Apabila mak aku nak bersedekah

Sempena Cuti Nuzul Quran pada hari Jumaat baru-baru ini, sekali lagi aku berpeluang balik ke Merapoh membawa mak aku. Sebenarnya memang aku ada berjanji dengannya untuk balik ke Merapoh pada hujung minggu lepas tetapi terpaksa dibatalkan kerana ada gotong-royong di sekolahku. Jadi pada hujung minggu inilah aku dapat bawa mak aku balik ke Merapoh semula.

Pada 3 minggu lepas, aku telah pergi ke dusun peninggalan arwah ayananda aku untuk melihat pokok-pokok duku yang berbuah lebat seperti cerita abang ipar aku abang mat. Memang betullah seperti yang diceritakan, rata-rata pokok duku di dusun ayahanda aku ni berbuah lebat. Sayangnya aku tak berkesempatan untuk mendaya atau memetik buah duku itu kerana kesuntukan masa. Tambahan pula aku nampak buahnya masih agak muda menyebabkan aku berasa was-was untuk memetiknya kerana takut jadi membazir pula jika buahnya masam atau tidak boleh dimakan lagi.

Mak aku nampak begitu bersemangat sekali apabila medapat tahu buah duku di dusunnya kali ini menjadi. Dia bercadang hendak mengutip buah-buah duku itu sebanyak mungkin untuk disedekahkan di pondoknya nanti. Oleh kerana tidak mahu menghampakan hajat mak aku itu, aku berjanji akan balik ke Merapoh semula  2 minggu lagi. Apa lagi, mak aku gembira sangatlah mendengar janji aku itu.

Sebenarnya pada tahun ini, Alhamdulillah buah-buahan terutama buah langsat, duku dan rambutan sangat menjadi. Setiap kali selepas aku sembahyang tarawih di Masjid Temerloh Jaya ni, buah-buahan inilah aku lihat banyak disedekahkan di masjid. Pendek kata kalau tak balik ke Merapohpun, jenuh dah aku makan buah duku, langsat dan rambutan ni.

Selain itu, sepanjang perjalanan ke Merapoh, aku lihat banyak sangat gerai orang menjual buah-buhan ini. Ini menunjukkan bahawa bukan sahaja di Merapoh tetapi serata tempat di negeri Pahang ni nampaknya buah-buahan ini menjadi. Aku pernah juga mendengar keluhan peniaga buah-buahan yang merungut kerana buah-buahan ini tidak laku dijual kerana sudah terlalu banyak di mana-mana.  

Oleh sebab itu, aku ingatkanlah mak aku supaya nanti tak perlulah ambil banyak sangat buah-buahan tu. Aku takut nanti jadi penat sahaja memanjat pokok sedangkan orang lainpun banyak juga buah ini. Ramai orang lainpun menyedekahkan buah-buahan ini di masjid-masjid pada setiap hari. Ada yang jadi busuk begitu sahaja kerana tidak habis dimakan.

Aku dengar juga mak aku merungut kerana sayang sangat ke buah duku peninggalan suaminya itu. Padanya, jika dibiarkan buah duku itu begitu sahaja seperti kita tidak menca'ana (ambil peduli) usaha ayahanda dahulu. Kalau boleh semua buah dukunya itu hendak disedekahkan ke pondok, ke rumah anak yatim, ke masjid atau surau. Bagus betul hasrat mak aku ni. Dia berharap usahanya itu akan membolehkan ayahandaku mendapat  ganjaran daripada Alllah hasil daripada buah-buahan tanamannya itu disedekahkan.

Oleh itu tidak hairanlah aku lihat mak aku membawa 4 atau 5 buah bakul raga serta beberapa biji guni semasa aku hendak bertolak ke Merapoh pada pagi Jumaat itu. Aku mula berasa risau dengan semangat mak aku ni. Bimbang juga aku nanti kereta waja aku pula yang akan jadi mangsanya. Yelah kereta ni mana sesuai untuk membawa menda yang terlalu berat nanti. Takut rosaklah pulak kereta ni. Mak aku mungkin tak berapa terfikir menda-menda begitu. Padanya selagi muat, selagi itulah barang boleh dimasukkan. Bukannya kita memikul, kereta yang membawa!

Pada pagi Sabtu semasa di Merapoh, aku bersama seorang kawan lama aku Talib serta kak andak pergilah ke dusun untuk memetik buah duku. Baru empat pokok duku dipanjat, itupun tak sampai separuh buahnya dipetik, dah satu bonet keretaku penuh dengan buah duku sahaja. Aku tengok bahagian belakang kereta aku dah melendut ke bawah. Risaunya aku takut spring belakang kereta aku ni patah pula nanti.

Ini duku-duku yang telah mak aku asingkan untuk dibawa balik ke Temerloh. Ada banyak lagi buah duku tetapi terpaksa ditinggalkan sahaja kerana rasanya dah terlalu berat. Alamat melendutlah weh!

Setibanya di rumah, aku cakaplah kepada mak aku supaya bawa sikit ajelah buah duku ni ke Temerloh kerana aku takut kereta aku rosak nanti. Mak aku diam aje. Aku cakaplah lagi pasal itu supaya mak aku lebih faham akan masalah yang aku fikirkan. Tak lama lepas itu mak aku mula bersuara," midie, bukannya lama sangat dah keh ni. Masa inilah je keh nak menumpangnya," . panjang lagilah bebel mak aku ni. Pedih juga telinga tetapi aku sabar jelah. Nak buat macam mana, mak kitakan.

Alhamdulillahlah akhirnya mak aku dengar juga cakap aku. Separuh daripada buah duku itu ditinggalkan sahaja di rumah kak andak aku di Merapoh ni untuk disedekahkan di masjid di sini. Walaubagaimanapun kereta aku tetap melendut semasa perjalanan balik ke Temerloh semula pada hari Ahad. Yelah selain daripada buah duku itu, ada empat orang yang berada dalam kereta ini. Ini belum termasuk beg dan barang-barang lain lagi.

Sempat juga aku bergambar dengan kawan lama sebaya aku iaitu Sabri semasa bertemunya sebelum balik ke Temerloh.

Aku terpaksa pandu keretaku perlahan kira-kira dalam 60 - 90 km/jam sahaja. Itupun beberapa kali aku dengar spring belakang kereta waja aku berbunyi 'kting' semasa lalu di kawasan jalan raya yang berombak. Minta-minta janganlah rosak spring kereta aku ni.

Bagaimanapun apabila tiba di Temerloh, setelah aku agih-agihkan buah-buah duku di Pondok Pangsenam, rumah abang cu untuk di hantar ke rumah anak yatim, dan di masjid, aku berasa sungguh lega kerana dapat menolong mak aku memenuhi hajatnya untuk bersedekah. Aku berharap aku terus bersabar dengan kerenah mak aku dan minta-mintalah segala usaha kami ini akan diberkati Allah.

Ingatlah "Syurga di bawah tapak kaki ibu".

Berhentilah bermain mercun.



Zaman aku budak-budak dulu, mercun ni memang aku carilah. Bukan selalu boleh beli mercun ni. Masa dekat-dekat nak beraya sahaja ada dijual di Merapoh masa tu. Masa lain memang tak dapatlah.

Masa aku budak-budak hingga umur 10 tahun kalau tak silap, aku beraya di Ulu Kumbanglah sebab tak berpindah ke Perumahan Merapoh lagi. Setiap kali dekat nak berhari raya je, adalah orang jual mercun di kedai-kedai 'slow keretapi Merapoh'. Mercun yang paling murah masa tu ialah 'mercun tarik'.

Aku ingat lagi, aku selalu ikat mercun tarik ni kat pintu pagar nak masuk ke laman rumah kami. Bila sesiapa buka je pintu pagar, meletuplah mercun tu. Kalau kebetulan makcik yang latah, lagilah aku seronok tengok dia melatah apabila mercun tu meletup.

Selain mercun tarik, ada lagilah mercun lain seperti mercun katak, mercun roket dan sebagainya. Tak silap aku antara mercun yang mahal pada masa tu ialah mercun roket yang akan keluar patung askar payung terjun sejurus mercun tu meletup di udara. Seronok sangatlah weh bila melihat patung tu terapung-apung seketika sebelum jatuh ke tanah.

Tapi susahlah aku nak dapat beli mercun tu weh. Mana aku nak cari duit. Mak ayah aku masa tu kira orang susah jugalah. Payahlah nak keluar duit setakat nak melayan anak beli mercun aje.

Seingat aku, aku jenuh sikit dapat main mercun ni apabila sekali tu abang sulung aku yang jadi ustaz di Pulau Pinang iaitu abang bong balik dengan membawa berkotak-kotak mercun papan. Masa tu dia balik ke Ulu Kumbang sebab nak beraya dengan komelah. Dia buat begitu mungkin kerana nak melayan adik-adik.

Seronok sangatlah aku dapat main mercun papan tu. Punyalah berkelimat sebab takut mercun tu habis cepat, aku ceraikanlah mercun tu satu-satu. Aku bakar mercun tu satu-satu supaya taklah cepat sangat mercun tu habis.

Bila cakap pasal abang bong ni rasa nak menitis pula air mata. Kesian, sekarang ni dia masih dalam rawatan untuk memulihkan kanser tekaknya. Dah lima kali dia kena 'kimo'. Tak silap aku dia kena buat kimo tiga kali lagi. Semoga abang bong aku akan sihat seperti biasa nanti.

Sebagai anak sulung yang dah bekerja, banyak juga jasa abang bong kepada adik-adik yang masih belajar pada masa tu. Tak terbalas rasanya. Allah sahajalah yang dapat membalas jasa dan pengorbanannya itu.

Apabila berpindah ke perumahan Merapoh, lagilah aku seronok main mercun ni kerana dapat bermain beramai-ramai dengan kawan-kawan. Sejurus selepas berbuka puasa, mulalah kedengaran letupan mercun di sana sini seperti berbalas-balas.

Semasa nak pergi sembahyang tarawih di masjid pula, aku main tuju-tuju mercun roket hala ke kawan-kawan. Semasa menala ke arah kawan-kawan yang lain, aku pegang je mercun tu perlahan-lahan sambil membakar sumbu mercun roket tu. Kemudian mereka balaslah balik dengan menghalakan mercun ke arah geng aku pula. Ha ha! Lepas tu berlakulah tuju-menuju mercun roket ala-ala perang dunia ke-2. Weh seronok sangat rasanya main macam tu.

