Stesen Keretapi Mentakab

Minggu lepas Kak Jang dan Kak Andak datang ke Temerloh. Tak taulah mengapa tiba-tiba je mereka nak ke Temerloh. Rasanya mereka saja nak jumpa mak sebab pada hari itu juga mak sampai di Temerloh dari rumah abang cik di Keratong 3 setelah seminggu berada di sana. Begitulah selalunya apabila mereka rindu kat mak. Mak tu kebiasaannya bukan nak duduk lama di rumah anak-anak sebab teringatkan pondok dan kawan-kawannya yang sama-sama memondok di Kg. Pangsenam.

Akak Jang dan Akak Andak pergi ke rumah abang cu dulu. Malam tu abang cu ajak kome sekeluarga makan sekali di rumahnya . Seronok dapat berjumpa dengan adik-beradik ni weh. Teringat masa kecil-kecil dulu, kakak aku nilah yang banyak menjaga aku bila mak ayah pergi kerja. Sesekali dapat makan bersama-sama ni rasa seronok tak terkatalah. Terima kasihlah akak kerana menjengok kome di Temerloh ni.

Gulai masam tempoyak ikan talapia campur terung pun ada. Sepinggan ni tak cukup rasanya.

Seronok amat mak bila berjumpa dengan cucu-cucunya. Ha apa tunggu lagi. Bacalah doa! Mat demeh tak nok makan ye?

Haaa yg. ini abang cik aku. Senyum lebar dia bila nampak aku nak tangkap gambar.

Lepas makan kome berborak kat luar rumah. Seronok duduk kat luar malam-malam ni, berangin dan sejuklah sikit. Tapi tak berborak lama lah sebab abg. cik penat setelah jauh memandu dari Keratong 3 ke Segamat, lepas tu ke Bahau kerana ada urusan katanya. Kemudian pergi pula ke Kuantan mengantar anaknya Nurul yang bekerja di Hospital Kuantan. Lepas tu Abg. cik dan akak Ani terus ke rumah abg. cu di Temerloh ni menghantar mak. Gayanya malam ni dia terpaksa tidur di rumah abg cu lah walaupun kalau ikutkan esok dia bekerja. Kena ambil cuti lah? Tak daya nak balik dah weh. Hari pun dah dekat 11.00 malam ni.

Esoknya kak jang dan kak andak bertandang ke rumah aku di Temerloh Jaya pula. Masa tu aku baru dapat gaji. Aku bawalah kedua kakak aku tersayang ni ke Restoran Ibu Jah untuk merasa satay kajang yang di jual di restoran ni. Pada aku kira sedaplah satay kat sini. Sataynya pun besar daripada tempat lain di Temerloh ni. Selain tu, kalau nak masakan panaspun ada.

Akok oder lah. Mintoklah apa-apa. Keh belanja malam ni.

Tengah menunggu makanan yang dipesan. Lambat sikit makanan sampai. Nampaknya ramai juga yang datang ke restoran ni ya.

Tengok anak aku tu. Gaya lemah je! Rupanya dia tak berapa sihat. Malam tu, aku dan isteri tak dapat tidur. Entah kenapa telinga anak aku jadi sakit. Akhirnya aku bawa dia ke Hospital Temerloh. Kalau nak kira tengah malam begini untuk kecemasan je. Aku tak pastilah sakit anak aku ni dikira kecemasan ataupun tidak. Tapi yang pasti aku dah pening kepala dan tak dapat tidur bila anak jadi begini. Mana ada klinik dibuka pagi-pagi buta ni. Hospital jelah harapannya.

Jenuh juga menunggu di hospital tu sebab doktor sibuk dengan kes lain, mungkin kes eksiden agaknya. Bila jumpa doktor, doktor bagi tahu telinga anak aku ada fungus akibat selsemanya. Hampir pukul 7.00 pagi baru aku sampai ke rumah semula.

Lepas sembahyang subuh, aku mengambil keputusan menelefon guru besar untuk memberitahu yang aku ambil cuti hari ni. Tak tahan mengantuk weh. Karang datang sekolahpun jadi tersengguk-sengguk dalam kelas tak guna juga. Selepas aku membeli sarapan untuk akak-akak dan mak, aku pun lenalah  di pagi  Jumaat  tu hingga dekat pukul 10.00 pagi.

Lebih kurang pukul 10 setengah pagi, aku menghantar kak jang dan kak andak ke Stesen Keretapi Mentakab sebab mereka nak naik keretapi pukul 11.30 pagi di Mentakab untuk balik ke Merapoh. Semasa perjalanan ke stesen keretapi, aku singgah dulu basuh kereta kat Cyclone Car Wash yang tak jauh dari rumah aku ni.

Car wash ni baru dibuka kira-kira 2 bulan lepas. Sekali servis rm4 je tak termasuk cuci tayar dan vakum. Aku nampak orang Bangladesh je yg. jadi pekerja kat sini.

