Cara ayah aku ajar berenang

Ha ha ha. Aku ingat lagi macam mana ayah ajar aku berenang. Masa tu umur aku dalam 5-6 tahun dan mak ayah aku tinggal di Sg Temau. Aku tak tahulah kenapa mereka tinggal sekejap di sana tetapi kalau nak tahu cerita aku di Sg. Temau sebelum ini bolehlah klik kat pautan yang aku bagi tu.

Rumah aku kat Sg. Temau tu dekat je dengan sungai. Aku terpaksa menuruni tebing yang agak tinggi sebelum dapat mencecah kaki ke air sungai tu. Tebing ke sungai tu ayah aku tarah dengan cangkul hingga menjadi seperti tangga untuk memudahkan kami turun ke tempat mandi.

Jamban atau tempat kami mandi di situ pula ada sebuah lubuk di hilirnya. Di tebing lubuk tu ada sebuah batu besar seperti gua batu kapur yang menjadi tempat ayah aku terjun dari atas batu tu sekali sekala. Masa tu ayah aku muda lagi. Minat bermain tu mungkin masih menebal.

Masa tu aku memang tak pandai berenang lagi. Lubuk tu memang dalam kerana aku lihat airnya seperti kehitam-hitaman. Selalunya jika ke tempat itu, aku akan ditemani oleh mak dan ayahku. Maklumlah masa tu aku masih budak sangat lagi. Aku selalu didukung oleh ayah untuk pergi ke tengah lubuk itu. Selalunya apabila tiba di tengah lubuk, ayah akan melepaskan aku daripada dukungannya dengan tujuan memaksaku berusaha berenang sendiri  ke tepi tebing.

Bayangkanlah bagaimana keadaan aku masa tu yang tak reti berenang tetapi terpaksa berhempas-pulas untuk ke tebing pasir. Tercungap-cungaplah aku berusaha mengangkat kepala untuk bernafas sambil tangan dan kaki mengayuh laju. Sementara itu ayahku pula mengawasiku supaya dapat bertindak segera jika sekiranya aku nampak seperti hampir lemas  Banyak juga aku terminum air masa ayah aku buat begitu.

Walaubagaimanapun aku tidak pernah serik berdukung di belakang ayah untuk ke tengah lubuk itu. Kerap juga aku ikut ayah naik ke atas batu besar di tebing lubuk. Masa ayah terjun ke sungai, aku berdukung dibelakangnya. Apabila jatuh ke dalam lubuk tu, aku memegang erat leher ayah hingga ayahku timbul semula dipermukaan air. Apabila hampir ke tepi tebing, seperti biasa ayah akan melepaskan aku untuk memaksa aku berenang sendiri.

Cara ayah aku mengajar berenang ni memang berkesan. Akhirnya sebelum aku masuk sekolah rendah lagi, aku sudah mahir berenang dan menyelam. Aku trylah cara ayah aku ni untuk mengajar anak aku berenang pula. Apabila sesekali balik ke Merapoh, aku selalu membawa anak aku mandi di Sungai Relau. Aku suruh anak aku dukung di belakangku dan membawanya ke tempat yang agak dalam. Sampai di tengah sungai, aku lepaskan dia seperti ayah aku buat padaku dulu.

Sayangnya aku kasihan pula melihat keadaan anakku yang timbul tenggelam dan terminum air. Anak aku pula jadi serik untuk berdukung dibelakangku. Nampaknya tak jadilah aku nak buat cara ayah aku dulu tu. Akhirnya sampai sekarang anak aku tak pandai-pandai berenang. Sebenarnya terkilan juga aku apabila dia tak pandai berenang sampai sekarang. Di Temerloh ni aku tak tau nak bawa ke mana untuk ajarnya berenang.  Kalau ada tempat yang boleh mengajar anak aku ni berenang, nak juga aku daftarkan.

Jalan Lama Ke Kuala Lumpur

Masa aku kecil dulu semasa usiaku 5-10 tahun (1975-1980) agaknya, adalah sekali dua aku pergi ke Kuala Lumpur ibu kota negara kita. Pada masa tu, jarang sekali aku berpeluang berjalan ke bandar. Maklumlah mak ayah aku orang kampung Merapoh. Kami rasa jauh sangat Kuala Lumpur tu yang memakan masa hampir separuh hari untuk sampai ke sana. Ketika itu jika hendak jalan ke KL, jalan yang akan dilalui sama ada ikut jalan Kuala Kubu atau ikut jalan lama Karak. Kedua-kedua jalan itu bukan sahaja sempit malahan jangan ceritalah bengkang-bengkoknya macam ular kena palu.

Bayangkanlah masa tu kalau nak pergi ke KL, mula-mula aku kena naik kereta api dahulu yang mengambil masa hampir 3 jam. Kemudian, apabila sampai ke Kuala Lipis, aku kena naik bas atau kereta pula yang mengambil masa 4-5 jam lagi. Bila berjalan naik kenderaaan awam ni, bukan boleh direct. Kena ikut jaduallah. Ada masanya kena tunggu keretapi atau bas berjam-jam lamanya.

Janganlah bandingkan dengan sekarang weh. Sekarang ni jalan nak ke KL siap lebuh raya bertol lagi. Kalau nak ke Kuala Lumpur dari Merapoh ni rasanya 4 jam sampai dah tapi kena sedialah duit 3-4 ratus untuk bayar saman ye? Itu kalau naik kereta sendirilah. Kalau naik kenderaan awam tak taulah pula tapi pasti sekarang ni lebih cepat daripada dulukan...


Hari Sabtu baru ni (25 Mei 2010) aku pergi ke KL. Tujuannya seperti biasa mencari PC dan Laptop untuk pelanggan di samping membeli sikit barang stok komputer yang dah kurang. Bukannya berniaga besar-besaran weh tapi saja seronok-seronok macam hobilah. Sambil-sambil tu dapat juga menampung duit poket setiap bulan. Pelanggan pun bukannya ada tiap-tiap hari. Dalam seminggu tu adalah seorang dua yang datang minta install PC atau Laptop. Kadang-kadang ada juga yang nak upgrade PC atau membaiki PC rosak. Kalau nasib aku baik, ada yang terus order satu set PC atau Laptop. Kebanyakkan pelangganpun kawan-kawan sahaja. Yelah kalau dah ada kebolehan kita gunakanlah asalkan rezeki tu halal. Betul Tak?

Itu ialah pemandangan Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur yang sempat aku rakamkan dari Jalan Lama.

Hari tu aku betolak dari Temerloh lebih kurang pukul 11.00 pagi. Dari Temerloh ke Genting Sempah macam biasalah aku ikut haighway. Sampai di Genting Sempah aku singgah untuk isi minyak di situ. Lepas tu terlintas pula aku untuk cuba jalan lama ke Kuala Lumpur. Bisik hatiku, mungkin inilah jalan yang aku lalui ke Kuala Lumpur masa kecil-kecil dulu. Namun isteri aku takut bila tahu aku nak ikut jalan tu tetapi aku ikut juga. Dalam hati, kalau jalan tu teruk sangat, aku patah balik jelah. Aku bukannya nak berkejar ke mana-manapun.

