Ada belaka

Baiklah malam ini aku nak sambung baliklah cerita pasal keadaan kampung lama semasa aku kecil dan keadaan setelah berpindah ke RPS Merapoh yang tertangguh sekian lama. Sesiapa yang berminat untuk baca cerita ini yang sebelumnya, bolehlah klik kat sini. 

Semasa di Ulu Kumbang dahulu, masjid, balai raya, balai polis, sekolah, klinik dan sebagainya terletak agak jauh daripada rumah kami. Tidak ada sebuah suraupun di situ. Oleh itu, terpaksalah aku berjalan kaki hampir 2 km apabila sesekali mengikut mak ayah aku ke masjid yang terletak dekat dengan slow kereta api atau Merapoh Baru.

Inilah masjid lama kampung Merapoh 

Biasanya jika ada sambutan Maulidur Rasul dan sebagainya, orang kampung akan berkumpul di masjid dari Magrib hingga selesai solat Isyak. Meraka akan membawa kuih muih yang dibuat sendiri atau biskut yang dibeli di kedai untuk kenduri selepas solat Isyak itu nanti.

Aku ingat lagi masa itu orang yang menyediakan minuman akan menggunakan tin minyak masak 12 gelen untuk memasak air. Tin itu ditebuk atau dibuang bahagian atasnya. Dawai digunakan untuk dijadikan tangkai tin itu. Semasa menjerang, tin ini tidak diletak di atas tungku tetapi disangkut tangkainya pada penyangkuk dawai yang diikat pada kayu alang bumbung masjid.

Setelah air mengelegak, air di dalam tin itu akan dituang ke dalam beberapa buah cerek besar. Air teh atau teh 'o' akan dibancuh di dalam cerek-cerek besar itu untuk hidangan para jemaah selepas solat Isyak. Aku seakan masih dapat merasai bau wangi teh yang dibancuh di dalam cerek-cerek itu. Air teh berwarna kuning pekat dan masih panas sungguh sedap dinikmati. Aku juga bagaikan ternampak-nampak akan bermacam-macam jenis kuih seperti kuih melaka, koci dan sebagainya dibahagi-bahagikan di dalam beberapa talam untuk hidangan para jemaah. 

Apabila ada kenduri macam ni, gembira sangatlah aku. Maklumlah kecil sangat lagi aku pada masa tu. Belumpun sekolah rendah. Masa kenduri seperti inilah aku dapat melihat orang ramailah sedikit kerana pada malam lain atau malam yang tiada majlis seperti ini, aku mungkin sudah di atas katil bersama ibu bapaku untuk tidur.

Apabila tiba hari Jumaat pula, seawal pukul 11.00 pagi, orang kampung di sekitar kampung Merapoh termasuklah orang di Telok Gunung dan Mentara mula datang ke masjid. Kebanyakkan mereka datang hanya dengan berjalan kaki di bawah terik cahaya matahari, menunggang basikal atau motosikal sejauh 4 atau 5 kilometer . Setibanya di masjid, ada yang  pergi mandi dahulu ke Jamban Masjid, Sungai Merapoh yang berhampiran untuk membersihkan diri dan menyejukkan badan. Aku juga tidak ketinggalan malah selalu juga mandi di jamban itu dengan kawan-kawan sebelum bersolat Jumaat.

Sungai Merapoh dekat dengan masjid ini pernah menjadi tempat orang Merapoh membersihkan diri sebelum bersolat Jumaat setelah mereka berjalan berkilometer untuk sampai ke masjid ini.

Bayangkanlah susahnya orang Merapoh pada masa itu hendak datang ke masjid untuk solat Jumaat. Sekarang ni jauh sangat dah mudahnya kita jika nak ke masjid. Bukan sahaja masjid berdekatan dengan rumah masing-masing, malahan boleh dikatakan semua orang dah memiliki kenderaan sendiri. Sayangnya masih ramai yang tak mahu datang ke masjid bersolat jemaah kerana pelbagai alasan. Setiap kali solat fardhu kecuali pada waktu Magrib dan Isyak, tidak sampaipun dua puluh orang yang datang untuk solat berjemaah sedangkan disekitarnya terdapat lebih 200 buah rumah di perumahan itu.

Rugilah kita jika sikap ini diteruskan kerana kita seperti tidak mensyukuri kemudahan yang dianugerahkan Allah kepada kita semua. Wahai penduduk Merapoh, marilah kita mengimarahkan masjid supaya kampung kita ini terus dirahmati Allah. Sesungguhnya sebaik-baik bersembahyang ialah sembahyang secara berjemaah.   