Bila bermain mercun ni, memang tak lari dah daripada ditimpa kemalangan. Aku dulu pernah juga kebas tangan sekejap apabila mercun papan yang aku bakar meletup sebelum sempat aku baling. Nasib baiklah tak putus jari aku.

Peristawa abang teh aku hampir terbakar muka kerana 'bunga api das' masih aku ingat lagi. Tanpa disangka semasa dia tengah main bunga api tu, tiba-tiba je menyembur api dari bahagian bawah mercun tu lalu terkena ke mukanya. Kesian dia malam tu, tak boleh nak tidur kerana bulu matanya terbakar. Bila dia pejam je mata, rasa pedih menyucuklah sebab bulu matanya dah jadi tajam kerana terbakar terkena bunga api tadi.

Sekarang dan berbelas tahun beliau kembali ke RahmatuLLah akibat serangan jantung semasa tidur. Abang teh ni memang banyak jasanya kepada aku. Beliaulah yang menyekolahkan aku selepas aku tamat tingkatan tiga. Semoga  beliau sentiasa dalam keampunan Allah.

Mercun pada zaman tu kuranglah bahayanya sikit. Zaman tu tak ada lagi mercun bola yang berbunyi kuat macam bom tu. Mercun bola ni kalau terlambat sikit baling, alamat putuslah jari.

Anak akupun nak sangat main mercun ni. Macam setiap petang suruh aku cari mercun untuknya. Cair juga hati aku bila mendengar hajat anak aku tu. Bagaimanapun bulan puasa kali ini, aku belum sekalipun lagi beli mercun untuknya. Bila dengar berita macam-macam kemalangan yang berpunca daripada mercun ni, rasa takut dah aku nak bagi mercun kepadanya.

Rasanya berdosa pula beli mercun ni. Kalau disebabkan aku berikannya mercun, tiba-tiba dia kemalangan disebabkan mercun tu, menyesal tak sudah aku. Aku tengok kebelakangan ini diapun dah kurang minat nak main mercun lagi. Mungkin kerana maknya selalu berleter pasal mercun ni. Apatah lagi apabila dia tengok sendiri di tv tentang kemalangan yang banyak berlaku akibat bermain mercun. Cukup-cukuplah main mercun ni yek!. Berdosa!

Baik dan buruknya

Klik untuk cerita sebelumnya.

Akhirnya setelah hampir 10 tahun berpindah ke RPS Merapoh, orang Merapoh seperti sudah menerima segala-gala kemudahan seperti orang di bandar. Jalan berturap telah dibuat di semua lorong di perumahan itu. Begitu juga dengan kemudahan telefon dan elektrik 24 jam sehari juga telah disediakan. Selain itu, sudah ada rumah rehat, perpustakaan awam, klinik haiwan, pejabat pertanian, pejabat peladang dan sebagainya. Pendek kata semua lengkaplah di perumahan Merapoh ni seperti di tempat-tempat lain juga. Malahan kini Merapoh sudah menjadi laluan penting untuk ke taman negara.

Jalan di perumahan inipun sudah berturap. Tak perlulah berdebu dan berlencek lagi.

Bagaimanapun ada beberapa perkara yang aku nak bangkitkan tentang masalah di perumahan Merapoh ni. Bagi aku masalah ini akibat perancangan jangka panjang yang tidak betul.

Tengoklah, rapatnya rumah-rumah ni. 

Pertama. Jika semasa di kampung asal dahulu kedudukan rumah penduduk kampung berada jauh antara setiap buah rumah tetapi di kawasan RPS ini, kedudukan rumahnya amat rapat sekali. Jika berlaku sesuatu kebakaran, besar kemungkinan kebakaran tersebut boleh merebak dengan pantas ke rumah-rumah lain. Oleh sebab itu jugalah, aku lihat keadaan perumahan ini tidak ubah seperti kawasan perumahan setinggan yang terdapat di bandar-bandar.

Masing-masing nak buat rumah besar tapi sayang kawasan tanahnya sempit.

Kedua. Selain itu, keluasan tanah tapak rumah yang terhad juga kurang sesuai dengan orang Merapoh kerana sebagai orang kampung, serba sedikit perlu juga mereka bercucuk tanam untuk keperluan harian. Sepatutnya keluasan tapak rumah mak ayah aku di sini paling tidakpun seluas tapak rumah peneroka Felda. Bolehlah mak ayah aku menanam pokok seperti pokok kelapa dan belimbing yang mana buahnya diperlukan sebagai bahan masakan, di samping beberapa pokok buah-buahan seperti duku dan rambutan, sesuai dengan status mereka sebagai orang kampung.

Aku kira keluasan tanah di perumahan ini kurang daripada suku hektar atau hanya lebih beberapa kaki sahaja daripada tapak rumah . Mana mungkin keluasan tanah selebar ini membolehkan mak ayah aku bercucuk tanam apatah lagi setelah rumah diperbesarkan.

Ketiga. Jika di kampung lama dahulu, rumah kami tidak mempunyai longkang. Di RPS Merapoh pula, walaupaun ada longkang tetapi ia tidak dibuat dengan baik. Pada mulanya hanya longkang tanpa konkrit yang ada di belakang rumah. Longkang seperti ini akhirnya menjadi kubang ayam dan itik yang mengeluarkan bau yang busuk di belakang rumah kami. Bagaimanapun masalah ini dianggap sudah selesai selepas longkang itu dinaik taraf menjadi longkang berkonkrit.

Keempat. Jika di kampung lama dahulu kebanyakkan penduduk menjadikan semak atau sungai sebagai tempat melepaskan hajat tetapi di RPS Merapoh, tandas duduk ada disediakan. Namun apa yang mendukacitakan, sistem tandasnya juga tidak memuaskan. Memandangkan kedudukan rumah yang rapat, sepatutnya loji takungan najis berpusat disediakan. Takungan najis yang disediakan secara berasingan bagi setiap buah rumah tidak dapat menampung najis selepas beberapa tahun digunakan. Akhirnya kumbahan najis melimpah dari tempat takungannya lalu mengeluarkan bau yang busuk serta menjijikkan.

Ruang yang terhad tidak memungkinkan tangki najis ditanam di sini.

Mungkin kerana ada aduan tentang masalah limpahan najis tersebut, maka usaha penyelenggaran dan menaik taraf  takungan najis cuba dilakukan. Bagaimanapun daripada pemerhatian aku, usaha itu kurang berjaya kerana kerja-kerja itu sukar dilakukan kerana takungan najis itu berada  di tempat yang sempit. Lebih sukar lagi apabila ramai penduduk yang telah memperbesarkan rumah mereka. Kesannya, tempat takungan najis itu bertambah sempit, malah ada yang terus tertimbus atau terhalang oleh rumah mereka yang telah diperbesarkan.


Inilah tangki najis yang terbiar di dalam semak kerana tidak dapat ditanam di bebarapa buah rumah orang perumahan Merapoh disebabkan oleh pembesaran rumah  mereka dan sebagainya.


Keadaan ini tidak memungkinkan masalah itu dapat diselesaikan kecualilah sistem takungan najis berpusat diadakan. Oleh kerana masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan baik, masalah itu terus kekal hingga menyebabkan penduduk di sini kurang selesa akibat penyebaran bau busuk, limpahan najis ke longkang-longkang dan sebagainya.

Bagi aku, masalah takungan najis ini merupakan masalah besar di RPS Merapoh yang tidak tahu jalan penyelesaiannya.

Aku nak membebel sikitlah, boleh?

Itulah pentingnya perancangan yang bijaksana. Lain kali fikirkan dahulu kesan jangka panjang sebelum pihak kerajaan melaksanakan sesuatu projek supaya orang kampung tidak menanggung kesulitan yang seperti tiada penghujungnya ini. Hal ini umpama nasi sudah menjadi bubur. Terpaksalah harungi sahaja  keadaan itu kerana sudah terlanjur. Perkara inilah yang menyebabkan aku terkilan sangat.

Sekian sahajalah cerita pasal ini. Maafkanlah atas kata-kata tak puas hati aku itu yang mungkin telah menyinggung hati mana-mana pihak. Sebagai orang yang berasal dari sana, aku juga rasa berhak untuk meluahkan ketidakpuasan hati itu. Harapan aku agar segala usaha yang hendak dilaksanakan itu haruslah dibuat dengan memikirkan kesan jangka masa panjangnya supaya hasilnya boleh dinikmati secara berterusan.

Luahan ini juga bukanlah bermaksud aku tidak bersyukur atas usaha yang telah dibuat. Bagiku usaha yang baik itu harus disokong manakala usaha yang ada cacatnya itu mesti ditegur supaya menjadi peringatan kepada kita dalam merancang usaha yang seterusnya.

Majulah Malaysia bersama rakyat yang perihatin dan bijaksana.

Ada belaka

Baiklah malam ini aku nak sambung baliklah cerita pasal keadaan kampung lama semasa aku kecil dan keadaan setelah berpindah ke RPS Merapoh yang tertangguh sekian lama. Sesiapa yang berminat untuk baca cerita ini yang sebelumnya, bolehlah klik kat sini. 

Semasa di Ulu Kumbang dahulu, masjid, balai raya, balai polis, sekolah, klinik dan sebagainya terletak agak jauh daripada rumah kami. Tidak ada sebuah suraupun di situ. Oleh itu, terpaksalah aku berjalan kaki hampir 2 km apabila sesekali mengikut mak ayah aku ke masjid yang terletak dekat dengan slow kereta api atau Merapoh Baru.

Inilah masjid lama kampung Merapoh 

Biasanya jika ada sambutan Maulidur Rasul dan sebagainya, orang kampung akan berkumpul di masjid dari Magrib hingga selesai solat Isyak. Meraka akan membawa kuih muih yang dibuat sendiri atau biskut yang dibeli di kedai untuk kenduri selepas solat Isyak itu nanti.

Aku ingat lagi masa itu orang yang menyediakan minuman akan menggunakan tin minyak masak 12 gelen untuk memasak air. Tin itu ditebuk atau dibuang bahagian atasnya. Dawai digunakan untuk dijadikan tangkai tin itu. Semasa menjerang, tin ini tidak diletak di atas tungku tetapi disangkut tangkainya pada penyangkuk dawai yang diikat pada kayu alang bumbung masjid.

Setelah air mengelegak, air di dalam tin itu akan dituang ke dalam beberapa buah cerek besar. Air teh atau teh 'o' akan dibancuh di dalam cerek-cerek besar itu untuk hidangan para jemaah selepas solat Isyak. Aku seakan masih dapat merasai bau wangi teh yang dibancuh di dalam cerek-cerek itu. Air teh berwarna kuning pekat dan masih panas sungguh sedap dinikmati. Aku juga bagaikan ternampak-nampak akan bermacam-macam jenis kuih seperti kuih melaka, koci dan sebagainya dibahagi-bahagikan di dalam beberapa talam untuk hidangan para jemaah. 