 Inilah jalan abah pergi ke KL masa abah kecil-kecil dulu.

Hari tu aku berasa seronok sangat apabila berkesempatan ikut jalan lama ni. Maklumlah inilah kali pertama aku ikut jalan ni. Masa kecil-kecil dulu jangan kiralah sebab akupun dah lupa. Yang aku ingat masa tu aku terbaring di atas lantai bas kerana mabuk teruk sangat. Gitulah gayanya bila jarang sangat naik kereta atau bas. Bas zaman tu pula mana ada aircond, jalan pula sempit dan banyak sangat selekoh tajam.  Mana tak termuntah hijau aku!

 Jalannya cantik tapi sempit

Jalan lama ni keseluruhannya cantik seperti baru ditar. Sepanjang perjalanan tu aku berhenti juga satu dua tempat untuk menikmati pemandangan yang cantik dari atas bukit. Aku nampaklah highway Kuala Lumpur-Karak dari atas bukit ni. Hutannya juga sangat cantik seperti tak pernah terusik langsung. Pokok-pokok tinggi dan besar sangat cantik dilihat apabila cahaya matahari menyinar di celah-celah daun dan dahannya. Sejuk je angin di sini. Jalan ni memang terjagalah sebab aku perasan rumput-rumput ditepi jalan ni ada kesan dimesin.

 Udaranya sejuk dan nyaman. Jalan pula tak sibuk. Trylah!

Walaubagaimanapun ada juga kesan tanah runtuh di beberapa tempat. Ada juga orang sedang membaiki jalan dan tembok. Aku bawa slow je kereta sebab nak ambil udara segar di sini sambil menikmati pemandangannya yang cantik ni. Lagipun jalan ni tak sibuk, takda orang nak marah kalau aku pandu perlahan pun. Hampir pukul 2.00 petang barulah aku tiba di Gombak. Memang bestlah ikut jalan ni. Kalau ada masa nanti aku nak ikut lagi.

Cikgu Zainabun


Semasa aku darjah 1 di sekolah kebangsaan merapoh, antara guru yang pernah mengajar aku ialah cikgu zainabun. Maaflah, aku dah lupa siapa guru-guru lain yang mengajar aku masa tu. Masa tu aku nakal sangat, bukan aku kesahpun siapa yang mengajar aku.

Masa tu kelas aku ni terletak dibangunan setingkat yang berdinding papan sahaja. Di dalam kelas ni ada sebuah papan hitam dan dinding belakangnya boleh dibuka jika perlu.

Cikgu zainabun ni mengajar aku membaca dan menulis. Sayangnya sehingga aku habis darjah 1, aku tak juga reti membaca. Aku langsung tak menyalahkan cikgu ni sebab ramai kawan-kawan sekelasku dah boleh membaca. Aku dan beberapa orang murid sahaja yang tak boleh-boleh membaca. Itu semua sebab aku tak beri perhatian langsung masa di kelas. Semasa cikgu mengajar, aku ralik pula buat menda-menda lain.

Semasa aku darjah 2, cikgu zainabun masih mengajar aku lagi. Masa tu mak aku dapat tender kantin di sekolah aku. Aku ni kuat sangat bermain dan malas menulis. Bila kena menyalin, aku upah kawan aku salin. Walaupun upahnya Cuma 5sen atau 10sen tetapi kawan aku ni suka menyalin kerja aku. Duit ni aku ambil kat kantin mungkin tanpa pengetahuan mak aku. Itu masa aku kecil tetapi sekarang ni insayallah perangai aku tak macam tu lagi.

Dia ni memang laju menulis dan kerjanya pun kemas. Masa tu duit sedang ni boleh beli air sirap atau kuih dah. Akhirnya perangai aku ni dapat di kesan oleh cikgu zainabun. Selepas daripada tu aku terpaksalah salin sendiri. Sayangnya kawan aku yang aku panggil atan itam ni dah meninggal semasa aku tingkatan peralihan di sekolah menengah agama padang tengku.

Semasa aku darjah 3, cikgu zainabun ni pernah denda aku kerana aku lilit kertas lukisan aku yang masih basah pada tiang besi diluar bilik darjah. Aku bengang lukisan aku tak menjadi, itu pasallah aku buat macam tu. Aku dimarahi dan dipaksa menanggalkan semula kertas lukisan tu yang melekat kat tiang tu. Malu betul aku tapi itulah akibatnya bila buat menda yang tak pasal.

Alhamdulillah di akhir-akhir tahun semasa darjah 3, aku dah boleh membaca. Cikgu zainabun ni dah lama meninggal dunia. Seingat aku cikgu zainabun ni akhir berpakaian purdah kerana cintanya kepada agama. Semoga niat dan usaha baiknya itu diterima Allah.

Aku saja tulis cerita ni untuk mengingatkan kembali jasa-jasa guru yang mendidik aku. Sebenarnya guru ni amat besar ertinya padaku. Tanpa guru siapalah aku. Semoga guru-guruku sentiasa mendapat keredaan Allah.

Selamat Hari Guru.

Sungai Temau


Inilah Stesen Keretapi Sungai Temau. Sekarang stesen ni nampak macam terbiar aje. Dulu stesen ni menjadi pusat penduduk Sungai Temau kerana di sinilah sahaja tempat untuk mereka pergi atau keluar ke bandar seperti Kuala Lipis selain menjadi tempat untuk mereka membeli makanan dan keperluan harian. Berdekatan dengan stesen ni ada dua buah kedai runcit merangkap kedai kopi iaitu kedai mak saudara aku mak andok dan sebuah lagi kedai yang dimiliki oleh ketua kampung pada masa itu yang aku dah lupa pula namanya.


Selain di Merapoh, aku juga pernah tinggal di sungai temau. Masa tu aku kecil sangat lagi, belum pun sekolah rendah. Rumah aku di sungai temau tu terletak di atas tebing tepi jalan keretapi berdekatan dengan signal keretapi menghala ke Kuala Lipis.

Semasa aku bersekolah di sekolah menengah agama di padang tengku, kawasan tu mula dimajukan menjadi ladang getah Fecra. Apabila aku lalu di tempat tu dengan keretapi semasa bersekolah di padang tengku, aku akan teringat akan beberapa peristiwa semasa kecilku di rumah tu.

Sejak aku bekerja dan mempunyai kereta sendiri, dah lama aku tak melalui tempat itu. Mungkin tempat ni masih ladang getah lagi kot.

Ada beberapa peristiwa yang masih aku ingat semasa aku tinggal di sini. Rumah kami di situ umpama pondok sahaja. Banyak strukturnya diperbuat daripada buluh dan kayu bulat sahaja. Di sebelah dapurnya ada sebuah lambo (barender) yang menjadi tempat mak ayah aku menyidai pakaian, menjemur benih lada dan sebagainya.

