Aku suruh mak tukar sajalah dapur tu dengan dapur baru. "Aok tengoklah dulu midi, dapur ni baru lagi mok dengan abang cu aok beli, takkan rosak dah", rungut mak masa bercakap dengannya dalam telefon.
"Haaah! Keh ingat dapur lama dari Pondok Sungai Durian dulu. Kalau dapur dulu tu, elok tukar jelah sebab dah terlalu lama, dekat sepuluh tahun dah!", kata aku. "Kalau dapur baru, nantilah keh tengok. Takkan cepat sangat rosak," tambahku lagi. Masa kami bercakap tu, aku masih lagi kat sekolah.
Aku berjanjilah akan datang ke pondoknya dalam pukul 2.00 - 3.00 petang nanti selepas balik sekolah. Dia mengingatkanku agar tidak lupa pula nanti dan menyuruhku datang secepat mungkin kerana dia nak memasak untuk berbuka puasa pula.
Aduh, letihnya rasa di bulan puasa ni! Dalam bulan puasa ni biasanya selepas balik sekolah, selesai je solat Zohor, aku akan terus tidur dalam sejam dua. Tengah hari beginilah aku rasa mengantuk sangat. Hari ni nampaknya tak dapatlah aku tidur macam biasa kerana perlu menolong mak aku menengok dapurnya pula.
Assalamualaikum...Inilah pondok mak aku di Kg. Pangsenam.
Selepas solat Zohor, aku terus pergi ke rumah mak aku. Setiba di rumahnya, aku terus pergi ke dapur untuk menengok dapur gasnya itu. Dapur sebelah kanan memang tak boleh dipulas kerana mak aku memang dah pulas habis sontok. Dapur di sebelah kiri pula boleh dipetik tetapi tidak menyala. Aku terus beritahu mak aku yang sebenarnya gas dapurnya ni dah habis. Mak aku kata tong gasnya ni baru sahaja dipakai, takkanlah dah habis.
Aku membongkok untuk mengangkat tong gasnya tu. Memang sahlah gasnya dah habis mak, ringan sangat tong gas ni. Keh rasalah mak mungkin tak perasan tersilap tutup dapur sebelah kanan ni. Mak mungkin terpulas ke arah bertentangan semasa menutup dapur ni hingga menyebabkan semua gasnya terlepas keluar. Mungkin masa tu mak loghat nak pergi ke mana-mana hingga tersalah tutup.
Sepatutnya apabila dah pulas habis sontok, penunu tengahnya sahajalah yang akan menyala. Sebaliknya mungkin kerana dapur ni dah tak berapa elok, penunu tengahnya tu terus terpadam setelah dipulas begitu. Inilah yang menyebabkan mak perasan sudah menutup dapur gas tu dengan betul. Mak aku senyap jelah mendengar andaianku itu.
Selepas itu aku terus mengambil tong gas yang satu lagi untuk dipasang kepada dapurnya itu. Alhamdulillah, apabila aku petik dapur sebelah kiri, apinya terus menyala dengan baik sekali. Aku petik pula dapur sebelah kanan, api meyala sekejap kemudian terpadam balik. Aku angkat sedikit dapur gas tu untuk mengadjust penununya. Syukur akhirnya api kedua-dua belah dapurnya dapat dinyalakan dengan baik.
Kalau aku layankan mengantuk ni, rasanya pukul 6.00 petang karang baru sedar
Selepas itu aku duduklah di katil mak aku sekejap. Aku pesanlah kepada mak aku supaya berhati-hati menggunakan dapur gas ni. Apabila selesai memasak, pastikan dapur ditutup dengan betul. Jika tersalah pulas pemetik dapur tu, takut gasnya akan terus terkeluar tanpa disedari. Kalau kejadian ini tidak disedari dalam tempoh yang lama seperti mak pergi ke surau selepas itu, gas akan terperangkap serta memenuhi ruang di dalam rumah mak. Ini amat berbahaya. Apabila mak atau jiran sebelah menyalakan api, letupan dan kebakaran boleh berlaku dengan serta-merta.