Apabila ada kenduri macam ni, gembira sangatlah aku. Maklumlah kecil sangat lagi aku pada masa tu. Belumpun sekolah rendah. Masa kenduri seperti inilah aku dapat melihat orang ramailah sedikit kerana pada malam lain atau malam yang tiada majlis seperti ini, aku mungkin sudah di atas katil bersama ibu bapaku untuk tidur.

Apabila tiba hari Jumaat pula, seawal pukul 11.00 pagi, orang kampung di sekitar kampung Merapoh termasuklah orang di Telok Gunung dan Mentara mula datang ke masjid. Kebanyakkan mereka datang hanya dengan berjalan kaki di bawah terik cahaya matahari, menunggang basikal atau motosikal sejauh 4 atau 5 kilometer . Setibanya di masjid, ada yang  pergi mandi dahulu ke Jamban Masjid, Sungai Merapoh yang berhampiran untuk membersihkan diri dan menyejukkan badan. Aku juga tidak ketinggalan malah selalu juga mandi di jamban itu dengan kawan-kawan sebelum bersolat Jumaat.

Sungai Merapoh dekat dengan masjid ini pernah menjadi tempat orang Merapoh membersihkan diri sebelum bersolat Jumaat setelah mereka berjalan berkilometer untuk sampai ke masjid ini.

Bayangkanlah susahnya orang Merapoh pada masa itu hendak datang ke masjid untuk solat Jumaat. Sekarang ni jauh sangat dah mudahnya kita jika nak ke masjid. Bukan sahaja masjid berdekatan dengan rumah masing-masing, malahan boleh dikatakan semua orang dah memiliki kenderaan sendiri. Sayangnya masih ramai yang tak mahu datang ke masjid bersolat jemaah kerana pelbagai alasan. Setiap kali solat fardhu kecuali pada waktu Magrib dan Isyak, tidak sampaipun dua puluh orang yang datang untuk solat berjemaah sedangkan disekitarnya terdapat lebih 200 buah rumah di perumahan itu.

Rugilah kita jika sikap ini diteruskan kerana kita seperti tidak mensyukuri kemudahan yang dianugerahkan Allah kepada kita semua. Wahai penduduk Merapoh, marilah kita mengimarahkan masjid supaya kampung kita ini terus dirahmati Allah. Sesungguhnya sebaik-baik bersembahyang ialah sembahyang secara berjemaah.   

Setelah berpindah ke RPS Merapoh, dalam sesetahun agaknya, penduduk kampung masih lagi menggunakan masjid yang berdekatan dengan 'slow keretapi' itu walaupaun terletak jauh iaitu hampir 5 km dari kawasan perumahan itu. Bagaimanapun mungkin tak ada dah lah orang yang solat berjemaah lima waktu di masjid itu lagi kerana boleh kata kesemua penduduk di sekitarnya telah berpindah ke perumahan Merapoh. Jika adapun hanya pada siang hari apabila ada orang singgah untuk solat Zohor atau Asar semasa mereka balik dari bekerja di paya dan sebagainya. Hanya solat Jumaat seminggu sekali sahajalah yang tetap diadakan di masjid itu. 

Pada masa itu, orang perumahan Merapoh akan pergi ke surau yang berhampiran dengan Stesen Kereta Api Merapoh untuk menunaikan solat fardhu berjemaah. Letih juga aku berjalan kaki dari rumah ke surau ini. Rasanya hampir 15 minit juga berjalan kaki barulah sampai. Suraunya taklah besar mana. Agaknya bolehlah muat untuk 50 - 60 orang jemaah sahaja.

Tidak lama kemudian, sebuah surau lagi dibina di kawasan perumahan ini. Akhirnya surau baru ini menjadi surau utama kerana surau ini lebih dekat dengan rumah kami. Surau berhampiran dengan stesen kereta api tu pula menjadi tempat aku belajar mengaji pada setiap petang. Dua orang ustaz mengajar mengaji di surau itu iaitu Ustaz Idris dan Ustaz Rasyid, abang ipar aku. Biasa juga selepas habis mengaji dan solat Asar, aku dapat merasa bubur kacang dan sebagainya yang disedekahkan oleh orang kampung yang bermurah hati kepada budak-budak mengaji di surau itu.

Masjid Merapoh yang baru. Sekarang ni mudahlah orang nak solat Jumaat sebab masjid baru ni sudah dekat dengan kediaman masing-masing. Sayanglah kalau kita tidak memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang telah tersedia ini. Jika kita bersolat secara berjemaah, dah pasti solat kita diterima Allah. 

Setelah setahun lebih orang perumahan Merapoh berulang-alik ke masjid lama, akhirnya sebuah masjid baru dibina di kawasan perumahan ini. Masjid Merapoh yang baru ini terletak bersebelahan dengan padang awam perumahan Merapoh. Masjid ini ialah sebuah masjid pasang siap. Reka bentuknya sama sahaja dengan beberapa buah masjid lain di kampung-kampung dalam negeri Pahang seperti Masjid Kg. Bercang dan lain-lain lagi. Alhamdulillah, selalu jugalah aku mengikut mak ayah aku mengimarahkan masjid ini. Sekarang tak perlu lagilah aku pening kepala untuk berjalan kaki berkilometer untuk solat Jumaat. 

Balai Polis Merapoh (Ogos 2010). 
Sekarang Balai Polis Merapoh pun sudah dekat dengan rumah kami.

Klinik Kesihatan Merapoh (2010).
Inilah klinik baru yang terletak berhampiran perumahan Merapoh.

Tidak lama selepas itu, beransur-ansurlah kemudahan-kemudahan lain seperti klinik, balai raya, dewan awam dan sebagainya dibina di kawasan RPS Merapoh ini. Mudah dah lah orang Merapoh sekarang dengan pembinaan pelbagai bangunan dan kemudahan awam berdekatan dengan rumah mereka. 

Mengatuklah pulak. InsyaAllah akan bersambung.... Klik sini untuk sambungan cerita.

Melayu janganlah me-layu

 Maksiat Di UiTM Jengka Semakin Parah, Adengan Seks Luar Tabie (Gay)??
"BANDAR JENGKA, 18 Ogos - Orang ramai di sekitar bandar ini mahu pihak berkuasa memantau pergerakan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang, kampus Jengka dekat sini. Ini berikutan gejala sosial yang melibatkan pelajat IPT itu semakin membimbangkan sekarang ini. Sebagai sebuah universiti yang dipelopori oleh kaum bumiputra terutamanya Melayu,


Sudah tiba masanya masalah gejala sosial dan maksiat di institusi terbabit diberi perhatian yang sewajarnya. Kita tidak mahu, bangsa lain memandang hina terhadap agama Islam gara-gara perangai majoriti pelajarnya yang menyimpang jauh dari nilai-nilai agama itu sendiri. Difahamkan, pihak pentadbiran universiti lebih mementingkan akedemik daripada sahsiah dan pembentukan akhlak para pelajar. Malahan, nilai-nilai agama kini terus dipandang sepi oleh pihak yang berkenaan.

Kampus yang menempatkan lebih 3,000 pelajar dari seluruh negara itu, yang membawa berbagai budaya yang jelas tidak boleh diterima oleh masyarakat setempat. Aksi-aksi lucah dan pakaian yang menjolok mata pelajar sering mewarnai kawasan terbabit sekarang ini. Ia jauh sekali berbeza ketika kampus itu tidak dibuka disitu dulu. Menurut seorang penduduk, keadaan gejala sosial dikalangan para pelajar sememangnya sudah semakin parah dan tidak wajar sama sekali. "Mereka bukan sahaja membawa gejala negatif kepada generasi muda setempat, malahan juga tidak segan silu berpelakuan tidak senonoh dikhalayak ramai" katanya.

Gejala Maksiat "Berlesen" Kini Semakin Menular Umum mengetahui bahawa Bandar Jengka adalah merupakan satu-satunya bandar yang dimonopoli oleh kaum bumiputra di negara ini. Hampir 100% peniaga dan penduduk di sini adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Makanya, budaya songsang yang dibawa oleh pelajar-pelajar terbabit amat mengecewakan para penduduk. Keadaan bertambah parah, bilamana kini ramai pelajar terbabit yang tinggal di luar kampus. Mereka bebas bercampur lelaki dan perempuan tanpa batasan. Malah, mereka juga tidak menghiraukan teguran yang dibuat oleh masyarakt disini.

Terdapat juga maklumat berlaku berbagai aksi curang pelajar berkenaan yang merosakkan kesucian bandar ini. Menurut seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Malek, beliau melihat pelajar perempuan sering bermalam di rumah sewa pelajar lelaki. Beliau dan beberapa orang penduduk menunggu masa untuk menjalankan operasi cegah maksiat pelajar terbabit. "Kejadian berlaku apabila pelajar terbabit dihalang masuk ke kampus selepas jam 11.00 malam. Akibat takut dikenakan tindakan displin maka mereka yang bercouple akhirnya mencari jalan singkat bermalam di rumah pasangan masing-masing atau di hotel yang berdekatan. Mereka memilih untuk kembali ke kampus pada awal bagi kerana tidak akan diambil tindakan displin oleh pihak UiTM" katanya.

Lantaran peraturan tersebut menyebabkan ramai pasangan akhirnya sanggup melakukan aktiviti maksiat dan perzinaan di rumah sewa pasangan masing-masing. Perkara ini sebenarnya disedari oleh pihak universiti, tetapi mereka tidak mahu mengambil tindakan tegas demi menjaga nama baik UiTM Jengka. Akibatnya, kegiatan ini menjadi amalan harian pelajar UiTM Jengka mutakhir ini. Mereka tidak takut lagi untuk melakukan kegiatan maksiat, seolah-olah pihak universiti sendiri yang memberi lampu hijau.

Penyeludupan Arak Ke Kampus Kini Berleluasa
Selain daripada masalah itu tadi, kini difahamkan penyeludupan "arak" begitu mudah masuk ke dalam kampus. Difahamkan ramai pelajar terutamanya mereka yang terdiri daripada anak-anak orang berada dengan mudah membawa masuk bekalan terbabit untuk dijual kepada rakan-rakan yang lain di kampus. Perkara ini disedari oleh beberapa pihak yang berkenaan, namun seperti biasa mereka tidak mahu mengambil tindakan demi imej dan maruah IPTA itu.

