Meriau 3: Gua Musang

Sambungan cerita semalam. Nak tahu cerita ni yang sebelumnya, sila masuk tajuk Meriau dan Meriau 2: Bijih Emas.

Jarak antara rumah aku di Ulu Kumbang tu dengan Sg. Merapoh ni lebih kurang 1-2 kilometer. Apabila sampai ke rumah, banyak lagi kerja kena buat. Emak aku tentulah kena ke dapur untuk menyiapkan juadah makan malam. Aku dengan ayah aku pula memberi ayam itik makan dan bersiap untuk sembahyang Maghrib atau adakalanya ke Masjid.

Masa tu badan masing-masing dah penat manakala menda-menda ralik di rumah ni tidak ada seperti kita sekarang. Jika adapun radio menggunakan bateri kering. Jadi biasanya cepatlah kami tidur. Selepas Isyak biasanya atau lebih-lebih pukul 10.30, kami tidur dah. Aku masa tu tidur dengan mak ayah lagi. Memang bergelap betul masa tidur ni. Mana ada elektrik lagi masa tu. Kalau ada cahaya pun daripada cahaya bulan yang memancar dari celah-celah dinding atau atas alang rumah jika bulan timbul. Takutlah aku nak tidur sorang-sorang. Bunyi pula macam-macam seperti bunyi kridek, burung hantu dan macam-macamlah. Hai biasalah kat kampung tradiasional.

Sedap sangat tidur masa tu. Pukul 8.00 malam tu dah terasa sejuk. Apatah lagi bila pukul 12.00 malam ke atas. Kami semua mesti guna selimut. Tak tahan sejuk weh! Selain tu gangguan nyamuk memang tidak ada walaupun rumah kami dikelilingi semak dan belukar. Kelambu memang siap tersedia di setiap bilik atau katil. Bila masa tidur, tarik je kelambu yang kami lipat ke atas. Besoknya, lepas bangun tidur, kami lipat balik kelambu tu ke atas semula. Aku tidur tak berketik sampai ke pagi. Maklumlah penat, tambahan pula sekeliling gelap gelita dan sejuk.

Walaubagaimanapun bila masa meriau ni, sebelum tidur mak ayah aku kena bersihkan dan keringkan bijih emas yang dikumpul semasa meriau waktu siang tadi. Mak ayah aku buka baliklah lipatan Daun Puyuh yang berisi bijih emas tu. Kemudian bijih emas tu akan dibubuh di atas kertas timah yang diambil dari dalam kotak rokok. Tujuannya ialah untuk dilayar di atas api pelita supaya bijih emas tu betul-betul kering dan boleh disimpan ke dalam botol. Masa melayar tu, mak ayah aku akan tiup sikit-sikit supaya tahi emas (pasir hitam) yang masih ada sikit-sikit bersama bijih emas tu melayang keluar. Bijih emas yang dah betul-betul kering akan dimasukkan ke dalam botol kecil seperti botol minyak atar.

Begitulah aktiviti yang mak ayah aku buat setiap hari apabila mereka meriau ni. Biasanya setelah seminggu bijih emas tu dikumpul, mak ayah aku akan bawa bijih emas tu ke Gua Musang untuk dijual. Seminggu meriau tu dapatlah dalam 3-4 ratus. Kira lumayan jugalah pada masa tu kan.

Pekan Gua Musang

Gua Musang ni merupakan pekan terpentinglah bagi penduduk Merapoh. Walaupun Merapoh terletak di Daerah Kuala Lipis, Pahang dan bandar Kuala Lipis merupakan pusat pentadbirannya tetapi oleh kerana untuk ke sana adalah lebih jauh, maka penduduk Merapoh lebih gemar ke Pekan Gua Musang, Kelantan untuk membeli barang keperluan dan sebagainya.