Peristiwa yang paling aku ingat di lambo ini ialah semasa aku, abg cu dan abg cik bertanding pancut air kencing paling jauh. Lambo ni agak tinggi. Semasa pertandingan tu, kami bertiga berdiri menghala ke tanah. Siapa yang pancut paling jauh dikira menang. Masa tu kami budak sangat lagi, bukannya tau malu. Nak pula bersama adik-beradik sahaja. Apa yang kami fikir hanyalah untuk berseronok sahaja.

Rumah ni agak dekatlah dengan sebatang sungai yang namanya sungai temau. Namanya sama dengan nama kampung ni. Mungkin juga kampung ini mengambil sempena namanya.

Seingat aku pernah sekali laluan untuk ke sungai ni ditumbuhi dengan lalang. Mungkin kerana kawasan ni dulu pernah dibakar kemudian ditinggalkan kerana kami balik ke merapoh. Apabila kami kembali semula ke sini setelah seminggu dua, kawasan ni sudah ditumbuhi lalang.

Apabila melalui laluan ni untuk ke sungai, gatal-gatallah tangan aku terkena lalang-lalang tu. Kebetulan ayah aku ada menyimpan sebuah tong dram kosong berdekatan rumah ni. Tong dram ni kami gunakan untuk melenyekkan lalang di situ. Sambil bermain tong tu, dapat juga kami menerangkan laluan ke sungai.

Aku disuruh duduk dalam tong dram tu oleh abang-abang supaya tong tu lebih berat semasa mereka menggoleknya nanti. Bila berat, lagi eloklah laluan tu nanti. Aku tak membantah malahan berasa seronok pula. Masa tu aku tak terfikir akan akibatnya. Apa yang aku fikir hanyalah bermain sahaja. Aku bayangkan duduk dalam tong tu macam aku naik keretalah.

Apabila abang cik dan abang cu menggolekkan tong tu, apa lagi tunggang-tunggiklah aku di dalam tong itu. Jauh juga tong tu digolek. Apabila keluar je dari tong tu, terhuyung-hayanglah aku berjalan kerana berasa berpusing-pusing. Abang-abang aku hanya menggelakkan sahaja melihat keadaanku itu. Walaupun begitu, aku berasa amat seronok lebih-lebih lagi apabila melihat laluan ke sungai dah jadi cantik.

Untuk 18 tahun ke atas sahaja

Weh pelik juga aku kenapa ada orang jadi macam ni. Tempat bersih ada tp tempat kotor juga dipilihnya. Itulah manusia ni kalau mengikut sangat syaitan akan jadi lebih hina drp. haiwan. Hina sehina-hinanya. Aku minta jauhlah daripada jadi tersesat-barat macam ni.

Kebelakangan ni aku jadi ralik mengikut forum berkaitan dgn isu saiful dan nuar. Macam-macam hujjah diberi oleh org. ramai sehingga akupun naik pening semacam. Agoknya dunia ni hampir sgt dah nok kiamat sbb. banyak sangat menda yang tak masuk akal berlaku dipersekitaran kita setiap hari. Yelah yg. aku tahu nak kiamat nanti banyak menda pelik berlaku macam keluar yakjek makjek, matahari timbul sebelah barat dan lain-lain.

Sapa minat membaca forum ni sila klik di sini. Link

Balak hanyut




Masa aku kecil-kecil dulu, sungai adalah satu tempat yang penting untuk aku bermain bersama kawan-kawan. Sambil mandi kami akan bermain bermacam-macam permainan seperti main sorok-sorok daun, kejar-kejar dan sebagainya. Sungai yang biasa aku pergi mandi tak lain tak bukan ialah sungai Merapoh lah.

Sungai ni agak besar daripada sungai lain di kawasan ini. Kedudukannya yang terletak di tengah-tengah kampung Merapoh menyebabkan sungai ini strategik sebagai tempat kami bermain sambil bermandi-manda. Sungai ini juga mempunyai lubuk-lubuk yang tak berapa dalam menjadikannya sesuai untuk aku menyelam sambil menikmati pemandangan di dalam airnya yang jernih itu .

Pada masa tu sungai Merapoh ni amat jernih. Sesekali airnya bertukar keroh juga apabila hujan turun atau pada musim tengkujuh. Selain masa itu, airnya amat jernih terutama pada musim kemarau. Pada musim ini airnya menjadi tohor dan baunya agak kehanyir-hanyiran sedikit. Tak taulah kenapa jadi begitu. Fikirku semasa itu, mungkin bau ini datang daripada ikan yang berlegar-legar di ruang yang semakin terhad di sungai ini yang menjadi semakin tohor akibat musim  kemarau.

Jamban (tempat mandi) yang selalu aku mandi ialah jamban Sekolah Kebangsaan Merapoh. Pada suatu ketika, terdapat sebuah jambatan kayu merentasi sungai Merapoh di jamban ni. Jambatan ni penting untuk budak-budak sekolah pergi ke sekolah. Selain itu, jambatan ini juga dapat menghubungkan penduduk Kampung Tebing Parit pergi ke tempat-tempat yang penting di Merapoh ni seperti stesen keretapi, balai polis, masjid, kedai-kedai dan sebagainya yang terletak di sebelah seberang sungai.

Sebenarnya jambatan di sini selalu bertukar ganti disebabkan faktor ketahanannya. Jambatan ini tidak diperbuat daripada konkrit tetapi hanya diperbuat daripada batang balak atau kayu sahaja. Oleh itu, setelah digunakan beberapa tahun, jambatan ini tidak kukuh lagi dan harus diganti dengan jambatan yang baru.

Tinggi jambatan ini dari sungai lebih-kurang 5 meter. Di bawah jambatan ni ada sebuah lubuk yang agak dalam. Keadaan ini menyebabkan tempat itu amat sesuai untuk dijadikan tempat bermain terjun-terjun dari atas jambatan ini. Aku dan kawan-kawan selalulah bermain terjun-terjun dari situ dengan pelbagai gaya seperti terjun sambil berpusing dan sebagainya. Seronok tu memang seronoklah tetapi kalau tersalah landing, perit tak terhinggalah belakang atau dada aku apabila jatuh terlentang atau terterap di atas permukaan air sungai tu.

Di tebing jamban ni, di sebelah jambatan, ada sebatang pokok rambutan yang selalu aku panjat terutamanya apabila pokok tu berbuah. Aku tak pasti pokok rambutan ini milik siapa tetapi aku selalulah makan buahnya. Mungkin rambutan ini tumbuh di tanah kerajaan agaknya kerana seingat aku tak pernahpun ada orang yang mengaku pemilik pokok rambutan ini. Pada masa tu kebanyakkan penduduk kampung tidak berapa kesah jika buah-buahan mereka dimakan oleh budak-budak. Mungkin mereka menganggapnya itu sebagai satu sedekah sahaja.