Akibatnya kegiatan minum arak kini sudah menjadi tradisi dan amalan sebilangan pelajar universiti terbabit. Perkara ini amatlah dikesali kerana ia jelas sekali bertentangan dengan ajaran Islam sebenarnya. Tambahan pula di saat bulan Ramadhan yang mulia ini. Soalnya, siapakah yang berani untuk tampil mendedahkan perkara ini?. Akhirnya kegiatan itu ditutup rapat-rapat dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengetahuinya.

Kegiatan Seks Luar Tabiee Pelajar Makin Menjadi 
Kini kampus terbabit juga digemparkan dengan kegiatan "gay" yang berleluasa. Kegiatan seks antara sesama pelajar lelaki kini seolah-olah sudah menjadi amalan di situ. Terdapat maklumat seorang pelajar lelaki kursus Perladangan dan Sains Gunaan kini menjalankan kegiatan berkenaan dengan beberapa orang pelajar dan gurunya dulu. Beliau kini hidup mewah di kampus hasil duit haram akibat menjalinkan hubungan seks terlarang itu. Khabarnya pelajar berkenaan gemar dengan mereka yang berduit dan merelakan tubuhnya "digomol" oleh pihak terbabit. Kini beliau menjadi santapan ramai pelajar-pelajar di univesiti berkenaan. Kegiatan ini sudah berlarutan sejak beberapa bulan yang lalu. Ia disedari oleh beberapa pihak, namun takut untuk membongkarkannya demi menjaga nama baik UiTM Jengka. Pihak pentadbiran universti terbabit wajar bertindak segera bagi membersihkan nama baik mereka. Tindakan displin yang tegas termasuk "memecat" pelajar berkenaan harus dilakukan, kerana perkara ini sudah menjadi buah mulut masyarakat di sini. Keluarga pelajar terbabit kini dikatakan sudah tahu kegiatan anaknya, namun terpaksa "redha" akibat tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Pelajar yang masih berada ditahun satu itu pernah bermain seks dengan beberapa "orang guru lamanya" dulu yang kini dipercayai mengajar di Sek.Agama Pekan dan Sek Balok Baru di Kuantan.

UiTM Jengka Perlu Ambil Tindakan Segera Kes Ini
Pihak kolej dan ramai pelajar lain amat sukar untuk mengesan beliau jika tiada pendedahan ini. Tambahan pula difahamkan beliau yang merupakan bekas pelajar sebuah sekolah agama di negeri ini dikatakan perwatakan alim, bijak bermain kata-kata dan pandai memikat wanita dan lelaki untuk jalinkan hubungan intim untuk mendapatkan "wang" daripada mereka. Beliau kini masih menjalinkan hubungan "luar tabiee" dengan beberapa orang rakan dan guru-gurunya termasuk juga dengan seorang penjual burger berusia 22 tahun yang berasal dari bandar ini.

Daripada sumber yang boleh dipercayai, pelajat tersebut mempunyai seorang "ayah angkat" yang bertanggungjawab tentang pembelajaran dan perbelanjaannya di universiti terbabit. Kami sedang mencari siapakah "ayah angkat" terbabit, bagi mendapatkan info lanjut. Pelajar itu pernah ditangkap baru-baru ini semasa hendak "melakukan kegiatan seks luar tabiee" bersama "seseorang" yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kerajaan. Inilah yang perlu disiasat. [Pihak kami akan menjejaki siapakah pegawai yang dimaksudkan itu untuk dibongkarkan. Justeru itu kami memberi tempoh kepada pihak UiTM Jengka untuk menyiasat perkara ini dan membuat tindakan tegas terhadap pelajar yang jelas mencemarkan nama baik institusi itu.

Sebenarnya apa yang berlaku di UiTM Jengka ini adalah sebahagian rencah kehidupan mahasiswa IPT di negara kita hari ini. Malah ada IPT yang lebik gejala sosialnya tidak dibongkarkan lagi. Apapun kami melihat apa yang berlaku ini jelas menunjukkan bahawa nilai-nilai agama Islam di IPT sememangnya makin di pinggirkan. Malah kegiatan buang bayi juga pernah berlaku di beberapa buah IPT termasuk UiTM Jengka sendiri. Cuma perkara ini didiamkan bagi menjaga nama baik dan imej universiti terbabit. Apapun, selepas ini kami akan bongkarkan pula kegiatan tidak bermoral di IPT lain pula. Terkadang perkara seperti ini perlu dibongkarkan demi menjadi ikhtibar dan tauladan kepada orang lain. Apalah guna perkara yang tidak senonoh seperti ini disorok-sorokkan, yang akhirnya membawa kebinasaan dan kehancuran kepada institusi pendidikan itu sendiri.

copy from : http://anakfelda09.blogspot.com/

Polis baik


Kali ini aku nak bercerita sikit pengalaman aku ditahan polis kerana melakukan kesalahan jalan raya. Ada beberapa pengalaman yang aku ingat tetapi semuanya itu sudah lama berlaku iaitu antara tahun 1997-1999. Masa tu aku tinggal di Felda Sungai Koyan kerana bertugas di Pos Betau. Isteriku pula mengajar di SK. Sungai Koyan, Raub, Pahang.

Zaman tu memang tiada lagi saman-saman ekor ni. Takdalah aku terkejut beruk apabila tiba-tiba sahaja surat saman sampai ke rumah. Masa itu kalau polis nak saman, mereka beri peluang dahulu kita mengemukakan alasan kenapa kita lakukan kesalahan itu. Kot-kot kerana sebab kecemasan, takdalah disaman agaknya.

Aku sendiripun ada juga beberapa kali terlepas daripada disaman polis walaupun terang-terang telah melakukan kesalahan. Setelah aku mengemukakan alasan, polis menggunakan budi bicara mereka lalu tidak menyamanku. Aku rasa inilah cara yang mesti polis kekalkan dalam menguatkuasakan undang-undang jalan raya. Cara ini lebih bertimbangrasa dan adil.

Polis mestilah mendengar dahulu alasan pesalah. Mungkin mereka melakukan kesalahan itu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan sebagainya. Kalau dah betul mereka sengaja, barulah disaman.

Malam ini aku cerita satu pengalaman sahaja sebab penat weh menaip banyak-banyak ni. Peristiwa itu berlaku apabila ada sekali tu aku di tahan polis kerana memotong sebuah trellar betul-betul di simpang tiga Kuala Lumpur, Raub dan Bukit Fraser. Masa tu aku dari rumah mertua di Sg. Siput Melaka dalam perjalanan balik  ke Felda Sg. Koyan semula.

Sebelum sampai ke simpang tiga tu, agak lama juga aku mengintai-ngintai untuk memintas sebuah trellar panjang tetapi tidak boleh kerana jalannya banyak selekoh. Apabila hampir di persimpangan itu, barulah nampak lapang sikit. Aku tengok jalan di sebelah kanan menghala ke Raub kosong sahaja daripada kenderaan. Inilah peluangnya.

Apa lagi aku pecutlah kereta untuk memotong trellar itu walaupun aku tahu keretaku sudah terlalu hampir dengan persimpangan itu. Aku berjaya memotong lori itu betul-betul di simpang tiga tu. Setelah berjaya memotong trellar itu, aku nampak dua tiga orang polis mengebar bendera merah menyuruh aku ke tepi jalan.

Kenalah aku kali ini. Berdebar juga hati aku takut dimarah dan disaman oleh polis itu. Inilah lebih kurang dialog aku dengan polis semasa aku ditahan.

Polis :  Assalamualaikum. Boleh tengok lesen memandu dan kad pengenalan encik?
Aku  :  Boleh. (Sambil mengeluarkan lesen dan ic)
Polis :  Nak ke mana ni encik?
Aku  :  Nak balik ke Felda Sg. Koyan, dari rumah mertua di Melaka.
Polis :  Jauh tu. En. tahu tak kenapa kami tahan encik!
Aku  :  Emm, tahu. Saya nampak jalan dah clear, saya potonglah. Maaf encik.
Polis :  Hati-hatilah sikit. Cuba tengok anak tu, kecil sangat lagi. Encik tak sayang kat anak ke?
           Mana boleh memotong di simpang tiga macam ni, bahaya!
Aku  :  Maaflah encik, lain kali saya cuba lebih berhati-hati.
Polis :  Kali ini kami hanya ambil nama dan maklumat encik sahaja. Lain kali jangan buat macam ni
           lagi. Tolong sain di sini. (Sambil menghulurkan pen dan buku putih)
Aku  :  Terima kasih banyak-banyaklah encik. (sambil tersenyum )
Polis :  Sama-sama (sambil memulangkan semula lesen dan ic aku)

Weh, tak sangka langsung yang aku tak disaman. Kalau nak ikut, kesalahan besar juga tu, memotong kenderaan di simpang tiga. Alhamdulillah, itulah baiknya apabila kita bersemuka dengan polis yang nak menyaman kita. Mereka ada perasaan, dah tentu boleh menilai tahap kesalahan kita sama ada betul-betul sengaja atau sengaja tetapi kerana terpaksa.

Macam yang aku buat tulah. Kadang-kadang tak tersabar juga jika terlalu lama sangat mengekor treller yang bergerak dalam 40 - 50km sejam sahaja. Bila rasa selamat untuk memotong, kadang-kadang kita potong jelah walaupun di kawasan yang dilarang.

Sepatutnya polis macam itulah, mana-mana orang yang nampak baik  tu elok ditegur dan dinasihatilah dulu jika boleh. Lainlah kalau dah nampak sangat mereka nak berlagak di jalan raya seperti mat rempit dan sebagainya tu eloklah terus disaman. Biasanya kalau orang bawa anak bini ni taklah teruk sangat dijalan raya. Jika terlaju sikit tu kadang-kadang biasalah kalau jalan tu lurus serta masa tu pula jalan lengang.

Masa aku mula-mula terlepas daripada saman tu, berasa sungguh yang polis ni betul-betul nak menjaga keselamatan kita. Kalau masa tu aku kena samanpun, aku tak kisah sebab memang betul salah aku. Lepas tu aku jadi hormat betul kepada anggota polis ni dan rasa tak nak dah melanggar peratutan jalan raya lagi.

Kalau saman ekor, mana ada budi bicara dah sebab kamera tu bukan orang. Benda yang tak berakal dan perasaan.. Tau-tau surat saman dah sampai ke rumah. Inilah yang menyebabkan aku berasa saman ekor ni lebih kepada sengaja nak ambil peluang untuk dapatkan duit daripada orang ramai sahaja. Pantang salah sikit, saman!