Masa dulu untuk pergi ke Pekan Gua Musang atau ke Pekan Kuala Lipis, kami menggunakan kereta api sahaja. Jalan raya tidak wujud lagi masa tu. Dengan menggunakan pengangkutan ini, masa yang diambil untuk sampai ke Gua Musang ialah kira-kira setengah jam. Manakala untuk ke Kuala Lipis pula hampir 3 jam. Hingga sekarangpun, Gua Musang masih lagi menjadi pekan terpenting bagi penduduk Merapoh.

Ukuran berat bagi bijih emas masa tu yang biasa aku dengar ialah 'mayam'. Tapi aku tak taulah semayam tu sama dengan berapa. Di kedai, tokey emas akan membersihkan sekali lagi bijih emas tu menggunakan magnet sebelum menimbangnya. Magnet tu akan didekatkan kepada bijih emas supaya tahi emas yang masih ada akan melekat kat magnet tu.


Itulah antara pendapatan mak ayah aku untuk menyara kami semua. Penat lelah mereka membesarkan kami tidak ternilai harganya. Bila ku singkapkan kisah-kisah lama ni, kesedaran ku akan pengorbanan mak ayah semakin bercambah. Betapa bersungguh-sungguhnya mak ayahku berusaha untuk melihat anak-anak yang mereka sayangi berjaya.

Sanggupkah kita mengabaikan mereka yang kini semakin uzur? Sedarlah bahawa apa yang kita kecapi kini adalah juga hasil daripada pengorbanan dan doa ikhlas mereka. Sebagaimana kita menyayangi anak-anak kita, begitulah juga mereka menyayangi kita. Kepada kitalah mereka mencurah harapan setinggi gunung. Ingat! "Syurga di bawah tapak kaki ibu".

5 ulasan:

  1. salam weh...

    ambik mende?

    kisoh yg menarik weh..boleh buat buku ni..hehe best

    BalasPadam
  2. Dia nok ambik criter koi.
    Nanti koi link blog demeh dalam blog koi boleh?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular

Mohlah jengok!

  • 10 April 2024 1 Syawal. Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2024, makcik menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandai ada tersilap kata, terkasar...
  • [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [ima...
  • Halo…Slot Mudah Menang (nonton channel Youtube Slot Mudah Menang)…nice to meet you bagi seluruh pembaca blog ini. Bersama ini penulis sharing informasi pen...
  • بسم الله الرحمن الرحيم Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia... UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...
  • [image: https://drive.google.com/file/d/1gARq5pZPyhDgD94uQfTTxQGasdWyWma6/view?usp=sharing] Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat semua. Sila klik...
  • *Seei Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2020 SK St Mary Kuala Lumpur* *Tarikh : 6.3.2020* *Hari : Jumaat * *Tempat : Dewan St Mary*
  • *Ogawa BG330DT Brush Cutter * Tu dia brand or model mesin rumput yang aku beli baru baru ini. Ini hasil mentelaah pak cik google dan menginterview abam aba...
  • selamat mengundi pada 9 mei 2018
  • APO DAH JADI BLOGSPOT NI MARIN KOBA NAK TUTUP TGK2 ADO LAIE SERUPO IDUP SOGAN MATI TAK MAU TAPI LOBIH TORUK DARI PARTI SUCI TERKONTUT PUN TIDAK..SENDAWO P...
  • Pohpalehh.... Melantung baunye. Dah bubuh bagei gaye dak Awang. Tak amboh ilang jugek. Sabun cak kapok te dah pipih sentei dak Awang ghate ke seme badan ny...
  • Makmur Guesthouse turut menyediakan bilik-bilik untuk disewa. Bilik-bilik ini terletak di kawasan rumah pemilik. Lokasi Makmur Rooms adalah di Kampung Ba...
  • Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
  • Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
  • Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas ...
  • 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
  • *6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
  • ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
  • Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
  • *KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
  • Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
  • Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
  • Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
  • Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
  • *...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
  • *Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
  • Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
  • Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
  • *Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...