Di pinggir sungai ni terdapat banyak rumah penduduk kampung. Mungkin kerana mudah mendapatkan keperluan air maka mereka membina rumah di situ. Pada masa tu Merapoh tidak dilengkapi dengan kemudahan air paip lagi. Di sungai itulah tempat mereka mandi, membasuh pakaian, mengambil air untuk keperluan harian malahan juga tempat mereka melepaskan hajat (buang air).

Ada di sesetengah tempat di sungai ini terdiri daripada sekumpulan batu-batu besar. Batu-batu ini seperti batu pada gua yang memang banyak terdapat di sekeliling kampung Merapoh. Rasanya batu-batu besar ni ada kaitan dengan beberapa buah gua batu kapur yang berhampiran dengan sungai ini seperti Gua Layang. Di celah-celah batu besar inilah selalunya menjadi tempat mereka melepaskan hajat (berak) kerana kedudukannya yang agak terlindung daripada pandangan orang. Pada masa tu, jarang sangat rumah orang di Merapoh dilengkapi tandas. Mereka lebih selesa melepas di sungai sahaja kerana mungkin udaranya yang nyaman sambil mendengar alunan air sungai yang mengalir.

Semasa mandi di sungai, aku selalu bermain sorok-sorok daun bersama kawan-kawan. Dalam permainan ni, seorang kena menyelam untuk menyorokkan daun di celah batu atau di dalam lubang kayu. Manakala, orang lain pula tidak boleh melihat orang yang sedang menyorokkan daun tu. Mereka perlu berpaling atau menutup mata sehingga seseorang habis membilang hingga 30 atau lebih mengikut persetujuan bersama. Selepas habis membilang, mereka terus mencari daun yang disorok tu sehingga terjumpa. Sesiapa yang jumpa dulu daun tu akan menjadi penyorok daun yang seterusnya. Begitulah permainan tu sehinggalah kami berasa puas atau habis mandi.

Semasa mencari daun yang disorok tu, kami menyelam timbul tenggelamlah. Apa yang melucukan aku, kami akan bertempiaran lari ke tepi tebing apabila mendengar jeritan "balok hanyek! balok hanyek!". Ha ha! Balak hanyut ni maksudnya ialah ada tahi orang terapung dipermukaan air telah sampai ke tempat kami bermain.

Ada sesetengah tahi tu dah kembang kerana dah beberapa hari terapung di sungai. Macam isi pisang jadi kembang apabila dah lama dalam airlah. Eeee..! Aku pernah juga sekali tu semasa timbul daripada menyelam betul-betul dekat dengan tahi yang terapung tu. Bahagian atas tahi tu macam dah terbakar kerana dah lama terkena cahaya matahari.

Ia memang sesuatu yang sungguh menjijikkan tetapi itulah salah satu peristiwa yang berlaku semasa aku mandi di sungai Merapoh sewaktu kecilku.

Kesian



Aku dah lupa tahun bila kami mula berpindah dari Ulu Kumbang ke perumahan Merapoh. Kalau tak silap masa aku darjah 5 (1981) lah, kami mula berpindah ke perumahan Merapoh ni. Bila dah berpindah ke sini, Ulu Kumbang mulalah terbiar dari hari ke hari. Akhirnya kawasan di belakang rumah lama aku di Ulu Kumbang menjadi hutan belukar yang menjadi tempat lepak haiwan liar termasuklah kancil.
 

Semasa aku sekolah menengah, ayah aku ada memasang perangkap kancil di belukar belakang rumah lama aku ni. Ada sekali tu masa cuti sekolah, ayah aku suruh menengok perangkap kancilnya di situ. Aku memang tahu tempat perangkap tu dipasang kerana aku pernah sekali mengikutnya menengok perangkap tu dulu. Selepas sembahyang asar, aku pergilah seorang diri menengok perangkap kancil tu.
 

Aku berasa takut juga semasa melalui denai menuju ke situ. Memanglah takut weh sebab pada masa tu takda orang dah di Ulu Kumbang ni. Semuanya dah berpindah ke perumahan Merapoh. Kalau sebelah pagi tu mungkin ada juga orang yang menoreh getah di Ulu Kumbang ni. Tahu-tahu jelah kampung tinggal, denai yang dulunya terang dah jadi sempit. Walaupun dulu Ulu Kumbang ni sunyi tetapi taklah sesunyi sekarang.
 

Lebih kurang setengah jam berjalan kaki dari rumah aku di perumahan, tibalah aku ke rumah lama kami. Masa tu rumah lama kami ni cuma tinggal bahagian depan sahaja. Rumah ini kelihatan masih kukuh lagi tetapi disekelilingnya sudah penuh dengan semak-samun. Bahagian dapurnya pula telah dirobohkan kerana kayu dan papannya ayah aku ambil untuk dibuat menyambung rumah kami di Perumahan Merapoh.
 

Setibanya di situ, aku terus masuk ke repoh di balakang rumah tu. Kawasan ni tak ada pokok-pokok besar tetapi sebaliknya hanya ada pokok- pokok yang kecil setinggi 3-4 meter sahaja. Sebenarnya kawasan belakang rumah di Ulu Kumbang ni dulu adalah satu kawasan yang terang kerana mak ayah aku selalu menjadikan kawasan ini sebagai tapak menyemai benih padi atau menanamnya dengan sayur-sayuran. Oleh itu, tidak adalah lagi pokok besar di kawasan ini lagi.
 

Dari jauh lagi aku dah nampak seekor kancil terperangkap di dalam perangkap tu. Hatiku melonjak gembira kerana usaha aku menengok perangkap ni nampaknya berbaloi juga. Aku terus menghampiri perangkap tu sementara fikiran ku mula mencari idea bagaimana untuk memegang dan menyembelih kancil tu seorang diri nanti.
 

Biasanya aku hanya menolong ayah aku menangkap kancil yang terperangkap di dalam perangkap tu serta tolong memegang semasa ayah aku menyembelihnya. Bukan senang nak menangkap kancil di dalam perangkap tu. Jika tersilap langkah, kancil boleh terlepas begitu sahaja. Akhirnya aku fikir kancil ni nanti terpaksa aku masukkan sahaja ke dalam guni yang aku bawa tanpa menyembelihnya kerana bukan mudah untuk menyembelihnya seorang diri.
 

Setibanya di tepi perangkap tu, aku terus mengintai di celah-celah kayu untuk melihat kancil yang terperangkap di dalamnya. Aku agak terkejut kerana kancil yang terperangkap ni buncit sekali. Kancil ni bunting rupa-rupanya. Aku mula berasa kesian untuk menangkapnya. Llebih-lebih lagi untuk menyembelihnya dalam keadaannya yang bunting begini. Akhirnya aku memutuskan untuk melepaskan sahaja kancil ni. Fikirku walaupun tak dapat makan lauk kancil tetapi tindakan aku ini memang sepatutnya dilakukan. Aku kesian benar dengan kancil ni dan kandungannya.
 

