Perangkap Kancil



Masa aku kecil-kecil di Ulu Kumbang dulu, jenuh juga aku merasa lauk kancil ni. Ayah aku memang pandai benar buat perangkap kancil ni. Hanya dalam masa tak sampaipun sejam, dia dapat menyiapkan sebuah perangkap kancil dengan sempurna.

Aku selalu juga ikut ayah aku buat perangkap kancil ni. Biasanya ayah hanya membawa sebilah parang yang bersarung terikat di pinggangnya. Tempat ayah aku buat perangkap kancil ni tidaklah berapa jauh dari rumah kami di Ulu Kumbang. Rasanya tak sampaipun 500m dari rumah kami tu. Maklumlah pada masa tu rumah kami dikelilingi repuh dan hutan, tentu banyak binatang liar termasuklah kancil di situ.

Apabila ayah aku menemui tempat yang sesuai untuk dipasang perangkap, tanpa berlengah dia terus mencari menda-menda yang perlu untuk membuat perangkap tu. Biasanya tempat perangkap tu dipasang ditentukan berdasarkan kesan-kesan tapak kancil.

Menda-menda tu seperti batang kayu yang bulat dan lurus dengan ukur lilit 2-3 inci lebar dan lebih 2 meter panjang. Akar atau rotan pula diperlukan untuk mengikat kayu-kayu. Selain itu beberapa batang ranting kayu sebesar ibu jari tangan yang tahan atau liat pula dicari untuk membuat suiz perangkap itu. Semua menda tu agak mudah diperolehi oleh ayah aku di hutan ni.

Walau bagaimanapun jangan fikir kerja mencari menda-menda tu mudah sangat. Ayah aku ni memang dah biasa dengan kerja-kerja tu, memanglah dia boleh sediakan dalam masa yang singkat. Semuanya dalam kepala dan dia amat mahir menggunakan parang untuk mencantas pokok-pokok kecil di hutan tu. Aku rasa kalau aku yang kena cari menda-menda tu pada masa ni, mahu berjam juga baru beres. Bukan sebatang dua kayu tu diperlukan tetapi mungkin lebih daripada 10 batang, selain kena sediakan akar atau rotan dan menda-menda lain lagi.


Gambar Perangkap Kancil

Sumber: 
http://lunalanun.blogspot.com/2008/07/ikhtiar-hidup.html#axzz1nZkdnxxp

Sukar untuk aku ceritakan macam mana rupa perangkap kancil yang ayah aku buat ni. Tiga batang kayu diperlukan untuk dibuat tempat menggantung perangkap tu. Dua batang daripadanya dipacak di kiri kanan perangkap dan sebatang lagi digalang dengan diikat di bahagian atas kedua-dua batang kayu yang dipacak tadi.

Kira-kira 10 batang kayu panjang pula akan disusun bertindih dengan dua batang kayu galang sepanjang lebih kurang 2 kaki.  Susunan bermula dengan meletakkan dua batang kayu panjang di atas dua batang kayu galang. Kedudukan kedua-dua batang kayu panjang itu perlu dijarakkan kira-kira sekaki setengah.

Di atas kedua-dua batang kayu panjang tu pula akan diletakkan dua batang kayu galang lagi kemudian ditindih dengan dua batang kayu panjang lain tetapi jarak di antara kedua-duanya semakin rapat. Begitulah susunan kayu-kayu tu diselang-selikan.

Dengan merapatkan sedikit demi sedikit setiap kali batang kayu panjang tu disusun hingga akhirnya batang kayu panjang yang terakhir sekali akan bertemu rapat. Susunan ini akan membentuk lengkungan apabila perangkap tu berjaya disiapkan. Di dalam lengkungan itulah kancil akan terperangkap nanti.

Inilah daun maya yang ayah aku ambil untuk dijadikan umpan kancil

Perangkap yang sudah disiapkan tu akan diheret ke tengah dua batang tiang yang dipacak sebelum ini. Seutas tali digunakan untuk menggantung perangkap itu di kayu galang pada dua batang tiang tersebut. Tali yang diikat pada perangkap tidak pula diikat mati kerana ia akan dipasang suiz perangkap. Apabila kancil yang masuk ke bawah perangkap dan memakan daun maya yang diikat pada tali yang tergantung di dalam perangkap tu, tanpa disedari ia telah melepaskan suis perangkap tu  menyebabkan perangkap tu terjatuh lalu memerangkapnya.

Selepas siap memasang perangkap itu, kamipun pulang ke rumah. Esoknya kalau tak pagi, waktu petang pergilah ayah aku tengok perangkap tu. Rasanya jarang sangatlah pulang dengan tangan kosong setiap kali datang melihat perangkap itu. Selepas 3-4 ekor kancil berjaya diperangkap di kawasan tu, biasanya ayah aku tidak lagi memasang perangkap tu. Perangkap tu akan dibiarkan reput begitu sahaja. Mungkin kalau pasang perangkappun, susah dah nak mengena kerana kancil di kawasan tu sudah banyak yang terperangkap.

11 ulasan:

  1. salam cikgu..koi suka entri ni, koi kerap pegi nyuluh kancil, nembok ketnya payoh dah laa..kancil tak ramey dah. jenjarang dapat..

    BalasPadam
  2. masak kari sedak weh....

    BalasPadam
  3. yelah sekarang ni pun hutan dan makin kurang. kancil rusa banyk duduk ateh jalan raya je.

    memang sedak weh!

    BalasPadam
  4. Dari mana nak dapatkan daun Maya tu?

    BalasPadam
  5. Ada tak gambar cara nak buat jerat kancil?

    BalasPadam
  6. kat hutanlah tp biasanya tak perlu pergi jauh-jauh sangat, pinggir2 kampung pun dah boleh jumpa. kalau kat kg aku di merapoh, pernah aku jumpa pokok ni di tepi jalan pergi ke relau...

    BalasPadam
  7. kalau nak guna umpan bunga simpur boleh tak??.. susah nak cari daun Maya kat Sabah... kat belakang rumah banyak tapak kaki kancil.. nak test gak perangkap kancil...

    BalasPadam
  8. daun ludai laa

    BalasPadam
  9. mana gambarrajah suis perangkapnya

    BalasPadam
  10. daun maya @ lundai sama je... beloh pahang panggil maya... ada 2 jenis daun maya,ada org panggil maya kancil(daun halus)... ada maya pelanduk( daun lebar cam gambar tu)

    BalasPadam
  11. kalau susah sangat ambil je senapang patah,
    kalau takut senapang guli ke murah dan senang dibuat . siapa nak tau cara buat senapang guli tu bole email aku
    :eleysons@gmail.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular