Sementara menunggu padi tu menguning, mak aku banyak tanam labu, labu air dan mentimun tahun di celah-celah pokok padi tu. Kalau di paya mana boleh tanam pokok ni sebab tanahnya berair. Pokok-pokok ni menjalar di tanah di celah-celah batang padi tu. Ada yang menjalar naik ke ranting-ranting kayu mati yang tak habis terbakar semasa memerun. Suka melihat kuntum-kuntum bunganya yang berwarna kuning apabila ia mula nak berputik.
Itik Kampung
Di cerang ni ayah aku ada juga ceria (pelihara) itik kampung. Aku dah tak ingat reban itik ni kat mana, mungkin di tepi dangau tulah. Setiap pagi aku suka melihat itik dengan anak-anaknya jalan berbaris ke Gedong Gajah Mati. Di situ aku ralik menengok itik-itik ni bermain dan menyudu di tepi-tepi tebing tu. Gayanya sihat betul itik ni sebab cukup makan agaknya. Petang-petang mak atau ayah aku beri itik ni makan biji jage dan lebihan nasi kami.
Gedong Gajah Mati ni cantik sangat bagi aku. Airnya tenang dan jernih hingga nampak jelas batang pokok tumbang serta ranting-ranting kayu dalam gedong tu. Agaknya kat reba ( kelompok pokok menjalar bersama rating kayu mati) tu tentu banyak ikan. Di tepi tebing tempat aku berdiri, dapat dilihat kelibat anak-anak ikan halus di situ. Di bibir tebingnya juga menjalar pokok kangkung dengan bunganya yang putih. Agaknya mak aku yang campakkan kangkung ni ke situ lalu tumbuh subur.
Di tebing seberang sana pula kelihatan pepohon rimbun dengan akar-akar dari dahannya berjuntaian ke air. Nampak dari sini redup dan tenang sangat tempat ni.
Lumut atau rumpai air juga banyak tumbuh merata-rata dalam gedung tu. Rumpai air ni bergumpal-gumpal terapung dipermukaan air. Aku teringat dulu aku pernah hampir lemas kerana rumpai air ni. Masa tu aku dah besar sikit, agaknya dalam darjah 4 atau 5. Masa tu aku mengikut mak ayah aku dan beberapa orang kawan mereka menangguk ikan di Gedong Ulu Kumbang. Biasalah budak-budak suka bermain. Masa orang lain sibuk menangguk, aku pula sibuk main selam-menyelam di bawah gumpalan-gumpalan rumpai air tu.
Sekali tu aku cuba menyelam ke sebelah sana di bawah satu gumpalan rumpai air yang lebih besar. Malangnya semasa di pertengahan, aku dah tak boleh tahan nafas lagi. Aku cuba timbul tetapi gumpalan rumpai air itu pula menghalang aku. Bayangkanlah keadaan aku masa tu. Dengan sedaya upaya, aku tarik-tarik gumpalan rumpai tu supaya putus untuk membolehkan aku timbul. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga aku meloloskan kepala untuk bernafas. Hai kalau tidak rasanya tak perasan orang aku lemas di bawah rumpai air tu.
Di hilir Gedong Gajah Mati ni pula dibina benteng untuk membolehkan air di gedong tu bertakung. Benteng itu hanya dibina daripada tanah. Macam mana agaknya orang dulu-dulu buat benteng ni dengan hanya bergotong-royong tanpa menggunakan jentera.
Di hilir gedung ni ada sebuah air terjun. Air terjun ini sebenarnya ialah pintu air untuk membolehkan air dari gedung ni dikawal pengalirannya. Dari sini air dari gedung itu akan mengalir ke sungai Gajah Mati.
Di situ aku selalu mengikut mak ayah aku menangguk udang. Banyak sungguh udang di sini menyorok di bawah daun-daun pokok hutan yang gugur ke sungai. Mak ayah aku tangguk sekali daun-daun tu kemudian dikiraikannya untuk mendapatkan udang yang bersembunyi di celah-celah daun tu. Kadang-kadang aku pedap je dengan tangan udang tu dan makan sahaja mentah-mentah.
Bukan udang je, di situ juga banyak siput sungai, kijing dan gondang. Selalu juga aku makan gulai lemak siput sungai yang kami dikutip di sungai tu. Sesekali ada juga aku makan goreng kijing atau gondang yang dibuat oleh mak aku.
Gondang
Sementara menunggu padi cerang ni masak, mak ayah aku buat orang-orang dan sebagainya untuk menghalau binatang seperti burung. Aku rasa cerita lain-lain dan seterusnya masa buat padi cerang ni sama je dengan cerita "padi" sebelum ini. Oleh itu kliklah kat tajuk tu untuk ketahui ceritanya.
Itulah secebis lagi kisah aku semasa kecil bersama mak ayah aku. Dalam keadaan yang serba kekurangan, mak ayah aku dengan penuh kasih sayang menjaga dan membesar anak-anak. Semoga kita semua tidak melupakan pengorbanan mak ayah kita.
kuat ingatan deme ni sbb boleh criter detail..
BalasPadamsalam..
BalasPadammenarik sgt bunyinye tempat tu weh..rase nak pergi pulok..
:)
Memang tempat tu menarik weh tp sayangnya ia musnah satu demi satu kerana kerakusan manusia. ha ha ha. Cintai Alam Semula Jadi.
BalasPadamkat mane ea nak dapat itik ni.sy mencari x jumpe.
BalasPadamsaya tengah biakkan..nanti ade baka..bleh la kalu nk beli..tq..
PadamInsyaallah, mana tempatnya. Nok juga tengok itik jenis ni, kalau tak belipun koi nok bergambar kenang-kenangan.. he he
BalasPadamnow merapoh dah xder ape2 lg dah...sdih...kemajuan prlukan pngorbanan..
BalasPadam