Apa yang melucukan, semasa aku mengangkat perangkap untuk membiarkannya keluar, kancil itu tidak berlari keluar tetapi sebaliknya pergi menyorok di hujung perangkap tu. Aku terpaksa menjoloknya dengan sebatang kayu untuk memaksanya keluar daripada perangkap tu. Akhirnya kancil itu keluar juga lalu berlari pantas untuk menyelamatkan diri. Aku masih ingat bagaimana gaya kancil tu berlari menyelamatkan diri di celah-celah pokok di repoh tu. Hmm..agak melucukan... hahaha!

Perangkap Kancil



Masa aku kecil-kecil di Ulu Kumbang dulu, jenuh juga aku merasa lauk kancil ni. Ayah aku memang pandai benar buat perangkap kancil ni. Hanya dalam masa tak sampaipun sejam, dia dapat menyiapkan sebuah perangkap kancil dengan sempurna.

Aku selalu juga ikut ayah aku buat perangkap kancil ni. Biasanya ayah hanya membawa sebilah parang yang bersarung terikat di pinggangnya. Tempat ayah aku buat perangkap kancil ni tidaklah berapa jauh dari rumah kami di Ulu Kumbang. Rasanya tak sampaipun 500m dari rumah kami tu. Maklumlah pada masa tu rumah kami dikelilingi repuh dan hutan, tentu banyak binatang liar termasuklah kancil di situ.

Apabila ayah aku menemui tempat yang sesuai untuk dipasang perangkap, tanpa berlengah dia terus mencari menda-menda yang perlu untuk membuat perangkap tu. Biasanya tempat perangkap tu dipasang ditentukan berdasarkan kesan-kesan tapak kancil.

Menda-menda tu seperti batang kayu yang bulat dan lurus dengan ukur lilit 2-3 inci lebar dan lebih 2 meter panjang. Akar atau rotan pula diperlukan untuk mengikat kayu-kayu. Selain itu beberapa batang ranting kayu sebesar ibu jari tangan yang tahan atau liat pula dicari untuk membuat suiz perangkap itu. Semua menda tu agak mudah diperolehi oleh ayah aku di hutan ni.

Walau bagaimanapun jangan fikir kerja mencari menda-menda tu mudah sangat. Ayah aku ni memang dah biasa dengan kerja-kerja tu, memanglah dia boleh sediakan dalam masa yang singkat. Semuanya dalam kepala dan dia amat mahir menggunakan parang untuk mencantas pokok-pokok kecil di hutan tu. Aku rasa kalau aku yang kena cari menda-menda tu pada masa ni, mahu berjam juga baru beres. Bukan sebatang dua kayu tu diperlukan tetapi mungkin lebih daripada 10 batang, selain kena sediakan akar atau rotan dan menda-menda lain lagi.


Gambar Perangkap Kancil

Sumber: 
http://lunalanun.blogspot.com/2008/07/ikhtiar-hidup.html#axzz1nZkdnxxp

Sukar untuk aku ceritakan macam mana rupa perangkap kancil yang ayah aku buat ni. Tiga batang kayu diperlukan untuk dibuat tempat menggantung perangkap tu. Dua batang daripadanya dipacak di kiri kanan perangkap dan sebatang lagi digalang dengan diikat di bahagian atas kedua-dua batang kayu yang dipacak tadi.

Kira-kira 10 batang kayu panjang pula akan disusun bertindih dengan dua batang kayu galang sepanjang lebih kurang 2 kaki.  Susunan bermula dengan meletakkan dua batang kayu panjang di atas dua batang kayu galang. Kedudukan kedua-dua batang kayu panjang itu perlu dijarakkan kira-kira sekaki setengah.

Di atas kedua-dua batang kayu panjang tu pula akan diletakkan dua batang kayu galang lagi kemudian ditindih dengan dua batang kayu panjang lain tetapi jarak di antara kedua-duanya semakin rapat. Begitulah susunan kayu-kayu tu diselang-selikan.

Dengan merapatkan sedikit demi sedikit setiap kali batang kayu panjang tu disusun hingga akhirnya batang kayu panjang yang terakhir sekali akan bertemu rapat. Susunan ini akan membentuk lengkungan apabila perangkap tu berjaya disiapkan. Di dalam lengkungan itulah kancil akan terperangkap nanti.

Inilah daun maya yang ayah aku ambil untuk dijadikan umpan kancil

Perangkap yang sudah disiapkan tu akan diheret ke tengah dua batang tiang yang dipacak sebelum ini. Seutas tali digunakan untuk menggantung perangkap itu di kayu galang pada dua batang tiang tersebut. Tali yang diikat pada perangkap tidak pula diikat mati kerana ia akan dipasang suiz perangkap. Apabila kancil yang masuk ke bawah perangkap dan memakan daun maya yang diikat pada tali yang tergantung di dalam perangkap tu, tanpa disedari ia telah melepaskan suis perangkap tu  menyebabkan perangkap tu terjatuh lalu memerangkapnya.

Selepas siap memasang perangkap itu, kamipun pulang ke rumah. Esoknya kalau tak pagi, waktu petang pergilah ayah aku tengok perangkap tu. Rasanya jarang sangatlah pulang dengan tangan kosong setiap kali datang melihat perangkap itu. Selepas 3-4 ekor kancil berjaya diperangkap di kawasan tu, biasanya ayah aku tidak lagi memasang perangkap tu. Perangkap tu akan dibiarkan reput begitu sahaja. Mungkin kalau pasang perangkappun, susah dah nak mengena kerana kancil di kawasan tu sudah banyak yang terperangkap.

Ular Alir

 Gambar hiasan je ni, bukan ular alir tu
Klik di sini untuk tahu cerita ni dari awal

Sehari dua selepas anak-anak pisang tu ditanam, aku dah boleh nampak perubahan pada anak-anak pisang ni. Di bahagian tengah tempat anak pisang kena potong tu telah menyulur keluar mempulurnya. 3-4 hari selepas tu, mempulur tu semakin memanjang dan sedikit demi sedikit ia bertukar menjadi daun pisang. Jika kebetulan turun hujan di kawasan tu, lebih cepatlah perubahan berlaku pada anak-anak pisang ni.

Sebenarnya tak susah mana menjaga anak-anak pisang ni membesar. Hujan kerap juga turun pada masa itu telah membantu memudahkan kerja kami. Selain itu tempat ni baru diperun atau dibakar hutannya. Tambahan pula, tanah di kawasan ni agaknya memang sesuai dengan tanaman pisang. Justeru dalam tempoh lebih kurang 3-4 bulan sahaja, pokok-pokok pisang ni mulalah berbuah.

Ada satu peristiwa yang agak mencemaskan juga berlaku di kebun ni pada suatu hari. Semasa aku berjalan menuju ke tengah kebun, tiba-tiba aku nampak ayah aku berjalan tergesa-gesa dengan raut wajah yang cemas. Aku merasa hairan dan terus menegurnya. Ayah aku kata dia terjumpa seekor ular yang amat besar dan sekarang dia nak cari buluh untuk memukulnya. Katanya lagi ular itu berada tidak jauh dari sini dan melarang ku daripada berjalan ke situ. Aku meminta ayah aku menunjukkan kepadaku dahulu ular tersebut sebelum pergi mencari buluh. Ayah akupun bawalah aku ke tempat ular tu berada.

