Klik untuk cerita sebelumnya.
Akhirnya setelah hampir 10 tahun berpindah ke RPS Merapoh, orang Merapoh seperti sudah menerima segala-gala kemudahan seperti orang di bandar. Jalan berturap telah dibuat di semua lorong di perumahan itu. Begitu juga dengan kemudahan telefon dan elektrik 24 jam sehari juga telah disediakan. Selain itu, sudah ada rumah rehat, perpustakaan awam, klinik haiwan, pejabat pertanian, pejabat peladang dan sebagainya. Pendek kata semua lengkaplah di perumahan Merapoh ni seperti di tempat-tempat lain juga. Malahan kini Merapoh sudah menjadi laluan penting untuk ke taman negara.
Bagaimanapun ada beberapa perkara yang aku nak bangkitkan tentang masalah di perumahan Merapoh ni. Bagi aku masalah ini akibat perancangan jangka panjang yang tidak betul.
Pertama. Jika semasa di kampung asal dahulu kedudukan rumah penduduk kampung berada jauh antara setiap buah rumah tetapi di kawasan RPS ini, kedudukan rumahnya amat rapat sekali. Jika berlaku sesuatu kebakaran, besar kemungkinan kebakaran tersebut boleh merebak dengan pantas ke rumah-rumah lain. Oleh sebab itu jugalah, aku lihat keadaan perumahan ini tidak ubah seperti kawasan perumahan setinggan yang terdapat di bandar-bandar.
Kedua. Selain itu, keluasan tanah tapak rumah yang terhad juga kurang sesuai dengan orang Merapoh kerana sebagai orang kampung, serba sedikit perlu juga mereka bercucuk tanam untuk keperluan harian. Sepatutnya keluasan tapak rumah mak ayah aku di sini paling tidakpun seluas tapak rumah peneroka Felda. Bolehlah mak ayah aku menanam pokok seperti pokok kelapa dan belimbing yang mana buahnya diperlukan sebagai bahan masakan, di samping beberapa pokok buah-buahan seperti duku dan rambutan, sesuai dengan status mereka sebagai orang kampung.
Aku kira keluasan tanah di perumahan ini kurang daripada suku hektar atau hanya lebih beberapa kaki sahaja daripada tapak rumah . Mana mungkin keluasan tanah selebar ini membolehkan mak ayah aku bercucuk tanam apatah lagi setelah rumah diperbesarkan.
Akhirnya setelah hampir 10 tahun berpindah ke RPS Merapoh, orang Merapoh seperti sudah menerima segala-gala kemudahan seperti orang di bandar. Jalan berturap telah dibuat di semua lorong di perumahan itu. Begitu juga dengan kemudahan telefon dan elektrik 24 jam sehari juga telah disediakan. Selain itu, sudah ada rumah rehat, perpustakaan awam, klinik haiwan, pejabat pertanian, pejabat peladang dan sebagainya. Pendek kata semua lengkaplah di perumahan Merapoh ni seperti di tempat-tempat lain juga. Malahan kini Merapoh sudah menjadi laluan penting untuk ke taman negara.
Jalan di perumahan inipun sudah berturap. Tak perlulah berdebu dan berlencek lagi.
Bagaimanapun ada beberapa perkara yang aku nak bangkitkan tentang masalah di perumahan Merapoh ni. Bagi aku masalah ini akibat perancangan jangka panjang yang tidak betul.
Tengoklah, rapatnya rumah-rumah ni.
Masing-masing nak buat rumah besar tapi sayang kawasan tanahnya sempit.
Kedua. Selain itu, keluasan tanah tapak rumah yang terhad juga kurang sesuai dengan orang Merapoh kerana sebagai orang kampung, serba sedikit perlu juga mereka bercucuk tanam untuk keperluan harian. Sepatutnya keluasan tapak rumah mak ayah aku di sini paling tidakpun seluas tapak rumah peneroka Felda. Bolehlah mak ayah aku menanam pokok seperti pokok kelapa dan belimbing yang mana buahnya diperlukan sebagai bahan masakan, di samping beberapa pokok buah-buahan seperti duku dan rambutan, sesuai dengan status mereka sebagai orang kampung.
Aku kira keluasan tanah di perumahan ini kurang daripada suku hektar atau hanya lebih beberapa kaki sahaja daripada tapak rumah . Mana mungkin keluasan tanah selebar ini membolehkan mak ayah aku bercucuk tanam apatah lagi setelah rumah diperbesarkan.
Ketiga. Jika di kampung lama dahulu, rumah kami tidak mempunyai longkang. Di RPS Merapoh pula, walaupaun ada longkang tetapi ia tidak dibuat dengan baik. Pada mulanya hanya longkang tanpa konkrit yang ada di belakang rumah. Longkang seperti ini akhirnya menjadi kubang ayam dan itik yang mengeluarkan bau yang busuk di belakang rumah kami. Bagaimanapun masalah ini dianggap sudah selesai selepas longkang itu dinaik taraf menjadi longkang berkonkrit.
