Takkan rugi punyalah

Tengoklah sendiri. Siang malam jalan ni sibuk. Letihlah nak memotong lori-lori tu.

Jalan raya ke kampung aku Merapoh ni sibuk sangat dah. Jalan raya ni juga dah semakin teruk, banyak sangat berlubang di sana-sini. Sebelum inipun memang dah banyak berlaku kemalangan ngeri di jalan raya ini. Raya Idil Fitri dah dekat ni. Kalaulah kerosakkan jalan raya ini terus dibiarkan, tidak mustahillah lebih banyak kemalangan ngeri akan berlaku pada musim hari raya itu nanti.

Pada hemat akulah, jalan raya ini sudah menjadi laluan terpenting terutama bagi orang dari Kuala Lumpur untuk pergi ke negeri Kelantan atau sebaliknya. Ini memandangkan laluan inillah yang paling dekat untuk menghubungkan kedua-dua kawasan tersebut. Kalau ikut Terengganu, lagilah jauh.

Malahan jalan raya ini juga seperti sudah menjadi laluan antarabangsa untuk menghubungkan Kuala Lumpur dengan Thailand. Setiap kali aku balik ke Merapoh, aku dapati banyak sangat lori barang yang lalu di jalan raya ini. Mungkin barang-barang itu barangan dari Thailand atau barangan dari Malaysia untuk dihantar ke sebelah Thailand. He he! agoknyalah.

Aku rasalah sepatutnya jalan raya ni dah lama diperbesarkan menjadi seperti lebuh raya, sekurang-kurangnya dua lorong sebelah. Barulah kawasan sebelah kampung aku dan pantai timur keseluruhannya dapat dimajukan dengan lebih pesat.

Aku rasalah apabila jalan raya seperti itu dapat dibina, sudah tentu akan mendatangkan faedah yang besar kepada ekonomi negara kita. Taklah pelabur asing berasa susah nak melabur di kawasan ini dengan alasan masalah perhubungan atau pengangkutan yang kurang baik.

Pemanduan aku apabila sesekali balik ke Merapoh nanti juga pasti lebih menyeronokkan. Taklah aku selalu sangat mengitai-ngitai untuk memotong lori yang banyak di jalan raya itu. Telinga aku juga taklah bingit sangat kerana selalu ditegur oleh isteri aku yang sering berdebar apabila ternampak lori besar atau semasa kami berselisih dengan lori di jalan raya yang sempit serta berbukit-bukit ini.

Orang yang memandu di jalan raya inipun aku dapati selalu membuat tindakan yg. berbahaya. Mungkin ini disebabkan mereka dah penat serta hilang sabar kerana acap kali terpaksa mengekor di belakang lori berbelas kilometer setiap kali melalui jalan raya ini.

Ada yang pakai potong je kenderaan lain walaupun di selekoh tanpa memastikan dahulu kenderaan lain di hadapan. Mereka yang memandu begitu akan menghimpit sahaja kenderaan kita apabila ternampak kenderaan lain sudah dekat di hadapan kenderaan mereka. Tindakan seperti inilah antara sebab berlakunya kemalangan.

Ini pula masa di Bukit Tujuh dari kampung aku Merapoh nak balik ke Temerloh. Kawasan ni memang selalu berlaku kemalangan. Letih dah mengekor lori, akhirnya tempat selekohpun memotong. 

Akupun dah berapa kali terpaksa mengelakkan kereta dari arah bertentangan yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapan. Itulah yang menyebabkan isteri aku seperti fobia apabila melalui jalan raya ini.

Bagi akulah kalau jalan raya ini dibuat dua lorong sehala, senanglah sikit orang nak memotong lori-lori yang banyak lalu dijalan raya ini. Pendek kata kalau jalan raya ni cantikpun tak guna kalau tak dibuat dua lorong kerana jalan raya ni dah terlalu sibuk.

Kerajaan, utamakanlah untuk membuat jalan raya dua lorong sehala hala ke Merapoh dan ke Kelantan ni. Barulah best sikit memandu di situ nanti. Insyaallah banyak kelebihan dan keuntungannya pada negara kita apabila jalan raya seperti itu dibina. Lebih baik lagi kalau jalan raya tu takda tol. Kalau jalan raya tu tak lurus sangatpun takpa. Janji jalan raya tu dua lorong sehala dan tidak berbukit-bukit sangat. Amacam boleh? Takkan rugi pumyalah.

