DUNIA MAKIN MENGHAMPIRI KIAMAT







Firman Allah dalam Surah An-Nahlu 45-47


فَأَمِنَ الَّذِينَ مَكَرُوا السَّيِّئَاتِ أَنْ يَخْسِفَ اللَّهُ بِهِمُ الْأَرْضَ أَوْ يَأْتِيَهُمُ الْعَذَابُ مِنْ حَيْثُ لَا يَشْعُرُونَ أَوْ يَأْخُذَهُمْ فِي تَقَلُّبِهِمْ فَمَا هُمْ بِمُعْجِزِينَ أَوْ يَأْخُذَهُمْ عَلَىٰ تَخَوُّفٍ فَإِنَّ رَبَّكُمْ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ


Maksudnya : (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah orang-orang yang merancang dan melakukan kejahatan-kejahatan itu merasa aman daripada ditimbuskan oleh Allah akan mereka ke dalam bumi, atau mereka didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya? Atau Ia membinasakan mereka secara mengejut dalam masa mereka berulang alik melakukan kerja masing-masing? Kerana sebenarnya mereka tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah. Atau Ia membinasakan mereka (dan harta benda mereka) sedikit demi sedikit? Kerana sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya.

Aku baru baca sesuatu yang agak menarik tentang hari Qiamat. Sila ke pautan ini untuk maklumat lanjut.

Jalan sunyi

Jalan raya dari Lipis hala ke Merapoh ni siap kalau tak silap masa aku tingkatan 2-3 (1985-86). Di awal pembukaannya, jalan raya ni agak sempit sahaja. Bila nak berselisih, kena berhati-hatilah. Nak-nak pula apabila berselisih dengan lori atau bas. Walaubagaimanapun di awal pembukaannya, jalan raya ni tak sesibuk mana lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Oleh kerana itu, jalan raya ni menjadi tempat kesukaan kerbau lembu orang kampung lepak atau tidur pada waktu malam. Mungkin tar jalan raya ni menyimpan haba cahaya matahari di waktu siangnya menyebabkan haiwan ni gemar tidur di situ kerana dapat merasai haba yang tersimpan di dalam tar tersebut.


Pada waktu itu, selalu aku dengar bicara tentang kemalangan lembu atau kerbau dengan kenderaan di jalan raya tersebut. Mungkin kebanyakkan orang kampung di sekitarnya masih tidak biasa mengandangkan lembu pada waktu malam. Sebelum ini, biasanya orang kampung melepaskan begitu sahaja haiwan-haiwan ini lantaran tiada rasa bimbang akan keselamatan haiwan peliharan mereka. Walaupun adakalanya haiwan ini menceroboh atau merosakkan tanaman orang lain tetapi ini sebenarnya tidak menjadi masalah besar antara mereka kerana masing-masing lebih bertolak-ansur serta menganggap itu sebagai lumrah sahaja.

Lembu comel

Setelah acap kali kemalangan ini berlaku, secara beransur-ansur tuan punya ternakan ini mula mengambil langkah untuk menghalang haiwan mereka ke jalan raya. Apatah lagi apabila semakin kerap berlaku kecurian lembu yang mungkin dilakukan oleh orang luar dek kerana mudahnya mendapatkan lembu di jalan raya yang sunyi terutamanya pada waktu malam itu. 

Apa yang agak melucukan, ada juga beberapa kemalangan haiwan ini mati kerana tergelincir dari tebing bukit ke jalan raya. Ha, ha! Haiwan kampunglah katakan… mana biasa dengan jalan raya. Mungkin haiwan-haiwan ni suka melihat pemandangan baru dari atas bukit di tepi jalan raya itu.

Ada sekali tu pada cuti sekolah Sabtu Ahad, aku mengikut kawanku Nazri yang rumahnya di Kg. Melaka, Kechau. Tujuan aku mengikutnya adalah untuk berkelah di satu kawasan air terjun di kampung tersebut. Malam itu aku berjalan-jalan dengannya serta beberapa orang lagi kawanku. Keadaan jalan raya itu pada masa tu terlalu lengang walaupun baru lepas Maghrib atau Isyak. Setelah penat berjalan kaki, kami berhenti dan berborak di tengah jalan raya tu sambil berbaring. Lama juga kami berborak di situ tetapi tak sebuah pun kereta melalui jalan raya tersebut.


Keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami pergi ke tempat perkelahan itu. Kami membawa beberapa tin sardin, beras dan sebagainya untuk memasak di sana. Jauh juga untuk ke situ. Setibanya di situ, kami terus mencari tempat untuk memasak kerana waktu tu dah hampir tengah hari . Malangnya, semua kayu-kayu di situ basah. Perut aku dah berbunyi dan makanan yang ada hanya biskut sahaja.


Aku cuba berfikir macam mana nak menghidupkan api. Akhirnya aku cari kayu mati yang agak besar dan belahkan untuk mendapatkan bahagian dalamnya yang kering. Dengan menggunakan kayu di bahagian dalam itulah akhirnya kami dapat menanak nasi dan masak sardin untuk makan tengah hari.


Tempat kami berkelah tu agak jauh hingga menimbulkan kebimbangan kepadaku. Selepas makan, mandi dan mendaki sedikit air terjun yang tinggi bertingkat-tingkat di situ, kami pun balik.


Begitulah sedikit tentang pengalamanku di awal pembukaan jalan raya Lipis, Merapoh dan Gua Musang. Sekarang ni jalannya sudah terlalu sibuk. Pada aku, jalan raya ni layak dinaik taraf menjadi lebuh raya memandangkan jalan ini menjadi laluan pantas dari sebelah pantai barat ke Kelantan dan Barat Terengganu.



Kemalangan maut kerap berlaku di jalan raya ini. Antara faktornya pemandu tidak sabar mengikut belakang lori barang yang terlalu perlahan mendaki bukit lalu memotongnya walaupun secara kurang selamat. Merapoh menjadi sedikit terkenal antara sebabnya kerana kemalangan ngeri yang banyak berlaku di jalan raya ini. Bukit Tujuh bukan sahaja mempunyai pemandangan yang cantik tetapi ia juga menjadi kawasan yang paling bahaya apabila kita menggunakan laluan ini. Oleh itu bertaubatlah sebelum melalui jalan raya ini. Semoga kita selamat di dunia dan akhirat. He he! Sorrylah aku ngantuk dah!

Kechau


Mak ayah aku asalnya orang Kechau, Kuala Lipis, Pahang. Ramailah saudara mara aku di Kechau ni. Kechau ni luas tempatnya. Ia merangkumi beberapa buah kampung. Antara kampungnya yang aku ingat ialah Kg. Melaka, Kg. Petola, Kg. Pagar Sasak dan yang paling hujung atau ulu sekali ialah Kg. Dada Kering.

Masa kecil antara tahun 1970-1975, selalu juga aku dibawa oleh mak ayah ke Kechau ni terutama ke rumah mak saudara aku makngoh/makngah. Biasanya aku pergi ke sana pada musim buah kerana makngah ni memang banyak pokok buah-buahan terutamanya durian.

Masa tu rumah makngah ni dekat dengan paya/sawah dan sebatang sungai kecil.  Di sungai dan sawah ni memang banyak lintah. Biasalah aku main dengan lintah ni. Aku selalu jentik kat air paya atau sungai tu untuk panggil lintah. Apabila aku jentik je, nampaklah lintah tu timbul terkuit-kuit memanjang hitam datang ke arah aku. Lintahnya bukan kecil-kecil weh. Sebesar ibu jari tu biasa je.

