dah hilang.....?
Ini gambar contoh sahaja. Aktiviti seperti ini pernah aku lakukan suatu ketika dahulu.
Ikan yang diternak di sini ialah ialah Talapia dan ikan Patin. Rasa ikan yang diternak di sini lebih sedap daripada ikan-ikan yang dipelihara di kolam-kolam lain di sekitar Merapoh. Ini kerana air lonbong ini yang berpunca dari air Sg. Merapoh lebih bersih dan sentiasa mengalir. Ini menyebabkan ikan-ikan yang diternak di sini tidak berbau lumpur seperti ikan-ikan yang dipelihara di kolam-kolam lain yang dibina di atas tanah sawah padi terbiar yang telah ditebus guna.
Boleh dikatakan di sepanjang sungai Merapoh ini mengandungi bijih emas. Ini berdasarkan pengalaman aku yang sejak kecil lagi selalu mengikut mak ayahku meriau (mendulang emas). Jika dilihat, lombong-lombong emas di Merapoh ni juga semuanya terletak dtepi atau dilaluan sungai Merapoh.
Keadaan ini kekallah sehingga sekarang. Ramai anak muda Merapoh yang menjadikan meriau sebagai pekerjaan mereka walaupun bukanlah sabagai pekerjaan tetap. Kerja ni lakukan hanya lebih kepada hobi atau pada masa tertentu sahaja sementara menunggu pekerjaan yang lebih baik.
Ada juga anak muda Merapoh ni yang aku kira terlalu bernasib baik apabila berjaya membuat harta dengan kerja meriau sahaja. Setakat yang aku tahu, ada di antara mereka dapat membeli motosikal, kereta malah membuka kedai bermodalkan hasil meriau sahaja.
Bagi mak ayah aku pula, meriau ni menjadi kerja 'part time' mereka. Biasanya mereka buat kerja pada masa lapang di sebelah petang atau masa-masa tak menoreh getah atau ke sawah padi.
Kali ni aku nak cerita sedikit pengalaman aku mengikut mak ayah ku meriau di Sg. Merapoh. Masa tu aku masih di sekolah rendah sekitar tahun 1980 - 1982. Mak ayah aku ni boleh dikatakan pakar dalam mencari tempat-tempat meriau ni. Yelah, dah berpuluh tahun kerja ni dilakukan oleh mereka. Bukan semua tempat di Sg. Merapoh ni mengandungi emas. Jika tersalah pilih tempat, jawabnya letih menggali jelah tapi hasilnya kosong.
Sekadar gambar hiasan.
Sejernih inilah air di Sg. Merapoh pada masa tu. Sayang sekali, sekarang sungai Merapoh ni sudah keruh dan tidak seindah dahulu lagi.
Masa tu aku ikut mak ayah meriau dihilir jamban ( suatu tempat ditebing sungai yang menjadi tempat orang mandi, membasuh pakaian dan mengambil air untuk keperluan harian ) rumah Mokhtar atau aku sebut To kawan sekampungku. Mungkin masa tu mak ayah aku tak menoreh kerana musim luruh agaknya, aku pun tak pasti.
Seperti biasa, apabila nak melakukan sesuatu kerja, mak ayah aku akan pergi seawal mungkin. Seawal pagi lagi iaitu kira-kira pukul 8.00 pagi, kami dahpun berada di jamban tu. Bayangkan pada waktu tu berendam di dalam sungai, sejuk amat weh! Lebih-lebih lagi Merapoh ni terletak disempadan Taman Negara yang aku kira berada di kawasan tanah tinggi.
Oleh kerana tempat tu agak jauh dari rumah kami di Ulu Kumbang, kami akan berada di situ hingga waktu hampir senja. Oleh itu, bekalan makanan, pakaian dan sebagainya perlulah dibawa ke sana secukupnya. Di tepi sungai tu nanti kami makan tengah hari, sembahyang dan sebagainya.
Antara alat-alat yang dibawa untuk meriau ni ialah dulang emas. Dulang emas ni dibuat sendiri oleh ayah aku daripada banir pepeh daripada pokok seperti pokok merbau. Seingat aku ada 3 dulang emas yang selalu kami bawa semasa meriau. Selain dulang, alat lain yang tidak kurang pentingnya ialah penggali, cangkul, baldi dan sekop (penyodok tanah).
Pada hari pertama, mula-mula sekali mak ayah ku akan mencari tapak yang dijangkakan mengandungi banyak bijih emas. Mereka boleh mengagak sesuatu tempat tu ada emas atau tidak berdasarkan jenis dan warna batu, keadaan tanah dan sebagainya. Ini sudah tentu berdasarkan pengalaman mereka yang sudah lama melakukan kerja sebegini. Biasanya tempat yang dijangkakan tu pasti akan mengandungi bijih emas. Jarang sangatlah mengecewakan kami. Itulah kepandaian orang dulu-dulu.
Maaflah, haripun dah lewat malam. Aku rasa cukuplah dulu untuk malam ni. Insyaallah, kalau takda hal, esok aku sambung. Jengok-jengoklah ya...
Baca lagi. Klik!
apa lagi, spt biasa koi curik la..
BalasPadamsalam midie, mak cik singgah dari rumah abang pie. mak cik pernah ke felda sungai koyan tahun 70an. masa tu letrik tak ada n mandi air sungai.kan raub juga terkenal dgn emas kan, mak cik pernah tahu yg kawasan felda tu ada emas betulke..merapoh n sg. koyan taklah jauh sangat..
BalasPadamSalam Midie, saya org koyan...kat koyan skg ade lombong emas(Selingsing) kompeni mat salleh...kebun arwah abah dulu pun penah kene gali juge(cari ibu emas)... sampai mati le pokok derian kat kebun tu..mase kecik2 dulu penoh juge belajar mendulang...tp haluih ngat emasnyeee.
BalasPadam4 tahun aku duduk kat Sg koyan tu. Aku duduk menyewa kat rumah pekerja kalapa sawit dekat dengan kilang kelapa sawit. Sekejap bau wangi sekejap bau sedap kat situ. Rindu nak jalan2 kat sana.
BalasPadam