Tengoklah sendiri. Siang malam jalan ni sibuk. Letihlah nak memotong lori-lori tu.
Jalan raya ke kampung aku Merapoh ni sibuk sangat dah. Jalan raya ni juga dah semakin teruk, banyak sangat berlubang di sana-sini. Sebelum inipun memang dah banyak berlaku kemalangan ngeri di jalan raya ini. Raya Idil Fitri dah dekat ni. Kalaulah kerosakkan jalan raya ini terus dibiarkan, tidak mustahillah lebih banyak kemalangan ngeri akan berlaku pada musim hari raya itu nanti.
Pada hemat akulah, jalan raya ini sudah menjadi laluan terpenting terutama bagi orang dari Kuala Lumpur untuk pergi ke negeri Kelantan atau sebaliknya. Ini memandangkan laluan inillah yang paling dekat untuk menghubungkan kedua-dua kawasan tersebut. Kalau ikut Terengganu, lagilah jauh.
Malahan jalan raya ini juga seperti sudah menjadi laluan antarabangsa untuk menghubungkan Kuala Lumpur dengan Thailand. Setiap kali aku balik ke Merapoh, aku dapati banyak sangat lori barang yang lalu di jalan raya ini. Mungkin barang-barang itu barangan dari Thailand atau barangan dari Malaysia untuk dihantar ke sebelah Thailand. He he! agoknyalah.
Aku rasalah sepatutnya jalan raya ni dah lama diperbesarkan menjadi seperti lebuh raya, sekurang-kurangnya dua lorong sebelah. Barulah kawasan sebelah kampung aku dan pantai timur keseluruhannya dapat dimajukan dengan lebih pesat.
Aku rasalah apabila jalan raya seperti itu dapat dibina, sudah tentu akan mendatangkan faedah yang besar kepada ekonomi negara kita. Taklah pelabur asing berasa susah nak melabur di kawasan ini dengan alasan masalah perhubungan atau pengangkutan yang kurang baik.
Pemanduan aku apabila sesekali balik ke Merapoh nanti juga pasti lebih menyeronokkan. Taklah aku selalu sangat mengitai-ngitai untuk memotong lori yang banyak di jalan raya itu. Telinga aku juga taklah bingit sangat kerana selalu ditegur oleh isteri aku yang sering berdebar apabila ternampak lori besar atau semasa kami berselisih dengan lori di jalan raya yang sempit serta berbukit-bukit ini.
Orang yang memandu di jalan raya inipun aku dapati selalu membuat tindakan yg. berbahaya. Mungkin ini disebabkan mereka dah penat serta hilang sabar kerana acap kali terpaksa mengekor di belakang lori berbelas kilometer setiap kali melalui jalan raya ini.
Ada yang pakai potong je kenderaan lain walaupun di selekoh tanpa memastikan dahulu kenderaan lain di hadapan. Mereka yang memandu begitu akan menghimpit sahaja kenderaan kita apabila ternampak kenderaan lain sudah dekat di hadapan kenderaan mereka. Tindakan seperti inilah antara sebab berlakunya kemalangan.
Ini pula masa di Bukit Tujuh dari kampung aku Merapoh nak balik ke Temerloh. Kawasan ni memang selalu berlaku kemalangan. Letih dah mengekor lori, akhirnya tempat selekohpun memotong.
Bagi akulah kalau jalan raya ini dibuat dua lorong sehala, senanglah sikit orang nak memotong lori-lori yang banyak lalu dijalan raya ini. Pendek kata kalau jalan raya ni cantikpun tak guna kalau tak dibuat dua lorong kerana jalan raya ni dah terlalu sibuk.
Kerajaan, utamakanlah untuk membuat jalan raya dua lorong sehala hala ke Merapoh dan ke Kelantan ni. Barulah best sikit memandu di situ nanti. Insyaallah banyak kelebihan dan keuntungannya pada negara kita apabila jalan raya seperti itu dibina. Lebih baik lagi kalau jalan raya tu takda tol. Kalau jalan raya tu tak lurus sangatpun takpa. Janji jalan raya tu dua lorong sehala dan tidak berbukit-bukit sangat. Amacam boleh? Takkan rugi pumyalah.
salam..
BalasPadamelok di besoran lagi jalan te,koi rase kalo dpt buat gaye jalan Raub ke Lipis tu pun ok la jugek..besor la tu..
hati2 la di jalanraye weh
Waalaikumussalam. Besar tu memang besar dah jalan tu weh, keknya banyok sangat lori tulah. Lori bukannya bawa barang sikit-sikit, macam tak bergerak masa naik bukit. Guaner nak ngekornya dah lambat sangat. Itulah yg koi tak daya tu.... Kalau sediakan satu lorong nok memotong, mudahlah sikit dak.
BalasPadamJalan Bkit betong-chegar perah ntah bila nk buatnye...
BalasPadamLama dah keh dengar nak buat jalan baru kat situ tapi entahlah, sampai mana dah siap. Kala siap nanti dekatlah sikit nok balik ke merapoh.
BalasPadamKoi kala lalu sini memanc koi yanc trauma.. mane doknya.. koi drebar dari beranang, selangor.. nok sampei tol gombak pun dekat sejanc doh.. nok menyampei ke lepih 2 janc lebih lagi.. merapoh lagi 98 km.. aok tahan la midie..sengkat itu je..
BalasPadamkoi sontok tepi sempadan thailand.. kampung org rumoh koi betul2 tepai sg golok..
Ada sekali 13 janc lebih koi drebar..jem dari bentong sampei la pasir mas.. ade je tempat yanc kene..
patutnya lamer doh ander highway bentong-merapoh-kota bharu..
kala beloh klantan masaaloh politik, beloh kita ni masaaloh mender pulok??
Pepalih jauh aok drebar. Tak sakit pinggang ke? Hati-hatilah memandu. kala letih rehatlah dulu...
BalasPadamMoral of the story...SOKONG LAH BARISAN NASIONAL....Pasti masalah jalanraya akan dapat diselesaikan dengan segera.
Padam