Rumahnya tu seperti pondok sahaja yang dikelilingi dengan pokok buah-buahan. Tiang rumahnya agak tinggi dengan bertanggakan kayu bulat. Redup je rumah ni kerana pokok-pokok sekeliling melindungi daripada panas terik matahari. Di dalam rumahnya pula ada kepok padi daripada kulit kepong. Itulah serba sedikit gambaran rumah makngah tu yang aku ingat.

Apa yang paling istimewa semasa di rumah makngah ni ialah kelazatan duriannya. Aku rasa durian makngah ni memang sedap betul. Sehingga sekarang aku tak jumpa lagi durian yang dapat menandingi kelazatan durian makngah ni. Satu lagi kemungkinannya ialah waktu tu aku masih budak. Tekak budaklah katakan..., semuanya dirasakan sedap! Apatah lagi bila  dapat makan bersama sepupu dan saudara mara yang jarang-jarang sekali berjumpa.

Masa itu hubungan antara saudara mara ni memang erat. Apabila bertemu, kemesraan aku dan sepupu bagaikan adik beradik walaupun jarang sekali bertemu. Bersungguh-sungguh betul makngah dan pakngah melayan apabila kami apabila bertandang ke rumah mereka. Segala makanan yang istimewa akan disediakan. Biasalah orang-orang kampung zaman tu banyak ceria ayam itik. Aku tak lupa akan gulai ayam kampung serta sambal tempoyak yang selalu menjadi pilihan. Bila teringatkan peristiwa tu terasa nak balik ke zaman tu semula. Hai rasa kecur liur aku ni....

Pada masa tu nak pergi ke Kechau ni bukannya mudah. Apabila nak ke Kechau, aku akan dibawa menaiki kereta api pagi menuju ke Padang Tengku. Dari sini aku akan menaiki bas pendek, land rover atau lori melalui jalan tanah merah menuju ke Kg. Pagar Sasak. Dari Pagar Sasak pula adakalanya aku terpaksa berjalan kaki sejauh 2-3 km untuk sampai ke rumah makngah.

Bayangkanlah pada masa tu aku menaiki bas dijalan tanah merah dengan debu dan jalan yang tak rata di sana-sini. Sepanjang perjalanan aku muntah jelah kerjanya.

Macam nilah jalan aku berjalan kaki ke rumah makngah/pakngah aku di Kampung Dada Kering, Kechau, Kuala Lipis, Pahang. Dalam perjalanan tu ada sesekali aku berselisih dengan orang asli Suku Batek. Aku teruja juga menengoknya kerana seingat aku kat Merapoh pada masa tu tak pernah aku jumpa orang asli. 

Biasanya dipertengah jalan semasa kami berjalan kaki dari Pagar Sasak ke rumah makngah di Dada Kering, aku terserempak dengan orang asli suku batik. Di Kechau ni memang ramai orang asli. Oleh kerana sudah biasa bergaul dengan orang asli maka kebanyakan orang Kechau pada masa tu boleh menggunakan beberapa istilah orang asli. Ini termasuklah ayah aku yang pernah aku dengar dia menegur orang asli menggunakan bahasa mereka.

Sekarang ni jalan tu dah menjadi jalan raya yang penting. Jalan raya yang menghubungkan Kuala Lipis dan Gua Musang.  Aku sering teringat peristiwa ni apabila melalui jalan raya tersebut menuju ke Merapoh.

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh pakngah dan makngah serta saudara mara aku di sana.

Jalan raya Merapoh

  Jalan Bukit Tujuh semasa dalam pembinaan lagi.


Apabila dengar sahaja orang-orang tua kata  jalan raya akan dibuka di Merapoh ni tak lama lagi, gembira sangat aku macam baru dapat hadiah walaupun pada masa tu aku budak-budak lagi. Tak silap masa tu aku dalam darjah 6. Terbayang difikiran aku Merapoh ni tak lama lagi akan ada kereta, bas, lori dan macam-macamlah seperti di Bandar Kuala Lipis atau Gua Musang.

Lepas tu tentu ada pula elektrik, air paip, siaran tv dan radio yang dah jelas, telefon dan sebagainya. Pendek kata Merapoh ni nanti setandinglah dengan tempat-tempat lain yang dah lama menikmati kemudahan tu. Rasanya tak sabar-sabar nak lihat jalan raya tu siap.

Walaubagaimanapun sehingga aku tamat sekolah rendah, jalan raya ni tak siap lagi. Jadi aku kenalah naik kereta api untuk ke sekolah menengah agama di Padang Tengku. Di sekolah ni aku tinggal di asrama. Setiap kali apabila aku boleh balik ke kampung, aku selalulah tertinjau-tinjau di tingkap keretapi kalau-kalau ternampak jalan raya baru tu. Masa tu pertanyaan "Dah setakat mana jalan raya ni siap?" selalu bermain difikiran ku. Begitulah ambil beratnya aku kepada projek jalan raya ni. Aku rasa orang-orang Merapoh pun pada masa tu macam aku jugalah, tak sabar-sabar nak tengok jalan raya bertar ni siap.

Jalan raya ni akan menghubungkan Bandar Kuala Lipis dengan Gua Musang. Mengikut cerita orang, jalan raya tu nanti dari Kuala Lipis akan melalui kampung-kampung seperti Kechau Tui, Pagar Sasak, Dada Kering, Chegar Perah, Sg. Temau, Sg. Yu, Kubang Rusa, Telok Gunung, Merapoh, Mentara sampailah ke Gua Musang. Sementara Kuala Lipis dah ada jalan raya sampai ke Kuala Lumpur manakala Gua Musang pula dah ada jalan raya hingga ke Kota Bahru. Jadi jalan raya yang nak dibuat di Merapoh ni kira jalan penting jugalah. Jalan yang menghubungkan antara timur dan barat.

Aku masih ingat, semasa aku tingkatan 2, aku pernah lalu di jalan raya ni yang masih dalam pembinaan dengan membonceng sebuah motosikal Honda Cup lampu bulat. Aku diajak oleh abang cu untuk menemaninya membawa balik motosikal tu ke Merapoh setelah dibaiki di sebuah kedai motor di Padang Tengku. Aku tak taulah kenapa motor tu tak dibawa melalui kereta api je. Mungkin abang cu pun tak sabar-sabar nak merasa melalui jalan raya tu agaknya. Kebetulan pula pada masa tu musim hujan.

 Laluan Jalan Raya Merapoh

Selepas je melalui kampung Dada Kering, motor yang kami naiki lekat tayarnya kerana tanah selut. Agak aku tempat tu dekat-dekat dengan Bukit Tujuh. Risau juga aku sebab tengok sekeliling bukannya ada orang, hutan tebal adalah! Bertambah risau lagi sebab tak tau sejauh mana lagi untuk sampai ke Merapoh ni. Lepas ke motor ni meredah selut sejauh itu? Aku risau sangat sebenarnya tapi buat tak tau jelah sebab tengok abang cu bersemangat sangat nak balik dengan motor tu.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kenderaan lalu di situ. Lega sikit rasa hati bila tengok sebuah 'Land Rover' menuju ke arah kami. Kereta tu berhenti dan pemandunya menyuruh kami angkat motor dan letakkan di bahagian belakang keretanya. Katanya tak lepas motor nak lalu jalan di depan tu sebab lecak sangat. Lepas Sg. Yu nanti barulah jalan elok sikit.

Nasib baik ada orang nak menolong, kalau tidak jenuh kome bermain selut sebelum sampai ke Merapoh. Entah pukul berapa sampai ke Merapoh tak taulah tetapi masih siang lagi.