Sebenarnya aku baru nilah basuh kereta cara ni. Aku saja je bawa kakak basuh kereta kat sini untuk merasa jika mereka tak pernah lagi masuk basuh kereta di tempat macam ini.  Takut juga akak aku bila tengok berus berpusing di sekeliling kereta aku.

Tengok brother ni tengah lap kereta aku dengan tuala besar. Terima kasih ya.


Sampai dah ke Stesen Keretapi Mentakab. Aku saja ambil gambar bangunan tu kerana nampak macam unik sikit.

OK tak kereta aku lepas basuh kat situ. Sayang, mesin tu takda berus untuk membersih bahagian bawah kereta. Tengok, masih ada kesan kuning tanah di bawah kereta tu! Emm! Jadi, rasanya mesin ni hanya sesuai untuk basuh kereta yg. tak berapa kotor. Betul tak?

Sebelah kiri tu kak jang. Di kanan pula kak dak.


Mak sedang berbual dengan kak jang. Agaknya tengah berkirim salam pada anak cucu mak di Merapoh lah tu.

Akak Jang, Akak Andak dan semua adik-beradiklah selalu sangat datang ke Temerloh ni melawat mak. Alhamdulillah lah aku nampak semua anak cucu mengambil berat tentang keadaan mak. Pendek kata anak cucu gilir-berganti melawat mak ni. Semoga keadaan ini berterusanlah sampai bila-bila.

Akak bila nak datang ke rumah kami lagi. Terima kasihlah akak kerana menjaga aku masih kecil dan atas jasa yang ditaburkan selama ini. Segala jasa mu tak ternilai harganya. Kalau ada terkasar bahasa dan sebagainya, maafkanlah ya.

Hospital Temerloh


Kalau boleh semua orang tak nak sakit. Nak tak nak kita akan sakit juga bila tiba masanya nanti. Kadang-kadang penyakit tu datang dengan tak di sangka-sangka. Tengah segar-bugar tiba-tiba jatuh sakit. Begitulah lemahnya kita sebagai makhluk.

Macam tu juga dengan aku dulu. Lepas Maghrib boleh lagi pergi ke pasar malam membeli barang-barang. Setibanya di rumah semula, tiba-tiba je perut rasa tak selesa. Bukan sakit perut nak berak tapi rasa pedih mencucuk-cucuk.

Puas dah isteri dan mak aku urut dgn minyak angin berlumur kat perut tetapi sakitnya makin menjadi-jadi. Akhirnya aku terpaksa pergi ke Hospital Temerloh walaupun waktu tu dah dekat pukul 1 pagi.

Sampai di Jabatan Trauma Dan Kecemasan Hospital Temerloh, doktor kata aku kena gastrik. Pelik juga tak pernah-pernah aku kena gastrik tiba-tiba je malam ni kena. Aku diberi ubat gastrik tapi sakit tak reda-reda juga.

Aku cakap kat doktor tu mungkin aku kena apendiks ni tetapi doktor tu menafikannya. Lepas dia bagi ubat tahan sakit, barulah aku rasa lega sikit. Kira-kira pukul 4 pagi, barulah aku dapat balik semula ke rumah aku di Temerloh Jaya.

Pagi esoknya aku tak pergi kerja. Rasa sakit lagi tapi aku boleh bertahanlah selepas makan ubat tahan sakit yang dibekalkan. Di rumah, aku tidur jelah sampai ke tengah hari. Bila terjaga, aku rasa perut sakit kuat semula. Aku bertahan lagi hingga pukul 4 petang.


Lepas tu aku pergi semula ke Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan. Masa tu rasa sakit tak tertahan hingga badan aku berpeluh walaupun duduk dalam bilik yang berhawa dingin. Akhirnya aku disahkan kena apendiks yang sudah hampir pecah. Aku terus dibawa ke wad untuk dibedah pada malam itu juga.

Setibanya di wad kira-kira pukul 7 malam, aku rasa sakit tak terkira hingga berkerulung di atas katil dan kekadang termeraung. Aku cuba bertahan tetapi terpaksa juga mengetepikan rasa malu dalam kesakitan begini. Cuba bayangkan pisau ditusuk-tusuk ke perut kita, begitulah sakitnya.Inilah kesakitan yang paling dahsyat sepanjang hidupku. Terpikir aku, bagaimanakah pula agaknya rasa sakit dikala aku menghapiri ajal?

Jika dulu aku ngeri sangat bila dengar cerita orang kena bedah ni tetapi sekarang kalau boleh bedahlah perut aku ini secepat mungkin. Itulah bila dah terlampau sakit, orang nak buat apapun buatlah asalkan sakit yang dideritai tu hilang.

Tak lama selepas itu aku dibawa ke bilik pembedahan. Selepas dibius, aku tak sedar langsung hinggalah berada semula di wad kira-kira pukul 12 tengah malam. Aku melihat isteriku berada di sisi. Pedih ngilu di perut begitu terasa tetapi tidaklah sesakit seperti sebelum pembedahan.

