Menuba ikan

Akar tuba.

Antara aktiviti yang tak dapat aku lupakan di Merapoh ni khususnya di Ulu Kumbang ialah menuba ikan. Menuba ikan ni biasanya dilakukan pada musim kemarau iaitu semasa air sungai dah surut.

Kali ni aku nak cerita tentang pengalaman aku mengikut mak ayah menuba ikan di sebatang sungai kecil di Ulu Kumbang. Peristiwa ini masih agak segar dalam ingatan aku walaupun pada masa tu aku masih sekolah rendah. Nama sungai ni aku tak pasti tetapi ia terletak di sebelah hulu rumah kami, rasanya tak sampaipun 1km.

Ini bukan sungai tempat aku menuba tp. lebih kurang cam ginilah.
Tempat tu sekarang dah jadi ladang kelapa sawit. Sayu juga rasanya.


Sungai ni berbatu pepeh ditebingnya, mungkin batu ni bersambung dengan batu beberapa buah gua yg. ada di Ulu Kumbang ni. Jika dilihat ke dalam sungai, ada batu-batu ni berlubang atau berterowong yang menjadi tempat sesuai untuk ikan-ikan berehat atau bermain.

Sungai ni pula bersambung dengan Gedong (tempat takungan air buatan seperti tasek kecil) Wan Cu yang terletak di sebelah hulunya. Aku masih ingat, sebelah hilir Gedong Wan Cu ni ada satu tempat mandi yang menarik juga. Selain di Lubuk sebelah Gua Ulu Kumbang, tempat ni juga menjadi tempat mandi kegemaran kami.

Apa yg. menarik di sini ialah air dari gedong tu disalurkan ke tempat mandi ni melalui sebatang buluh yang besar. Oleh kerana derasnya air yang turun daripada buluh itu menjadikan tempat itu seperti kawasan air terjun. Sungguh seronok mandi di air terjun dari buluh tu kerana airnya sejuk dan menyegarkan. Terasa sungguh kepuasan mandi di sini yg. sukar untukku gambarkan dengan perkataan.

Berbalik kepada kisah menuba ni, ayah aku menggunakan bahan semula jadi iaitu akar tuba untuk menuba ikan. Tak pernah rasanya ayah aku menuba menggunakan bahan terlarang atau racun seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang sekarang.

Akar tuba ni memang tumbuh merata di hutan sekitar sungai ni. Masuk jelah ke hutan tu nanti ayah aku jumpalah dengan akar-akar tuba ni. Akar ni tertanam di dalam tanah tapi taklah dalam sangat. Ada sesetengahnya timbul dipermukaan tanah. Kena bawalah alat-alat yang patut seperti penggali dan parang untuk mendapatkan akar tuba ni. Keratlah akar tuba yg. timbul dipermukaan tanah tu, kemudian kami cungkil dengan penggali dan akhirnya kami tarik akar tu keluar.

Bila ayah aku rasa akar tuba tu dah mencukupi, kami masukkanlah akar tuba tu ke dalam guni untuk dibawa ke tepi sungai. Agaknya adalah 2-3 guni akar tuba diperlukan untuk sekali kerja menuba ni.

Di tepi sungai ni pula, akar tuba akan diketuk di atas batu sehingga lumat dan dikumpulkan di satu tempat. Apabila semua akar-akar ni dah dilumatkan, tibalah masanya untuk kami mengincah akar tu ke sungai. Ayah aku akan pilih tempat yang paling sesuai untuk mengincah akar tuba ni.

Biasanya ayahku pilih di hulu lubuk kawasan aliran air yg. agak genting. Kalau tak silap, di hilirnya pula diletaklah alat-alat memerangkap ikan yang sesuai supaya ikan yang lari dr. lubuk ini akan terperangkap di situ pula.

Masa menuba ni biasanya air tohor dan mengalir perlahan je kerana musim kemarau. Jika diperhatikan dr. atas tebing, biasanya akan nampaklah ikan-ikan yang berada di lubuk-lubuk sungai tu. Lubuk-lubuk ni bukannya dalam sangat, paras-paras dada orang dewasa je. Bila dikincah je akar tuba tu kat situ, tak sampai 15 minit mabuklah ikan-ikan tu.

Bila lihat ikan-ikan tu tenggelam timbul dan memeper je ke tepi-tepi tebing, inilah masanya untuk kami menangguk ikan-ikan tu. Seronok sangat masa menangguk ni. Yelah bermain dengan ikan-ikan, boleh rasa dengan tangan kita rontaan dan licin ikan-ikan yang kita tangguk tu. Blus! Blus! Begitulah lebih kurang bunyi ikan-ikan tu melompat kemabukan. Aku masa tu seronok tak terkiralah. Yelah budak dapat main dengan ikan!

