"Menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW"
Ini aku nak bercakap sikit tentang motto Maulidur Rasul kita pada tahun ini iaitu "Menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW" dari sudut pandangan aku yang jahil nilah. Kalau aku tersalah, jangan keberatan mengirimkan teguran yang positif.
Aku ni memang sayang sangat kepada Baginda SAW tetapi sunnah Rasul ni kurang sangat aku amalkan. Antara sunnah Rasulullah yang aku tahu ialah Baginda tidak melewat-lewatkan solat, dan solat berjemaah. Aku ni selalu sangat lewat solat dan jarang sangat solat berjemaah di masjid. Kalaulah ayah aku masih hidup, tentu sedih dia.
Oleh kerana selalu sangat buat perkara tu hingga kadang -kadang perkara tu aku anggap remeh dan biasa saje. Walhal, itulah tuntutan yang utama atau asas Baginda Rasulullah SAW supaya umatnya sentiasa mendapat keberkatan daripda Allah SWT.
Susah hati juga bila memikirkan perkara ni dan aku rasa ramai juga orang lain yang macam aku ni. Sedar, susah hati tapi masih bertangguh untuk laksanakan. Boleh ke agaknya kita nanti menjadi umat Islam yang cemerlang dan dapat membimbing keluarga dan anak cucu kita ke arah menghayati Islam jika kita terus begini.
Pada pendapat aku, nak menjadi seorang yang Menghidupkan Sunnah Rasullulah, asasnya solat nilah. Kalau kita tak ambil berat tentang solat, macam mana Allah nak mengambil berat tentang kita. Minta dijauhlah diriku dan kelurgaku ini daripada dipinggirkan oleh Allah SWT. Jika itu berlaku mampuslah aku.
Daripada sudut yang lebih luas, jika diperingkat keluarga dah rosak atau kurang penghayatan Islam, tentu diperingkat ummah pun akan rosak sedikit demi sedikit. Aku juga semakin hari semakin risau bila melihat budaya masyarakat sekarang. Ramai mak ayah tak menutup aurat, anak lebih-lebih lagilah. Makan ikut 'dan' saja, ambil remeh tentang isu halal, sedangkan itu akan jadi darah daging dan hati kita. Bersikap individualistik, lantaklah apa nak jadi pada orang lain dan tak boleh menerima kritikan dan teguran. Tidak peka kepada sensitiviti Islam, galak membuat maksiat dan banyak lagilah. Kudis-kudis inilah yang tidak disedari oleh ramai umat Islam sekarang yang semakin membesar dari masa ke semasa seperti mereka sudah buta dan tuli .
Fikirkanlah kalau kita lengoh solat, kemudian suruh anak cepat solat, pelik je jadinya. Begitu juga dengan aurat, suruh anak tutup aurat tp. kita sendiri tutup lebih kurang je. Rambut tutup tapi tapi punggung bulat je, boleh ke? Ha, ha, aku selalu terpadang ke bentuk punggung perempuan. Nak buat macam mana dah nyata merata-rata. Ustaz atau ustazah ajar anak kita jangan pakai seluar ketat dan jarang tp. tengok keluarga tutup cara lain, rambut je tutup tapi kain jarang, seluar ketat. Ayah abang pula suka keluar berjalan pakai seluar pendek. Kelirulah si anak tadikan?
Tak mustahil akhirnya anak kita tu terus tak tutup aurat sebab fikirnya pakai seluar ketatpun sama juga. Akhirnya tindakan kita akan diwarisi ke anak cucu cicik kita, malah menjadi semakin jauh dari penghayatan Islam. Trend pakai seluar pendek dan ketat ni dah menjadi labut, tengoklah di mana-mana. Tak risaukah kita atau kita dah rasa macam tak ada apa-apa je keadaan ini?
Inilah cara wanita menutup aurat yang sebenarnya. Kalau pakai tudung tapi pakai seluar ketat dan baju baby tu, jauh sangat lagilah dianggap menutup aurat. Insaflah kaum muslimah, itu fahaman sesat yang nyata.
Sebenarnya aku ni risau kepada semualah, termasuklah diri aku, keluarga, saudara mara, masyarakat dan kepada umat Islam yang menjadi saudara seagamaku. Aku berharap kerisauan aku ni dinilai oleh Allah yang menjadi tempat aku bergantung, tiada yang lain lagi. Ampunilah daku Ya! Allah.
Walau bagaimanapun aku besyukur kerana dulu aku merokok tetapi Alhamdulillah dah hampir 2 tahun berhenti dari mengisap menda yang tak berfaedah tu. Aku rasa itulah satu-satunya perubahan yang aku dapat selepas balik dari menunaikan Umrah. Dulu aku berbelanja sampai rm10 sehari untuk membeli rokok je. Aku ni bukan reti beli rokok yang murah-murah, Dunhill juga aku cari walaupun mahal. Minta-minta janganlah aku terjerumus lagi dengan gejala merokok ni lagi. Jadi, ini aku kira satu Sunnah Rasulullah yang telah aku amalkan. Insyaallah jika beserta dengan niat yang ikhlas.
Ini luahan hati aku sahaja, tidak terlintas untuk mengait atau menyentuh mana-mana pihak. Kita ni ada satu tanggungjawab iaitu berdakwah atau mudahnya menasihati atau mengajak orang berbuat baik. Aku berazam untuk mengubah cara hidup ku. Amin.
semalam abeli ada juga sambut maulud kat sek tahfiz berhala gantang...
BalasPadamsama la kiter...hihihih. aok pandang punggung pompuan di?
BalasPadamAbeli, baguslah tu. Mohlah kita sama-sama menghidupkan Sunnah Nabi SAW.
BalasPadamHe, he. Koi pandang punggung perempuan ni di mana-mana. Pergi jelah ke bandar tu, jumpalah perempuan bertudung tapi... Org. lelaki seluar longgo je sebab takde org. nok menengok. Jadi lelakilah salah sbb galok sangat nengok ... Menjadi-jadilah trend ni weh terutama gadis remaja yg. nalurinya ingin kelihatan cantik...
BalasPadam