Merdeka dah weh!

Merdeka!

Mat Kilau, salah seorang pendekar di negeri Pahang menentang penjajah.

Sebenarnya tak reti aku nak cerita pasal Hari Ulang Tahun Kemerdekaan negara kita tercinta ni. Apa yang aku tahu apabila tiba hari ulang tahun kemerdekaan negara kita ni, aku akan cuti. Ini memang dah berlaku sejak zaman aku sekolah lagi sampailah sekarang.

Hari nilah aku dapat tidur lebih sikit daripada biasa. Lepas tu bila bangun, biasanya aku tengoklah tv  untuk menonton sambutan kemerkaan yang ditayangkan di kaca televisyen. Jadi hari ini memang menggembirakan akulah, sebabnya aku dapat cuti dan berehat bersama keluarga.

Aku bersyukur sangatlah negara kita telah merdeka daripada penjajahan. Bagaimana keadaan negara kita ni sebelum merdeka? Tentu dah jauh sangat bezanya dengan keadaan sekarangkan!

Emak aku cakap zaman dijajah oleh Jepun lebih teruk daripada zaman dijajah oleh orang putih. Katanya zaman orang putih menjajah dahulu orang ramai tidak berasa takut seperti pada zaman penjajahan Jepun. Masa zaman Jepun orang takut sebab kalau tersilap sikit kena penampar Jepun. Ada juga yang kena lebih teruk lagi seperti kena minum air sabun atau kena pancung kepala.

Keadaan susah di zaman sebelum merdeka dan di awal kemerdekaan negara kita ni selalu aku dengar daripada cerita-cerita orang lama. Selain itu daripada gambar dan tontonan cerita-cerita lama juga dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepadaku tentang keadaan orang zaman itu.

Memang susah orang zaman tu weh. Tengok dalam cerita-cerita P.Ramlee, kebanyakkan rumah orang zaman tu hanya seperti pondok usang yang beratapkan daun rembia. Tinggal pula di kampung-kampung yang serba kekurangan. Hanya di sungai atau perigi air diperolehi untuk minuman dan masakan, selain menjadi tempat mandi dan membasuh pakaian . Jalannya pula hanya denai-denai dan tiada kemudahan elektrik. Budak-budak pula bermain di halaman rumah dengan tidak berbaju. Begitulah gambaran kehidupan orang kampung di zaman itu. Jadi cubalah bandingkan keadaan itu dengan keadaan kita sekarang. Tentu nampak kemajuannyakan.

Aku sebenarnya dapat merasa juga keadaan seperti itu semasa aku kecil-kecil dulu. Masa tu aku tinggal di Ulu Kumbang. Kebanyakkan rumah orang masa tu sama seperti dalam cerita P. Ramlee tulah. Pakaian jarang sangat berganti kecuali pada musim raya. Baju, kain dan seluar pula akan dipakai selagi boleh ditampal. Budak-budak pergi ke sekolah pula pakai kasut rubber.

Taklah macam aku sekarang ni, kain baju tak cukup satu almari besar tiga pintu. Bila teragak nak beli baju atau seluar, pergi jelah ke pasar raya berdekatan yang tak sampaipun 15 minit menggunakan kereta.  Anak aku pula umur tak sampaipun tiga bulan dah berjalan sampai ke Kuala Lumpur dan Melaka. Pendek kata banyak sungguh mudahnya jika nak dibanding dengan zaman dulu.

Bersyukur aku dengan kemerdekaan ini. Hasil kemerdekaan ini, kita dapat menikmati kemajuan dan kemakmuran yang tidak boleh aku nafikan. Bagaimanapun aku berasa amat bimbang tentang beberapa isu yang semakin hangat sejak akhir-akhir ini.

Pertama, perpaduan antara orang Melayu nampak seperti semakin berpecah-belah. Antara puncanya adalah  kerana fahaman politik yang berbeza. Mereka berpecah kepada UMNO, PAS, dan PKR. Bagaimana kita nak menjadi kuat jika kita berpecah-belah. Oleh itu, marilah kita kembali semula bersatu dengan menjadi Al-Quran dan Sunnah sebagai tunjang peraduan. Yang benar, cakaplah benar dan yang salah mengaku ajelah. Janganlah kita sanggup menegakkan benang yang basah semata-mata kerana kepentingan peribadi dan duniawi. Oleh sebab kepentingan itu, kita tidak sanggup menegakkan kebenaran tetapi sanggup pula mengorbankan kesucian  agama dan maruah bangsa kita. Mohlah kita sama-sama berjuang menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia yang kita cintai ini. Marilah kita bepakat elok-elok.

Rasanya eloklah aku tangguh dulu catatan aku ni. Sebenarnya aku banyak kerja ni. Aku sambung balik nanti dengan isu kedua dan seterusnya mengikut pandangan aku. Maaflah ye!

