Oleh sebab rindu sangat dah nak berblog, malam ni aku nak ceritalah sikit pasal Sambutan Hari Lahir Adie, cucu aku petang tadi. Kalau nak ikut, aku tak tau langsung hari ni nak buat majlis tu. Sebenarnya aku bercadang nak balik ke Temerloh semula selepas Zohor setelah dua malam berada di Merapoh sempena cuti sekolah Sabtu Ahad ni.
Semasa melintas di dapur rumah untuk pergi mandi, tiba-tiba aku teringat nak membetulkan paip singki di dapur rumah akak aku tu apabila terpandang paip tu. Semalam akak aku ada mengadu yang paip di singkinya macam dah nak lost, mudah sangat terkule semasa nak membuka air. Aku berjanji dengannya untuk membetulkan paip tu semula tetapi aku bertangguh-tangguh dan lupa pula sampailah saat-saat akhir nak bertolak balik ke Temerloh semula.
Tanpa berlengah aku mintalah dengan abang Mat iaitu abang ipar aku spanar dan getah lilit paip. Selepas itu, aku pergi keluar untuk menutup kepala paip utama supaya semasa aku membuka kepala paip kat singki nanti, taklah air paip memancut ke dapur nanti. Lah! rupanya kepala paip kat luarpun lost juga. Dah tak boleh nak tutup lagi. Kalau macam ni, nampaknya banyaklah kerja aku ni. Tak tolong karang kesian pula ke akak yang mengharap sangat ke kita.
Ringkas cerita aku buatlah kerja membetulkan kepala-kepala paip tu sampai selesai, barulah aku mandi. Selepas solat, akupun bersiap-siaplah untuk balik. Tiba-tiba abang ipar aku minta tunggulah sekejap lagi sebab tak lama lagi nak buat majlis hari lahir cucunya. Masa tu jam pukul tiga lebih dah. Aku tunggu jugalah. Lagipun aku tengok akak aku tengah sibuk menggoreng mee dan buat air sirap di dapur. Tak sampai hati aku nak belah pada masa tu.
Di bawah ni adalah sedikit gambar semasa majlis hari lahir tu.
Sebelah kiri tu Kimie, sebelah kanan tu Adie. Seronoknya tengok kegembiraan budak-budak bila adakan majlis untuk mereka. Budak-budak ni tak tau ke menda lagi. Corakkanlah mereka dengan iman dan takwa. He he! macam baik-baik je...
Ramai dah cucu aku weh. Rasanya ada dah 15 orang. Cucu yang paling besar sekali rasanya anak Faizah, dah darjah 6. Ini cucu sedaralah, kalau cucu betul, lambat lagi!
bercucu dah aok weh..hehehe
BalasPadamYelah dulu kita cucu, sekarang ni dah bercucu, kalau panjang umur lepas ni bercicitlah pulok.
BalasPadam