOBIH TORUK DARI PARTI SUCI TERKONTUT PUN TIDAK..SENDAWO P...
  • Pohpalehh.... Melantung baunye. Dah bubuh bagei gaye dak Awang. Tak amboh ilang jugek. Sabun cak kapok te dah pipih sentei dak Awang ghate ke seme badan ny...
  • Makmur Guesthouse turut menyediakan bilik-bilik untuk disewa. Bilik-bilik ini terletak di kawasan rumah pemilik. Lokasi Makmur Rooms adalah di Kampung Ba...
  • Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
  • Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
  • Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas ...
  • 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
  • *6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
  • ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
  • Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
  • *KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
  • Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
  • Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
  • Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
  • Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
  • *...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
  • *Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
  • Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
  • Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
  • *Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...