Polis sepatutnya kena lebih bertimbang-rasa. Mereka boleh saman tetapi biarlah orang yang kena saman tu tidak berasa dizalimi. Barulah orang ramai tak mencemuh polis.

Takkan rugi punyalah

Tengoklah sendiri. Siang malam jalan ni sibuk. Letihlah nak memotong lori-lori tu.

Jalan raya ke kampung aku Merapoh ni sibuk sangat dah. Jalan raya ni juga dah semakin teruk, banyak sangat berlubang di sana-sini. Sebelum inipun memang dah banyak berlaku kemalangan ngeri di jalan raya ini. Raya Idil Fitri dah dekat ni. Kalaulah kerosakkan jalan raya ini terus dibiarkan, tidak mustahillah lebih banyak kemalangan ngeri akan berlaku pada musim hari raya itu nanti.

Pada hemat akulah, jalan raya ini sudah menjadi laluan terpenting terutama bagi orang dari Kuala Lumpur untuk pergi ke negeri Kelantan atau sebaliknya. Ini memandangkan laluan inillah yang paling dekat untuk menghubungkan kedua-dua kawasan tersebut. Kalau ikut Terengganu, lagilah jauh.

Malahan jalan raya ini juga seperti sudah menjadi laluan antarabangsa untuk menghubungkan Kuala Lumpur dengan Thailand. Setiap kali aku balik ke Merapoh, aku dapati banyak sangat lori barang yang lalu di jalan raya ini. Mungkin barang-barang itu barangan dari Thailand atau barangan dari Malaysia untuk dihantar ke sebelah Thailand. He he! agoknyalah.

Aku rasalah sepatutnya jalan raya ni dah lama diperbesarkan menjadi seperti lebuh raya, sekurang-kurangnya dua lorong sebelah. Barulah kawasan sebelah kampung aku dan pantai timur keseluruhannya dapat dimajukan dengan lebih pesat.

Aku rasalah apabila jalan raya seperti itu dapat dibina, sudah tentu akan mendatangkan faedah yang besar kepada ekonomi negara kita. Taklah pelabur asing berasa susah nak melabur di kawasan ini dengan alasan masalah perhubungan atau pengangkutan yang kurang baik.

Pemanduan aku apabila sesekali balik ke Merapoh nanti juga pasti lebih menyeronokkan. Taklah aku selalu sangat mengitai-ngitai untuk memotong lori yang banyak di jalan raya itu. Telinga aku juga taklah bingit sangat kerana selalu ditegur oleh isteri aku yang sering berdebar apabila ternampak lori besar atau semasa kami berselisih dengan lori di jalan raya yang sempit serta berbukit-bukit ini.

Orang yang memandu di jalan raya inipun aku dapati selalu membuat tindakan yg. berbahaya. Mungkin ini disebabkan mereka dah penat serta hilang sabar kerana acap kali terpaksa mengekor di belakang lori berbelas kilometer setiap kali melalui jalan raya ini.

Ada yang pakai potong je kenderaan lain walaupun di selekoh tanpa memastikan dahulu kenderaan lain di hadapan. Mereka yang memandu begitu akan menghimpit sahaja kenderaan kita apabila ternampak kenderaan lain sudah dekat di hadapan kenderaan mereka. Tindakan seperti inilah antara sebab berlakunya kemalangan.

Ini pula masa di Bukit Tujuh dari kampung aku Merapoh nak balik ke Temerloh. Kawasan ni memang selalu berlaku kemalangan. Letih dah mengekor lori, akhirnya tempat selekohpun memotong. 

Akupun dah berapa kali terpaksa mengelakkan kereta dari arah bertentangan yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapan. Itulah yang menyebabkan isteri aku seperti fobia apabila melalui jalan raya ini.

Bagi akulah kalau jalan raya ini dibuat dua lorong sehala, senanglah sikit orang nak memotong lori-lori yang banyak lalu dijalan raya ini. Pendek kata kalau jalan raya ni cantikpun tak guna kalau tak dibuat dua lorong kerana jalan raya ni dah terlalu sibuk.

Kerajaan, utamakanlah untuk membuat jalan raya dua lorong sehala hala ke Merapoh dan ke Kelantan ni. Barulah best sikit memandu di situ nanti. Insyaallah banyak kelebihan dan keuntungannya pada negara kita apabila jalan raya seperti itu dibina. Lebih baik lagi kalau jalan raya tu takda tol. Kalau jalan raya tu tak lurus sangatpun takpa. Janji jalan raya tu dua lorong sehala dan tidak berbukit-bukit sangat. Amacam boleh? Takkan rugi pumyalah.

Bekal

Baru-baru ni dalam pukul 10.00 pagi, mak aku ada menelefonku. Katanya dapur gasnya dah rosak. Satu dapur daripada dapur dua pemetiknya tu tak hidup apabila dipetik. Manakala satu lagi dapur terus lekat, tak boleh nak dipulas langsung. Dia suruh aku datang ke pondoknya yang terletak di tempat orang memondok di Kampung Pangsenam, Temerloh untuk menengok dapurnya tu.

Aku suruh mak tukar sajalah dapur tu dengan dapur baru. "Aok tengoklah dulu midi, dapur ni baru lagi mok dengan abang cu aok beli, takkan rosak dah", rungut mak masa bercakap dengannya dalam telefon.

"Haaah! Keh ingat dapur lama dari Pondok Sungai Durian dulu. Kalau dapur  dulu tu, elok tukar jelah sebab dah terlalu lama, dekat sepuluh tahun dah!", kata aku. "Kalau dapur baru, nantilah keh tengok. Takkan cepat sangat rosak," tambahku lagi. Masa kami bercakap tu, aku masih lagi kat sekolah.

Aku berjanjilah akan datang ke pondoknya dalam pukul 2.00 - 3.00 petang nanti  selepas balik sekolah. Dia mengingatkanku agar tidak lupa pula nanti dan menyuruhku datang secepat mungkin kerana dia nak memasak untuk berbuka puasa pula.

Aduh, letihnya rasa di bulan puasa ni! Dalam bulan puasa ni biasanya selepas balik sekolah, selesai je solat Zohor, aku akan terus tidur dalam sejam dua. Tengah hari beginilah aku rasa mengantuk sangat. Hari ni nampaknya tak dapatlah aku tidur macam biasa kerana perlu menolong mak aku menengok dapurnya pula.

Assalamualaikum...Inilah pondok mak aku di Kg. Pangsenam. 

Selepas solat Zohor, aku terus pergi ke rumah mak aku. Setiba di rumahnya, aku terus pergi ke dapur untuk menengok dapur gasnya itu. Dapur sebelah kanan memang tak boleh dipulas kerana mak aku memang dah pulas habis sontok. Dapur di sebelah kiri pula boleh dipetik tetapi tidak menyala. Aku terus beritahu mak aku yang sebenarnya gas dapurnya ni dah habis. Mak aku kata tong gasnya ni baru sahaja dipakai, takkanlah dah habis.

Aku membongkok untuk mengangkat tong gasnya tu. Memang sahlah gasnya dah habis mak, ringan sangat tong gas ni. Keh rasalah mak mungkin tak perasan tersilap tutup dapur sebelah kanan ni. Mak mungkin terpulas ke arah bertentangan semasa menutup dapur ni hingga menyebabkan semua gasnya terlepas keluar. Mungkin masa tu mak loghat nak pergi ke mana-mana hingga tersalah tutup.

Sepatutnya apabila dah pulas habis sontok, penunu tengahnya sahajalah yang akan menyala. Sebaliknya mungkin kerana dapur ni dah tak berapa elok, penunu tengahnya tu terus terpadam setelah dipulas begitu. Inilah yang menyebabkan mak perasan  sudah menutup dapur gas tu dengan betul. Mak aku senyap jelah mendengar andaianku itu.

Selepas itu aku terus mengambil tong gas yang satu lagi untuk dipasang kepada dapurnya itu. Alhamdulillah, apabila aku petik dapur sebelah kiri, apinya terus menyala dengan baik sekali. Aku petik pula dapur sebelah kanan, api meyala sekejap kemudian terpadam balik. Aku angkat sedikit dapur gas tu untuk mengadjust penununya. Syukur akhirnya api kedua-dua belah dapurnya dapat dinyalakan dengan baik.

Kalau aku layankan mengantuk ni, rasanya pukul 6.00 petang karang baru sedar

Selepas itu aku duduklah di katil mak aku sekejap. Aku pesanlah kepada mak aku supaya berhati-hati menggunakan dapur gas ni. Apabila selesai memasak, pastikan dapur ditutup dengan betul. Jika tersalah pulas pemetik dapur tu, takut gasnya akan terus terkeluar tanpa disedari. Kalau kejadian ini tidak disedari dalam tempoh yang lama seperti mak pergi ke surau selepas itu, gas akan terperangkap serta memenuhi ruang di dalam rumah mak. Ini amat berbahaya. Apabila mak atau jiran sebelah menyalakan api, letupan dan kebakaran boleh berlaku dengan serta-merta.

Dapur dah ok, bolehlah mak aku memasak. Mak aku tengah masak Gulai Masam Ikan Patin tu.  

Sambil memasak di dapur, mak aku diam jelah mendengar nasihat aku. Tidak lama selepas itu, gulai masam mak akupun siap. Mak aku memberikan sedikit gulai masamnya untuk aku bawa balik berbuka puasa nanti. Sebelum balik, mak aku suruh pula aku tengok di bawah rumah, mengapa air berladung je kat situ. Aduh! ada lagi kerja. Akupun teruslah turun ke tanah untuk mengetahui sebabnya. Rupa-rupanya salur singki mak aku tercabut. Aduh banyak lagilah kerja aku ni....

"Baok balik gulai masam ni. Hasif suka sangat ke gulai masam ni"

Inilah gulai masam mak aku. Cucunya hasif bukan main beria  makan gulai wan dia ni. Walaupunnya pedas bebeno tetapi sedapnya memang tak boleh lawanlah. Sampai aku marahkan Hasif untuk melarangnya menghirup kuah gulai masam tu beria sangat. Bukan apa perut budak, takut sakit perutnya nanti.

Walaupun tak dapat tidur petang macam biasa tetapi aku gembira kerana dapat menolong mak aku. Semoga Allah melimpahkan Rahmatnya ke atas kami atas pengorbananku yang tak seberapa ini.  