Itulah secebis kisah aku melalui jalan raya yang menghubungkan antara Lepeh dan Gua Musang semasa pembinaannya antara tahun 1981-1985.

Jalan raya dah siap. Inilah jalan raya ke Merapoh sekarang.
Gambar ini diambil di kawasan Sungai Temau-Chegar Perah, dekat dah dengan Bukit Tujuh.

Gedong Gajah Mati

Kisah ni sambungan cerita "Tualang".

Sementara menunggu padi tu menguning, mak aku banyak tanam labu, labu air dan mentimun tahun di celah-celah pokok padi tu. Kalau di paya mana boleh tanam pokok ni sebab tanahnya berair. Pokok-pokok ni menjalar di tanah di celah-celah batang padi tu. Ada yang menjalar naik ke ranting-ranting kayu mati yang tak habis terbakar semasa memerun. Suka melihat kuntum-kuntum bunganya yang berwarna kuning apabila ia mula nak berputik.

 Itik Kampung

Di cerang ni ayah aku ada juga ceria (pelihara) itik kampung. Aku dah tak ingat reban itik ni kat mana, mungkin di tepi dangau tulah. Setiap pagi aku suka melihat itik dengan anak-anaknya jalan berbaris ke Gedong Gajah Mati. Di situ aku ralik menengok itik-itik ni bermain dan menyudu di tepi-tepi tebing tu. Gayanya sihat betul itik ni sebab cukup makan agaknya. Petang-petang mak atau ayah aku beri itik ni makan biji jage dan lebihan nasi kami.

Gedong Gajah Mati ni cantik sangat bagi aku. Airnya tenang dan jernih hingga nampak jelas batang pokok tumbang serta ranting-ranting kayu dalam gedong tu. Agaknya kat reba ( kelompok pokok menjalar bersama rating kayu mati) tu tentu banyak ikan.  Di tepi tebing tempat aku berdiri, dapat dilihat kelibat anak-anak ikan halus di situ. Di bibir tebingnya juga menjalar pokok kangkung dengan bunganya yang putih. Agaknya mak aku yang campakkan kangkung ni ke situ lalu tumbuh subur.

Di tebing seberang sana pula kelihatan pepohon rimbun dengan akar-akar dari dahannya berjuntaian ke air. Nampak dari sini redup dan tenang sangat tempat ni.

Lumut atau rumpai air juga banyak tumbuh merata-rata dalam gedung tu. Rumpai air ni bergumpal-gumpal terapung dipermukaan air. Aku teringat dulu aku pernah hampir lemas kerana rumpai air ni. Masa tu aku dah besar sikit, agaknya dalam darjah 4 atau 5. Masa tu aku mengikut mak ayah aku dan beberapa orang kawan mereka menangguk ikan di Gedong Ulu Kumbang. Biasalah budak-budak suka bermain. Masa orang lain sibuk menangguk, aku pula sibuk main selam-menyelam di bawah gumpalan-gumpalan rumpai air tu.

Sekali tu aku cuba menyelam ke sebelah sana di bawah satu gumpalan rumpai air yang lebih besar. Malangnya semasa di pertengahan, aku dah tak boleh tahan nafas lagi. Aku cuba timbul tetapi gumpalan rumpai air  itu pula menghalang aku. Bayangkanlah keadaan aku masa tu. Dengan sedaya upaya, aku tarik-tarik gumpalan rumpai tu supaya putus untuk membolehkan aku timbul. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga aku meloloskan kepala untuk bernafas. Hai kalau tidak rasanya tak perasan orang aku lemas di bawah rumpai air tu.

Di hilir Gedong Gajah Mati ni pula dibina benteng untuk membolehkan air di gedong tu bertakung. Benteng itu hanya dibina daripada tanah. Macam mana agaknya orang dulu-dulu buat benteng ni dengan hanya bergotong-royong tanpa menggunakan jentera.


Di hilir gedung ni ada sebuah air terjun. Air terjun ini sebenarnya ialah pintu air untuk membolehkan air dari gedung ni dikawal pengalirannya. Dari sini air dari gedung itu akan mengalir ke sungai Gajah Mati.

Di situ aku selalu mengikut mak ayah aku menangguk udang. Banyak sungguh udang di sini menyorok di bawah daun-daun pokok hutan yang gugur ke sungai. Mak ayah aku tangguk sekali daun-daun tu kemudian dikiraikannya untuk mendapatkan udang yang bersembunyi di celah-celah daun tu. Kadang-kadang aku pedap je dengan tangan udang tu dan makan sahaja mentah-mentah.


Bukan udang je, di situ juga banyak siput sungai, kijing dan gondang. Selalu juga aku makan gulai lemak siput sungai yang kami dikutip di sungai tu. Sesekali ada juga aku makan goreng kijing atau gondang yang dibuat oleh mak aku.

Gondang

Sementara menunggu padi cerang ni masak, mak ayah aku buat orang-orang dan sebagainya untuk menghalau binatang seperti burung. Aku rasa cerita lain-lain dan seterusnya masa buat padi cerang ni sama je dengan cerita "padi" sebelum ini. Oleh itu kliklah kat tajuk tu untuk ketahui ceritanya.

Itulah secebis lagi kisah aku semasa kecil bersama mak ayah aku. Dalam keadaan yang serba kekurangan, mak ayah aku dengan penuh kasih sayang menjaga dan membesar anak-anak. Semoga kita semua tidak melupakan pengorbanan mak ayah kita.

Tualang

Pokok Tualang

Ini sambungan cerita aku pasal "Padi Cerang". Sila klik tajuk tu untuk tau ceritanya dari mula.

Menugai padi ni tak mengambil masa yang lama. Jika dibuat secara bergotong-royong 1-2 hari siaplah. Benih padi untuk menugai ni pula perlu direndam dahulu semalaman supaya jadi kembang sedikit. Ini akan memudahkan ia cambah nanti.

Sebelum kerja menugai padi tu, ayah aku ada mendirikan sebuah dangau di tanah tu. Walaupun kedudukan rumah kami dengan tanah tu agak dekat tetapi dangau terpaksa juga dibina supaya mak ayah aku dapat tinggal di sana sepanjang masa bagi memastikan tanaman selamat daripada gangguan binatang liar.

Bukan senang nak jaga padi ni weh. Tambahan pula dengan keadaan keliling tanah tu yang berhutan tebal. Bukan setakat burung atau babi sahaja ada dihutan ni tetapi harimau atau gajah pun mungkin ada berkeliaran di situ.

Walaubagaimanapun mak ayah aku dah biasa dengan keadaan itu dan tidak berapa membimbangkan mereka. Mungkin apa yang lebih penting ialah menjadikan tanah tu sebagai punca pendapatan mereka nanti di samping memastikan bekalan beras untuk tahun ini mencukupi.

 Harimau Belang

Seingat aku apabila waktu senja, ayah aku akan membakar kayu-kayu yang masih berbaki selepas diperun sebelum ini. Biasanya puntung-puntung kayu akan dikumpul bertimbun di atas balak tumbang yang masih ada untuk dibakar. Kayu-kayu ni tak terbakar marak tetapi berbara hingga ke pagi. Ini mungkin untuk menakutkan binatang liar dalam hutan disekeliling tanah ni. Apabila terbau asap atau bau bakaran, binatang liar akan berasa takut daripada menghampiri kawasan tanaman kami.