Tidak lama kemudian, doktor yang membedah aku datang. Dia mengatakan apendiks aku sebenarnya dah pecah. Habis 10 botol air mineral digunakan untuk mencuci perut atau usus aku. Penbedahan ini berjaya dan jika aku kentut dan tidak berak cair lagi, 2-3 hari bolehlah pulang ke rumah. Aku mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut. Hanya Allah yang dapat membalas jasanya.

Terima kasih isteriku kerana begitu mengambil berat serta sanggup menemaniku di waktu malam sepanjang aku di wad. Terima kasih juga abang cu sekeluarga kerana menjaga anak aku Hasif.

Setelah 4 hari aku berada di wad tu, aku dibenarkan pulang ke rumah. Aku diberi seminggu lagi cuti sakit. Seminggu selepas itu, aku perlu pergi ke Klinik Temerloh untuk membuka jahitan diperut ku. Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang masih memberi aku peluang untuk hidup di bumiMu ini. Alhamdulillah, badan ku semakin sihat dari hari ke hari.

Seperti yang ditetapkan, aku pergi ke Klinik Temerloh untuk membuka jahitan di perutku. Aku sungguh berasa lega apabila jahitan itu dibuka tanpa sebarang masalah. Malangnya semasa aku minum petang di rumah selepas balik dari klinik, tiba-tiba air bercampur darah meleleh dari perutku.

Aku lihat lebih kurang seinci tempat jahitan diperutku terbuka. Aku panik dan terus pergi ke Hospital Temerloh semula. Doktor memberitahuku bahawa kulit tu terbuka kerana ada jangkitan kuman berlaku di situ. Mungkin tempat tu selalu lembab kerana terkena air semasa aku mandi. Bila macam ni,berbulanlah nak sembuh sepenuhnya weh...

Akhirnya aku diberi cuti selama hampir 2 bulan sementara menunggu luka diperutku sembuh sepenuhnya. Setiap petang aku perlu ke Klinik Temerloh untuk mencuci luka sepanjang tempoh tersebut. Kasihan isteriku. Setiap petang, dia akan membawa aku ke klinik itu walaupun dia masih penat selepas mengajar di sekolah. Mana boleh aku memandu dalam keadaan begini.

Aku rasa seperti diberi nyawa kali kedua oleh Allah SWT. Aku bersyukur kerana masih dipanjangkan umur. Aku pernah melihat orang yang kena apendiks kurus kering tinggal di wad berbulan-bulan seperti tiada harapan untuk sembuh lagi. Alangkah siksanya.

Terima kasihlah kepada semua saudara-mara, rakan taulan dan semua yang membantu. Terutama kepada emak, isteri serta abang cu sekeluarga yang banyak menolong aku pada masa itu. Semoga peluang umur yang kedua ni dapat aku mamfaatkan untuk bertaubat dan mengabdikan diri kepada Allah.

Hospital Pantai Melaka

Penyakit..! Penyakit! Macam-macam penyakit sekarang ni ye. Darah tinggi, kencing manis, dan batu karang ialah antara penyakit yang selalu mendampingi orang-orang kita sekarang. Dah jadi biasa di tempat kita ni apabila seseorang tu masuk umur 40-an, beransur-ansurlah penyakit datang. Mula-mula kencing manis. Lepas tu darah tinggi. Kemudian batu karang. Lepas tu, lepas tu seterusnya, makin banyaklah penyakit...

Bila dah kena penyakit ni mulalah susah hati. Apatah lagi jika tak tau sebabnya. Sakit ni kalau dah bercampur dengan susah hati jawabnya semakin menjadilah penyakit tu.

Mak mertua aku baru-baru ni kena penyakit dalam perut. Dah berbulan kena tapi tak tau sebab apa. Klinik dan pergi, ke hospital juga dah pergi, berjampi pun dah berjampi tetapi sakit masih berterusan dan puncanya juga masih samar. Penyakit kalau tak tau sebabnya ni lagi susah hati weh! Kalau tau puncanya senang sikit nak mencari ubat.

Itulah kelemahan Hospital Kerajaaan sekarang ni. Banyak sangat peringkat pemeriksaan untuk mengesan penyakit seseorang. Temu janji pertama, lepas tu tunggu sesebulan. Pergi pula temu janji kedua. Tunggu lagi sebulan. Lepas tu temu janji dan tunggu lagi sedangkan sakit semakin teruk. Silap-silap mati dulu sebelum sempat berubat.

Agaknya banyak sangat kekurangan dan kelemahan hospital kita ni sama ada dari segi peralatan, kaki tangan dan sebagainya hingga lambat sangat begini. Sedangkan orang yang memerlukan rawatan semakin ramai dari hari ke hari.


Oleh kerana kesihan melihat mak menahan sakit dan tak dapat tidur saban hari, akhirnya anak-anak sepakat membawanya ke Hospital Pantai, Melaka. Walaupun berbayar hingga rm700 tetapi sekurang-kurangnya punca penyakit boleh diketahui. Bila dah tau senanglah sikit nak bawa berubat.