Gua Merapoh

Di kampung aku Merapoh ni memang banyak gua batu kapur. Ada sesetengah gua ni mempunyai lubang yang besar dan menjadi tempat tinggal kelawar. Masa kecil-kecil, selalu juga aku masuk ke dalam gua-gua ni sama ada mengikut ayah aku mencari baja tahi kelawar untuk tanaman padi atau saja suka-suka dengan kawan-kawan. Di bawah ni aku tunjukkan sikit antara gua-gua yang terdapat di Merapoh.

Gua ni orang panggil Gua Lima. Ia terletak paling hampir dengan perumahan Merapoh. Masa aku mula-mula berpindah ke perumahan Merapoh, selalu juga aku pergi ke gua ni dengan kawan-kawan. Di gua ni ada sebuah lubang tetapi kena merangkaklah dalam 10 meter jika mahu masuk lebih jauh ke dalam. Di dalam lubang ini aku jumpa mesin taip lama, mungkin peninggalan zaman Jepun dan beberapa butir mangkuk cina. Di dalam lubang ini juga akan ditemui sebuah tempat takungan air yang jernih apabila merangkak hingga ke hujungnya. Rasanya kalaulah nak dijadikan tempat persembunyian, lumbang ni sesuailah kerana bukan sahaja ianya tersembunyi tetapi juga mempunyai sumber air yang bersih. Lampu picit (suluh) kenalah bawa kerana lubang ni memang terlalu gelap. Nasib baiklah tak ada ular kat dalam gua tu semasa aku bermain kat situ dulu.


Gua ni pula oarang panggil Gua Kopek. Tengok betul-betul mesti tahu kenapa orang gelarnya begitu.


Ini pula Gua Tagang. Zaman aku kecil-kecil, ada juga aku pergi dekat dengan gua ni bersama ayah dan mak aku. Seingat aku di situ banyak pokok kelubi dan pokok tepus. Apabila tiba musimnya, ayah dan mak aku datanglah untuk mengutip buah-buahan tu. Di situ juga ada sebuah gedung (tasik kecil) di mana aku pernah menangguk ikan bersama mak dan ayah aku.

Ini pula Gua Layang. Aku pernah sampai ke puncak gua ni. Aku juga pernah hampir nahas semasa mendaki gua ni. Nak baca cerita aku hampir nahas tu bolehlah klik sini. Masa aku sekolah rendah, aku selalu tengok banyak burung layang-layang terbang ke sana-sini di tepi gua ni. Mungkin inilah yang menyebabkan orang menamakan gua ni Gua Layang.

Ini pula Gua Bekong. Gua ni terletak bersebelahan dengan kebun getah pinggir dan dusun buah ayah aku. Dah tiga kali aku sampai ke puncak gua ni. Seronok juga lepak kat atas gua tu. Boleh nampaklah stesen keretapi, perumahan Merapoh serta menikmati pemandangan luas terbentang. Pernah sekali aku dikepung oleh sekumpulan kera  semasa lalu di belakang gua tu. Masa tu aku berjalan seorang diri. Pucat juga aku. Di sebuah lubang di gua ni aku telah menemui beberapa ketul tulang manusia. Kalau nak tau cerita aku jumpa tulang tu sila klik sini.

Peh! Saman lagi

 
Weh berapa banyak aku nak kena saman ni. Asyik kena saman je. Polis ni takda kerja lain ke? Kerja lain banyak lagi lah, janganlah nak menyaman orang je kerjanya. Aku baru bulan lepas habis rm300 bayar saman. Itupun masih ada dua lagi saman yang belum dibayar. Dalam rm600 lagi kena keluarkan, barulah beres saman tu. Takkan bagi saman lagi. Berapa banyak aku nak bayar saman ni...

Samannya pula pelik. Tak berjumpa polispun tiba-tiba je surat saman sampai ke rumah. Mana aci macam ni. Habislah duit belanja aku membayar saman je. Dahlah gaji kecil. Memang banganglah. Aku bayar cukai tiap-tiap tahun tau!

Ini dalam satu hari kena dua saman ni apa cerita. Pulak tu setiap saman tak sampaipun selang setengah jam. Patutnya dah saman sekali cukuplah. Takkan saman lagi dalam masa tak sampai pun setengah jam. Polispun tak tau kat mana. Tak sain kertas samanpun. Pakai saman je. Tak berhati perut langsunglah. Samannya pula bukannya sikit-sikit tau. Setiap saman kena rm300. Dah dua saman jadi rm600 lah jawabnya. Ingat sikit ke rm600 tu. Tambah rm600 lagi saman yang belum bayar dulu tu, beribulah aku kena bayar ni. Tokey balakpun bankrap macam ni.

Tempat kena saman ni pun tak munasabah langsung. Jalan bapok lurusnya tapi kena bawa 60km/j. Aku bukan bawa kereta laju sangatpun, dalam 70-80km/j sahaja. Bawa 60km/j tempat jalan lurus macam ni jadi slow sangat weh. Takkan tak boleh fikir. Silap-silap bawa selaju tu, orang mengikut belakang akan jadi marah. Janganlah menyaman orang ikut suka hati je. Gunalah kepala hotak tu sikit. Panas betul ni.

Ceh! kurang pahala puasa aku hari ni. Guanerr! nak marah juga selalu sangat kena saman macam ni. Kerajaan kena mesra rakyatlah sikit. Aku ni bukan mat rempit. Aku sokong pembangkang karang marah.

Rezeki Bulan Puasa


سڤرتي بياساله ستياڤ کالي تيباڽ بولن ڤواسا رامايله يڠ برعزم اونتوق ممبأيقي ديري. اکوڤون ماچم تو جوݢ. باݢيمانڤون ڤد هيمت اکو راماي يڠ برعزم تتاڤي اخيرڽ عزم مريک کنتوءي بݢيتو سهاج. ماچم اکوله، اڤابيلا دکت دڠن بولن ڤواسا، مولاله برعزم نق بروبه اين دان ايت تتاڤي تق سمڤأي سيڤروح بولن ڤواسا، ده جادي ماچم ڤراڠاي لاما باليق.

والاوباݢايماناڤون جاڠن بيمبڠله نية إخلاص کيت تو سبنرڽ تله دنيلاي اوليه الله. جک کيت نية نق بروبه، ان شاءالله سواتو ماس ننتي کيت اکن برجاي. بردعاله برسوڠݢوه-سوڠݢوه.

جاڠن سمڤأي کيت تيدق اد لڠسوڠ نية نق بروبه، روݢي ساڠت کيت ننتي. اد جوݢ اکو جومڤا اورڠ ماچم تو، تق نق لڠسوڠ برعزم والاوڤون تاهو مندا دي بوات تو تق باءيق. اݢقڽ ترتوتوڤ بتول ده ڤينتو هاتيڽ. مينتا جاوهله.

الله ني کن مها مڠتاهوي، مها عاديل، مها ڤموره دان مها مندڠر. ماچم اورڠ اد نية نق ک حاج له. جک تق کسمڤاينڤون کران سبب-سبب يڠ تق داڤت دايلقکن، الله تتڤ باݢي حاج کڤداڽ. هارڤ-هارڤ ماچم تو جوݢله دڠن نية کيت نق بروبه ک اره يڠ درداهي الله تو. جک بنر-بنر إخلاص، ان شاء الله اکن دنيلاي دان کيت داڤت جوݢ ݢنجرنڽ.

دالم باڽق-باڽق عزم اکو تو، اد ساتو عزم يڠ اکو فيکير تله اکو چاڤاي ستاکت اين. عزم تو اياله نق برهنتي مروکوق. سبلوم ڤواسا تاهون 2008، اکو برعزم نق برهنتي مروکوق. لاما ده اکو سدر يڠ مروکوق ني تق اد فاءيده لڠسوڠ. ماله اياڽ ممباذير، ممباوا ڤڽاکيت دان سباݢايڽ سهيڠݢ اد سستڠه ڤنداڤت علماء يڠ مڠاتکن مروکوق ايت حرام دڠن السن سڠاج منچاري بالا. الحمدلله اخيرڽ سمڤأي سکارڠ اکو تق مروکوق لاݢي والاوڤون سباتڠ. مينتا-مينتا اياڽ ککا ل سمڤأي بيلا-بيلا.

اين اکو نق چريتا سيکيت ساتو چريتا اکو دولو-دولو د بولن ڤواسا. اڤابيلا سمڤأي بولن ڤواسا ني ڤستي اکو تريڠت باليق ساتو ڤريستيوا زمان اکو سکوله دهولو. ماس تو اکو بارو سهاج تيبا د رومه ستله دبنرکن باليق ک کامڤوڠ دري اسراما سکوله اکو د ڤادڠ تڠکو. برجالن کاکي دري ستيسين کريتاڤي مراڤوه ک رومه اکو تو اݢق جاوه دان ممنتکن. تکاقکو براس امت کريڠ.

ستيباڽ د رومه اکو تروس ممبري سلام تتاڤي تيادڤون جواڤن. روڤا-روڤاڽ مق ايه اکو تياد د رومه. نصيب باءيقله ڤينتوڽ تق برکونچي. سماس اکو ماسوق ک رومه، اکو ترهيدو باو يڠ امت سداڤ د داڤور. سلڤس ملتقکن بيݢ، اکو تروس ک داڤور اونتوق منچاري باو يڠ سداڤ امت تو. روڤاڽ باو تو داتڠ درڤد سبواه ڤريوق. مق اکو ماسق سوڤ تولڠ هاري ني روڤاڽ.

اکوڤون تروس مڠامبيل ڤيڠݢن دان مڽندوق ناسي د ڤريوق. تنڤا راس اڤا٢ اکو تروسله ماکن ناسي برلأوقکن سوڤ تو دڠن برسليرا سکالي. ستله همڤير هابيس ناسي سڤيڠݢن، باروله اکو تريڠت يڠ هاري ني اکو برڤواسا. ماس تو اکو بلوم مينوم لاݢي. نصيب باءيقله اکو تيڠوق جم سوده همڤير ک ڤوکول 6 ڤتڠ. اکو تاهن جله داهݢ تو هيڠݢ وقتو بربوک.

ايتله نامڽ رزقي د بولن ڤواساکن. ان شاء الله ڤواسا تتڤ صح والاوڤون ده ماکن هيڠݢ کينياڠ ڤد سياڠ هاري. نق بوات ماچم مان, بوکن سڠاج.

Gemar makan belut

Apabila balik ke Merapoh, biasanya aku pasti ke Gua Musang. Hai maklumlah mana lagi bandar yang terdekat dengan Merapoh ni selain Gua Musang. Antara tujuan aku pergi ke Gua Musang ni ialah untuk mencari sedikit lauk-pauk. Bila balik ke rumah akak andak ni, macam biasalah aku belilah lauk-pauk sikit. Takkan nak harapkan dia je menyediakan semuakan. 