 Dari kiri: Arwah Faizal, Nor Aini, Fazli dan ayahku tercinta

Lebih kurang 10 meter dari tempat ular tu berada, aku dah nampak dengan jelas ular tu berdiri setinggi hampir 2 meter.  Weh, bapak besarnya! Ayah aku kata ular ni ular alir. Ceritanya lagi, ular ni amat berbisa dan garang. Sifatnya juga seperti manusia, menunggu jika dicabar dan pendendam. Aku mula berasa takut kalaulah ayah aku atau kami diserang oleh ular sebesar tu jika gagal memukulnya dengan tepat.Lebih-lebih lagi apabila aku lihat ular tu berdiri tegak je seperti mencabar atau menunggu kedatangan kami.Tiba-tiba ayah mengajak aku balik. Niatnya untuk memukul ular tadi dibatalkan sahaja. Mungkin dia juga berasa seperti apa yang aku rasa.

Setelah 3-4 bulan menunggu pisang ni membesar, akhirnya kini ia telah dapat mengeluarkan hasil. Ayah aku mencari tok peraih yang boleh datang ke kebun untuk mengambil atau membeli pisang ni. Ayah berjaya mencari tok peraih tu yang berasal dari Kota Bahru. Dengarnya tok peraih ni memborong pisang daripada orang-orang kampung di sekitar merapoh untuk dibawa ke Kuala Lumpur. Pada masa tu selain ayah aku memang ramai orang merapoh yang membuka tanah untuk dijadikan kebun. Mereka menjadikan pisang sebagai tanaman sampingan sementara menunggu pokok buah-buahan mereka membesar. 

Dalam sebulan biasanya 2 kali tok peraih ni datang mengambil buah pisang. Agak lumayan juga hasil daripada tanaman pisang ni. Setiap kali tok peraih datang, dapatlah ayah aku lebih kurang rm600. Jadi dalam sebulan tu, seribu lebih jugalah pendapatan daripada tanaman pisang ni.

Apabila tiba hari peraih tu nak datang, pagi-pagi lagi aku membawa ayah ke bekong dengan menaiki motosikal. Biasanya peraih ni datang keesokan harinya selepas waktu tengah hari ke atas. Bila tiba masa ni, penatlah badan aku weh. Ayah aku selalunya menebang pokok pisang yang berbuah tua manakala akulah yang kena memunggah pisang-pisang tu ke tepi jalan raya.

Aku punggah pisang ni dengan menggunakan kereta tolak atau kereta sorong. Walaubagaimanapun bukan semua tempat boleh dilalui oleh kereta sorong ni. Aku terpaksa pikul dulu pisang-pisang yang ditebang oleh ayah aku tu ke tepi jalan atau laluan kereta tolak. Letihlah aku pergi balik mencari pisang yang ayah aku tebang untuk dibawa ke tepi laluan tu. Apabila pisang tu dah sampai 7-8 tandan barulah aku angkat ke dalam kereta sorong dan menolaknya ke tepi jalan raya. Jauh juga dari tengah kebun tu ke tepi  jalan raya iaitu kira-kira 100 meter lebih kuranglah tapi rasanya ada tempat yang lebih jauh daripada itu. Setandan pisang tu bukannya ringah weh. Aku rasa 15-20 kila tak kuranglah. Pisang yang mahal sikit serta banyak ayah aku tanam ialah pisang nyelai berangan (berangan). Setandang pisang ni memang besar dan beratlah.

Bayangkan lah kerja yang aku buat ni berlanjutan dari pagi sampailah ke tengah hari. Kalau tak siap pada satu hari, hari esok terpaksalah sambung lagi. Ada masa tu aku terpaksa bekerja pantas mengejar masa kerana peraih lewat memberitahu nak datang mengambil pisang. Contohnya telefon malam ni, tengah hari esok nak datang ambil pisang dah. Pada masa tu lagilah letih kerana terpaksa bekerja pantas mengejar masa.

 Pisang berangan ni memang sedap. tak silap kat kedai kopi harga sebiji pisang ni rm0.50

Pisang-pisang ni akan dikumpul di tepi jalan besar. Jika peraih datang hari esok, pisang-pisang ni akan ditutup dengan daun pisang supaya tidak rosak terkena cahaya matahari. Sekali kumpul, besar juga timbunan pisang-pisang ni. Seingat aku sekali jual lebih separuh muatan lori kecil 4 tayar tu dipenuhi dengan pisang ayah aku sahaja. Apa taknya, kawasan tanaman pisang ayah aku ni lebih daripada 6 ekar luasnya. Masa memunggah ke dalam lori tu letih jugalah kerana aku dan ayah terpaksa menolong peraih mengangkat pisang-pisang tu.

Selepas kerja memunggah pisang selesai, ayah aku tersenyum lebarlah menerima duit pisangnya. Bila dah semuanya beres, biasanya ayah aku mengajak aku minum dahulu di gerai sebelum pulang ke rumah. Walaupun aku jarang sangat diberi upah tetapi aku berasa puas kerana dapat menolong ayah dan mak aku.

Tanam pisang

Dulu ayah aku ada tanam pisang kat Bekong sebagai tanaman sampingan sementera menunggu pokok buah-buahannya besar. Pada masa tu aku ada kat kampung kerana sedang menunggu result STPM maka sempatlah aku menolongnya menanam pisang-pisang tu. Antara jenis-jenis pisang yang ditanam ialah pisang berangan, pisang emas, pisang nangka  dan sebagainya lagi.

Apa yang paling penting untuk menanam pisang ni ialah mendapatkan benihnya dahulu. Benih ni bukanlah maksudnya ayah aku kena semai benih pisang tu tetapi dia kena cari anak-anak pisang daripada orang-orang kampung yang ada bertanam pisang di serata merapoh ni. Ayah aku kena belilah daripada mereka tetapi aku tak pastilah berapa harganya bagi setiap anak pokok pisang pada masa tu.

Ada kalanya ayah aku kena pergi sendiri ke kebun orang kampung untuk menggali anak-anak pisang ni. Anak pokok pisang ni biasanya memang banyak tumbuh dicelah perdu pokok pisang yang dah besar. Biasanya penggali digunakan untuk membuang tanah di sekeliling anak pokok pisang tu supaya ia senang dicabut atau dicungkil. Setelah anak pisang ni berjaya dicabut, bahagian atasnya akan dipotong hingga tiada lagi daun pada anak pokok pisang tu. Pelepah kulit luarnya juga akan dibuang menyebabkan anak pisang tu kelihatan putih togel je akhirnya. Akar-akar yang bercerotek pada anak-anak pisang ni juga perlulah dibuang.
Setelah cukup anak-anak pisang yang diperlukan digali, ia akan dimasuk ke dalam guni untuk dihantar ke kebun kami di bekong dengan menggunakan motosikal yang aku tunggang.