Itulah yang peliknya apabila kat hospital swasta ni dalam masa beberapa jam sahaja punca penyakit sudah dapat diketahui. Mungkin ada alat yang canggih sangat kat hospital ni yang tak ada di hospital kerajaan.

Sedih rasanya jika itulah sebabnya. Bukan semua rakyat Malaysia ni mampu membayar sebanyak itu hanya sekadar untuk mengetahui punca penyakit kan? Itu belum buat rawatan lagi yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Kerajaan patut ambil perhatianlah pasal masalah ni demi kebajikan rakyat Malaysia.

Sebagai ingatan aku dan semua, eloklah kita jaga kesihatan dari awal lagi. Jangan ikut seperti peribahasa "Sudah terhantuk baru nak terngadah". Antara yang baru aku tau kalau tak nak sakit lutut masa tua, eloklah amalkan minum susu tepung berkalsium seawal umur 40-an lagi.

Debu Dan Selut

Masa aku darjah 1-2 sekitar tahun 1977-78, rumah orang Merapoh ni terletak jauh antara satu sama lain. Denai-denai yang merentasi belukar, kebun getah, paya dan kebun buah-buahan menjadi laluan utama penduduk kampung untuk ke sesuatu tempat.


Biasalah aku terserempak dengan ular, babi hutan, kancil dan sebagainya semasa menggunakan laluan ini. Pada masa itu tidak ramai yang memiliki kenderaan, kebanyakannya hanya berjalan kaki sahaja.

Titi yang diperbuat dari batang kayu seperti batang pinang digunakan untuk menyeberang parit atau sungai-sungai kecil. Kadang-kadang aku menghanduk air atau meniti di atas batu-batu pula untuk keseberang sungai.


Seingat aku ada satu jalan tanah merah yang agak lebar sebagai jalan utama. Jalan ini adalah bekas jalan balak. Jalan inilah yang menghubungkan kampung-kampung di sekitar Merapoh seperti Kampung Mentara, Mentara Lama, Persik, Teluk Gunung, dan Kubang Rusa.

Bayangkanlah menggunakan jalan tanah merah semasa musim tengkujuh. Lopak air dan lecak di sana sini. Kadang-kadang lebih selesa berkaki ayam daripada memakai kasut atau selipar semasa menggunakan jalan seperti ini. Biasalah tali selipar jepun putus akibat ditarik kuat apabila terlekat kat selut.

Apabila musim kemarau pula, debu yang beterbangan apabila kereta dan motosikal melaluinya menjadi pandangan biasa. Sediakan sahajalah sapu tangan atau kain buruk apabila terdengar bunyi kenderaan.

Ha, ha! ada pula yang sengaja membuat debu dengan menyangkut ranting pokok dibelakang motosikal atau basikal. Mungkin untuk keseronokan walaupun ini tentu mengganggu orang lain. Debu yang melekat di pakaian tidak dihiraukan. Kalau pakai baju putih tu akan bertukar jadi warna kekuningan atau keorenan. Faham-faham jelah jalan yang macam ni. Mana boleh nak cermat sangat.

Tiada jambatan konkrit di Merapoh pada masa tu. Jambatan yang paling canggih ialah jambatan besi jalan keretapi.Yang ada hanya jambatan dibuat daripada kayu balak. Itupun kerana ada cina balak datang mengambil balak di hutan sekitar sini.

Jambatan dibina untuk mengangkut balak-balak keluar dari hutan ke stesen keretapi Merapoh. Pada masa tu stesen kereta api Merapoh menjadi tempat balak-balak dikumpul sebelum diangkut menggunakan kereta api ke kilang kayu seperti yang terdapat di Sungai Yu.

Jambatan balak ni sebenarnya tak tahan lama. Sesetahun selepas digunakan, jambatan ni biasanya akan rosak atau runtuh. Seingat aku pernah aku meniti di atas sebatang batang balak untuk ke sekolah kerana jambatan yang ada runtuh akibat di makan masa.

Pada masa ini Merapoh jauh dah berubah. Jalan bertar dah sampai ke depan rumah. Masing-masing dah bergaya dengan kereta dan motosikal. Namun, masih aku ingat bagaimana jalan di Merapoh suatu ketika dahulu.

Kucing

Macam biasalah, cuti-cuti sekolah ni aku berbagi balik ke Merapoh kampung aku dgn balik ke Melaka rumah mak mertua aku. Bila balik ke rumah mak mertua ni sebenarnya aku makan tidur jelah. Tak tau nak buat apa. Puas-puas aku berjalan hingga kadang-kadang sampai ke bandar Melaka.

Tapi balik 2-3 hari baru-baru ni takda lah aku berjalan sangat sebabnya bila jemu je aku pergi menengok gelagat beberapa ekor anak kucing di rumah mak mertua aku ni. 