Aku masih ingat ayah aku membuat longgokan kayu dipangkal sebatang balak yang masih tegak. Mungkin pokok tualang agaknya. Setiap petang, ayah aku bakar longgokan kayu dipangkal pokok tu. Waktu malam dapat aku lihat merah baranya dari dangau tempat kami beradu. Bara ni akan menyala hingga ke pagi atau mungkin sehingga berminggu sehingga pokok tu tumbang. Ini kerana seingat aku pada waktu siang pun tempat tu masih berasap. Bau asapnya seakan terasa hingga ke saat ini. Kemudian, balak yang tumbang tu akan dibakar sehingga tidak berbaki walaupun mungkin berbulan untuk membereskannya.

Peria

Dangau yang dibina oleh ayah aku tu pula agak tinggi. Lantainya daripada bilah buluh, dindingnya pula daripada bilah buluh dan kulit kepong. Sementara atapnya pula daripada daun nipah. Keliling pondok tu ditanam dengan sayur-sayuran seperti terung, peria, petola, kacang bendi dan sebagainya. Selain itu serai, kunyit, langkuas dan halia juga ditanam sebagai perencah masakan. Bila nak makan, petik sahajalah sayur-sayuran tu untuk digoreng atau dicampur dalam gulai.

Pokok jage juga banyak ditanam dikeliling dangau ni untuk dijadikan makanan ayam atau itik. daun pokok ni macam daun pokok jagung dan buahnya juga bertandan. Pada tandannya dipenuhi dengan biji-biji kecil lembut berwarna coklat. Saiz bijinya tu 1/2 daripada biji jagung. Rasanya kita tak sesuai makan buah ni sebab pernah juga aku cuba makan buah ni tetapi rasanya tawar je. Agaknya buah ni hanya sesuai untuk ternakan sahaja

Cukup dululah dak? Esok aku sambung balik...

Klik ni untuk baca seterusnya. "Gedong Gajah Mati"

Padi Cerang


Selain tanam padi di paya, ada juga sesekali ayah aku tanam padi di tanah kering yang biasanya orang panggil tanam padi cerang atau huma. Selalunya orang asli sahaja yang tanam padi huma nikan. Kenapa pula ayah aku tanam padi huma?

Sebenarnya ayah aku dan kebanyakan orang Merapoh masa tu memang selalu membuka tanah. Tujuannya tidak lain untuk dijadikan tapak pertanian seperti kebun getah, dusun buah-buahan dan sebagainya.Tanah lepas diperun ni sangat sesuai untuk ditanam dengan sayur-sayuran dan padi kerana ia mengandungi baja yang amat baik terhasil daripada kayu-kayu yang telah diperun menjadi debu atau arang-arang  kayu.

Sebelum tanah tu ditanam dengan pokok getah atau sebagainya, ayah aku ambil kesempatanlah menanam dulu tanah tu dengan padi cerang. Jadi pada tahun tu tak perlulah ayah dan mak aku ke paya untuk bertanam padi lagi.

Pada masa tu kerja buka tanah ni bukan sesuatu yang mudah. Semuanya menggunakan tulang empat kerat sahaja. Bayangkanlah tanah seluas 5-6 ekar dengan berpuluh pokok balak yang 2-3 pemeluk ditebang menggunakan kapak dan gergaji sahaja. Boleh dikatakan semua kerja tu dibuat oleh ayah aku seorang. Hai rasanya kalaulah balak-balak tu dapat dijual, kayalah ayah aku.

Aku rasa tak perlu lah aku ulang balik cerita buka tanah ni. Sesiapa yang belum membaca dan berminat nak tahu bagaimana jerihnya ayah aku buka tanah sila klik tajuk ni "Buka Tanah I".

Hari ni aku nak bercerita sikit pasal ayah aku tanam padi cerang di tepi Gedong Gajah Mati. Masa tu aku belum sekolah rendah lagi. Cadangnya ayah aku buka tanah ni untuk buat kebun getah. Gedong Gajah Mati ni terletak kira-kira setengah km dari rumah lama aku di Ulu Kumbang. Agaknya dalam 20 minit berjalan kaki sampailah kami ke cerang tu. Sebelum sampai ke situ, aku melalui kebun getah yang selalu aku toreh pada musim cuti sekolah semasa aku dah sekolah menengah. Aku pernah cerita pasal kebun getah ni kat tajuk "Pacat".

Seingat aku tempat ayah buat cerang ni memang cantik. Di sini ada sebuah gedong atau tasek kecil yang dipanggil Gedong Gajah Mati. Asalnya tempat ni sebuah kampung Cina dan gedong ini hasil usaha mereka untuk menyalurkan air ke paya-paya padi di sekitarnya. Walau bagaimanapun beberapa buah keluarga Cina di sini akhirnya berpindah ke tempat lain seperti ke pekan Kuala Lipis kerana sebab yang tak dapat dipastikan.

Aku terus sahaja cerita pasal menugai padi. Setelah kawasan tanah tu diperun dan bersih daripada puntung-puntung kayu maka bermulalah kerja menugai padi. Menugai padi ni maksudnya menghentak kayu panjang runcing ke tanah supaya tanah tu berlubang. Kayu tu taklah sebesar mana, kira-kira sedap-sedap dipegang sahaja. Kedalaman lubang tu kira-kira seinci atau lebih. Kemudian, dalam lubang tu akan dimasukkan beberapa biji padi sebelum dikambus semula.

Biasanya kerja menugai ni dibuat secara gotong-royong. Tugas orang lelaki biasanya melubangkan tanah menggunakan kayu. Empat hingga lima orang lelaki akan berjalan sambil menghentak-hentakkan kayu tugai ke tanah manakala orang perempuan pula mengikutnya dari belakang sambil memasukkan biji padi ke dalam lubang dan dikambuskan semula. Lubang tu dibuat sebaris-sebaris yang jarak di antara lubang itu lebih kurang sekaki.

Menariknya kerja ni dibuat secara berpasang-pasangan. Seorang lelaki menugai manakala seorang perempuan pula mengikutnya untuk mengisi padi ke dalam lubang.

Pada masa tu di Ulu Kumbang ni entah tak sampaipun 20 buah rumah. Di sebelah ulu Gedong Gajah Mati ni terletak dua buah rumah yang aku kira yang paling jauh atau paling ulu di Ulu Kumbang. Sebuah rumah dihuni oleh Tok Gajah dgn keluarganya dan sebuah lagi rumah Mat Kilau sekeluarga. Unik nama nikan kerana ia kebetulan sama dengan nama pahlawan Pahang yang terkenal tu.

Aku tak taulah kenapa orang kampung panggil mereka dengan nama tu tetapi seingat aku Tok Gajah memang seorang yang terkenal dengan kegagahannya. Pernah sekali ayah aku cerita dia menarik seorang diri rotan tunggal yang berbelit pada dahan-dahan pokok dengan sekali henjut sahaja. Pada hal sebelum itu 3-4 orang telah cuba menarik rotan itu tetapi tidak berjaya. Malahan ayah aku cerita pernah suatu ketika dia menyaksikan sendiri Tok Gajah dengan gagahnya mengangkat seekor anak gajah yang terjatuh ke dalam lubang ke tebing semasa mereka sama-sama mencari rotan di hutan.


Selain tu, ada seorang lagi penduduk Merapoh yang kebetulan sama dengan seorang lagi nama pahlawan pahang iaitu Tok Bahaman yang memang mahir bersilat. Ha ha ha! Pendek kata lengkaplah di Merapoh ni dengan pahlawan Pahang.

Semua orang Ulu Kumbang ni petani. Mereka amat memerlukan antara satu sama lain. Masing-masing sangat mengenali dan mereka selalu bergotong-royong untuk memudahkan kerja termasuklah masa kerja menugai padi ni. Tidak macam sekarang ni sehingga kadang-kadang jiran sebelah rumah pun kita tak tau nama.
 