Anak aku pula bila dapat tahu nak balik ke Merapoh, awal-awal lagi pesan supaya bawa dia ke Gua Musang. Dia ajak aku makan ke sebuah restoran di bandar tu. Apa yang uniknya restoran ni. Kalau nak tau mohlah kita tengok gambar-gambar di bawah ni.

Kat restoran ni ada menyediakan belut goreng halia


Ada juga sup belut

Tak taulah kenapa. Anak aku memang gemar sangat makan belut ni. Bila dah rasa sekali, dia terus suka dan mesti ajak aku makan belut di restoran ni bila kami balik ke Merapoh.

Aku pula cuba nasi air. Masa tu sebenarnya aku kenyang lagi. Duduk saja tengok anak aku makan rasa tak kena juga. Jadi mintalah nasi air. Bukan aku gemar sangat ke nasi air ni tetapi saja je nak rasa nasi air kat sini kot-kot sedap. 

Isteri akupun minta nasi air. Tapi... tengok muka tu macam tak gemar je.

Tengok mak aku tu tengah menghirup kuah sup belut. Mak aku ni sebenarnya kenyang juga. Pada mulanya dia tak nak makan sebab katanya kenyang lagi tetapi akhirnya order juga nasi putih separuh selepas aku ajak beria.

Beria betul anak aku makan belut tu. Aku tak gemar langsung ke belut ni. Bila suap ke mulut je rasa nak terkeluar balik. Badannya yang bulat gitu menyebabkan aku terbayang ke menda lain.

Sesiapa yang sampai ke Gua Musang dan terasa nak makan belut, datanglah ke restoran ni.

Hari Lahir Adie

Sebenarnya aku ni penatpun tak hilang lagi. Baru sampai ke rumah aku lebih kurang pukul 9.30 mlm tadi dari kampung aku Merapoh. Aku bertolak dari Merapoh lebih kurang pukul 4.30 ptg. Biasanya kalau dari Merapoh, dalam empat jam perjalanan sampailah aku ke Temerloh tetapi kerana berhenti minum sampai 2 tempat, kemudian berhenti solat lagi, itulah jadi lambat sikit tu.

Oleh sebab rindu sangat dah nak berblog, malam ni aku nak ceritalah sikit pasal Sambutan Hari Lahir Adie, cucu aku petang tadi. Kalau nak ikut, aku tak tau langsung hari ni nak buat majlis tu. Sebenarnya aku bercadang nak balik ke Temerloh semula selepas Zohor setelah dua malam berada di Merapoh sempena cuti sekolah Sabtu Ahad ni. 

Semasa melintas di dapur rumah untuk pergi mandi, tiba-tiba aku teringat nak membetulkan paip singki di dapur rumah akak aku tu apabila terpandang paip tu. Semalam akak aku ada mengadu yang paip di singkinya macam dah nak lost, mudah sangat terkule semasa nak membuka air. Aku berjanji dengannya untuk membetulkan paip tu semula tetapi aku bertangguh-tangguh dan lupa pula sampailah saat-saat akhir nak bertolak balik ke Temerloh semula.

Tanpa berlengah aku mintalah dengan abang Mat iaitu abang ipar aku spanar dan getah lilit paip. Selepas itu, aku pergi keluar untuk menutup kepala paip utama supaya semasa aku membuka kepala paip kat singki nanti, taklah air paip  memancut ke dapur nanti. Lah! rupanya kepala paip kat luarpun lost juga. Dah tak boleh nak tutup lagi. Kalau macam ni, nampaknya banyaklah kerja aku ni. Tak tolong karang kesian pula ke akak yang mengharap sangat ke kita.

Ringkas cerita aku buatlah kerja membetulkan kepala-kepala paip tu sampai selesai, barulah aku mandi. Selepas solat, akupun bersiap-siaplah untuk balik. Tiba-tiba abang ipar aku minta tunggulah sekejap lagi sebab tak lama lagi nak buat majlis hari lahir cucunya. Masa tu jam pukul tiga lebih dah. Aku tunggu jugalah. Lagipun aku tengok akak aku tengah sibuk menggoreng mee dan buat air sirap di dapur. Tak sampai hati aku nak belah pada masa tu.

Di bawah ni adalah sedikit gambar semasa majlis hari lahir tu.

Sebelah kiri tu Kimie, sebelah kanan tu Adie. Seronoknya tengok kegembiraan budak-budak bila adakan majlis untuk mereka. Budak-budak ni tak tau ke menda lagi. Corakkanlah mereka dengan iman dan takwa. He he! macam baik-baik je...

Ramai dah cucu aku weh. Rasanya ada dah 15 orang. Cucu yang paling besar sekali rasanya anak Faizah, dah darjah 6. Ini cucu sedaralah, kalau cucu betul, lambat lagi!


Bunga

Bunga! Aku minat juga pada bunga ni. Bagi aku, bunga ni dapat mendamaikan jiwa. Pernah juga aku cuba tanam bunga di depan rumah aku. Aku belilah macam-macam anak pokok bunga macam bunga rose dan lain-lain yang aku sendiripun dah lupa namanya.

Bagaimanapun rancangan aku ni tak menjadi. Bunga yang aku tanam kebanyakkannya layu dan mati setelah beberapa minggu. Puas dah aku membaja dan menyiram pokok-pokok bunga tu tapi tak emboh subur juga. Akhirnya aku bengang lalu malas nak mengisahkan bunga-bunga tu lagi.

Pasu bunga yang aku beli dulu sesetengahnya aku sedekahkan sahaja kepada orang. Sekarang ni adalah dua tiga pasu lagi yang tinggal. Cuma ada satu pokok bunga sahaja yang setia sangat dengan aku. Walaupun bunga ni aku tinggal berminggu tanpa disiram tetapi ia tetap hidup sampailah sekarang.

Pernah juga aku cungkil sikit bunga tu daripada pasu untuk diberikan kepada akak ipar aku yang berminat sangat melihat kecantikkan bunga itu. Dulu bunga ni ditanam dalam sebuah pasu sahaja tetapi sekarang aku dah pecahkan jadi dua pasu.

Insayaallah akanku jaga bunga ni sebaik-baiknya supaya ia terus membiak dengan subur. Sayangnya gambar bunga tu lupa pula nak ambil. Malam-malam ni malas dah keluar rumah untuk ambil gambar bunga tu. Insyaallah esok aku letak gambar bunga tu dalam n3 ni.

Inilah bunga yang aku maksudkan dulu tu. Bunga ni nampak lembik aje. Oleh kerana aku tak tahu nama bunga ni bunga apa jadi aku letaklah sendiri namanya iaitu Bunga Setia. Bunga ni sungguh setia dengan aku kerana walaupun kadang-kadang aku biar berminggu-minggu lamanya namun bunga ini masih mampu bertahan. Sedangkan bunga-bunga lain kering layu apabila ditinggal selama itu walaupun nampak seperti lebih lasak lagi. Itulah kekuasan Allah.

Di bawah ni aku nak tunjukkan gambar bunga-bunga yang sempat aku ambil semasa berhenti solat di Hentian Sebelah Lancang. Banyak bunga cantik-cantik di situ weh...

Bunga Raya

Bunga ?

Bunga ?

Bunga ?

Kuat amat bunyinya weh...

Ingin ikuti cerita ni dari mula? Sila klik!


Sedapnya gulai lemak daging salai ni. Di Temerloh banyak lagi kedai makan yang menyediakan masakan daging salai ni. Silalah berkunjung ke Temerloh jika nak merasa. Carilah warung-warung di tepi sungai Pahang atau warung tepi jambatan Sungai Pahang, InsyaAllah jumpa.

Zaman aku tinggal di Ulu Kumbang, mak aku tak boleh nak menyimpan lauk lama-lama. Kalau dapat lauk terlalu banyak sangat seperti dapat ikan berguni semasa ikan naik, mak aku akan perkasam atau salai ikan tu supaya menjadi lebih tahan lama.

Jika hanya untuk tahan dalam sehari dua sahaja, ikan itu akan digaul dengan sedikit asam gelugur dan garam sebelum direbus dengan hanya sedikit air sehingga hampir kering. Dalam masa sehari dua tu bolehlah ikan tu tahan untuk digoreng atau digulai tanpa basi atau rosak. Rasa ikan tu pula padaku lebih sedap kerana kemasam-masaman sedikit rasanya.

Selain itu, ada juga ikan-ikan tu mak aku buat sambal atau serunding. Bolehlah bertahan lauk tu hingga berminggu lamanya. Begitu jugalah kalau ada daging berlebih, daging tu akan disalai hingga betul-betul kering supaya ia masih boleh dimakan walaupun sudah berminggu.

Bagi sayur-sayuran dan buah-buahan pula, tiada cara lain yang boleh dibuat untuk menyimpan menda-menda ni supaya tahan lama. Dalam dua atau tiga hari, menda ni akan kecut atau rosak jika tidak habis dimakan. Setahu aku hanya sayur maman sahaja yang boleh boleh dijeruk. Maman jeruk ni bolehlah tahan dalam sebulan sebelum ia rosak jika tidak dimakan atau di gulai lagi.

Setelah berpindah ke RPS Merapoh, dalam beberapa tahun tu cara mengekalkan keelokkan makanan ini masih tetap tidak berubah kerana orang Merapoh tidak boleh menggunakan peti sejuk lagi. Bagaimana nak membeli peti sejuk jika sumber elektriknya daripada generator persendirian yang dipasang selama empat lima jam sehari sahaja.

Aku tak pasti bila bekalan elektrik 12 jam mula beroperasi di RPS Merapoh. Rasanya semasa aku dalam tingkatan 4 (1987), bermulalah bekalan elektrik selama 12 jam di perumahan itu. Elektrik hanya dibekalkan pada waktu malam sahaja iaitu bermula pukul 7 malam hingga 7 pagi setiap hari. Dengan kemudahan ini, semakin hari semakin ramailah orang Merapoh membeli pelbagai peralatan elektrik seperti peti sejuk, radio besar, tv warna dan sebagainya.

Suasana perumahan itu telah berubah dengan kemudahan ini. Lampu-lampu jalan mula menerangi jalan-jalan diperumahan itu. Bunyi generator persendirian sudah tidak kedengaran lagi pada waktu malam. Gangguan bunyi mesin itu seperti telah berakhir kerana beberapa buah generator besar yang digunakan untuk membekalkan elektrik selama 12 sehari pula terletak agak jauh daripada perumahan itu.