5 ulasan:

  1. Koi setuju dengan cadangan aok tu. Kita umat islam mestilah bersatu atas nama dan peraturan-peraturan islam. Jadinya:

    i) UMNO mesti betul2 ikhlas untuk bersatu atas nama Islam dan pada setiap ketika, bukan hanya bila nazak..
    ii) PAS pula mesti bersangka baik dan memandang bekerjasama sesama Islam itu lebih baik
    iii) rakyat mesti menambahkan kefahaman kepada Islam..
    iv) Bila semua ni dah berlaku, bolehlah bubarkan parti2 ni..warisan org puteh semua tu.. guna sistem pilih orang yang baik luar dan dalam tanpa mewakili apa2 parti.. senang buat kerja..tak perlu berpuak2 dan mengikut keputusan ketua puak..

    BalasPadam
  2. Emmm...? kalau buborkan parti2 ni pastu kena buat satu parti lainlah dak? Kalau dak guaner nak pilihan raya.

    BalasPadam
  3. Tak perlu sistem Parti midie..
    Kita pilih wakil2 kita dari orang perseorangan je.. ali lawan abu.. bukan ali dari BN lawan abu dari PR..
    Buat pilihanraya untuk pilih perdana menteri..
    Menteri pulok mesti ada kelulusan tinggi bidang masing2.. ini dok..lulus darjah lima tapi sebab main politik pandey boleh jadi menteri..bila pegang kementerian..hancusss..
    Balik kepada Al-Qur'an.. bertanya kepada yang tahu...beri kuasa kepada yang mahir..

    BalasPadam
  4. Midie..update koi malknc tadi ada cerita Mat Kilau dari perspektif oranc puteh sket..
    Ma'assalamah rodonc..

    BalasPadam
  5. Weh maaflah, koi 2 3 ari ni tak dapat nak berblog. Koi balik ke rumah mok mertua di melaka. Kat sini internet slow amat weh sebab hanya dpt gprs aje.

    Kalau gitu eloklah sbb sekarang ni koi nampok banyok org pilih calon berdasarkan parti yg dia suka aje tanpa peduli siapa calonnya.

    Itulah sebb ada org cakap sesetengoh tempat tu kalau letak lembu jd calon sekalipun boleh menang bila jadi calon parti sebuah parti tu.

    Keadaan inilah yg. menyebabkan gejala sogok-menyogok, bodek-membodek dan rasuah seperti kemestian jika nok dipilih jadi calon. Macam ni, macam mana kita nok dapat pemimpin yg benar-benar layak dak!. Rosaklah negara kita kalau macam ni.

    Kalau hanya calon perseorangan, barulah kita dapat pilih pemimpin yg sepatutnya...

    Tp setakat ni ada dah ke negara yg jadi contoh buat sistem macam tu?

    Koi dah baca n3 aok tu tadi tp susah sikit nok faham sebb mungkin koi kurang membaca terutama buku2 sejarah ni. Tp Insyalaah koi cubalah usaha nanti. lepas tu barulah ceroh sikit.

    Mekasih rodonc.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular

Mohlah jengok!

  • *26/9/2024-29/9/2024 Khamis-Ahad(Throwback) * *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ* 27 Sept 2024 Bersambung dari cerita di *Sini*. Mala...
  • Henry Ridley and houseboat, Kuala Tembeling, Malaysia, 1911 Henry Ridley berdiri di tepi rumah bot di Kuala Tembeling di Malaysia, tahun 1911. Beliau me...
  • Halo…Slot Mudah Menang (nonton channel Youtube Slot Mudah Menang)…nice to meet you bagi seluruh pembaca blog ini. Bersama ini penulis sharing informasi pen...
  • بسم الله الرحمن الرحيم Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia... UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...
  • [image: https://drive.google.com/file/d/1gARq5pZPyhDgD94uQfTTxQGasdWyWma6/view?usp=sharing] Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat semua. Sila klik...
  • *Seei Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2020 SK St Mary Kuala Lumpur* *Tarikh : 6.3.2020* *Hari : Jumaat * *Tempat : Dewan St Mary*
  • *Ogawa BG330DT Brush Cutter * Tu dia brand or model mesin rumput yang aku beli baru baru ini. Ini hasil mentelaah pak cik google dan menginterview abam aba...
  • selamat mengundi pada 9 mei 2018
  • APO DAH JADI BLOGSPOT NI MARIN KOBA NAK TUTUP TGK2 ADO LAIE SERUPO IDUP SOGAN MATI TAK MAU TAPI LOBIH TORUK DARI PARTI SUCI TERKONTUT PUN TIDAK..SENDAWO P...
  • Pohpalehh.... Melantung baunye. Dah bubuh bagei gaye dak Awang. Tak amboh ilang jugek. Sabun cak kapok te dah pipih sentei dak Awang ghate ke seme badan ny...
  • Makmur Guesthouse turut menyediakan bilik-bilik untuk disewa. Bilik-bilik ini terletak di kawasan rumah pemilik. Lokasi Makmur Rooms adalah di Kampung Ba...
  • Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
  • Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
  • Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas ...
  • 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
  • *6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
  • ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
  • Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
  • *KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
  • Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
  • Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
  • Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
  • Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
  • *...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
  • *Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
  • Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
  • Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
  • *Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...