Masa menugai nilah mereka berborak dan bergurau-senda. Hasilnya hubungan antara mereka semakin akrab dari hari ke hari. Maka tak hairanlah akhirnya hubungan antara mereka bagaikan adik-beradik. Masing-masing mengambil-berat antara satu sama lain. Seingat aku mesra sungguh hubungan antara penduduk kampung masa tu. Susahlah nak cari hubungan seperti itu di zaman ni. Kadang-kadang kemesraan adik-beradik zaman sekarang pun tak boleh menandingi kemesraan antara mereka. Maaflah ini cuma pandangan peribadi aku.

Nampaknya masa tidak mengizinkan. Insyaallah aku sambung balik esok.

Sila klik pautan tu untuk sambungan cerita ni seterusnya "Tualang".

Makan Najis


 Malam ni seperti biasa seminggu sekali aku bawa anak isteri aku ke masjid. Kalau nak bawa tiap-tiap malam rasanya memang tak dapat sebab mereka ni banyak sangat perkara yang perlu dibereskan di rumah. Jadi aku ambil keputusan untuk bawa mereka pada setiap hari Jumaat malam Sabtu.

Bukan apa aku ni cetek pengetahuan agama. Takut nak menerangkan bab hukum hakam agama ni bimbang tersilap jadi ajaran sesat pula. Biar mereka sendiri dengar ustaz tu cakap supaya tahu serba sedikit hukum hakam agama ni. Harapan aku tanggungjawab sebagai suami dan ayah terlaksana.

Mula-mula tu mereka banyak alasan juga sebab keberatan pergi ke masjid. Nak buat kerja sekolah lah, melipat kain, nak berehat, nak tengok kartun dan sebagainya. Hai, maklumlah duduk di rumah ni macam-macam boleh buat. Semuanya bebaskan! Di masjid terpaksalah duduk bersila mendengar ceramah. Silap-silap boleh tertidur tengah duduk.

Setelah dipujuk, akhirnya mereka setujulah. Yelah, takkan seminggu sekalipun tak boleh. Pada malam tu pula cerita pasal ibadat. Aku harap kami semua dapat meningkatkan ilmu tentang ibadat ni supaya ibadat yang kita buat tu lebih sempurna dan terhindar dari kejahilan.

Kadang-kadang kita rasa apa yg. kita buat tu betul sangat dah tapi sebenarnya belum sempurna atau lebih teruk lagi terus tak betul. Contohnya macam masa ambil air sembahyang. Dulu masa basuh tangan aku cucur air dari siku ke hujung tangan sebab mudah masa ambil air sembahyang pakai paip. Rupanya tak boleh, ikut cara betulnya mesti dari hujung jari ke siku. Ha ha, kalau macam tu macam mana sembahyang aku dulu. Minta ampunlah ya Allah, sesungguhnya pada masa tu aku jahil.

Begitu juga pasal najis. Dulu biasa je aku makan roti telur kedai mamak dengan guna telor yang tak berbasuh dari sarang. Rupanya tak boleh kita makan roti telor macam tu.Ini kerana telor yang belum dibasuh lagi dikira masih bernajis walaupun kita tidak nampak najisnya tu. Najis tu akan melekat kat tangan basah berminyak pembuat roti telor tu menyebabkan dari segi hukumnya roti tu bernajis sama dan haram di makan.

Ini sepertilah tahi cicak terjatuh ke dalam air mineral. Air tu dan dikira bernajis dan tidak boleh diminum walaupun warna, bau, dan rasanya tak berubah kerana ia belum cukup 2 kolah.

Itulah serba sedikit pengetahuan yang aku dapat dari mendengar kuliah Ustaz Asri tu. Lepas ni Isyaaallah kami ubahlah mana-mana yang tak betul tu.

Pekan Sari Temerloh

Hari Ahad baru ni aku sekeluarga berkesempatan pergi ke Pekan Sari Temerloh.  Aku Telefon mak aku di Pondok Pangsenam untuk mengajaknya pergi bersama. Mak aku bersetuju dan seperti biasa menyuruhku mengambilnya pagi-pagi lagi. Aku jawab Insyaallah jelah.

Pagi-pagi Ahad nilah peluang untuk aku bangun lewat sikit. Selepas sembahyang Subuh, aku tidur balik dan berpesan kepada isteriku supaya mengejutku dalam pukul 8.00 pagi nanti. Sementara tunggu aku bangun tu, aku menyuruh isteri dan anakku bersiap supaya lepas aku mandi nanti boleh terus pergi mengambil mak aku. Aku kira dalam pukul 9.00 tu masih pagi lagilah untuk ke Pekan Sari Temerloh. Lewat sangat nanti marah pula mak aku.

Di sini aku paparkan beberapa keping gambar yang sempat juga aku ambil di sana walaupun rasa janggal sikit dgn orang ramai yang bersesak-sesak.

Ini ikan Temalian. Mak aku beli sikit ikan ni untuk dibuat gulai tempoyak.

Besar sungguh ikan Temalian ni. Nak potong pun susah. Kena ketuk baru boleh.

Ini sisik ikan Temalian tu. Jual juga rupanya. Mulanya ku ingat untuk digoreng. Rupanya sisik ni dijual untuk dibuat bunga hiasan. Sepinggan rm2



Selain tu emak aku beli ikan kecil ni. Ikan ni ikan Badar. Sedap bila dikunyit dan digoreng garing.


Menda ni pernah aku makan dulu-dulu masa di Merapoh tapi rasanya dah berbelas tahun tak merasa menda ni. Namanya Tebu Telor.

Yang bersidai tu pula ialah tikar mengkuang pandan. Susah dah nak jumpa tikar ni kan?

Weh senjata lama pun ada. Bang tak salah ke jual senjata ni?


Sesiapa yang nak bertandang ke Bandar Temerloh ni eloklah jangan melepaskan peluang untuk ke pekan sari Temerloh. Pekan sari ni diadakan di tepi sungai Pahang pada setiap hari Ahad. Sungguh seronok berjalan ke situ sebab pemandangan tepi sungainya yang cantik serta tiupan anginnya yang sejuk. Tempat ini sejuk kerana di sepanjang pekan sari itu terdapat banyak pokok-pokok yang rendang menyebabkan kawasan ini menjadi teduh dan redup. Selain tu mungkin banyak menda-menda yg. tak terdapat di pekan sari lain seperti gambar yg. aku tunjukkan tu. Kalau nak merasa naik perahu tambang pun boleh.

Kempen Tahun Melawat Temerloh. Ha ha ha!

Lapangan Terbang Antarabangsa Subang

Kenapa aku suka sangat cerita pasal keretapi ni. Dah berhari-hari asyik cerita pasal turun naik keretapi je. Takda cerita lain ke? Pertanyaan macam ni mungkin ada di minda sesetengah orang.

Pertanyaan itu memang ada betulnya tetapi bagi aku pula yang lahir di Merapoh ni, keretapi merupakan satu pengangkutan yg. amat penting. Masa tu tanpa keretapi seolah-olahnya orang Merapoh ni tak dapat keluar ke mana-mana.