7 ulasan:

  1. salam..

    elok di besoran lagi jalan te,koi rase kalo dpt buat gaye jalan Raub ke Lipis tu pun ok la jugek..besor la tu..

    hati2 la di jalanraye weh

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam. Besar tu memang besar dah jalan tu weh, keknya banyok sangat lori tulah. Lori bukannya bawa barang sikit-sikit, macam tak bergerak masa naik bukit. Guaner nak ngekornya dah lambat sangat. Itulah yg koi tak daya tu.... Kalau sediakan satu lorong nok memotong, mudahlah sikit dak.

    BalasPadam
  3. Jalan Bkit betong-chegar perah ntah bila nk buatnye...

    BalasPadam
  4. Lama dah keh dengar nak buat jalan baru kat situ tapi entahlah, sampai mana dah siap. Kala siap nanti dekatlah sikit nok balik ke merapoh.

    BalasPadam
  5. Koi kala lalu sini memanc koi yanc trauma.. mane doknya.. koi drebar dari beranang, selangor.. nok sampei tol gombak pun dekat sejanc doh.. nok menyampei ke lepih 2 janc lebih lagi.. merapoh lagi 98 km.. aok tahan la midie..sengkat itu je..
    koi sontok tepi sempadan thailand.. kampung org rumoh koi betul2 tepai sg golok..
    Ada sekali 13 janc lebih koi drebar..jem dari bentong sampei la pasir mas.. ade je tempat yanc kene..
    patutnya lamer doh ander highway bentong-merapoh-kota bharu..
    kala beloh klantan masaaloh politik, beloh kita ni masaaloh mender pulok??

    BalasPadam
  6. Pepalih jauh aok drebar. Tak sakit pinggang ke? Hati-hatilah memandu. kala letih rehatlah dulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moral of the story...SOKONG LAH BARISAN NASIONAL....Pasti masalah jalanraya akan dapat diselesaikan dengan segera.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular

Mohlah jengok!

  • 9 March 2024 Sabtu Sambungan dari cerita kat *SINI *. Walaupun nak mencari kedai Roti Canai Kayu Arang tempat dan jalannya sempit tapi berjaya ...
  • [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [ima...
  • Halo…Slot Mudah Menang (nonton channel Youtube Slot Mudah Menang)…nice to meet you bagi seluruh pembaca blog ini. Bersama ini penulis sharing informasi pen...
  • بسم الله الرحمن الرحيم Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia... UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...
  • [image: https://drive.google.com/file/d/1gARq5pZPyhDgD94uQfTTxQGasdWyWma6/view?usp=sharing] Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat semua. Sila klik...
  • *Seei Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2020 SK St Mary Kuala Lumpur* *Tarikh : 6.3.2020* *Hari : Jumaat * *Tempat : Dewan St Mary*
  • *Ogawa BG330DT Brush Cutter * Tu dia brand or model mesin rumput yang aku beli baru baru ini. Ini hasil mentelaah pak cik google dan menginterview abam aba...
  • selamat mengundi pada 9 mei 2018
  • APO DAH JADI BLOGSPOT NI MARIN KOBA NAK TUTUP TGK2 ADO LAIE SERUPO IDUP SOGAN MATI TAK MAU TAPI LOBIH TORUK DARI PARTI SUCI TERKONTUT PUN TIDAK..SENDAWO P...
  • Pohpalehh.... Melantung baunye. Dah bubuh bagei gaye dak Awang. Tak amboh ilang jugek. Sabun cak kapok te dah pipih sentei dak Awang ghate ke seme badan ny...
  • Makmur Guesthouse turut menyediakan bilik-bilik untuk disewa. Bilik-bilik ini terletak di kawasan rumah pemilik. Lokasi Makmur Rooms adalah di Kampung Ba...
  • Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
  • Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
  • Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas ...
  • 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
  • *6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
  • ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
  • Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
  • *KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
  • Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
  • Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
  • Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
  • Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
  • *...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
  • *Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
  • Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
  • Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
  • *Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...