Aku ni memang suka kat kucing ni. Dulu pernah juga aku pelihara tetapi tak lama lah. Kucing aku dulu tu bagus, tak pernah berak dan kencing dalam rumah. Dia ni jaga sangat kebersihan rumah aku. Malangnya laman rumah jiran aku pula tempat dia melepas. Malulah weh, tiap kali balik kerja tengok jiran aku sibuk buang tahi kucing aku. Akhirnya kucing tu aku bagi kat abang cu. Rumahnya takpa lah sebab kat kampung, halaman luas. Itulah susahnya bila tinggal di taman perumahan ni.


Anak kucing kat rumah mak mertua aku ni pula tengah nakal. Itulah yang jadi aku ralik sangat tu. Macam-macam aksi dapat dilihat bila aku campak kertas yang aku gumpal macam bola kat anak-anak kucing ni. Akhirnya aku sampai ke bawah meja sebab nak merakam aksi kucing ni.


Pada akulah, bila tengok muka anak kucing ni, rasa hilang sikit penat terutamanya masa balik kerja. Kalau ada rasa tension tu, boleh releaselah sikit.  Tengok jelah macam kucing kat atas tu. Bila tengok je lupa sekejap perkara-perkara lain.


Itulah kekuasaan Allah. Macam-macam makhluk diciptanya. Ada yang ganas dan ada yang jinak. Kucing ni adalah sejenis binatang yang jinak yang sesuai duduk dengan manuasia.  Tentu ada tujuan Allah jadikan kucing macam ni seperti yang aku tahu setiap ciptaan Allah ni bukan dicipta sia-sia atau tanpa tujuan.

Lihatlah walaupun tak berakal tapi kucing ni pandai bermain dan bergurau. Pelik ye, pandai dia mengagak masa menggigit supaya tidak sampai mencederakan kawan. Macam budak-budak main lawan-lawanlah. Pukul main-main. 

Sebenarnya anak-anak saudara dan kakak ipar aku tak bagi aku ambil gambar anak kucing ni. Mereka kata nanti kucing ni mati. Ha, ha! aku ambil juga sebab tak masuk akal langsung ambil gambar boleh jadi gitu. Macam manapun aku tak guna flashlah. Manalah tau cahaya flash tu boleh mengganggu kucing tu. Rasanya itu masuk akallah sikit. 

Masa aku ambil gambar ni, kamera ni aku masuk mode picture dan setting ISO100. Ini aku ikut tip masa aku berborak dengan cina kat kedai tayar Gua Musang. Masa aku mengambil gambar tayar baru aku, dia bagilah tip ambil gambar sikit. Dia ni minat sangat photografi. Katanya kamera diapun harga lebih RM10,000. Katanya nak gambar cantik jangan ambil gambar guna flash. Dia suruh aku adjust kat ISO sahaja. Ha, ha, macam-macam lagilah tip yang dia bagi untuk aku guna kamera murah aku ni.


Lepas berborak dengan cina tu, mulalah aku try tip-tip yang dia bagi. Seronok pula mengambil gambar ni sampai aku berasa nak cari kamera mahal pula. Tengah mengumpul duitlah ni. Kalau sesiapa yang tahu tu tolonglah bagi panduan sikit untuk aku cari kamera yang bagus. Jenis apa yang ok ya?
Aku rasa nak beli kamera yang boleh tukar-tukar lens tu. Agak-agak dalam rm2000 ok dah ke? Takut juga aku tersalah beli kamera nanti.

Agaknya kucing ni tengah berlatih. Senang menangkap tikus bila besar nanti.


Ha, ha! Sedih je anak kucing ni sebab takut nak turun dari siling.

Sayangnya anak-anak kucing ni selalu kencing kat rumah. Jadi malam-malam kucing ni akan dibiarkan kat luar je. Adalah sikit tempat berteduh kat ruang parking kereta untuk kucing-kucing ni. Hairannya, malam-malam pandai pula mereka mencari jalan masuk ke rumah. Entah macam mana anak-anak kucing ni boleh panjat hingga ke atas siling rumah yang lebih 10 kaki untuk ke dapur. 

Akhirnya anak kucing ni turun juga dari siling yang tinggi tu sebab agaknya dah terpaksa kerana tiada siapa nak tolong. Pandai panjat, pandailah turun sendiri.

Pucuk Serepok

Antara tempat yang selalu dalam ingatan aku apabila balik ke Merapoh ialah Dusun di Bekong. Arwah ayah aku beria sangat bekerja menjayakan tanah dusun di Bekong ni. Apabila berjalan di dusun ni aku seperti ternampak-nampak ayah aku meracun, menebas, menebang pisang dan sebagainya. Yelah, di sinilah aku pernah membantu ayah aku bekerja. Walaupun mungkin bantuan yang tak seberapa, tetapi banyak kenangan aku bersama ayahanda tersayang berlaku di sini.


Semasa balik ke Merapoh baru-baru ini, sempat juga aku melawat dusun tu. Selepas bertahlil di kubur arwah ayah pada sebelah pagi, aku bersama anak, isteri dan mak aku terus pergi ke dusun buah-buahan tu. Kata Kak Andak, banyak durian orang dah keluar bunga. Jadi kami nak tengoklah sama ada durian di Bekong ni dah berbunga atau tidak.