Lapangan Terbang Antarabangsa Subang

Oklah hari ni aku berhenti sekejap cerita pasal keretapi sebab kali ni aku nak cerita sikit bagaimana pertama kali aku dapat keluar dari Daerah Kuala Lipis ni ke bandar besar Kuala Lumpur. Masa tu aku berumur 5 tahun, belum masuk sekolah rendah lagi. Mak ayah aku hendak ke Kuala Lumpur untuk mengambil abang bong yang akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang setelah tamat belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Universiti Al-Azhar Mesir

Sebelum ke Kuala Lumpur, seperti biasa kami terpaksa naik keretapi dulu untuk ke Kuala Lipis. Setibanya di Lipis pada pukul 7 pagi, aku akan menaiki sebuah kereta Jepun yang aku tak pasti jenis apa. Mungkin kereta Datsun tonggek yang popular pada masa tu atau kereta yg. sezaman dengannya.

Gambar Abang Bong iaitu abang Sulung aku.
Di Merapoh ni dialah orang yang pertama berjaya belajar di Universiti Al-Azhar Mesir.
 Sekarang dah pencen.

Terima kasihlah kepada Abang Mat dan Kak Noriah yang banyak membantu mak ayah aku untuk pergi mengambil abang bong di Kuala Lumpur. Abang mat ni saudara-mara juga dengan kami. Setelah bersarapan pagi di Lipis, kami naik keretanya untuk ke Kuala Lumpur.

Masa tu tiada lebuh raya lagi. Jalannya pula sempit dan bengkang-bengkok. Kami menuju ke Raub sebelum melalui Jalan Bukit Freezer menuju ke Kuala Kubu. Kemudian kami terus menuju ke Kuala Lumpur.

Semasa perjalanan tersebut aku melepeklah. Entah berapa kali muntah sampai muntah hijaulah. Aku mana biasa naik kereta. Tambahan pula jalannya yang terlalu bengkang-bengkok. Tak dapatlah aku melihat pemandangan semasa perjalanan tersebut.

Kami bermalam di Kuala Lumpur tetapi aku tak ingat dah di mana. Walaubagaimanapun aku masih ingat semasa kami berjalan dengan kereta ni di malam tu. Agaknya masa tu aku dah segar sikit daripada pening kepala. Aku duduk dibahagian tempat duduk belakang.

Masa kereta tu melalui selekoh, aku jadi takut sebab aku nampak macam kereta tu nak melanggar tiang-tiang lampu jalan tu. Ha, ha! sebenarnya tak langgarpun tiang-tiang tu sebab kereta tu sedang membelok di selekoh. Perkara tu jadi ingatan aku hinggalah sekarang.


Siang esoknya masa pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, aku melihat satu pemandangan yang menakjubkan iaitu bangunan-bangunan tinggi dan jalan raya yang lebar yang tak pernah aku lihat sebelum ini. Apabila berjalan kaki di tepi bangunan tinggi, kepala aku tak henti-henti mendongak sehingga nak terjatuh longkang.

Setibanya di Lapangan terbang tu, aku ralik pula melihat kapal terbang yang turun naik. Masa tu di airport tu ada satu tempat luas yang membolehkan aku melihat kapal terbang dengan jelas. Rasanya tak mau pergi ke tempat lain dah kerana tak mahu melepaskan peluang melihat kapal terbang tu.


Setibanya abang bong, kami terus pergi ke Sg Koyan untuk tidur di rumah abang mat. Esoknya abang mat menghantar kami ke Kuala Lipis untuk kami menaiki keretapi ke Merapoh. Terima kasih abang mat yang banyak membantu kami. Semoga abang mat sekeluarga sentiasa di dalam rahmat Allah.

Gua Musang

Ini sambungan dari cerita aku pasal Stesen Kererapi Kuala Lipis, Merapoh, Gua Musang dan Kuala Lipis. Sila klik tajuk-tajuk tu untuk mengetahui cerita aku ni dari awal.


Stesen Keretapi Gua Musang (Ogos 2010)

Selain ke Kuala Lipis , Gua Musang juga menjadi  bandar yang penting kepada orang Merapoh. Bandar ni letaknya lebih kurang 30km sahaja dari Merapoh. Satu-satunya jalan untuk ke situ ialah jalan keretapi. Antara kampung-kampung yang dilalui sebelum tiba di Stesen Gua Musang ialah Mentara, Mentara Lama, Lapan Tupai, dan Ceng Tek.

Biasanya aku akan dibawa menaiki keretapi pukul 7.00 pagi untuk ke Gua Musang ni. Sampai ke Gua Musang dalam pukul 8.00 pagilah. Jadi nak ke Gua Musang ni takdalah susah sangat seperti masa nak ke Kuala Lipis yang terpaksa bangun pukul 4.00 pagi dan duduk kat dalam keretapi selama 2 jam lebih.

Walaubagaimanapun orang Merapoh tetap juga kena pergi ke Kuala Lipis kerana Merapoh terletak di daerah Kuala Lipis di negeri Pahang yang mana Kuala Lipis menjadi pusat pentadbirannya. Manakala Gua Musang pula sudah masuk dalam kawasan negeri Kelantan. Jadi macam manapun orang Merapoh ni kena juga pergi ke Kuala Lipis kerana banyak urusan seperti membayar cukai tanah terpaksa dibuat di sana.

Inilah jambatan kereta api Merapoh. Kalau nak ke Gua Musang, aku akan melalui jambatan ini. Dari aku kecil sampailah sekarang ( Ogos 2010), jambatan ini teguh berdiri bagaikan tidak berubah walaupun sedikit. Ada dah 100 tahun usia jambatan ini agaknya.  

Sepanjang perjalanan ke Gua Musang tu biasanya aku ralik melihat pemandangan gua-gua batu kapur . Sebelum sampai ke Gua Musang, aku selalunya tak mahu melepaskan peluang untuk melihat sebuah kilang kelapa sawit di Ceng Tek dan sebatang sungai iaitu Sg. Ketil yang airnya kehitaman.

Aku tertarik melihat kilang tu kerana struktur binaannya yg. agak unik padaku. Hai maklumlah masa tu jarang sangat aku dapat melihat tangki-tangki besar dengan serombong berasap serta salur-salur ke sana-sini seperti di kilang ni. Aku rasa kilang ni canggih sangat dah.

Semasa keretapi menyebarangi Sungai Ketil pula, aku suka melihat air sungai itu yang kehitaman serta struktur binaan jambatan besinya.  Jambatan ni agak panjang tetapi tidaklah sepanjang jambatan keretapi Bukit Betong yang melintasi Sg. Jelai. Bila aku melalui jambatan-jambatan ni, terbayang dan terfikir aku macam mana orang membina jambatan-jambatan besi ni.

Seingat aku di bandar ni ada sebuah pasar yang terletak di tebing Sg. Ketil. Pasar ni seperti  wajib disinggah apabila mak ayah aku datang ke bandar ni. Di situ mak ayah aku biasanya mencari lauk untuk dibawa balik ke Merapoh. Di sini ikan dari laut yang sukar ditemui di Merapoh ada dijual. Selain tu tempat ni juga ada menjual pakaian, alatan dapur  dan sebagainya.Selain itu jika tidak silap setiap hari Jumaat, ada pekan sehari di bandar ini.

Pada masa tu Bandar Gua Musang ni takdalah sebesar mana jika hendak dibandingkan dengan Kuala Lipis. Sekarang ni tak taulah pula. Sesekali aku berjalan ke Gua Musang masa balik ke Merapoh, rasanya  Bandar Gua Musang ni dah lebih besar daripada Kuala Lipis. Jadi nampaknya cepat lagilah Gua Musang membangun berbanding Kuala Lipis.

Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, aku dah berada semula di Stesen Keretapi Gua Musang. Seingat aku di sini ada disediakan beberapa kerusi kayu panjang. Di sini ada sebuah kantin di mana aku selalu juga membeli gula-gula di kantin ni.