Dapur dah ok, bolehlah mak aku memasak. Mak aku tengah masak Gulai Masam Ikan Patin tu.
Sambil memasak di dapur, mak aku diam jelah mendengar nasihat aku. Tidak lama selepas itu, gulai masam mak akupun siap. Mak aku memberikan sedikit gulai masamnya untuk aku bawa balik berbuka puasa nanti. Sebelum balik, mak aku suruh pula aku tengok di bawah rumah, mengapa air berladung je kat situ. Aduh! ada lagi kerja. Akupun teruslah turun ke tanah untuk mengetahui sebabnya. Rupa-rupanya salur singki mak aku tercabut. Aduh banyak lagilah kerja aku ni....
"Baok balik gulai masam ni. Hasif suka sangat ke gulai masam ni"
Inilah gulai masam mak aku. Cucunya hasif bukan main beria makan gulai wan dia ni. Walaupunnya pedas bebeno tetapi sedapnya memang tak boleh lawanlah. Sampai aku marahkan Hasif untuk melarangnya menghirup kuah gulai masam tu beria sangat. Bukan apa perut budak, takut sakit perutnya nanti.
Walaupun tak dapat tidur petang macam biasa tetapi aku gembira kerana dapat menolong mak aku. Semoga Allah melimpahkan Rahmatnya ke atas kami atas pengorbananku yang tak seberapa ini.
Tukor je dapur baru.Baru puas hati.Selamat pun ye.
BalasPadamYe juga, nantilah koi bincang dgn mok aku.
BalasPadamTakut gini je. mok aku tersalah pulas juga dapur barupun. Pulas nak tutup tetapi sebenonya pulas nak bagi besar lagi. Hai Maklumlah orang dah berumor gini kurang peka sikitlah kan ...
Midi..
BalasPadambaru koi tahu kampung pangsenam tu ander pondok.. koi balik beranang sokmo lalu situ, lalu kerayong-spg pelangai-jelebu..
Kg Pangsenam ni tak sampaipun 5km dr. bdr temerloh. Lalu ikut jalan bawah jambatan ke triang, lepas je kg buntut pulau jumpa selalu kampung pangsenam.
BalasPadamdah 5-6 tahun mok koi memondok kat situ. ajak duduk dgn anok2 dia tak nok. agoknya malas beromih dgn anok cucu. dia suka duduk sendiri selagi daya.
Koi perasan sokmo kg tu.. buntut pulau tu dekat amat doh dgn temerloh.. rodonc koi ada megat segama tu..
BalasPadambila2 nok gi tengok2 jugek pondok te..
Ngape? ande sesiapa bercadang nok memondok kat situ juga ke?
BalasPadamsaja nok ambik tahu..koi ingat ni pahang ni beloh2 kuantan je ander pondok kuikui
BalasPadamAnde banyok juga pondok di negeri kita ni tp. mungkin kurang popularlah. kat kampung keh di Merapohpun baru buka satu. mok keh sibuk nok bina pondok kat situ pulok utk. buat wakaf
BalasPadamAssalammualaikum... mcm mana ye nak masuk pondok ni. Ada tak no phone yg boleh dihubungi. Apa yg perlu dilakukan utk masuk memondok kat sana ye? Tlg emailkan pada sha di nazrisha8470@gmail.com klu boleh nak suruh mak memondok kat sini. Lagi pun mak skrg tinggal sorang sebab sha dah ke saudi.
BalasPadamAssalammualaikum... mcm mana ye nak masuk pondok ni. Ada tak no phone yg boleh dihubungi. Apa yg perlu dilakukan utk masuk memondok kat sana ye? Tlg emailkan pada sha di nazrisha8470@gmail.com klu boleh nak suruh mak memondok kat sini. Lagi pun mak skrg tinggal sorang sebab sha dah ke saudi.
BalasPadam