Peti sejuk adalah antara peralatan yang paling dahulu dibeli oleh penduduk perumahan itu kerana keperluannya untuk menyimpan makanan. Selain itu, bilangan orang yang memiliki tv juga semakin bertambah menyebabkan budaya berkunjung ke rumah orang untuk menonton tv semakin terhakis.

Di rumah aku sendiripun sudah mula ada peti sejuk, mesin basuh dan tv. Radio pula memang dah lama ada sumbangan daripada Abang Teh aku. Aku hormat betul ke arwah abang teh ni kerana padaku dia ni seorang yang sangat ingat untuk membantu keluarga terutama mak ayah. Memang banyaklah sumbangan dia ni lebih-lebih lagi daripada segi kewangan terutamanya semasa membantu membesarkan rumah ayahku diperumahan itu.  Semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah.

Pada tahu 1992 lebih kurang, bekalan elektrik 24 jam sehari mula diterima oleh penduduk Merapoh. Lama juga tempohnya kami menggunakan kemudahan elektrik 12 jam sebelum menerima bekalan elektrik berterusan sepanjang masa ni. Setelah itu, macam tiada masalah langsunglah orang perumahan ni menggunakan pelbagai peralatan seperti orang di bandar. Ada juga yang memasang pendingin hawa di rumah mereka. Canggih...  

Selain itu, ramai juga yang berminat dengan radio besar-besar. Biasalah aku dengar orang pasang radio kuat-kuat mengikut lagu kegemaran masing-masing. Ada yang pasang lagu nasyid, lagu rock yang memang popular masa tu, lagu hindustan, dangdut dan termasuklah juga lagu dikir barat. Pening juga kepala aku apabila mendengar bermacam-macam lagu yang dipasang kuat ni.

Sebelah kanan rumah pasang lagu nasyid klasik atau hindustan, sebelah kiri rumah pula pasang lagu dikir barat atau slow rock melayu, rumah lain pulak pasang lagu dangdut dan dikir barat. Peliknya ada yang beli speaker copong letak menghala keluar rumah. Macam-macam pesen orang ni, macam nak bertanding "bunyi radio paling kuat" je.

Kadang-kadang rasa nak marah juga. Macam ayah akulah, petang-petang dia ni nak berehatlah sekejap. Biasanya adalah dalam setengah jam dia tidur sebelum waktu Asar. Mana boleh tidur weh kalau macam-macam bunyi radio sekeliling rumah. Nak tegur karang takut jadi bergaduh pula. Akhirnya buat pekak jelah. Cuba fikirlah kalau orang ada anak kecil, atau orang sakit, tak kesian ke?

Ada juga pasang radio kuat macam nak berlawan dengan laungan azan. Ingat-ingatlah ye, kuat macam manapun bunyi radio kita, kuat lagi bunyi pekikan malaikat Mungkar dan Nangkir.

Akan bersambung... Baca lagi? Klik!

TV hitam putih

Boleh ikuti cerita ini dari mula. Klik!

Semasa aku di Ulu Kumbang, tengok tv sebulan sekalipun susah. Masa tu rasanya tak ada orang Ulu Kumbang yang memiliki tv. Kalau dapat tengok tv pun apabila pergi ke slow keretapi Merapoh. Di slow keretapi ni, ada beberapa buah kedai seperti kedai runcit pak Ngah Keria, Kedai Minum Mek Timah, dan Kedai Getah Pak Andok Harun.

Selalunya aku dapat menonton tv di kedai Mek Timah bila aku ikut mak ayah aku berjalan ke slow keretapi. Tvnya tu terletak di penjuru depan ruang makan kedainya. Jika didapati tvnya dipasang, biasanya aku tidak akan melepaskan peluang untuk menonton tvnya itu. Aku lepaklah di kedainya sama ada dengan berdiri di tepi tingkap, di tepi pintu atau duduk di kerusi di dalam kedai papannya itu.

Selain itu, jika mak ayah aku singgah minum di kedainya, dapat jugalah aku menonton tv sambil minum air sirap dan kuih jika kebetulan tvnya dipasang. Oleh kerana tvnya tu hanya menggunakan kuasa bateri, jarang jugalah tvnya dipasang pada siang hari kecuali jika ada cerita yang menarik. Jika baterinya kehabisan kuasa, ia terpaksalah dibawa ke Kuala Lipis atau Gua Musang untuk dicas semula.

Cerita Combat yang sangat aku minati di zaman kecil-kecil sekitar tahun 70an.

Bagaimanapun setelah beberapa lama, akhirnya Mek Timah ni membeli sebuah generator yang diletakkan dibahagian dapur rumahnya. Pernah juga aku menonton cerita siri Combat, Bionic Woman dan lain-lain lagi yang popular pada zaman tu. Seronok amat weh apabila sesekali berpeluang menonton cerita ni sampai terbawa-bawa ke dalam mimpilah.

Setelah berpindah di RPS Merapoh pula, peluang untuk aku menonton tv juga semakin mudah. Walaupun ayahku tidak membeli televisyen tetapi aku boleh menonton tv di rumah orang lain yang mempunyai tv di perumahan itu. Usah ke tv, radiopun ayah aku tak beli. Rasanya ayah aku ni bukan tak mampu nak beli cuma dia tak berapa berminat pada menda-menda begini

Aku juga sering pergi ke rumah kakak aku iaitu Akak Jang yang turut membeli sebuah tv. Jika berkesempatan, bolehlah aku menonton tvnya itu. Pada masa itu, siaran tv bermula pada sebelah petang hingga lebih kurang pukul 12.00 malam sahaja.

Walaupun siaran tv di Merapoh ni tidaklah begitu baik tetapi semakin lama, semakin ramai orang di Perumahan Merapoh membeli tv. Untuk mendapatkan siaran yang lebih jelas, antena tv selalunya akan dipasangkan pada tiang buluh setinggi mungkin. Ada juga yang meletakkan tudung periuk pada antena tv  tu kerana percaya cara itu akan menyebabkan penerimaan siaran tv akan bertambah baik.

Aku yang masih budak-budak ni biasanya akan datanglah menumpang sekaki tanpa segan-silu apabila didapati ada orang yang membuka tv di rumah mereka. Kadang-kadang tu ada juga tuan rumah yang bermurah hati menghidangkan kuih dan minuman untuk tetamu yang datang menonton tv di rumahnya. Masa tu hubungan penduduk kampung lebih akrab dan mereka sangat meraikan tetamu yang datang berkunjung.

Pada mulanya hanya tv hitam-putih sahaja yang ada di RPS Merapoh ni. Mungkin pada masa itu tv warna ni masih tiada dijual di Malaysia. Semua televisyen ini menggunakan kuasa bateri sahaja. Setelah setahun dua berada di RPS Merapoh, barulah ada orang yang membeli tv warna. Kalau tak silap orang yang pertama memiliki tv warna di RPS Merapoh ialah Abang Iden yang juga jiran kami.

Tv warna ni pula tidak boleh menggunakan kuasa bateri tetapi memerlukan kuasa elektrik. Setiap kali mahu menonton tv, generator perlu dipasang. Aku selalu jugalah datang menginding untuk menonton tv ke rumah abang Iden apabila terdengar bunyi generatornya dipasang pada siang hari. Biasanya generatornya berbunyi apabila ada cerita Hindustan ditayangkan. Jika tidak silap aku, filem ini ditayangkan pada setiap petang Jumaat.

Pada waktu malam pula, jika ada cerita yang menarik seperti tayangan filem P.Ramlee, ramailah orang datang ke rumah orang yang ada tv ni. Antara rumah yang menjadi tumpuan orang untuk menonton tv ni ialah rumah Mat Nator.

Assalamualaikum… Assalamualaikum… Seingat aku begitulah setiap kali aku ucapkan setibanya di pintu rumah Mat Nator. Aku akan terus masuk ke rumahnya sebaik sahaja dipelawa masuk. Biasanya ruang tamu rumahnya penuh dengan orang sehingga terpaksa berhimpit-himpit pada malam yang menayangkan Cerita Melayu ni. Rasanya malam yang ada tayangan cerita melayu ni adalah pada malam Sabtu.

Cerita ini ditayangkan sehingga larut malam. Apabila habis cerita, akupun terus balik ke rumah melalui celah-celah rumah papan di perumahan itu dengan hanya bertemankan cahaya bulan atau meredah sahaja kegelapan itu jika bulan tidak kelihatan.

Akan bersambung... Klik!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular

Mohlah jengok!

  • 9 March 2024 Sabtu. Santai2 je gi melaka . short vacation 2 hari 1 malam . gi berlapan ngan anak, menantu, besan dan cucu. Gerak dari bangi dalam ku...
  • [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [ima...
  • Halo…Slot Mudah Menang (nonton channel Youtube Slot Mudah Menang)…nice to meet you bagi seluruh pembaca blog ini. Bersama ini penulis sharing informasi pen...
  • بسم الله الرحمن الرحيم Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia... UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...
  • [image: https://drive.google.com/file/d/1gARq5pZPyhDgD94uQfTTxQGasdWyWma6/view?usp=sharing] Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat semua. Sila klik...
  • *Seei Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2020 SK St Mary Kuala Lumpur* *Tarikh : 6.3.2020* *Hari : Jumaat * *Tempat : Dewan St Mary*
  • *Ogawa BG330DT Brush Cutter * Tu dia brand or model mesin rumput yang aku beli baru baru ini. Ini hasil mentelaah pak cik google dan menginterview abam aba...
  • selamat mengundi pada 9 mei 2018
  • APO DAH JADI BLOGSPOT NI MARIN KOBA NAK TUTUP TGK2 ADO LAIE SERUPO IDUP SOGAN MATI TAK MAU TAPI LOBIH TORUK DARI PARTI SUCI TERKONTUT PUN TIDAK..SENDAWO P...
  • Pohpalehh.... Melantung baunye. Dah bubuh bagei gaye dak Awang. Tak amboh ilang jugek. Sabun cak kapok te dah pipih sentei dak Awang ghate ke seme badan ny...
  • Makmur Guesthouse turut menyediakan bilik-bilik untuk disewa. Bilik-bilik ini terletak di kawasan rumah pemilik. Lokasi Makmur Rooms adalah di Kampung Ba...
  • Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
  • Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
  • Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas ...
  • 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
  • *6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
  • ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
  • Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
  • *KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
  • Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
  • Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
  • Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
  • Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
  • *...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
  • *Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
  • Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
  • Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
  • *Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...