Selain itu mak aku nak mencari daun langsat untuk dijadikan ubat darah tinggi. Katanya ada seorang ustazah memberitahunya air daun langsat yang direbus sangat mustajab dijadikan ubat darah tinggi. Jadi aku terpaksalah memanjat pokok langsat yang banyak di dusun ni untuk mendapatkan daunnya.

Di bawah ni aku paparkan beberapa gambar yang aku ambil semasa kami melawat di dusun ni.
 
Mak aku sedap memetik pucuk serepok.
Pucuk ni sedap dibuat sayur air.

Dusun durian di Bekong ni ialah hasil keringat ayahanda aku.
Gua di belakang tu Gua Bekong.


Mak aku sedang merelih daun langsat untuk dibuat ubat darah tinggi.

Durian sudah berbunga.
Insayaallah tak lama lagi dapatlah kami merasa durian hasil penat lelah ayahanda aku.

Inilah kebun getah tanah pinggir bersebelahan dengan dusun durian ni.
Musim kemarau ni susu getah kurang keluar.
Nampaknya pokok getah ni dah berpucuk.
Insyaallah tak lama lagi banyak baliklah susu getahnya.

  
Pondok di dusun durian kami di Bekong.
Ayah aku buat pondok ni sebagai tempat kami mengumpul durian dan tempat kami berehat.

Selepas ni aku nak ke rumah mak mertua aku di Melaka pula. Walaubagaimanapun aku pergi ke Keratong 3 dahulu untuk menghantar mak aku yang hendak ke rumah Abang Cik. Sebenarnya jauh juga perjalanan ke Keratong 3 ni, kena tambah hampir 2 perjalanan. Takpalah sambil-sambil menghantar mak aku, dapat juga aku menziarahi Abang Cik sekeluarga.

Tayar Keretaku Pancit Di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang

Asalnya aku nak balik ke Merapoh pada petang Ahad baru-baru ni tetapi oleh kerana melihat anak aku letih sangat kerana baru balik berkhemah, aku tundalah sehingga anak aku betul-betul segar barulah balik ke Merapoh.

Anak aku sedar dari tidur dah hampir pukul 6 petang. Aku cadang bertolak ke Merapoh selepas Maghrib nanti. Walaupun isteri dan mak aku tak berkenan jalan malam-malam ni tetapi aku tetap berkeras sebab bagi aku lagi seronok balik malam. Jalan malam ni taklah panas. Lagipun taklah sibuk sangat dgn. lori dan kereta dijalanan.

Lepas sembahyang Maghrib, kami pergi makan dulu di Bandar Temerloh. Emak akupun ada menda nak dibelinya di sana. Lepas ke hulu ke hilir cari barang mak di bandar tu dan menunggu pesanan makanan sampai, akhirnya aku bertolak dari Temerloh hampir pukul 9 malam. Biasanya dari situ, dalam 3 jam lebih sikit sampailah aku ke Merapoh.

Masa perjalanan dari Temerloh ke Kuala Lipis ikut jalan Kerambit memang cukup selesa tanpa banyak kenderaan di jalan raya. Setibanya di Kuala Lipis, aku memilih untuk ikut jalan Felda Kechau kerana jalan tu lebih dekat walaupun jalannya agak kurang rata. Jalan tu sunyi dan tenang sahaja malam itu.

Hai mengapalah tayar, kau pancit kat tengah ladang gelap-gelita ni.

Walaubagaimanapun entah macam mana setibanya di satu selekoh, aku nampak sebuah lori kecil dipandu laju dan makan jalanku. Terpaksa aku mengelak hingga akhirnya dua tayar keretaku sebelah kiri jatuh dibibir jalan. Bunyinya agak kuat hingga mak dan isteriku yang sedang tidur terjaga dan menjerit.

Pasang jek kereta.
Baru aku tau sebab mengapa mak dan isteri aku
takut sangat berjalan malam-malam balik ke Merapoh ni.
Jalannya teruk dan sunyi. Kalau jadi macam ni, susahlah nak minta bantuan.

Selepas tu mulalah bunyi tayar kereta aku lain macam. Sterengnya pun bergegar kuat. Masa tu keliling gelap gelita. Apa lagi mak dan isteri aku membebellah sebab aku nak sangat berjalan malam. Bengang juga aku tapi sabar jelah. Biarlah mereka nak melepaskan perasaan.

Aku terus memandu dgn keadaan kereta macam tu. Setelah kira-kira 500 meter dari tempat tu, aku jumpa sebuah kedai minum selepas melalui sebuah jambatan. Aku berasa lega sedikit dan memberhentikan kereta kat tempat terang di depan kedai tu. Bila aku turun, rupa-rupanya tayar belakang sebelah kiri kereta ku telah kempis sepenuhnya.

