Masa kena hesteria ni, budak tu akan menjerit-jerit dan mengamuk tak tentu pasal. Apabila seorang kena dan menjerit, tak lama lepas tu ramailah yang akan mengikut. Kemudian, riuh-rendahlah sekolah tu dengan bunyi pekikan dan bunyi meja kerusi yang tumbang akibat ditendang atau dilanggar oleh mereka.
Pelajar kelas akupun ramai yang kena. Oleh sebab ramai sangat yang hesteria pada satu-satu masa, guru-guru terpaksa meminta bantuan daripada kami. Keadaan masa tu agak sudah tidak terkawal dan kami terpaksa menolong memegang dan menangkap budak-budak yang kena hesteria tu supaya tak lari ke tempat-tempat yang merbahaya. Kalau dibiarkan mungkin ada yang terjun dari tingkat atas bangunan atau sebagainya.
Bercerita pasal menangkap budak hesteria ni, ada satu peristiwa yang aku masih ingat berlaku di surau selepas sembahyang Maghrib. Semasa kami berdoa, 2-3 orang murid perempuan tiba-tiba kena hesteria. Ada seorang budak lelaki tu dari kampung Dusun, Kecau telah melakukan sesuatu yang tak masuk akal. Ini benar-benar berlaku di depan mata aku. Dari jarak 30 kaki, tanpa sentuhan dan hanya melakukan tumpuan mata dan gerakan tangan, dia menumbangkan dan mengheret seorang budak perempuan yang kena hesteria ke arahnya. Magic betul. Katanya dia ni ada belajar Nasrulhak. Wallahuaklam.
Di dalam surau inilah aku pernah menyaksikan satu kejadian magic oleh seorang pelajar lelaki kampung Dusun. Orang panggil dia Jantan je, sedara mara juga denganku.
Ada satu kali tu pula aku hampir dikelar dengan pisau oleh seorang budak perempuan yang kena hesteria. Aku cuba menangkapnya tapi aku tak perasan dia memegang sebilah pisau. Bila aku dekat dengannya, dia terus menghunus serta mengacu-acukan pisau tu ke arah ku . Ha.. masa tu aku pula nak tunjuk berani, takdalah aku berundur tapi sebaliknya cuba merampas pisau yang ada di tangannya. Akhirnya aku berjaya juga dengan dibantu oleh kawan-kawan lain.
Biasanya budak-budak yang kena hesteria ni akan pulih balik selepas 15-30 minit. 2-4 jam kemudian hesteria ni akan datang balik. Perkara ni berlaku tidak kira siang atau malam hingga kami tidak dapat nak belajar. Kejadian ni berlarutan hingga berbulan juga.
Masa tu ramailah bomoh dan ustaz yang datang untuk memulihkan keadaan sekolah ni. Seingat aku ada seorang bomoh buta dari kampung berhampiran berjaya memulihkan sekolah tu. Walau bagaimanapun murid sekolah tu kena hesteria semula selepas dia meninggal seminggu kemudian. Ada orang yamg mengaitkan kematiannya itu dengan hesteria yang yang cuba dipulihkannya itu.
Satu lagi kejadian pelik berlaku semasa aku dan kawan-kawan lepak di bangku panjang di bawah sebatang pokok berdekatan dengan surau sementara menunggu masuk waktu Maghrib. Masa tu aku tinggal di asrama berdekatan sekolah.
Surau SMUPT yang kini tak tahu jadi tempat apa.
Mungkin bangunan surau ni sekarang dah diganti dengan bangunan lain.
Dari bangku panjang ni aku dapat lihat dengan jelas bangunan 2 tingkat asrama perempuan. Tiba-tiba aku nampak satu bola api melayang di atas bumbung asrama perempuna dan pecah 3 sebelum jatuh di belakang rumah Mudir (Pengetua). Tidak lama kemudian, ramailah murid perempuna di asrama tu kena hesteria.
Kat depan surau ni selalu juga aku lepak masa waktu rehat sebab nak ke kantin takda duit.
Pernah sekali aku hampir bergaduh dengan seorang kawan sebab perhati dia makan nasi bekal.
Sampai sekarang aku masih memikirkan kenapa dia marah kat aku.
Pernah sekali aku hampir bergaduh dengan seorang kawan sebab perhati dia makan nasi bekal.
Sampai sekarang aku masih memikirkan kenapa dia marah kat aku.
Aku dah lupa bagaimana sekolah ni akhirnya dapat dipulihkan. Mungkin berkat doa daripada ibu bapa dan masyarakat setempat telah membantu memulihkannya selain ikhtiar daripada pihak sekolah memanggil bomoh-bomoh dan ustaz-ustaz yang berkebolehan.
Ada banyak pendapat membicarakan punca kena hesteria ni. Bagi aku hesteria ni puncanya daripada syaitanlah. Dengar cerita kawasan sekolah ni dulu adalah kem askar Jepun. Ada sebuah telaga di belakang rumah Mudir menjadi tempat memenggal kepala. Mungkin tempat ni keras sebab bangunannya dibuat daripada batu konkrit, kah kah kah!
histeria ni byk melibatkan budak pompuan. slain ada kaitannya dgn psikologi & emosi. lagi 1 tuala wanita tu jgn la campok sebarang!
BalasPadamcmne demeh dpt gmbo surau tu?
BalasPadamCuba demeh masuk sini. Banyak gambar smupt kat situ!
BalasPadamhttp://smapt98.blogspot.com
yang peliknya selalu gak histeria ni menyerang sek2 agama..sebab adik yang sek kat agama dong tu pun penah gak citer!!
BalasPadam