Di stesen keretapi ni aku selalunya ralik melihat orang ramai dengan pelbagai barang yang dibawa oleh mereka. Kebanyakan barang-barang itu diletak dalam beg plastik, bakul rotan atau guni. Barang ni hendak dibawa balik ke kampung masing-masing dengan pelbagai tujuan. Ada yang hanya mencari barang untuk keperluan sendiri dan ada juga membeli barang-barang untuk berniaga di kedai mereka di kampung seperti di Kampung Limau Kesturi.

Tiket keretapi pula daripada sekeping kertas tebal berwarna hijau kira-kira seinci lebar dan 2 inci panjang. Teringat lagi bunyi tiket tu dicop dengan sejenis alat yang agak besar berwarna merah yang berada dalam stesen keretapi itu," kedekek! kedekek!".

Kami tiba semula ke Merapoh lebih kurang pukul 1.30 petang.

Ok lah! Cukup dulu untuk malam ni. Insyaallah esok aku sambung balik cerita ni...

Kuala Lipis

Ini aku sambung cerita pasal Stesen Keretapi Kuala Lipis, Merapoh, Gua Musang. Kalau nak tau cerita ni dari awal klik kat tajuk tu.

Stesen Keretapi Kuala Lipis

Biasanya aku akan terjaga bila tiba di Stesen Padang Tengku. Masa tu cahaya matahari mula terang. Bertambah riuhlah dalam keretapi ni yg. semakin ramai penumpangnya setelah beberapa kali berhenti di kampung-kampung di sepanjang laluannya seperti Kg, Telok Gunung, Sg. Temau, Chegar Perah, Paya Keladi, Aur Gading, Bukit Betong dan Padang Tengku. Mungkin ada lagi kampung-kampung lain yg. aku tidak sebutkan kerana sudah lupa.

Kebanyakan orang ni nak ke Lepehlah (Bandar Kuala Lipis). Ada yang nak bayar cukai tanah, nak ke pejabat pos, menjual hasil tani, membeli barang dan sebagainya. Hai maklumlah Lepeh jelah bandar yang ada di kawasan ni. Di sinilah terletaknya pejabat daerah, pejabat pos, hospital, panggung wayang dan sebagainya. Lepeh ni sebagai pusat pentadbiranlah bagi Daerah Kuala Lipis.

Masih elok lagi ke jam di Stesen Keretapi Kuala Lipis ni. 


Ada lagi tempat yang dianggap pekan jugalah seperti Bukit Betong dan Padang Tengku walaupun ada beberapa buah kedai kayu bertingkat sahaja. Walaubagaimanapun tak dapatlah nak menandingi Lepeh.

Kalau di Merapoh mana jumpa kedai 2 tingkat, kereta, dan jalan bertar seperti di sini. Kalau adapun hanya sebuah dua 'Land Rover' atau lori balak yang mengangkut balak dari hutan.

Setibanya di Lepeh kira-kira pukul 7.30 pagi, kami terus menuju ke bandar. Keluar je dari Stesen Keretapi Kuala Lipis tu aku terus nampak Stesen Bas Lipis. Jadi di kawasan ni memang sibuklah dengan orang ramai yang turun naik bas dan keretapi lebih-lebih lagi pada waktu pagi sebegini. Bentuk bas masa tu lain sikitlah daripada bas sekarang. Kalau diingat-ingat bas tu, boleh tersenyum sendiri jadinya.

Bas ni menghubungkan Lepeh dengan kampung-kampung di sekitarnya hingga ke Raub, Bentong dan terus ke Kuala Lumpur. Jalannya tak sebesar mana dan bengkang-bengkok tetapi sesuailah agaknya dengan keadaan masa tu yg. kurang keretanya. He, he orang Merapoh tak merasa naik bas lah sebab jalan raya tak ada lagi.


Sebelum ke mana-mana, aku dibawa minum dulu. Masa tu kedai minum ni entah berapa buah je. Seingat aku ada sebuah kedai kopi cina yang jadi kegemaran orang kita melayu masuk. Akupun pernah minum kat situ. Tak taulah, mungkin makanannya dimasak oleh orang Islam agaknya.

Setelah mak ayah aku menyelesaikan apa yang perlu di bandar ni, kami akan balik semula ke stesen keretapi. Biasanya dalam pukul 1 petang, aku dah sampai ke sini kerana pada pukul 2 petang, kami akan menaiki keretapi untuk balik ke Merapoh semula.

Sebelum bertolak balik, mak ayah akan bawa dulu aku makan tengah hari dan bersolat di Masjid India di pinggir Sg. Jelai atau surau yang disediakan di stesen ni. Masa tu rasa seronok benar bila dapat makan di kedai ni. Maklumlah di Merapoh jarang sangat aku dapat makan di kedai.

Seingat aku adalah sesebuah dua kedai kopi di Merapoh ni seperti Kedai Mek Timah tetapi tak adalah menyediakan makanan untuk makan tengah hari seperti kedai di Lepeh. Kedai kopi ni hanya ada makanan yg. ringan-ringan seperti kuih-muih, biskut-biskut atau nasi lemak sahaja.
Masjid Lama Kuala Lipis (Masjid India Sekarang). Klik!

Dengan menaiki keretapi pukul 2 petang, kami sepatutnya tiba di Merapoh semula pada pukul 4 petang. Malangnya jarang sangatlah kami sampai tepat pada masanya kerana keretapi selalu berselisih dengan keretapi ikan dari Kelantan di Chegar Perah atau di Sg Temau. Kadang-kadang sampai 2 jam lebih aku kat situ. Tak Hairanlah adakalanya kami sampai ke Merapoh masa hari dah malam.

Walaupun penat tetapi aku rasa sungguh seronok kerana dapat keluar sesekali ke bandar Lepeh. Masa tu rasanya tak sampai 10 kali setahun aku lepas ke Lepeh  ni. Terasa hebat sangat dah Lepeh ni macam bandar besar.
Seingat aku beginilah  rupa bas masa tu.

Ha, ha! Berbeza sangatlah aku masa kecil-kecil dulu dgn budak-budak sekarang ni. Anak aku macam tak pelik lalu masuk ke bandar. Emm yelah sejak dari dalam perut ke hulu ke hilir berjalan naik kereta dak? Mana deme nak heran!

Panjang lagi cerita ni yek! Klik "Gua Musang" untuk baca cerita sterusnya.

Mayat Berjalan

Malam ni aku nak berehat je. Sebelum tu aku nak paste satu gambar dari www.tranungkite.net yang baru aku baca. Betul tak ni?

Aku tulis balik tulisan penulis ni sebab dah jadi kurang jelas.

Di Kg Toradja (Indonesia) terdapat satu ilmu yg luar biasa di mana mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri. Kejadian berlaku disebuah daerah pedalaman Indonesia yg. berbukit bukau. Jika ada kematian di kg. Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya si mati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. Kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kampung dari mengurus mayat tersebut.


Stesen Keretapi Kuala Lipis, Merapoh, Gua Musang

Pemandangan Stesen Kereta api Merapoh dari jejambat ke Perumahan Merapoh (Ogos 2010)

Weh hingga tahun 70-an, susah sungguh kalau nak keluar ke mana-mana dari Merapoh ni. Jalan yang menghubungkan  Merapoh ni dengan bandar-bandar seperti Kuala Lipis dan Gua Musang hanyalah jalan keretapi. Kalau nak pergi ke bandar lebih besar seperti Johor Bahru, Kuala Lumpur, Butterworth atau Kota Bharu pula kena naik  keretapi mel  yg.  lalu sekali sahari. Selain itu keretapi local pula disediakan untuk perjalanan ke kampung-kampung di sepanjang jalan keretapi  antara Pekan Gua Musang hinggalah ke Gemas.

