Ini gambar bahagian belakang kereta Kelisa tu.
Ini aku nak sambung cerita pasal aku sekeluarga pergi berjalan ke KLCC hari Jumaat baru-baru ni. Sehari dua ni aku sibuk sikit membaiki pc orang. Itu pasallah aku tak bercerita.
Kira-kira pukul 11 pagi, sampailah aku ke KLCC. Aku parking kat tempat parking bawah tanah bangunan Suria KLCC tu. Masa aku pergi dulu, aku parking kat tempat parking bahagian atas yang terdedah kepada cahaya matahari. Kali ini aku cuba pula parking kat sini supaya taklah panas sangat bila aku masuk kereta semula nanti.
Sebenarnya tujuan utama aku ke sini ialah nak bawa anak aku berjalan ke Petrosains dan Aquaria. Aku nok nengok juga bagus sangat ke tempat ni macam yang selalu aku dengar. Setibanya di KLCC, aku terus mencari tempat tu. Rupanya ia terletak di tingkat empat bangunan tu. Lepas tu aku beli tiket dan berbaris masuklah ke tempat Petrosains tu.
Lama juga kami berada kat dalam Petrosains iaitu lebih kurang 3 jam. Kami masuk pukul 11 setengah pagi gitu, keluar balik dekat pukul 2 setengah petang. Luas kawasannya weh. Bila masuk ke situ, kami ralik menengok menda-menda pelik kat situ. Itu yang jadi lama sikit tu.
Ha! Peganglah kereta tu kalau dapat...
Apabila keluar dari situ, kami pun terus cari tempat makan sebab perut dah berkeroncong. Maklumlah dah dekat pukul 3 tapi belum makan tengah hari lagi.
Aku tak biasa kat sini jadi aku tak tahu mana tempat makan yang ok di sini. Keluar je dari pintu Petrosains tu, aku nampak di sebelah kanan ada gerai-gerai makanan. Aku pergilah kat situ dan aku dapati ramai orang melayu kita makan kat situ. Aku tengok penjual pun ada yang bertudung.
Walaubagaimanapun aku rasa kurang sedap hati juga sebab dulu aku pernah makan kat tempat macam ni di Kuala Lumpur. Yang menjual tu memang bertudung elok tapi bila bercakap bunyi telo indon. Oklah, indon pun indonlah, yang penting Islam.
Bila aku dah siap order, aku ternampak kat bahagian dapur kedai tu bukan orang Melayu tapi Cina. Lepas tu bila time makan, aku rasa kurang senang dan mula teringat macam-macam.
Aku rasa orang indon tu saja je diletak kat depan untuk meyakinkan orang Islam. Aku agak tokey kedai tu mesti bukan dia. Kemungkinan Cina punya sebab kedai macam ni rasanya tak ramai orang melayu yang mampu membeli atau menyewanya.
Apabila mengingatkan perkara tu, kali ni aku lebih berhati-hati mencari gerai makan. Aku takut jadi macam dulu, tukang jual bertudung tapi tokeynya org. bukan Islam. Aku tengok orang lain relax je makan kat situ walaupun gerai-gerai ni tiada pun memaparkan tanda halal.
Bagi aku kalau ada tanda halal, yakinlah sikit makanannya walaupun aku dengar juga tanda halal tu boleh dibeli dan sebagainya. Nak buat macam mana, perut dah pedih manakala gerai semua milik orang Cina. Aku yakin 90% gerai kat situ bukan milik orang Islam.
Jalan punya jalan akhirnya aku jumpa juga satu gerai yang terpampang tanda halalnya. Tiada pilihan dah, aku pun belilah makanan kat situ. Walaubagaimanapun masa makan, rasa macam tersekat juga makanan kat tekak aku sebab orang yang hantar makanan tadi, memang jelas orang Cina yang bertatoo di lengannya. Apa boleh buat, itu je gerai yg. ada tanda halal di situ.
Malaysia! Malaysia! Mengapa aku rasa semakin takut nak makan kat tempat-tempat macam ni. Aku ni masih kat Malaysia tapi kenapa aku jadi begini. Kalau macam ni, bagaimana pula kat luar negeri. Lagi susahlah agaknya.
Aku harap orang yang dipertanggungjawaabkan, tolonglah fikir dan selesaikan masalah ni. Pada aku rugilah umat Islam jika selalu makan di tempat-tempat yang belum pasti halalnya ni. Janganlah akhirnya orang kita tak kisah lagi tentang perkara ni. Ini bukan perkara kecil weh. Ini melibatkan darah daging dan hati kita. Jangan sampai hati anak cucu kita nanti mati . Parahlah...
Aku harap jangan pula ada orang sangka aku ni anti Cina pula. Aku ni bercakap pasal hal makanan halal je. Aku tak kisah siapa yang masak asalkan ianya betul-betul halal. Wallahuaklam!
Aku harap jangan pula ada orang sangka aku ni anti Cina pula. Aku ni bercakap pasal hal makanan halal je. Aku tak kisah siapa yang masak asalkan ianya betul-betul halal. Wallahuaklam!
Nanti aku sambung pula cerita masa aku pergi ke Aquaria.
SEMPAT TAK NAIK SIMULATOR HELIKOPTER???
BalasPadamHa ha, kelakar betul naik simulator helikopter tu. Aku ingat jauh rupanya dia buat trick keluar pintu sebelah je. Seronok.
BalasPadam