Walaubagaimanapun ada juga anak-anak pisang ni sudah disiapkan oleh tuannya dan terus dihantar ke kebun kami. Mungkin anak pisang yang dah siap ni mahal sikitlah harganya daripada anak pisang yang ayah aku gali sendiri.

Sebelum menanam anak-anak pisang ni, lubang perlulah digali di antara pokok buah-buahan yang sedang membesar tu. Kebanyakkan pokok buah-buahan tu masih rendah menyebabkan kawasan kebun ni nampak terang sahaja. Apabila matahari mula meninggi, berpanaslah kami semasa menggali lubang untuk menanam anak-anak pisang tu. Kedalaman lubang tu lebih kurang sekaki lebih lah. Nasib baiklah tanah di sini agak lembut menyebabkan kerja-kerja menggali lubang ni dapat dilakukan dengan lebih mudah. Ini kerana tanah di sini masih baru diperun yang asalnya daripada kawasan hutan yang telah ditebang tebas.

Setelah semua lubang siap digali, anak-anak pisang ni akan dibawa untuk dimasukkan ke dalam lubang tu dan dikambus hingga terkambus semua bahagian pangkalnya. Apabila anak-anak pisang ni selesai ditanam satu demi satu, ia perlu dijirus sedikit air untuk membasahkan tanah dipangkal anak pisang tu supaya akarnya lebih mampat dengan tanah disekelilingnya, Ini  membolehkan anak pisang itu menerima bekalan air serta baja yang secukupnya lalu mendorongnya tumbuh dengan segera.

Klik di sini untuk sambungan cerita ni seterusnya

Khas untuk ibuku tercinta



Lena tidurku hingga ke pagi
Selamat aku ke sana ke mari
Sihat tubuhku hingga kini
Berkat doamu dapat ku nikmati

Kebahagian mu melihat kami
Membesar bersama akhlak murni
Kau campakkan kami ke lautan ilmu
Tanpa mengenal erti lesu
Agar kami menuju syurga
Selamat di dunia dan di sana

Pengorbanan mu tidak terperi
Demi menerangi hidup kami
Kudrad diperahkan sesungguh hati
Seputih salju seikhlas hati
Biar apapun terjadi
Asalkan kebahagian kami kecapi

Doamu bagaikan sakti
Menukar kegelapan kepada sinar
Terkumat-kamit di malam hari
Walaupun esok kerja menanti
Itu tidak engkau peduli
Demi kebahagian hidup kami

Khas untuk ibu bapaku yang tercinta.
Terimalah madah ini seadanya
Sebagai tanda penghargaan yang tak terhingga
Walaupun tak secantik kata-kata pujangga
Yang bijak menyusun kata.

Meniti hari

 Memerhati pilu.
Abg Cik sedang memerhati keadaan abang bong.

Peribahasa "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul" sering aku dengar dari dulu lagi tetapi kurangku hayati sehinggalah aku melihat sendiri keadaan abang bong yang terlantar sakit di hospital bukit mertajam pada hari khamis, semalam. Perasaan kasihan, sedih, ngeri, dan bermacam-macam lagi bercampur-baur apabila pertama kali melihatnya terbaring di atas katil di wad itu.

Rupa-rupanya perasaan sedikit lega berharap itu hanya bertahan hanya beberapa bulan sahaja. Setelah mejalani rawatan kemotrapi pada penghujung tahun lepas, aku berasa sedikit lega melihat abang sulungku itu bertambah sihat dan bersemangat. Harapannya untuk terus menjalani hidup seperti biasa bertambah cerah.

Abg Cik mengibau kenangan lama di Feri Pulau Pinang. 
Sejarah adalah detik kehidupan yang berlalu hingga ke detik ini.

Walaupun dalam keadaan yang masih menerima kesan rawatan kemotrapi itu, aku dapat merasai semangatnya untuk mengecap hidup seperti dulu-dulu berkobar-kobar. Dia beriya-iya sekali melayan emak, aku sekeluarga dan kak andak di pekan sari penaga di pagi kami bertolak ke temerloh semula setelah melawatnya yang baru seminggu selesai menjalani rawatan tersebut.

Sepanjang perjalanan pulang, mulut kami tak sudah-sudah bercerita tentang keadaan abang bong yang semakin sihat dan akan dapat melakukan aktiviti hariannya seperti biasa. Wajah emak kelihatan amat cerah mendengar cerita anak sulungnya akan sembuh seperti sediakala. Fikiranku pun tidak lagi berserabut seperti sebelumnya.

 abang cik dan abang cu. 
Sekeping gambar adalah sedetik kehidupan ini.

Malangnya kegembiraan itu amat pantas berlalu. Hanya beberapa bulan berlalu, aku mendapat berita yang abang bong masih lagi sakit. Dia tak lalu nak makan menyebabkan badannya semakin kurus dan lemah. Walaubagimanapun aku melegakan hatiku dengan berharap itu adalah antara kesan sementara rawatan kemotrapi. Tak lama lagi mungkin keadaan kesihatannya akan bertambah baik.

Kemudian aku semakin bimbang setelah diberitahu abang bong selalu muntah-muntah dan terpaksa dibawa ke hospital. Melalui kak zan, abang bong berpesan supaya urusan membawa mak pergi umrah diserahkan kepada kami kerana dia sudah tidak berdaya lagi untuk menguruskannya. Beberapa hari kemudian aku amat terkejut apabila diberitakan oleh syamil yang abang bong sebenarnya mengidap penyakit kanser tekak. Ya Allah, ujian ini amat besar, selamatkan abang ku Ya Allah.

Sehari selepas itu, abang bong terpaksa menjalani pembedahan dibahagian tekak walaupun amat berasiko kehilangan suara. Aku membayangkan keadaannya sekarang terjadi padaku. Apakah yang perasaan aku pada masa tu?
Detik-detik di Puncak Genting

Aku pasti perasaan abang bong sekarang amat sedih dan bercelaru. Namun apa daya semuanya sudah tersurat.  "Abang bong, tabahkan hatimu menjalani ujian ini. Semoga ia dapat membersihkan diri kita dari segala dosa serta meningkatkan iman kita. Sebagai hamba, kita semuanya akan menerima nasib masing-masing. Sesungguhnya tempat yang paling gembira hanyalah tempat yang kekal abadi. Allah bersama dengan orang-orang yang sabar, Insyaallah".

Bersyukur?


Gambar kenangan aku bersama mat Arab semasa menunaikan umrah 2008

Sebelum sesiapa terbaca tulisan ni terlebih dahulu aku ingin minta maaf sekiranya terdapat kesilapan dan kesalahan. Maklumlah aku ni sekadar nak meluahkan perasaan aku sahaja.