Satu-satunya cara orang Merapoh nak keluar ke bandar pada masa itu ialah melalui jalan keretapi. 

Seingat aku, keretapi local yang pertama lalu setiap hari ke Kuala Lipis tiba pada pukul 5.00 pagi. Keretapi seterusnya pula pada pukul 11.00 pagi dan yang akhir sekali yang digelar keretapi ikan tiba pada pukul 3.00 petang. Selain itu, keretapi  mel  dari  Tumpat  ke Kawasan Pantai Barat pula tiba di Merapoh ni kira-kira pukul 5.30  petang.


Manakala untuk ke Gua Musang pula, keretapi local terawal untuk ke sana tiba di Merapoh dari Kuala Lipis pada pukul 7.30 pagi. Keretapi seterus tiba pada pukul 1.00 petang dan 4.30 petang. Keretapi Mel dari Kuala Lumpur atau Johor Bahru untuk ke Tumpat pula tiba di Merapoh kira-kira pukul 9 pagi. Begitulah jadual ketibaan keretapi di Merapoh pada masa itu jika aku tidak silap.

Jalan masuk ke Taman Negara melalui jalan Merapoh terletak bertentangan dengan Stesen Keretapi Merapoh. 

Mungkin jadual tu sekarang ni dah banyak berubah. Dengarnya keretapi ekspres pun 2-3 kali berhenti di Merapoh ni untuk menurunkan pelancong yang hendak ke Taman Negara. Akupun tak pasti sebab dah berpuluh tahun tak naik keretapi sejak pakai kereta sendiri ni.

Stesen Keretapi Merapoh ( 2010 )

Kenapa keretapi tu dipanggil keretapi ikan? Sebenarnya keretapi ni membawa ikan laut dari Kelantan ke kampung-kampung yang berada disepanjang jalan keretapi. Biasanya waktu tu ramai juga orang kampung pergi ke stesen keretapi atau 'slow'(perhentian keretapi) untuk membeli ikan setibanya keretapi ikan itu nanti. Walaupun ikan tu mungkin agak lama tetapi itulah sahaja jika nak merasa ikan laut.

Jika kami hendak ke Kuala Lipis dengan keretapi pagi, aku akan dikejutkan oleh mak ayah seawal 4.00 pagi lagi. Bayangkan mengantuknya masa tu tetapi dilawan sahaja kerana itulah peluang sekali sekala keluar ke bandar.

Selepas membasuh muka dan bersiap, kami terus ke 'slow’ untuk menunggu keretapi yg. dijadualkan tiba pada pukul 5.00 pagi. Berbekalkan lampu picit (lampu suluh) atau adakalanya menggunakan karuk (nyalaan dari buluh), kami meredah denai melalui belukar dan kebun getah untuk ke slow. Masa tu sejuk tak terkatalah. Habis muka aku basah kerana meredah embun di kegelapan pagi itu.

Stesen Kereta Api Kuala Lipis ( Ogos 2010 )

Jarak antara Merapoh dengan Bandar Kuala Lipis ni agaknya 100 km. Kira-kira pukul 7.00 pagi, tibalah kami di Kuala Lipis dengan menaiki keretapi pagi ni. Biasanya di sepanjang perjalanan tu, aku tidur jelah di atas kerusi berspan yg. berwarna hijau atau merah. Greeeng!, greeeng! bunyi getaran kipas syiling di dalam gerabak keretapi tu bersama malap cahaya lampu keorenan serta ayunan keretapi hanyut bersama lenaku. Walaupun dalam keadaan yg. kurang selesa, aku tetap lena hinggalah cahaya matahari mula bersinar setibanya di Stesen Keretapi Kuala Lipis.

Kepala keretapi masa tu.

Di setiap gerabak keretapi memang ada disediakan tandas. Di situlah mak ayah aku mengambil air sembahyang untuk Solat Subuh di kerusi yang semuat-muat untuk sujud sahaja. Bersama dendangan keretapi kedekuk! Kedekek! ...,kedekuk! Kedekek....! mereka menunaikan kewajipan dengan penuh tawadhuk. Sesekali aku ternampak kelibat mak ayah aku sedang bersolat kerana tidurku yang sesekali terjaga diganggu bunyi riuh orang ramai serta ayunan kuat keretapi itu. Mereka tak memaksaku untuk turut bersolah kerana aku masih kecil ketika itu.

Pada masa tu, macam-macam barang yang orang bawa bersama menaiki keretapi local ni. Lebih-lebih lagi pada hari pekan sehari di Bukit Betong, di Padang Tengku atau di Kuala Lipis. Guni dan bakul sayur-sayuran dan buah-buahan berlonggok di sana sini sama ada di depan pintu atau di laluan tengah keretapi itu hingga aku terpaksa melangkah panjang atau mengelak-elak untuk ke sesuatu tempat.

Selain itu, barang-barang lain seperti getah keping atau getah sekrap turut dibawa oleh penduduk kampung untuk dijual di bandar Kuala Lipis menggunakan keretapi pagi ini. Walaupun bau getah itu busuk menusuk hidungku tetapi akhirnya bau itu bagaikan tidak menggangguku langsung kerana mungkin sudah menjadi sebati denganku .

Sila klik tajuk "Kuala Lipis" untuk baca sambungan cerita ini .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular

Mohlah jengok!

  • KELADI kemahang atau nama saintifiknya *colocasia esculenta* merupakan sejenis tumbuhan ubi jenis keladi daripada keluarga *araceae* yang lazimnya tumbuh...
  • Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat, Silalah muat turun "Sejarah Kedah" oleh Haji Buyong Adil terbitan DBP tahun 1980 di sini. https://drive.go...
  • Cerita JJCM malam minggu; Petang sabtu, selepas puas berlegar -legar tanpa tujuan di OU Damansara, perut masing-masing mula berkeroncong terutama perut ...
  • Selamat tahun baru 2017. Semoga tahun 2017 ini akan membawa kejayaan kepada kita semua .
  • Pohpalehh.... Melantung baunye. Dah bubuh bagei gaye dak Awang. Tak amboh ilang jugek. Sabun cak kapok te dah pipih sentei dak Awang ghate ke seme badan ny...
  • Alhamdulillah hari ini dah masuk beberapa bulan aku bayar bulanan untuk rumah tu, walaupun macam berat nak bayar sebab rumah belum siap, tapi tanggungjawab...
  • Akademi Silat merupakan sebuah program realiti yang julung kali diterbitkan oleh TV AlHijrah pada tahun 2016 untuk menarik minat generasi muda mempelajari ...
  • Makmur Guesthouse turut menyediakan bilik-bilik untuk disewa. Bilik-bilik ini terletak di kawasan rumah pemilik. Lokasi Makmur Rooms adalah di Kampung Ba...
  • Harga Terbaru Tiket Tambang Bas 1 April 2015 Semua barang naik, harap gaji pun akan naik jugak ah...hahaha..doa banyak - banyak k...
  • Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
  • *https://www.youtube.com/watch?v=IbldsUPVveo&list=UU4zhKrEaSXjd6pcVgCgGHwA&index=5* https://www.youtube.com/watch?v=MzqNnxmdTGk&list=UU4zhKrEaSXjd6pcVgCgGHw...
  • Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
  • Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas ...
  • 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
  • *6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
  • ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
  • Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
  • *KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
  • بسم الله الرحمن الرحيم Al ikhlas Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; be...
  • Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
  • Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
  • Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
  • *...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
  • *Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
  • Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
  • Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
  • *Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...