Bekal

Baru-baru ni dalam pukul 10.00 pagi, mak aku ada menelefonku. Katanya dapur gasnya dah rosak. Satu dapur daripada dapur dua pemetiknya tu tak hidup apabila dipetik. Manakala satu lagi dapur terus lekat, tak boleh nak dipulas langsung. Dia suruh aku datang ke pondoknya yang terletak di tempat orang memondok di Kampung Pangsenam, Temerloh untuk menengok dapurnya tu.

Aku suruh mak tukar sajalah dapur tu dengan dapur baru. "Aok tengoklah dulu midi, dapur ni baru lagi mok dengan abang cu aok beli, takkan rosak dah", rungut mak masa bercakap dengannya dalam telefon.

"Haaah! Keh ingat dapur lama dari Pondok Sungai Durian dulu. Kalau dapur  dulu tu, elok tukar jelah sebab dah terlalu lama, dekat sepuluh tahun dah!", kata aku. "Kalau dapur baru, nantilah keh tengok. Takkan cepat sangat rosak," tambahku lagi. Masa kami bercakap tu, aku masih lagi kat sekolah.

Aku berjanjilah akan datang ke pondoknya dalam pukul 2.00 - 3.00 petang nanti  selepas balik sekolah. Dia mengingatkanku agar tidak lupa pula nanti dan menyuruhku datang secepat mungkin kerana dia nak memasak untuk berbuka puasa pula.

Aduh, letihnya rasa di bulan puasa ni! Dalam bulan puasa ni biasanya selepas balik sekolah, selesai je solat Zohor, aku akan terus tidur dalam sejam dua. Tengah hari beginilah aku rasa mengantuk sangat. Hari ni nampaknya tak dapatlah aku tidur macam biasa kerana perlu menolong mak aku menengok dapurnya pula.

Assalamualaikum...Inilah pondok mak aku di Kg. Pangsenam. 

Selepas solat Zohor, aku terus pergi ke rumah mak aku. Setiba di rumahnya, aku terus pergi ke dapur untuk menengok dapur gasnya itu. Dapur sebelah kanan memang tak boleh dipulas kerana mak aku memang dah pulas habis sontok. Dapur di sebelah kiri pula boleh dipetik tetapi tidak menyala. Aku terus beritahu mak aku yang sebenarnya gas dapurnya ni dah habis. Mak aku kata tong gasnya ni baru sahaja dipakai, takkanlah dah habis.

Aku membongkok untuk mengangkat tong gasnya tu. Memang sahlah gasnya dah habis mak, ringan sangat tong gas ni. Keh rasalah mak mungkin tak perasan tersilap tutup dapur sebelah kanan ni. Mak mungkin terpulas ke arah bertentangan semasa menutup dapur ni hingga menyebabkan semua gasnya terlepas keluar. Mungkin masa tu mak loghat nak pergi ke mana-mana hingga tersalah tutup.

Sepatutnya apabila dah pulas habis sontok, penunu tengahnya sahajalah yang akan menyala. Sebaliknya mungkin kerana dapur ni dah tak berapa elok, penunu tengahnya tu terus terpadam setelah dipulas begitu. Inilah yang menyebabkan mak perasan  sudah menutup dapur gas tu dengan betul. Mak aku senyap jelah mendengar andaianku itu.

Selepas itu aku terus mengambil tong gas yang satu lagi untuk dipasang kepada dapurnya itu. Alhamdulillah, apabila aku petik dapur sebelah kiri, apinya terus menyala dengan baik sekali. Aku petik pula dapur sebelah kanan, api meyala sekejap kemudian terpadam balik. Aku angkat sedikit dapur gas tu untuk mengadjust penununya. Syukur akhirnya api kedua-dua belah dapurnya dapat dinyalakan dengan baik.

Kalau aku layankan mengantuk ni, rasanya pukul 6.00 petang karang baru sedar

Selepas itu aku duduklah di katil mak aku sekejap. Aku pesanlah kepada mak aku supaya berhati-hati menggunakan dapur gas ni. Apabila selesai memasak, pastikan dapur ditutup dengan betul. Jika tersalah pulas pemetik dapur tu, takut gasnya akan terus terkeluar tanpa disedari. Kalau kejadian ini tidak disedari dalam tempoh yang lama seperti mak pergi ke surau selepas itu, gas akan terperangkap serta memenuhi ruang di dalam rumah mak. Ini amat berbahaya. Apabila mak atau jiran sebelah menyalakan api, letupan dan kebakaran boleh berlaku dengan serta-merta.

Dapur dah ok, bolehlah mak aku memasak. Mak aku tengah masak Gulai Masam Ikan Patin tu.  

Sambil memasak di dapur, mak aku diam jelah mendengar nasihat aku. Tidak lama selepas itu, gulai masam mak akupun siap. Mak aku memberikan sedikit gulai masamnya untuk aku bawa balik berbuka puasa nanti. Sebelum balik, mak aku suruh pula aku tengok di bawah rumah, mengapa air berladung je kat situ. Aduh! ada lagi kerja. Akupun teruslah turun ke tanah untuk mengetahui sebabnya. Rupa-rupanya salur singki mak aku tercabut. Aduh banyak lagilah kerja aku ni....

