Aquaria KLCC

Selepas aku makan kat gerai makan tingkat 4, Suria KLCC, kami pergi pula ke Aquaria.  Tempatnya agak jauh juga dari Petrosains tu. Kami terpaksa mengikuti satu terowong untuk sampai ke sana kerana ia bukan terletak satu bangunan dengan bangunan Suria, KLCC.

Sebelum masuk ke Aquaria, kami sembahyang dulu di surau yang ada di bangunan tu. Alhamdulillah, suraunya bersih. Tak ramai orang kat situ. Adalah 2-3 orang. Mungkin ramai dah selesai solat.

Selepas tu, kami terus ke Aquaria. Boleh tahan  juga harga tiket nak masuk ke Aquaria ni. Habislah hampir rm80 bayar tiket sahaja. Tadi masuk ke Petrosains dah habis rm40. Kemudian, makan tengah hari tadi, hangus lagi hampir rm30. Gayanya banyaklah pakai duit ni. Tapi takpalah, sesekali berjalan, adatlah tu...

Macam bermain dengan ikan tu kat dalam air.

Best juga tempat ni ada ikan laut, ikan sungai, perbagai reptalia, serangga dan beberapa jenis haiwan. Seronok jugalah terutama bila berjalan bawah terowong kaca nampak macam bawah laut. Boleh tengok ikan berenang kat atas termasuklah ikan jerung dan penyu. Rasa luas juga tempat ni lebih-lebih lagi badan dah semakin penat.
Jerung ni berenang kat atas kepala kami. Ngeri tengok giginya.

Kira-kira pukul 7 malam, barulah kami keluar dari situ. Kami cari tempat makan untuk makan malam. Akhir aku masuk Nandos sebab anak aku ajak makan kat situ. Ha, ha! Nampaknya banyak lagilah melayang duit aku.  Lama juga kat Nandos tu sebab orang ramai sikit.

Banyak sungguh ikan kat dalam tangki ni, Cantik!

Selepas makan, kami merayau-rayaulah kat bangunan Suria KLCC tu. Hebat warga kota Kuala Lumpur ni, ramai orang sini dah jadi orang putih. Nasib baik aku cam lagi bahasa dan muka yang mereka tu orang Melayu. Rambut dah jadi macam-macam warna. Menda ni dah macam biasa seolah-olah tiada larangan dalam agama.

Bagilah can abah bergambar pulak... Sayang aku dah lupa apa nama siput ni.

Sesetengahnya pula bersubang di tempat yang pelik-pelik, tidak kira lelaki atau perempuan. Pakaiannya pula menyebab aku rasa tak mahu terlepas pandang. Apa taknya, gadis pakai baju macam baju tidur singkat sampai pangkal paha. Bertambah kencang jantung aku terasa. Maklumlah aku ni orang kampung, mana biasa tengok orang pakai macam tu.

Nampak takdapun rasa malu dan kekok beraksi di khalayak dgn. pakaian begitu. Bangga sangat mereka meniru gaya barat. Maklumlah rakyat Malaysia kan sedang menuju ke arah negara maju. Baguslah tu.

Mungkin mereka berpendapat luaran bukan menentukan iman seseorang. Ha, orang yang pakai serban pun belum tentu masuk syurga? Hujah tu macam bagus je tapi kalau macam tu tak payahlah Nabi suruh kita tutup aurat.

Aku sebenarnya dah semakin pelik tengok gelagat sesetengah anak muda sekarang ni. Mungkin mereka ni dah malu nak tunjukkan identiti sebagai seorang Islam. Bangga mak ayah mereka bila tengok cara mereka ni agaknya. Terfikir aku apa akan jadi 10-20 tahun lagi.

Bila lihat keadaan ni, timbul pelbagai pertanyaaan di fikiran ku. Adakah aku juga akan dipersoalkan di akhirat nanti tentang keadaan ni? Setahu aku, kita juga berdosa jika membiarkan sahaja sesuatu kemaksiatan itu terus berluasa. Adakah kita sudah bertindak? Fikirkan lah sendiri.

Lepas tu kami balik. Terkejut aku bayar parking je sampai rm29. Yelah dari pagi sampai ke malam. Kami sampai ke Temerloh kira-kira pukul 1 pagi.

4 ulasan:

  1. ralit ngat aok nengok org kolumpo pakai singkat yak. nak guanekan, org ulu kumbang kata:
    your dress is your address

    BalasPadam
  2. Ha ha, memang ralik weh tp kena jaga juga jangan bagi nampok sangat de bini disebeloh.

    BalasPadam
  3. azipiantemerloSabtu, Jun 12, 2010

    best jugak cerite awok yek!!!!!

    BalasPadam
  4. Weh jumpa jugek deme blog koi yek! bacalah criter koi ni tp maaflah kalau ada yg. tersilap atau tak kena.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular

Mohlah jengok!

  • *26/9/2024-29/9/2024 Khamis-Ahad(Throwback) * *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ* 27 Sept 2024 Bersambung dari cerita di *Sini*. Mala...
  • Henry Ridley and houseboat, Kuala Tembeling, Malaysia, 1911 Henry Ridley berdiri di tepi rumah bot di Kuala Tembeling di Malaysia, tahun 1911. Beliau me...
  • Halo…Slot Mudah Menang (nonton channel Youtube Slot Mudah Menang)…nice to meet you bagi seluruh pembaca blog ini. Bersama ini penulis sharing informasi pen...
  • بسم الله الرحمن الرحيم Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia... UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...
  • [image: https://drive.google.com/file/d/1gARq5pZPyhDgD94uQfTTxQGasdWyWma6/view?usp=sharing] Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat semua. Sila klik...
  • *Seei Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2020 SK St Mary Kuala Lumpur* *Tarikh : 6.3.2020* *Hari : Jumaat * *Tempat : Dewan St Mary*
  • *Ogawa BG330DT Brush Cutter * Tu dia brand or model mesin rumput yang aku beli baru baru ini. Ini hasil mentelaah pak cik google dan menginterview abam aba...
  • selamat mengundi pada 9 mei 2018
  • APO DAH JADI BLOGSPOT NI MARIN KOBA NAK TUTUP TGK2 ADO LAIE SERUPO IDUP SOGAN MATI TAK MAU TAPI LOBIH TORUK DARI PARTI SUCI TERKONTUT PUN TIDAK..SENDAWO P...
  • Pohpalehh.... Melantung baunye. Dah bubuh bagei gaye dak Awang. Tak amboh ilang jugek. Sabun cak kapok te dah pipih sentei dak Awang ghate ke seme badan ny...
  • Makmur Guesthouse turut menyediakan bilik-bilik untuk disewa. Bilik-bilik ini terletak di kawasan rumah pemilik. Lokasi Makmur Rooms adalah di Kampung Ba...
  • Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
  • Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
  • Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas ...
  • 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
  • *6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
  • ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
  • Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
  • *KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
  • Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
  • Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
  • Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
  • Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
  • *...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
  • *Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
  • Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
  • Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
  • *Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...