Apabila mak aku nak bersedekah

Sempena Cuti Nuzul Quran pada hari Jumaat baru-baru ini, sekali lagi aku berpeluang balik ke Merapoh membawa mak aku. Sebenarnya memang aku ada berjanji dengannya untuk balik ke Merapoh pada hujung minggu lepas tetapi terpaksa dibatalkan kerana ada gotong-royong di sekolahku. Jadi pada hujung minggu inilah aku dapat bawa mak aku balik ke Merapoh semula.

Pada 3 minggu lepas, aku telah pergi ke dusun peninggalan arwah ayananda aku untuk melihat pokok-pokok duku yang berbuah lebat seperti cerita abang ipar aku abang mat. Memang betullah seperti yang diceritakan, rata-rata pokok duku di dusun ayahanda aku ni berbuah lebat. Sayangnya aku tak berkesempatan untuk mendaya atau memetik buah duku itu kerana kesuntukan masa. Tambahan pula aku nampak buahnya masih agak muda menyebabkan aku berasa was-was untuk memetiknya kerana takut jadi membazir pula jika buahnya masam atau tidak boleh dimakan lagi.

Mak aku nampak begitu bersemangat sekali apabila medapat tahu buah duku di dusunnya kali ini menjadi. Dia bercadang hendak mengutip buah-buah duku itu sebanyak mungkin untuk disedekahkan di pondoknya nanti. Oleh kerana tidak mahu menghampakan hajat mak aku itu, aku berjanji akan balik ke Merapoh semula  2 minggu lagi. Apa lagi, mak aku gembira sangatlah mendengar janji aku itu.

Sebenarnya pada tahun ini, Alhamdulillah buah-buahan terutama buah langsat, duku dan rambutan sangat menjadi. Setiap kali selepas aku sembahyang tarawih di Masjid Temerloh Jaya ni, buah-buahan inilah aku lihat banyak disedekahkan di masjid. Pendek kata kalau tak balik ke Merapohpun, jenuh dah aku makan buah duku, langsat dan rambutan ni.

Selain itu, sepanjang perjalanan ke Merapoh, aku lihat banyak sangat gerai orang menjual buah-buhan ini. Ini menunjukkan bahawa bukan sahaja di Merapoh tetapi serata tempat di negeri Pahang ni nampaknya buah-buahan ini menjadi. Aku pernah juga mendengar keluhan peniaga buah-buahan yang merungut kerana buah-buahan ini tidak laku dijual kerana sudah terlalu banyak di mana-mana.  

Oleh sebab itu, aku ingatkanlah mak aku supaya nanti tak perlulah ambil banyak sangat buah-buahan tu. Aku takut nanti jadi penat sahaja memanjat pokok sedangkan orang lainpun banyak juga buah ini. Ramai orang lainpun menyedekahkan buah-buahan ini di masjid-masjid pada setiap hari. Ada yang jadi busuk begitu sahaja kerana tidak habis dimakan.

Aku dengar juga mak aku merungut kerana sayang sangat ke buah duku peninggalan suaminya itu. Padanya, jika dibiarkan buah duku itu begitu sahaja seperti kita tidak menca'ana (ambil peduli) usaha ayahanda dahulu. Kalau boleh semua buah dukunya itu hendak disedekahkan ke pondok, ke rumah anak yatim, ke masjid atau surau. Bagus betul hasrat mak aku ni. Dia berharap usahanya itu akan membolehkan ayahandaku mendapat  ganjaran daripada Alllah hasil daripada buah-buahan tanamannya itu disedekahkan.

Oleh itu tidak hairanlah aku lihat mak aku membawa 4 atau 5 buah bakul raga serta beberapa biji guni semasa aku hendak bertolak ke Merapoh pada pagi Jumaat itu. Aku mula berasa risau dengan semangat mak aku ni. Bimbang juga aku nanti kereta waja aku pula yang akan jadi mangsanya. Yelah kereta ni mana sesuai untuk membawa menda yang terlalu berat nanti. Takut rosaklah pulak kereta ni. Mak aku mungkin tak berapa terfikir menda-menda begitu. Padanya selagi muat, selagi itulah barang boleh dimasukkan. Bukannya kita memikul, kereta yang membawa!

Pada pagi Sabtu semasa di Merapoh, aku bersama seorang kawan lama aku Talib serta kak andak pergilah ke dusun untuk memetik buah duku. Baru empat pokok duku dipanjat, itupun tak sampai separuh buahnya dipetik, dah satu bonet keretaku penuh dengan buah duku sahaja. Aku tengok bahagian belakang kereta aku dah melendut ke bawah. Risaunya aku takut spring belakang kereta aku ni patah pula nanti.

Ini duku-duku yang telah mak aku asingkan untuk dibawa balik ke Temerloh. Ada banyak lagi buah duku tetapi terpaksa ditinggalkan sahaja kerana rasanya dah terlalu berat. Alamat melendutlah weh!

Setibanya di rumah, aku cakaplah kepada mak aku supaya bawa sikit ajelah buah duku ni ke Temerloh kerana aku takut kereta aku rosak nanti. Mak aku diam aje. Aku cakaplah lagi pasal itu supaya mak aku lebih faham akan masalah yang aku fikirkan. Tak lama lepas itu mak aku mula bersuara," midie, bukannya lama sangat dah keh ni. Masa inilah je keh nak menumpangnya," . panjang lagilah bebel mak aku ni. Pedih juga telinga tetapi aku sabar jelah. Nak buat macam mana, mak kitakan.

