Gua ni orang panggil Gua Lima. Ia terletak paling hampir dengan perumahan Merapoh. Masa aku mula-mula berpindah ke perumahan Merapoh, selalu juga aku pergi ke gua ni dengan kawan-kawan. Di gua ni ada sebuah lubang tetapi kena merangkaklah dalam 10 meter jika mahu masuk lebih jauh ke dalam. Di dalam lubang ini aku jumpa mesin taip lama, mungkin peninggalan zaman Jepun dan beberapa butir mangkuk cina. Di dalam lubang ini juga akan ditemui sebuah tempat takungan air yang jernih apabila merangkak hingga ke hujungnya. Rasanya kalaulah nak dijadikan tempat persembunyian, lumbang ni sesuailah kerana bukan sahaja ianya tersembunyi tetapi juga mempunyai sumber air yang bersih. Lampu picit (suluh) kenalah bawa kerana lubang ni memang terlalu gelap. Nasib baiklah tak ada ular kat dalam gua tu semasa aku bermain kat situ dulu.
Gua ni pula oarang panggil Gua Kopek. Tengok betul-betul mesti tahu kenapa orang gelarnya begitu.
Ini pula Gua Tagang. Zaman aku kecil-kecil, ada juga aku pergi dekat dengan gua ni bersama ayah dan mak aku. Seingat aku di situ banyak pokok kelubi dan pokok tepus. Apabila tiba musimnya, ayah dan mak aku datanglah untuk mengutip buah-buahan tu. Di situ juga ada sebuah gedung (tasik kecil) di mana aku pernah menangguk ikan bersama mak dan ayah aku.
Ini pula Gua Layang. Aku pernah sampai ke puncak gua ni. Aku juga pernah hampir nahas semasa mendaki gua ni. Nak baca cerita aku hampir nahas tu bolehlah klik sini. Masa aku sekolah rendah, aku selalu tengok banyak burung layang-layang terbang ke sana-sini di tepi gua ni. Mungkin inilah yang menyebabkan orang menamakan gua ni Gua Layang.
Ini pula Gua Bekong. Gua ni terletak bersebelahan dengan kebun getah pinggir dan dusun buah ayah aku. Dah tiga kali aku sampai ke puncak gua ni. Seronok juga lepak kat atas gua tu. Boleh nampaklah stesen keretapi, perumahan Merapoh serta menikmati pemandangan luas terbentang. Pernah sekali aku dikepung oleh sekumpulan kera semasa lalu di belakang gua tu. Masa tu aku berjalan seorang diri. Pucat juga aku. Di sebuah lubang di gua ni aku telah menemui beberapa ketul tulang manusia. Kalau nak tau cerita aku jumpa tulang tu sila klik sini.
salam..
BalasPadamgone aok boleh manjat gunung te weh..nt koi nk bace..heheh nakal jugek yek..
aok dgn bang pie ke manjat te?huhu
real betui gua kopek te aok..hehehe
BalasPadamManjat ikut depan tak boleh. Koi dulu ikut jalan belakang. Mulanya macam mendaki bukit je tapi curamlah sikit. Kena berpautlah pada pokok2 kecik yg tumbuh merata-rata kat situ.
BalasPadamDah nak sampai ke atas barulah kena memanjat batu kapur dalam 3-4meter, barulah sampai ke puncak.
Abg koi tu rasanya tak pernah memanjat gua dgn. koi. Koi manjat dgn kawan2 je.
Gua bekong tu kali pertama koi manjat sorang2 je. Kali kedua barulah ajok kawan.
tentu banyak kelawar dalam gua2 tu.. boleh ambik tahi kelawar buat baja orkid.
BalasPadamSedak amat kala dapat jalan2 ke gunung weh..Sunyi dari bunyi kerete...
BalasPadamGua kopek? Pandai sungguh org yg meletok nama tu..kene sgt2...hehe
BalasPadamMemang bagus tahi kelawar ni buat baja. Ayah koi buat baja padi.
BalasPadamMemang sedak jalan di gunung ni tp letih sikitlah sebab ke memanjat.
Orang zaman dulu memang terrer. letak namanya tu sesuai amatlah dengan bentuknya yek!
Koi balik kelantan berpuluh kali tok perasan pulok bentuk gua tu..mungkin angle koi tok kena atau otok koi memang sentiasa bersih kuikui
BalasPadamKalau aok balik kelantan lain kali, bila dekat je dgn. balai polis atau smk merapoh, tengok2lah ke sebelah kanan, mesti nampok gua tu.
BalasPadamKiranya aok ni otok ijaulah dak? Ha ha ha...
InsyaAllah koi tengok..
BalasPadamotok koi warna pearl white kuikui
Cantik warna otak aok yek. he he! baguslah...
BalasPadamTumpang tanya, berapa jauh nya gua layang dari kg gua Tagang? T.Kasih
BalasPadamJauhnya kira-kira 3-5km sahaja.
BalasPadambagus citer pasal gua ni ek.... mggu depan nk melawat merapoh so dh dpt sikit info pasal merapoh ni.... seronok yer zaman kanak2 awak ni..... boleh saya tanya apa identiti imej utk bndr merapoh ni? Terima kasih atas maklumat
BalasPadam