Keempat. Jika di kampung lama dahulu kebanyakkan penduduk menjadikan semak atau sungai sebagai tempat melepaskan hajat tetapi di RPS Merapoh, tandas duduk ada disediakan. Namun apa yang mendukacitakan, sistem tandasnya juga tidak memuaskan. Memandangkan kedudukan rumah yang rapat, sepatutnya loji takungan najis berpusat disediakan. Takungan najis yang disediakan secara berasingan bagi setiap buah rumah tidak dapat menampung najis selepas beberapa tahun digunakan. Akhirnya kumbahan najis melimpah dari tempat takungannya lalu mengeluarkan bau yang busuk serta menjijikkan.

Mungkin kerana ada aduan tentang masalah limpahan najis tersebut, maka usaha penyelenggaran dan menaik taraf takungan najis cuba dilakukan. Bagaimanapun daripada pemerhatian aku, usaha itu kurang berjaya kerana kerja-kerja itu sukar dilakukan kerana takungan najis itu berada di tempat yang sempit. Lebih sukar lagi apabila ramai penduduk yang telah memperbesarkan rumah mereka. Kesannya, tempat takungan najis itu bertambah sempit, malah ada yang terus tertimbus atau terhalang oleh rumah mereka yang telah diperbesarkan.
Keadaan ini tidak memungkinkan masalah itu dapat diselesaikan kecualilah sistem takungan najis berpusat diadakan. Oleh kerana masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan baik, masalah itu terus kekal hingga menyebabkan penduduk di sini kurang selesa akibat penyebaran bau busuk, limpahan najis ke longkang-longkang dan sebagainya.
Bagi aku, masalah takungan najis ini merupakan masalah besar di RPS Merapoh yang tidak tahu jalan penyelesaiannya.
Aku nak membebel sikitlah, boleh?
Itulah pentingnya perancangan yang bijaksana. Lain kali fikirkan dahulu kesan jangka panjang sebelum pihak kerajaan melaksanakan sesuatu projek supaya orang kampung tidak menanggung kesulitan yang seperti tiada penghujungnya ini. Hal ini umpama nasi sudah menjadi bubur. Terpaksalah harungi sahaja keadaan itu kerana sudah terlanjur. Perkara inilah yang menyebabkan aku terkilan sangat.
Sekian sahajalah cerita pasal ini. Maafkanlah atas kata-kata tak puas hati aku itu yang mungkin telah menyinggung hati mana-mana pihak. Sebagai orang yang berasal dari sana, aku juga rasa berhak untuk meluahkan ketidakpuasan hati itu. Harapan aku agar segala usaha yang hendak dilaksanakan itu haruslah dibuat dengan memikirkan kesan jangka masa panjangnya supaya hasilnya boleh dinikmati secara berterusan.
Luahan ini juga bukanlah bermaksud aku tidak bersyukur atas usaha yang telah dibuat. Bagiku usaha yang baik itu harus disokong manakala usaha yang ada cacatnya itu mesti ditegur supaya menjadi peringatan kepada kita dalam merancang usaha yang seterusnya.
Majulah Malaysia bersama rakyat yang perihatin dan bijaksana.
Inilah tangki najis yang terbiar di dalam semak kerana tidak dapat ditanam di bebarapa buah rumah orang perumahan Merapoh disebabkan oleh pembesaran rumah mereka dan sebagainya.
Bagi aku, masalah takungan najis ini merupakan masalah besar di RPS Merapoh yang tidak tahu jalan penyelesaiannya.
Aku nak membebel sikitlah, boleh?
Itulah pentingnya perancangan yang bijaksana. Lain kali fikirkan dahulu kesan jangka panjang sebelum pihak kerajaan melaksanakan sesuatu projek supaya orang kampung tidak menanggung kesulitan yang seperti tiada penghujungnya ini. Hal ini umpama nasi sudah menjadi bubur. Terpaksalah harungi sahaja keadaan itu kerana sudah terlanjur. Perkara inilah yang menyebabkan aku terkilan sangat.
Sekian sahajalah cerita pasal ini. Maafkanlah atas kata-kata tak puas hati aku itu yang mungkin telah menyinggung hati mana-mana pihak. Sebagai orang yang berasal dari sana, aku juga rasa berhak untuk meluahkan ketidakpuasan hati itu. Harapan aku agar segala usaha yang hendak dilaksanakan itu haruslah dibuat dengan memikirkan kesan jangka masa panjangnya supaya hasilnya boleh dinikmati secara berterusan.
Luahan ini juga bukanlah bermaksud aku tidak bersyukur atas usaha yang telah dibuat. Bagiku usaha yang baik itu harus disokong manakala usaha yang ada cacatnya itu mesti ditegur supaya menjadi peringatan kepada kita dalam merancang usaha yang seterusnya.
Majulah Malaysia bersama rakyat yang perihatin dan bijaksana.
Hey perancangan tu memang selalu kurang dititikberatkan.. yang
BalasPadammenanggung masaaloh org kampung jugek..
demeh orang besor dok rumoh besor pakey kete besor masuk kubur besor opps sori..kubor sama je saiz hehe
Mintak2 akan datg ni dptlah pemimpin yg lebih baik.
BalasPadamKesian ke rakyat mengharap kpd pemimpin tp mereka buat kerja ikutdan aje. Sudohnya kita juga yg merana
kala kubor besor manapun tak guna weh kalau dosapun besor juga.
betul,betul,betul... kata budak botak pukul 7 petang tv9.. kuikui
BalasPadam