Setelah berpindah ke RPS Merapoh, dalam sesetahun agaknya, penduduk kampung masih lagi menggunakan masjid yang berdekatan dengan 'slow keretapi' itu walaupaun terletak jauh iaitu hampir 5 km dari kawasan perumahan itu. Bagaimanapun mungkin tak ada dah lah orang yang solat berjemaah lima waktu di masjid itu lagi kerana boleh kata kesemua penduduk di sekitarnya telah berpindah ke perumahan Merapoh. Jika adapun hanya pada siang hari apabila ada orang singgah untuk solat Zohor atau Asar semasa mereka balik dari bekerja di paya dan sebagainya. Hanya solat Jumaat seminggu sekali sahajalah yang tetap diadakan di masjid itu. 

Pada masa itu, orang perumahan Merapoh akan pergi ke surau yang berhampiran dengan Stesen Kereta Api Merapoh untuk menunaikan solat fardhu berjemaah. Letih juga aku berjalan kaki dari rumah ke surau ini. Rasanya hampir 15 minit juga berjalan kaki barulah sampai. Suraunya taklah besar mana. Agaknya bolehlah muat untuk 50 - 60 orang jemaah sahaja.

Tidak lama kemudian, sebuah surau lagi dibina di kawasan perumahan ini. Akhirnya surau baru ini menjadi surau utama kerana surau ini lebih dekat dengan rumah kami. Surau berhampiran dengan stesen kereta api tu pula menjadi tempat aku belajar mengaji pada setiap petang. Dua orang ustaz mengajar mengaji di surau itu iaitu Ustaz Idris dan Ustaz Rasyid, abang ipar aku. Biasa juga selepas habis mengaji dan solat Asar, aku dapat merasa bubur kacang dan sebagainya yang disedekahkan oleh orang kampung yang bermurah hati kepada budak-budak mengaji di surau itu.

Masjid Merapoh yang baru. Sekarang ni mudahlah orang nak solat Jumaat sebab masjid baru ni sudah dekat dengan kediaman masing-masing. Sayanglah kalau kita tidak memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang telah tersedia ini. Jika kita bersolat secara berjemaah, dah pasti solat kita diterima Allah. 

Setelah setahun lebih orang perumahan Merapoh berulang-alik ke masjid lama, akhirnya sebuah masjid baru dibina di kawasan perumahan ini. Masjid Merapoh yang baru ini terletak bersebelahan dengan padang awam perumahan Merapoh. Masjid ini ialah sebuah masjid pasang siap. Reka bentuknya sama sahaja dengan beberapa buah masjid lain di kampung-kampung dalam negeri Pahang seperti Masjid Kg. Bercang dan lain-lain lagi. Alhamdulillah, selalu jugalah aku mengikut mak ayah aku mengimarahkan masjid ini. Sekarang tak perlu lagilah aku pening kepala untuk berjalan kaki berkilometer untuk solat Jumaat. 

Balai Polis Merapoh (Ogos 2010). 
Sekarang Balai Polis Merapoh pun sudah dekat dengan rumah kami.

Klinik Kesihatan Merapoh (2010).
Inilah klinik baru yang terletak berhampiran perumahan Merapoh.

Tidak lama selepas itu, beransur-ansurlah kemudahan-kemudahan lain seperti klinik, balai raya, dewan awam dan sebagainya dibina di kawasan RPS Merapoh ini. Mudah dah lah orang Merapoh sekarang dengan pembinaan pelbagai bangunan dan kemudahan awam berdekatan dengan rumah mereka. 

Mengatuklah pulak. InsyaAllah akan bersambung.... Klik sini untuk sambungan cerita.

7 ulasan:

  1. seimbas lalu je weh..x sempt nak baca..

    apepun sambung jgn x sambung te!

    BalasPadam
  2. Tak ada hallah. Terima kasih. Singgah-singah selalu

    BalasPadam
  3. Midie..
    koi ada rodonc soranc masa sekoloh menengoh dulu..nama dia syed ahmad
    syukerie, sebaya dengan koi, bayi tahun 76. Kala aok keney la..dia dok
    RPS merapoh jugek..
    Koi kagum dengan semangat survival manusia..dalam keadaan seekstrim
    guanner pun manusia akan mencari jalan mengatasinya.. masa duk cara
    berjauhan..kehidupan dilalui cara jauh..bila doh dekat2..cara dekat..
    bila susoh..masing2 ejas cara susoh..
    Cuma soalan koi.. memang semua penduduk RPS Merapoh memang doh ada
    sekitar situ sebelum zaman merdeka kemudian dikumpulkan dalam RPD
    tersebut atau kebanyakannya penghijrah baru membuka tanoh..?
    Machanc koi anok felda ni memang jelas doh la penghijrah yang melalui
    segala macam kepayahan hidup di kawasan baru yang agak terpencil..

    mekasih rodonc..

    BalasPadam
  4. Semuanya doh ada sekitar situ tp duduk jauh-jauh di kg persik, ulu kumbang, kumbang hilir, tebing, kumbang tengah, dan tagang.