Kelebihan akar tuba ni ialah ia hanya memabukkan ikan sahaja. Bila air kawasan lubuk tu sudah kembali bersih daripada air akar tuba tu, ikan ni akan perlahan-lahan pulih seperti biasa.

Tuba sekarang yg. mungkin ada dijual di kedai-kedai tertentu dengarnya amat merbahaya. Ikan yg. kena tuba ni bukannya mabuk tetapi terus mati. Orang yang makan ikan yg. kena tuba ni pula pun boleh kojol sama. Oleh itu, janganlah buat perkara yang tak tak bermoral tu.

Ada juga orang sekarang ni menggunakan bom atau kejutan elektrik. Cara ni pun aku ada pengalaman tetapi bukan dengan ayah aku tapi aku ikut orang lain. Masa tu aku dah besar. Yang ni aku boleh cerita lain kali. Aku tak suka cara ni sebab pada aku ini sesuatu yang zalim. Anak-anak ikan pun habis mati. Boleh pupus ikan kalau buat cara ni.

Ikan Sebarau
Beginilah lebih kurang keadaan ikan mabuk kena tuba.

Ok, sambung balik. Biasanya kami dapat 2-3 guni ikanlah selepas kerja menangguk atau menagkap ikan ni. Ikan ni ikan sungai. Kalau dapat sebesar betis tu kira basar sangat dah. Antara ikan-ikan yg. biasa kami dapat ialah ikan sembilang, toman, badar, kaloi, sebarau,peras bagus, dan kepar. Ada lagi ikan lain tapi bab nama ikan ni aku lemah sikitlah.

Ikan-ikan yang kami dapat ni akan ditebuk dan dimasaklah. Biasanya mak aku buat gulai masam, gulai lemak, atau di goreng. Ha, ha, bukan ikan je kami dapat, udang sungai sebesar jari budak pun banyak kami dapat, sampai berbesen. Udang ni kami goreng atau buat gulai. Aku tengah menaip nipun kecor air liur bila terbayangkan lauk tu. Telor ikanpun seingat aku dapat sebesen penuh. Mak aku buat gulai lemak atau goreng telor ikan ni. Mewahlah kami makan lauk ikan bila tiba musim menuba ikan ni.

Inilah ikan salai.
Ikan ni biasanya mak aku salai kat atas para buluh yang dipasang kat atas dapur kayu.

Ikan-ikan yang lebih tu mak aku salai atau buat ikan pekasam. Bolehlah tahan berbulan juga, boleh digoreng dan boleh juga di gulai. Selain tu, ikan-ikan ni akan diberikan kepada jiran atau saudara mara. Ada juga yang dijual.

Aku dah letih menaip sebenarnya ni. Makin ringkas aku bercerita. Malam ni pun aku nak tidur awal sikit. Nak ubah cara tidur, he, he. Ha... satu lagi, ada sejenis akar tuba yg. dipanggil tuba ceceh. Tuba ceceh ni akarnya kecil sedikit dan biasanya digunakan untuk menuba di sungai yang lebih kecil. Selain di sungai tu, banyak lagi tempat yg. pernah aku ikut mak ayah aku menuba termasuklah anak sungai kat dalam Gua Ulu Kumbang tu.

Wallahuaklam.

13 ulasan:

  1. koi dulu2 suka ngikut mok boh koi gi masa org bukak empang paya. merata deme pegi. ande sekali tuh, dpt ikan sgt, sampai kena peluk nok bwk ke darat..nama ikan teh koi lupa dah..
    koi tak gi la jauh2 ke laut sbb dlm, koi tak reti berenang.. :)selalunya koi merayau tepi2 paya tu je la..kalau jumpa kepala semilang, koi tak berani ambik..koi jerit ke boh, suh dia ambik.koi takut kena sengat.. :)

    BalasPadam
  2. ummzaid tak reti berenang. He, he jarang budak kampung dulu-dulu tak reti berenang.

    Ambillah weh...

    BalasPadam
  3. sekarang ada orang guna racun serangga untuk tuba ikan.