Alhamdulillahlah akhirnya mak aku dengar juga cakap aku. Separuh daripada buah duku itu ditinggalkan sahaja di rumah kak andak aku di Merapoh ni untuk disedekahkan di masjid di sini. Walaubagaimanapun kereta aku tetap melendut semasa perjalanan balik ke Temerloh semula pada hari Ahad. Yelah selain daripada buah duku itu, ada empat orang yang berada dalam kereta ini. Ini belum termasuk beg dan barang-barang lain lagi.

Sempat juga aku bergambar dengan kawan lama sebaya aku iaitu Sabri semasa bertemunya sebelum balik ke Temerloh.

Aku terpaksa pandu keretaku perlahan kira-kira dalam 60 - 90 km/jam sahaja. Itupun beberapa kali aku dengar spring belakang kereta waja aku berbunyi 'kting' semasa lalu di kawasan jalan raya yang berombak. Minta-minta janganlah rosak spring kereta aku ni.

Bagaimanapun apabila tiba di Temerloh, setelah aku agih-agihkan buah-buah duku di Pondok Pangsenam, rumah abang cu untuk di hantar ke rumah anak yatim, dan di masjid, aku berasa sungguh lega kerana dapat menolong mak aku memenuhi hajatnya untuk bersedekah. Aku berharap aku terus bersabar dengan kerenah mak aku dan minta-mintalah segala usaha kami ini akan diberkati Allah.

Ingatlah "Syurga di bawah tapak kaki ibu".

4 ulasan:

  1. Gone ke weh.Permintaan orang tua.Layan ke je.

    BalasPadam
  2. Molek amat doh tu midie..
    Harapan mok wajib dituruti.. :)
    Kereta boleh tukor 14 kali..
    Emak tiada tukor ganti.. :)

    BalasPadam
  3. Memang betullah. Zaman kita kecik2 dulu moklah melayan kerenah kita macam2.

    Ada masanya suap ini tepis, suap itu tepis, lepas tu lempor makanan habis tumpoh tp mok kita sabor je malayan kerenoh anok-anok.

    Walaupun masa tu dia penat mana sekalipun.

    Sekarang bila dia dah tua, masa kita pulaklah bersabor banyak2. Macam manapun jauh sgt lagi dr terbalas jasa mok ayoh kita tu.

    Itu baru sikit ujiannya. Org lain tu ada lagi besor ujiannya dgn mok ayoh yang dah tua ni.

    Itulah banyok juga berlaku anok-anok tolak-menolok dpd menjaga orang tua kerana tak sanggup melayan kerenah mok ayoh yg dah tua.

    Minta jauhlah kita daripada jadi macam tu. habislah kita kalau di cop anok derhaka. Tak cium bau syurga weh.

    Kalau ada terbabas sikit2 dgn orang tua tu nak buat macam mana. Kita manusia tak lari dari kesilapan. Bila teringat balik, cepat2lah bertaubat supaya kita sentaiasa diampunkan Allah.

    Betullah kata aok. Kereta boleh berganti tp mok, mana boleh tukar ganti dah.

    BalasPadam
  4. Koi mengingatke diri sendiri je tu weh..
    Mok koi pun dok soranc..
    koi balik jugek jumaat baru ni, mintok cuti tahun, KL tok cuti Nuzul. Istri dgn anok2 semmer cuti sebab demeh sekoloh di selangor. Adik beradik pun balik belaka, nok bagi dia suka hati sikit.. dok soranc weh.. ayoh koi doh 2 tahun lebih takde..

    Moga2 kita sama2 mendapat redha Allah midie.. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular

Mohlah jengok!

  • *26/9/2024-29/9/2024 Khamis-Ahad(Throwback) * *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ* 27 Sept 2024 Bersambung dari cerita di *Sini*. Mala...
  • Henry Ridley and houseboat, Kuala Tembeling, Malaysia, 1911 Henry Ridley berdiri di tepi rumah bot di Kuala Tembeling di Malaysia, tahun 1911. Beliau me...
  • Halo…Slot Mudah Menang (nonton channel Youtube Slot Mudah Menang)…nice to meet you bagi seluruh pembaca blog ini. Bersama ini penulis sharing informasi pen...
  • بسم الله الرحمن الرحيم Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia... UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...
  • [image: https://drive.google.com/file/d/1gARq5pZPyhDgD94uQfTTxQGasdWyWma6/view?usp=sharing] Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat semua. Sila klik...
  • *Seei Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2020 SK St Mary Kuala Lumpur* *Tarikh : 6.3.2020* *Hari : Jumaat * *Tempat : Dewan St Mary*
  • *Ogawa BG330DT Brush Cutter * Tu dia brand or model mesin rumput yang aku beli baru baru ini. Ini hasil mentelaah pak cik google dan menginterview abam aba...
  • selamat mengundi pada 9 mei 2018
  • APO DAH JADI BLOGSPOT NI MARIN KOBA NAK TUTUP TGK2 ADO LAIE SERUPO IDUP SOGAN MATI TAK MAU TAPI LOBIH TORUK DARI PARTI SUCI TERKONTUT PUN TIDAK..SENDAWO P...
  • Pohpalehh.... Melantung baunye. Dah bubuh bagei gaye dak Awang. Tak amboh ilang jugek. Sabun cak kapok te dah pipih sentei dak Awang ghate ke seme badan ny...
  • Makmur Guesthouse turut menyediakan bilik-bilik untuk disewa. Bilik-bilik ini terletak di kawasan rumah pemilik. Lokasi Makmur Rooms adalah di Kampung Ba...
  • Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
  • Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
  • Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas ...
  • 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
  • *6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
  • ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
  • Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
  • *KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
  • Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
  • Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
  • Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
  • Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
  • *...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
  • *Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
  • Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
  • Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
  • *Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...