    Kg ni kira dalam merapoh jugalah.

    Takda org luo macam kat felda tu.

    Agoknya kerajaan kumpul kat situ supya mudoh beri kemudahan pd org kglah. Satu strategi yg. baik tp perancangannya tidak teliti.

    Terima kasih rodonc

    BalasPadam
  5. oo..gitu..
    koi setuju..niat dan strategi kelas A.. bila sampei pelaksanaan tu yang selalu jadi kelas F tu.. kuikui
    Serupa la Felda, Felcra, Fama..kan F belaka tu..kuikui

    BalasPadam
  6. Md yunus Pak Wee IsmailKhamis, September 20, 2012

    salam fie kawan banyak cerita nak tambah, nantilah kawan antar, komen dan tambahan, orang merapoh kena bangkit sekarang bela jenerasi kedua dan ketiga yg semakin bertambah ramai, tanah yg luas dibolot oleh orang kaye-kaye, deme bebegai sesama dia orang.bagus zaman tan seri ghazali shafee dia buat Rancangan Tanah pinggir, semua orang kampung senang sekarang .Jenerasi kedua ,ketiga sekarang tumpang tanah orang.

    BalasPadam
  7. Md yunus Pak Wee IsmailKhamis, September 20, 2012

    Midi, saya kena tulis juga sebelum terlupa, peristiwa yg tak boleh lupa dengan Aruah Pek We Wahid:-satu pagi jam 5 saya dengan emak saya Mak we Bedah nak keluar menoreh ke Tanah Pinggir,rumah kami tepi jalan keretapi sebelah rumah penghulu. Kami berjalan atas ril keretapi yg gelap, berbekal lampu picit. sampai dekat signal keretapi saya terkejut dengar bunyi kuat berderum, saya suluh ,nampak lembaga bulat besar bergerak perlahan, ditengah bulatan besar ada kepala botak, saya kata emak lari, lari, hantu besar, kami lari lintang pukang. emak saya terjatuh, luka lutut. sampai di depan rumah kami, kami tunggu tepi landasan keretapi,takut bukan main lagi. kejap lagi lalu lembaga besar atas ril , dan memanggil. Mat yunus kenapa lari Ini Pak Wee, Masyallah Pak Wee,... Rupa-rupanya pak we mengandar kepuk padi malam hari,kerana cuaca sejuk, kalu tengah hari cuaca panas. Bayangkan kepuk padi yang besar bergerak atas ril keretap[i dalam gelap, kayu pengandar didalam kepuk, kepala berserban ditengah-tengah,.Muga roh pak we Ismail dan Pak Wee Wahid (mereka kawan karib) dicucuri rahmat oleh Allah. saekian.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular

Mohlah jengok!

  • 9 March 2024 Sabtu Sambungan dari cerita kat *SINI *. Walaupun nak mencari kedai Roti Canai Kayu Arang tempat dan jalannya sempit tapi berjaya ...
  • [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [ima...
  • Halo…Slot Mudah Menang (nonton channel Youtube Slot Mudah Menang)…nice to meet you bagi seluruh pembaca blog ini. Bersama ini penulis sharing informasi pen...
  • بسم الله الرحمن الرحيم Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia... UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...
  • [image: https://drive.google.com/file/d/1gARq5pZPyhDgD94uQfTTxQGasdWyWma6/view?usp=sharing] Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat semua. Sila klik...
  • *Seei Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2020 SK St Mary Kuala Lumpur* *Tarikh : 6.3.2020* *Hari : Jumaat * *Tempat : Dewan St Mary*
  • *Ogawa BG330DT Brush Cutter * Tu dia brand or model mesin rumput yang aku beli baru baru ini. Ini hasil mentelaah pak cik google dan menginterview abam aba...
  • selamat mengundi pada 9 mei 2018
  • APO DAH JADI BLOGSPOT NI MARIN KOBA NAK TUTUP TGK2 ADO LAIE SERUPO IDUP SOGAN MATI TAK MAU TAPI LOBIH TORUK DARI PARTI SUCI TERKONTUT PUN TIDAK..SENDAWO P...
  • Pohpalehh.... Melantung baunye. Dah bubuh bagei gaye dak Awang. Tak amboh ilang jugek. Sabun cak kapok te dah pipih sentei dak Awang ghate ke seme badan ny...
  • Makmur Guesthouse turut menyediakan bilik-bilik untuk disewa. Bilik-bilik ini terletak di kawasan rumah pemilik. Lokasi Makmur Rooms adalah di Kampung Ba...
  • Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
  • Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
  • Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas ...
  • 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
  • *6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
  • ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
  • Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
  • *KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
  • Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
  • Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
  • Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
  • Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
  • *...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
  • *Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
  • Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
  • Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
  • *Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...