    BalasPadam
  4. Ada juga, tak silap aku racun nyamuk. Biasanya org kg. minta cecair racun nyamuk dr. org. menyembur ubat nyamuk ke rumah-rumah tu. Lepas tu ubat nyamuk tu digaul dgn. hampas kelapa, kemudian ditabur kat lubuk. Racun nipun dikira hanya boleh memabukkan ikan je, taklah sampai membunuh.

    BalasPadam
  5. huh...beshnye dpt menyauk sebarau tu...kome kat sini selalu jugak wat aktvt cam gitu.....ikan ni banyok sokmo...susah nak pupusnya kecuali ikan2 tertentu je...

    BalasPadam
  6. Weh merasa lagi aok buat aktivti gitu ye, koi kat Temerloh Jaya ni susah dah...

    BalasPadam
  7. Koi pernoh jugek mok ayoh koi menuba pakei akor gini di kota gelangi..tapi ingat2 lupa doh bila.. belum skoloh lagi la gamoknye..

    BalasPadam
  8. seronok weh menuba ikan, koi selalu buat adik beradik je, dapt tuba 5kg jadilh , dh boleh menuba 1 lubuk, blh dapt dlm 20kg- 30kg ikan,akar tyba campur tembakau cap singa dengan kapur, tugas koi pasang jaring 3 bradik. bila sebarau bau tuba dia punya lompat tinggi, kena pasang jaring tinggi. byk lh benda nk cerita , tapi paling seronok menanking ikan orang tuba. patin buah sekilo 40rgt. kaya koi

    BalasPadam
  9. lata ulu kmbang best jgk dlu ble mnyelam tpi bnyak gjah rimau..danger gle tp best!!!

    BalasPadam
  10. masa koi kecik, kampong koi selalu banjir bulan disember. Bila air surut, macam2 ikan teperangkap celah lopak air antara batas taman keledek. boh koi kutip biasanya berbaldi-baldi macam ikan spat siam, ikan sepat bulan, keli haruan, pu dan lain-lain. Masa tu ikan saiz besor dan senang nak dapat, Kalu kat sawah, dulu masa buang air dari petak koi rajin cari jugak tapi kena hati2 sbb ada ular sawa pendek. dapat ikan boh koi tak jual masa tu. buat ikan kering, bagi sedara mara atau panggang. Sekang ni boh koi dah ninggal. Ikan pon dah tak ada lagi sbb sawah guna baja dan racun. kampong koi pun tak banjir lagi sebab parit dah dibesorkan. Ikan puyu kalu koi mancin pun sekang cuma sebesar jari kelingking koi.....

    BalasPadam
  11. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular

Mohlah jengok!

  • 9 March 2024 Sabtu. Santai2 je gi melaka . short vacation 2 hari 1 malam . gi berlapan ngan anak, menantu, besan dan cucu. Gerak dari bangi dalam ku...
  • [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [ima...
  • Halo…Slot Mudah Menang (nonton channel Youtube Slot Mudah Menang)…nice to meet you bagi seluruh pembaca blog ini. Bersama ini penulis sharing informasi pen...
  • بسم الله الرحمن الرحيم Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia... UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...
  • [image: https://drive.google.com/file/d/1gARq5pZPyhDgD94uQfTTxQGasdWyWma6/view?usp=sharing] Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat semua. Sila klik...
  • *Seei Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2020 SK St Mary Kuala Lumpur* *Tarikh : 6.3.2020* *Hari : Jumaat * *Tempat : Dewan St Mary*
  • *Ogawa BG330DT Brush Cutter * Tu dia brand or model mesin rumput yang aku beli baru baru ini. Ini hasil mentelaah pak cik google dan menginterview abam aba...
  • selamat mengundi pada 9 mei 2018
  • APO DAH JADI BLOGSPOT NI MARIN KOBA NAK TUTUP TGK2 ADO LAIE SERUPO IDUP SOGAN MATI TAK MAU TAPI LOBIH TORUK DARI PARTI SUCI TERKONTUT PUN TIDAK..SENDAWO P...
  • Pohpalehh.... Melantung baunye. Dah bubuh bagei gaye dak Awang. Tak amboh ilang jugek. Sabun cak kapok te dah pipih sentei dak Awang ghate ke seme badan ny...
  • Makmur Guesthouse turut menyediakan bilik-bilik untuk disewa. Bilik-bilik ini terletak di kawasan rumah pemilik. Lokasi Makmur Rooms adalah di Kampung Ba...
  • Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
  • Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
  • Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas ...
  • 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
  • *6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
  • ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
  • Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
  • *KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
  • Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
  • Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
  • Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
  • Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
  • *...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
  • *Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
  • Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
  • Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
  • *Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...