Kadang-kadang aku ni berasa agak malang tetapi kadangkala berasa beruntung sangat pula daripada orang lain. Bila memikirkan kelebihan dan kekayaan orang lain, aku mula tertanya kenapa aku tak seperti mereka. Ada sesetengah tu lahir-lahir je dah menikmati kemewahan hidup serta terjamin masa depan. Masa tu terasalah diri ni tak bernasib baik.

Namun bila sesekali aku melihat orang yang lebih susah daripada aku, masa tulah aku ni berasa beruntung sangat! Pada masa itu, aku terfikir pula rupanya banyak sangat nikmat yang Allah taburkan kepadaku selama ini. Kalau aku berada di tempat mereka, mampukah aku menghadapinya.

Apabila aku mendengar keluhan serta melihat keadaan adik-beradik yang lebih susah daripadaku, sedarlah aku betapa beruntungnya aku. Ada yang sempit daripada segi kewangan, ada yang sakit berpanjangan dan ada yang menghadapi pelbagai masalah yang kadang-kadang tak pernah terfikir jadi begitu sebelum ini. Sebaliknya apabila melihat adik-beradik yang gayanya senang atau mudah sangat daripada segala segi pula, terlintaslah di hatiku betapa beruntungnya dia jika dibanding denganku yang banyak kelemahan ini.

Malam tadi aku menerima panggilan telefon daripada akak ipar aku iaitu kaklong di Penaga, Pulau Pinang. Dia menceritakan keadaan abang sulong aku yang semakin kurus kerana tak lalu makan sejak membuat rawatan kemoterapi. Sudah hampir setahun dia diduga dengan penyakit. Lepas satu-satu penyakit menimpanya. Kesihan betul aku bila memikirkan keadaanya tetapi tak tau nak buat macam mana selain berdoa. Umurnya yang mungkin sudah mencecah 70 tahun terpaksa menerima ujian ini. Aku harap dia terus tabah dan menguatkan imannya walau apapun terjadi.

Macam mana pula nasib aku pada masa akan datang? Itu juga satu pertanyaan yang semakin kerap bermain di kepalaku selepas aku mendengar dan melihat sendiri keadaannya. Alhamdulillha setakat ini aku masih boleh dikatakan betul-betul sihat tanpa sebarang penyakit yang merbahaya. Aku bersyukur kepada Allah kerana masih menghindarkanku daripada penyakit-penyakit yang sering dialami oleh ramai orang sekarang seperti darah tinggi, kecing manis dan sebagainya walaupun kini umurku hampir mencecah 40 tahun. Setakat ini, aku juga masih berasa lapang tanpa banyak masalah daripada segala segi.

Soalnya betulkan aku ni bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh Allah ini? Kebelakangan ini entah macam mana aku berasa yang aku dalam golongan orang yang kurang bersyukur pula. Aku teringat satu hadis Nabi SAW yang bermaksud:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Aku ni sihat tetapi aku kurang bersenam, asyik tidur je petang-petang. Sembahyang pula selalu lewat dan jarang ke masjid. Adakah aku bersyukur?

Aku tak kaya tapi tak juga miskin. Rumah, kereta, dan sebagainya mampu juga aku beli. Sesekali dapat juga aku melancong dan pernah juga sampai ke tanah suci Makkah. Adakah aku bersyukur jika aku selalu berasa berat bersedekah atau melaburkan wangku untuk pembagunan umat Islam? Sebaliknya aku selalu sangat membeli menda-menda hiburan sahaja seperti dvd movie dan cd games yang selalu melalaikan aku.

Aku boleh dikatakan lapang. Biasanya aku sengaja melapangkan diri walaupun banyak kerja yang aku kena buat. Di rumah banyak menda isteri aku sahaja yang uruskan sedangkan aku biasanya di depan komputer atau menonton movie. Selepas sembahyang, jarang pula aku membaca Al Quran. Masjid pula jarang aku jengok kecuali hari Jumaat. Adakah ini caranya aku bersyukur dengan masa lapangku?

Abang Cik dengan anaknya Suhaimi di pusara Abang Teh (Aidil Fitri 2010). Abang teh yang banyak berjasa kepadaku. Semoga abang ditempatkan bersama orang-orang yang solleh. Suatu masa nanti aku juga akan ke sini. Bila? Akupun tak tahu. "Ya Allah, matikanlah aku dalam keimanan dan ketakwaan!".  

Aku ni dah tua tapi taklah tua sangat. Dalam usia yang macam ni pun aku berasa banyak perkara nagetif yang masih membelengu. Takkan aku nak berubah bila dah bertongkat nanti!

Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur aku. Sempatkah aku bertaubat sebelum aku mati? Macam mana nak guna masa hidup aku ni supaya mendapat kesenangan di akhirat yang kekal abadi. "Yang Allah! ampunilah aku dan janganlah tempatkan aku dalam golongan orang yang paling rugi di akhirat kelak".
Oklah cukup setakat ini. Pagi ni banyak kerja yang belum aku buat. Semoga luahan ini dapat meningkatkan azam dan usahaku untuk memperbaiki diri dan beramal… Insayaalah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular

Mohlah jengok!

  • 9 March 2024 Sabtu. Santai2 je gi melaka . short vacation 2 hari 1 malam . gi berlapan ngan anak, menantu, besan dan cucu. Gerak dari bangi dalam ku...
  • [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [ima...
  • Halo…Slot Mudah Menang (nonton channel Youtube Slot Mudah Menang)…nice to meet you bagi seluruh pembaca blog ini. Bersama ini penulis sharing informasi pen...
  • بسم الله الرحمن الرحيم Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia... UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...
  • [image: https://drive.google.com/file/d/1gARq5pZPyhDgD94uQfTTxQGasdWyWma6/view?usp=sharing] Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat semua. Sila klik...
  • *Seei Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2020 SK St Mary Kuala Lumpur* *Tarikh : 6.3.2020* *Hari : Jumaat * *Tempat : Dewan St Mary*
  • *Ogawa BG330DT Brush Cutter * Tu dia brand or model mesin rumput yang aku beli baru baru ini. Ini hasil mentelaah pak cik google dan menginterview abam aba...
  • selamat mengundi pada 9 mei 2018
  • APO DAH JADI BLOGSPOT NI MARIN KOBA NAK TUTUP TGK2 ADO LAIE SERUPO IDUP SOGAN MATI TAK MAU TAPI LOBIH TORUK DARI PARTI SUCI TERKONTUT PUN TIDAK..SENDAWO P...
  • Pohpalehh.... Melantung baunye. Dah bubuh bagei gaye dak Awang. Tak amboh ilang jugek. Sabun cak kapok te dah pipih sentei dak Awang ghate ke seme badan ny...
  • Makmur Guesthouse turut menyediakan bilik-bilik untuk disewa. Bilik-bilik ini terletak di kawasan rumah pemilik. Lokasi Makmur Rooms adalah di Kampung Ba...
  • Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
  • Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
  • Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas ...
  • 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
  • *6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
  • ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
  • Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
  • *KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
  • Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
  • Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
  • Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
  • Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
  • *...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
  • *Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
  • Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
  • Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
  • *Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...