Apa lagi aku terus menurunkan barang-barang kat bonet belakang kereta untuk mengambil tayar spair. Isteri aku juga turun sama untuk menolongku. Dalam cahaya yang samar-samar, aku membongkok untuk melihat di bawah kereta di mana tempat yang sesuai untuk meletakkan jek kereta. Tersalah letak nanti kemik pula body keretaku seperti yang pernah berlaku semasa aku pakai kereta Iswara dulu.

Selepas tu jenuhlah aku memusing pemengang jek tu hingga tayar belakang kereta yang pancit tu tergantung. Kemudian, aku mula membuka skru tayar kereta tu satu persatu. Malangnya satu antara 4 skru tu tak boleh dibuka pula. Macam-macam dah aku buat untuk membuka skru itu termasuklah menghenjut pemutar skru itu dengan kaki tetapi tidak berjaya juga. Akhirnya aku terpaksa mengetuk pintu kedai tu untuk mendapatkan bantuan.

Ha pengajarannya janganlah kita sombong dengan orang walaupun kita rasa kita lebih senang daripada orang lain. Bila kena macam ni, mulalah kita meminta tolong walaupun pada orang yang tak kita kenali.

Tuan kedai tu mengitai dari lubang dinding kedainya bila mendengar aku memberi salam dan mengetuk pintu kedainya. Dia berhati-hatilah kot takut aku ni datang dengan niat yang tidak baik. Katanya, biasa masa ni dia dah tutup generator dan dah tidur tetapi oleh kerana ada siaran lansung perlawanan badminton di tv, dia tutuplah lambat sikit malam ni.

Nasib baiklah dia belum tidur lagi. Jika tidak, mungkin lagi payah aku nak minta pertolongan daripadanya.
Selepas tu dia memberi besi panjang kepada aku untuk dijadikan tuil membuka skru tayar yang ketat tu. Dia datang melihat keretaku dengan membawa lampu berbateri seakan-akan lampu gasoline. Akhirnya dgn besi tu, aku dgn mudah dapat membuka skru tayar yang ketat tu.

Selepas tu aku pasanglah tayar spair sehingga siap dengan ditemani oleh brother tuan kedai yang baik hati tu. Kemudian, selepas mengepam tayar spair tu, aku mengemas bonet belakang kereta dan menyusun semula beg-beg yang diturunkan tadi. Aduh, penatnya!

Sebelum aku pergi, sempat dia berpesan supaya jangan bawa kereta lebih daripada 80km/j kerana tayar spair tu kecil dan tidak tahan seperti tayar biasa. Terima kasihlah atas budi yang diberi. Allah sahajalah yang dapat membalasnya.

Oleh kerana dahaga, aku berhenti minum dulu setibanya di gerai berdekatan dengan Petronas Kechau. Lama juga aku kat situ kerana mak, isteri dan anak aku masing-masing memesan makanan. Akhirnya aku juga pesan sup perut apabila terliur melihat mereka sedap sangat makan.

Alhamdulillah kira-kira pukul 2 pagi, sampai juga aku ke Merapoh dengan menggunakan tayar spair ni. Esoknya aku ke Gua Musang untuk tukar tayar tetapi akhirnya aku tukar sportrim sekali kerana tokey kedai tu beritahu, sportrim aku ni sudah terlalu bengkok. Nampaknya melayanglah duit aku....

Amacam jemu dah ke menunggu tayar siap pasang. Sabarlah ya. 

Ini sportrim baru ke abah?
Ada beza sedikit sportrim depan dengan belakang. Kanan tu sportrim depan. 

Ha, ha! Ok jugalah sportrim ni kan? Jangan lepas ni langgar lubang lagi sudahlah...

Bertahlil di Tanah Perkuburan Merapoh

Setiap kali balik ke Merapoh, aku tengok mak teringat sangat nak bertahlil di kubur. Macam bertahlil di kubur ni jadi satu perkara wajib pula. Marah sangat mak bila aku buat menda-menda lain sebelum bertahlil di kubur.

Masjid Lama Merapoh
Sedih melihat masjid yang indah ini ditinggalkan begitu sahaja.

Maknanya yang pertama perlu aku buat apabila sampai ke Kampung Merapoh ni ialah pergi bertahlil di pusara ayah dan abang teh. Jika sampai malam, pagi-pagi esok mak aku mesti ajak pergi ke kubur. Jika aku berlengah-lengah, mulalah dia membebel macam-macam.

Masa kecil-kecil, kami bersembahyang di sini hanya berlampukan gasolin. 
Meriah sungguh semasa ada majlis seperti masa sambutan Maulidur Rasul dan sebagainya walaupun sekadar dihidangkan dengan teh atau teh 'O' dan beberapa jenis kuih yang dibawa oleh para jemaah.

Pernah juga aku cuba nasihatkan mak yang bertahlil di kubur ni bukannya wajibpun. Apa yang penting ialah doa anak-anak kepada arwah tu setiap kali lepas sembahyang mesti dilakukan. Selain tu amalan-amalan baik anak-anak juga memberi saham kepada arwah terutamanya mengamalkan nasihat-nasihat arwah semasa hidupnya. Walaubagaimanapun teguran aku ni dijawab dengan pelbagai alasan.