"Baok balik gulai masam ni. Hasif suka sangat ke gulai masam ni"

Inilah gulai masam mak aku. Cucunya hasif bukan main beria  makan gulai wan dia ni. Walaupunnya pedas bebeno tetapi sedapnya memang tak boleh lawanlah. Sampai aku marahkan Hasif untuk melarangnya menghirup kuah gulai masam tu beria sangat. Bukan apa perut budak, takut sakit perutnya nanti.

Walaupun tak dapat tidur petang macam biasa tetapi aku gembira kerana dapat menolong mak aku. Semoga Allah melimpahkan Rahmatnya ke atas kami atas pengorbananku yang tak seberapa ini.  

10 ulasan:

  1. Tukor je dapur baru.Baru puas hati.Selamat pun ye.

    BalasPadam
  2. Ye juga, nantilah koi bincang dgn mok aku.

    Takut gini je. mok aku tersalah pulas juga dapur barupun. Pulas nak tutup tetapi sebenonya pulas nak bagi besar lagi. Hai Maklumlah orang dah berumor gini kurang peka sikitlah kan ...

    BalasPadam
  3. Midi..
    baru koi tahu kampung pangsenam tu ander pondok.. koi balik beranang sokmo lalu situ, lalu kerayong-spg pelangai-jelebu..

    BalasPadam
  4. Kg Pangsenam ni tak sampaipun 5km dr. bdr temerloh. Lalu ikut jalan bawah jambatan ke triang, lepas je kg buntut pulau jumpa selalu kampung pangsenam.

    dah 5-6 tahun mok koi memondok kat situ. ajak duduk dgn anok2 dia tak nok. agoknya malas beromih dgn anok cucu. dia suka duduk sendiri selagi daya.

    BalasPadam
  5. Koi perasan sokmo kg tu.. buntut pulau tu dekat amat doh dgn temerloh.. rodonc koi ada megat segama tu..

    bila2 nok gi tengok2 jugek pondok te..

    BalasPadam
  6. Ngape? ande sesiapa bercadang nok memondok kat situ juga ke?

    BalasPadam
  7. saja nok ambik tahu..koi ingat ni pahang ni beloh2 kuantan je ander pondok kuikui

    BalasPadam
  8. Ande banyok juga pondok di negeri kita ni tp. mungkin kurang popularlah. kat kampung keh di Merapohpun baru buka satu. mok keh sibuk nok bina pondok kat situ pulok utk. buat wakaf

    BalasPadam
  9. Assalammualaikum... mcm mana ye nak masuk pondok ni. Ada tak no phone yg boleh dihubungi. Apa yg perlu dilakukan utk masuk memondok kat sana ye? Tlg emailkan pada sha di nazrisha8470@gmail.com klu boleh nak suruh mak memondok kat sini. Lagi pun mak skrg tinggal sorang sebab sha dah ke saudi.

    BalasPadam
  10. Assalammualaikum... mcm mana ye nak masuk pondok ni. Ada tak no phone yg boleh dihubungi. Apa yg perlu dilakukan utk masuk memondok kat sana ye? Tlg emailkan pada sha di nazrisha8470@gmail.com klu boleh nak suruh mak memondok kat sini. Lagi pun mak skrg tinggal sorang sebab sha dah ke saudi.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular

Mohlah jengok!

  • 9 March 2024 Sabtu Sambungan dari cerita kat *SINI *. Walaupun nak mencari kedai Roti Canai Kayu Arang tempat dan jalannya sempit tapi berjaya ...
  • [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [ima...
  • Halo…Slot Mudah Menang (nonton channel Youtube Slot Mudah Menang)…nice to meet you bagi seluruh pembaca blog ini. Bersama ini penulis sharing informasi pen...
  • بسم الله الرحمن الرحيم Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia... UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...
  • [image: https://drive.google.com/file/d/1gARq5pZPyhDgD94uQfTTxQGasdWyWma6/view?usp=sharing] Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat semua. Sila klik...
  • *Seei Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2020 SK St Mary Kuala Lumpur* *Tarikh : 6.3.2020* *Hari : Jumaat * *Tempat : Dewan St Mary*
  • *Ogawa BG330DT Brush Cutter * Tu dia brand or model mesin rumput yang aku beli baru baru ini. Ini hasil mentelaah pak cik google dan menginterview abam aba...
  • selamat mengundi pada 9 mei 2018
  • APO DAH JADI BLOGSPOT NI MARIN KOBA NAK TUTUP TGK2 ADO LAIE SERUPO IDUP SOGAN MATI TAK MAU TAPI LOBIH TORUK DARI PARTI SUCI TERKONTUT PUN TIDAK..SENDAWO P...
  • Pohpalehh.... Melantung baunye. Dah bubuh bagei gaye dak Awang. Tak amboh ilang jugek. Sabun cak kapok te dah pipih sentei dak Awang ghate ke seme badan ny...
  • Makmur Guesthouse turut menyediakan bilik-bilik untuk disewa. Bilik-bilik ini terletak di kawasan rumah pemilik. Lokasi Makmur Rooms adalah di Kampung Ba...
  • Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
  • Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
  • Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas ...
  • 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
  • *6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
  • ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
  • Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
  • *KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
  • Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
  • Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
  • Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
  • Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
  • *...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
  • *Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
  • Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
  • Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
  • *Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...