Anak aku pula bila dapat tahu nak balik ke Merapoh, awal-awal lagi pesan supaya bawa dia ke Gua Musang. Dia ajak aku makan ke sebuah restoran di bandar tu. Apa yang uniknya restoran ni. Kalau nak tau mohlah kita tengok gambar-gambar di bawah ni.
Kat restoran ni ada menyediakan belut goreng halia
Ada juga sup belut
Tak taulah kenapa. Anak aku memang gemar sangat makan belut ni. Bila dah rasa sekali, dia terus suka dan mesti ajak aku makan belut di restoran ni bila kami balik ke Merapoh.
Aku pula cuba nasi air. Masa tu sebenarnya aku kenyang lagi. Duduk saja tengok anak aku makan rasa tak kena juga. Jadi mintalah nasi air. Bukan aku gemar sangat ke nasi air ni tetapi saja je nak rasa nasi air kat sini kot-kot sedap.
Isteri akupun minta nasi air. Tapi... tengok muka tu macam tak gemar je.
Tengok mak aku tu tengah menghirup kuah sup belut. Mak aku ni sebenarnya kenyang juga. Pada mulanya dia tak nak makan sebab katanya kenyang lagi tetapi akhirnya order juga nasi putih separuh selepas aku ajak beria.
Beria betul anak aku makan belut tu. Aku tak gemar langsung ke belut ni. Bila suap ke mulut je rasa nak terkeluar balik. Badannya yang bulat gitu menyebabkan aku terbayang ke menda lain.
Sesiapa yang sampai ke Gua Musang dan terasa nak makan belut, datanglah ke restoran ni.
kat utara belut buat kuah laksa.. tapi sedak
BalasPadamkeh samelah mcm asif. suka sup belut dgn belut masok halia
BalasPadamWeh patutlah koi rasa sedak semacam je makan laksa di pulau pinang dulu. Menda koi tak tau laju je makan.
BalasPadamKehpun gemo juga ke belut ni. Dagingnya manis dari daging ikan semilaa tp tulah keh mudah terbayang menda-menda lain bila tengok ke rupanya tu.
Sedak amat weh belut ni.Khasiat pun banyok
BalasPadamsalam, restoran nie kat mana....kat bandar baru@bandar lama..cam best plak tgk sup belut nie....blh try skali nie...
BalasPadamrestoran ni kat bandar lama. kira dekat jugalah dgn masjid lama gua musang
BalasPadamMidie..
BalasPadamKoi kala balik kelantan koi sokmo layan belut di chabang empat tumpat.. sup dia bukan machanc sup kedey puok2 patani biasa tu.. dia machanc ader rempoh skek..
Di bandor pusat jengka pun dulu ander jugek.. sekarang ni deme pindoh banyok kedey ke tempat lain kurang periksa pulok hamba maner kedey tu le ni..
Eloklah aok bagitau tu. Koi ni gemo juga berjalan. Tengoklah kot-kot cuti nanti koi dapat bawa anak bini berjalan ke sana merasa belut masak cara lain pulok.
BalasPadamKedey chabang empat tumpat ye...
Ho'oh midi..
BalasPadamsebeloh esso ke caltex ntoh..
sup dia memanc spesel.. belut dia pun kecik2 je.. yang bandor pusat dulu lebih besor pada ibu jari..
Boleh la trey..tapi kala musim raya rasa koi raya keempat kelima baru bukok..koi balik sana sampei raya kedua je..
Terima kasih banyak2lah. Insyalaah koi sampai juga ke sana nanti. Koi rajin juga jalan ke belah sana terutama masa mak ayah koi memondok di Sg. Durian, Kuala Krai dulu.
BalasPadamFooh...pondok termasyhur belah selatan tu..
BalasPadamDr Abdul Basit Abdul Rahman yang tersohor le ni pun dari situ..
kala beloh kelantan utara lubuk tapoh banyok lagi la.. negeri kita ni kurang amat pondok ni yek..
Ander juga tp tak popular. Masa mok koi nak pindah ke pondok pangsenam, temerloh dulu, masjid 2 tingkat di pondok sg durian tu sedang dibina. Sekarang dah siap agoknya.
BalasPadam