Begitu jugalah masa aku balik ke Merapoh pada hari Ahad baru-baru ni. Aku sampai ke Merapoh dah hampir pukul 1 pagi. Jadi tak kan nak ke kubur gelap-gelap gitukan. Pagi esoknya aku bangun lambat sikit sebab tidur malam tadi dah dekat pukul 3. Maklumlah lama tak berjumpa dengan saudara-mara, banyaklah menda nak bercerita. Kemudian terpaksa pula pergi dulu ke Gua Musang sebab tayar kereta aku pancit malam tadi di Felda Kecau masa perjalanan balik ke Merapoh ni.

Laluan ni dari Sg. Merapoh.
Aku dari sekolah biasanya mandi dulu di Sg. Merapoh sebelum sembahyang Jumaat di Masjid ni.

Selepas balik dari Gua Musang dalam pukul 1 petang, tak jadi juga pergi ke kubur sebab panas terik. Aku ajak anak bini aku pergi mandi di Relau, dapat juga lari daripada rasa panas membahang musim kemarau ni. Masa nak pergi ke Relau tu, mak aku mula membebel. Aku sabar jelah. Aku cakap kalau sempat, balik dari Relau nanti bolehlah pergi ke kubur.

Tempat ni namanya Bukit Ati yang mesti ditempoh untuk pergi ke Relau. 
Gua batu kapur di depan tu namanya Gua Bekong. Di situlah aku pernah dikejar oleh sekumpulan beruk masa aku sorang-sorang mendaki gua tu.    

Seronok punya pasal tak sedar mandi sampai pukul 6 petang. Nampaknya tak jadi lagilah aku pergi ke kubur hari ni. Alhamdulillah, sampai ke rumah mak aku tak membebel pula pasal hal tu.

Hari esoknya iaitu hari Selasa, barulah aku sempat bawa mak aku bertahlil ke pusara ayahanda dan kakanda aku. Kami baca Yassin dan bertahlil semasa matahari tengah naik. Panas juga rasanya bila terkena cahaya matahari pagi ni tetapi kami teruskan sahaja hingga selesai bertahlil.

Kedai tayar Gua Musang.
Puas juga tunggu cina ni ganti tayar kereta aku.


Dah sampai ke Relau. Abah tolong ambil gambar kome.

Sg Relau.
Seronoknya dapat mandi di sungai yang sejuk masa tengah-tengah panas ni.

Selepas tu bila nak masuk ke kereta semula, anak aku tiba-tiba nak terberak. Aku bawalah ke tandas Masjid Lama Merapoh yang berdekatan dengan tanah kubur tu. Sementara menunggu anak aku melepas, aku berjalan-jalan disekeliling masjid lama tu untuk mengambil gambar. Banyak kenangan masa aku kecil-kecil di masjid lama ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular

Mohlah jengok!

  • 9 March 2024 Sabtu. Santai2 je gi melaka . short vacation 2 hari 1 malam . gi berlapan ngan anak, menantu, besan dan cucu. Gerak dari bangi dalam ku...
  • [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [ima...
  • Halo…Slot Mudah Menang (nonton channel Youtube Slot Mudah Menang)…nice to meet you bagi seluruh pembaca blog ini. Bersama ini penulis sharing informasi pen...
  • بسم الله الرحمن الرحيم Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia... UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...
  • [image: https://drive.google.com/file/d/1gARq5pZPyhDgD94uQfTTxQGasdWyWma6/view?usp=sharing] Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat semua. Sila klik...
  • *Seei Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2020 SK St Mary Kuala Lumpur* *Tarikh : 6.3.2020* *Hari : Jumaat * *Tempat : Dewan St Mary*
  • *Ogawa BG330DT Brush Cutter * Tu dia brand or model mesin rumput yang aku beli baru baru ini. Ini hasil mentelaah pak cik google dan menginterview abam aba...
  • selamat mengundi pada 9 mei 2018
  • APO DAH JADI BLOGSPOT NI MARIN KOBA NAK TUTUP TGK2 ADO LAIE SERUPO IDUP SOGAN MATI TAK MAU TAPI LOBIH TORUK DARI PARTI SUCI TERKONTUT PUN TIDAK..SENDAWO P...
  • Pohpalehh.... Melantung baunye. Dah bubuh bagei gaye dak Awang. Tak amboh ilang jugek. Sabun cak kapok te dah pipih sentei dak Awang ghate ke seme badan ny...
  • Makmur Guesthouse turut menyediakan bilik-bilik untuk disewa. Bilik-bilik ini terletak di kawasan rumah pemilik. Lokasi Makmur Rooms adalah di Kampung Ba...
  • Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
  • Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
  • Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas ...
  • 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
  • *6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
  • ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
  • Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
  • *KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
  • Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
  • Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
  • Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
  • Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
  • *...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
  • *Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
  • Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
  • Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
  • *Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...