Jalan raya Merapoh

  Jalan Bukit Tujuh semasa dalam pembinaan lagi.


Apabila dengar sahaja orang-orang tua kata  jalan raya akan dibuka di Merapoh ni tak lama lagi, gembira sangat aku macam baru dapat hadiah walaupun pada masa tu aku budak-budak lagi. Tak silap masa tu aku dalam darjah 6. Terbayang difikiran aku Merapoh ni tak lama lagi akan ada kereta, bas, lori dan macam-macamlah seperti di Bandar Kuala Lipis atau Gua Musang.

Lepas tu tentu ada pula elektrik, air paip, siaran tv dan radio yang dah jelas, telefon dan sebagainya. Pendek kata Merapoh ni nanti setandinglah dengan tempat-tempat lain yang dah lama menikmati kemudahan tu. Rasanya tak sabar-sabar nak lihat jalan raya tu siap.

Walaubagaimanapun sehingga aku tamat sekolah rendah, jalan raya ni tak siap lagi. Jadi aku kenalah naik kereta api untuk ke sekolah menengah agama di Padang Tengku. Di sekolah ni aku tinggal di asrama. Setiap kali apabila aku boleh balik ke kampung, aku selalulah tertinjau-tinjau di tingkap keretapi kalau-kalau ternampak jalan raya baru tu. Masa tu pertanyaan "Dah setakat mana jalan raya ni siap?" selalu bermain difikiran ku. Begitulah ambil beratnya aku kepada projek jalan raya ni. Aku rasa orang-orang Merapoh pun pada masa tu macam aku jugalah, tak sabar-sabar nak tengok jalan raya bertar ni siap.

Jalan raya ni akan menghubungkan Bandar Kuala Lipis dengan Gua Musang. Mengikut cerita orang, jalan raya tu nanti dari Kuala Lipis akan melalui kampung-kampung seperti Kechau Tui, Pagar Sasak, Dada Kering, Chegar Perah, Sg. Temau, Sg. Yu, Kubang Rusa, Telok Gunung, Merapoh, Mentara sampailah ke Gua Musang. Sementara Kuala Lipis dah ada jalan raya sampai ke Kuala Lumpur manakala Gua Musang pula dah ada jalan raya hingga ke Kota Bahru. Jadi jalan raya yang nak dibuat di Merapoh ni kira jalan penting jugalah. Jalan yang menghubungkan antara timur dan barat.

Aku masih ingat, semasa aku tingkatan 2, aku pernah lalu di jalan raya ni yang masih dalam pembinaan dengan membonceng sebuah motosikal Honda Cup lampu bulat. Aku diajak oleh abang cu untuk menemaninya membawa balik motosikal tu ke Merapoh setelah dibaiki di sebuah kedai motor di Padang Tengku. Aku tak taulah kenapa motor tu tak dibawa melalui kereta api je. Mungkin abang cu pun tak sabar-sabar nak merasa melalui jalan raya tu agaknya. Kebetulan pula pada masa tu musim hujan.

 Laluan Jalan Raya Merapoh

Selepas je melalui kampung Dada Kering, motor yang kami naiki lekat tayarnya kerana tanah selut. Agak aku tempat tu dekat-dekat dengan Bukit Tujuh. Risau juga aku sebab tengok sekeliling bukannya ada orang, hutan tebal adalah! Bertambah risau lagi sebab tak tau sejauh mana lagi untuk sampai ke Merapoh ni. Lepas ke motor ni meredah selut sejauh itu? Aku risau sangat sebenarnya tapi buat tak tau jelah sebab tengok abang cu bersemangat sangat nak balik dengan motor tu.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kenderaan lalu di situ. Lega sikit rasa hati bila tengok sebuah 'Land Rover' menuju ke arah kami. Kereta tu berhenti dan pemandunya menyuruh kami angkat motor dan letakkan di bahagian belakang keretanya. Katanya tak lepas motor nak lalu jalan di depan tu sebab lecak sangat. Lepas Sg. Yu nanti barulah jalan elok sikit.

Nasib baik ada orang nak menolong, kalau tidak jenuh kome bermain selut sebelum sampai ke Merapoh. Entah pukul berapa sampai ke Merapoh tak taulah tetapi masih siang lagi.

Itulah secebis kisah aku melalui jalan raya yang menghubungkan antara Lepeh dan Gua Musang semasa pembinaannya antara tahun 1981-1985.

Jalan raya dah siap. Inilah jalan raya ke Merapoh sekarang.
Gambar ini diambil di kawasan Sungai Temau-Chegar Perah, dekat dah dengan Bukit Tujuh.

7 ulasan:

  1. salam midi.. dulu semasa jalan merapoh-gua musang belum di buka..jalan masa tu jln tanah merah abeli baru tingkatan 3. cuti prnggal abeli ikut abang ipar bawa treler hantar papan ke felda ciku.. untuk buat rumah peneroka... kat situ.. guna jalan tanah merah... dari kuala lipis pagi.. sampai malam kat felda ciku.. punya seksanya... tapi sekarang.. dak ok.. kemudahan tgh di laksanakan.... kalau siap jalan .. baru dari merapoh ke relong skrg dalam pembinaan.... lagi la dekat.. tak lalu bukit 7 dah....

    BalasPadam
  2. Terima kasih kongsi pengalaman. jadi abeli biasalah kat area lipis gua musang ni yek. baguslah ada jalan baru tp kalau hway lagi bagus sebab lori bayk mat dah ikut jalan ni...

    BalasPadam
  3. mase bawok moto tu langsung tak pikir risiko weh. taunya sronok sgt sbb ande moto sendiri balik kg. maklumlah org lain dh lama ande moto, kita skoloh menengoh baru merasa naik moto sniri. tu pun motor buruk. main selut apa heran, hari2 main selut duduk merapoh kala musiom ujan. hihihi...

    BalasPadam
  4. Ha ha gitulah kita dulu lain beno dgn sekarang ni. Alhamdulillah...

    BalasPadam
  5. Aku baru balik dari kota bharu ke kl,ikut jalan yg korang ceritakan ni.Kereta banyak jalan sedikit sesak.Dan yg best nye kat tgh2 jalan ni ade pulak jalan baru yg sedang dalam pembinaan.Dari mana ke mana agaknya jalan baru ni?

    BalasPadam
  6. Salam,

    Terima kasih kerana sudi berkongsi sejarah Lebuhraya Kuala Lipis-Gua Musang FT8 ini, minta izin untuk share di blog saya di http://blogjalanraya.blogspot.com

    Terima kasih :)

    BalasPadam
  7. Ade tak blog@page update project jalanraya br dr padang tengku smpi chegar peroh tu? siap by pass bukit tujuh lg..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular

Mohlah jengok!

  • 22 March 2025-23 March 2025(cerita fresh from farm, sebelum ni asyik throwback je) Salam Ramadhan Makcik ajak Daus menginap semalam di Sheraton PJ. Saj...
  • ปั่นสล็อต แจ็คพอตแตกไวทำยอดได้หลักล้านต่อวัน บริการครบค […] The post ปั่นสล็อต แจ็คพอตแตกไวทำยอดได้หลักล้านต่อวัน บริการครบครัน appeared first on A+ เกมอ...
  • [image: GAMBAR KLASIK KUALA LIPIS PAHANG] [image: GAMBAR KLASIK KUALA LIPIS PAHANG] [image: GAMBAR KLASIK KUALA LIPIS PAHANG] [image: GAMBAR KLASIK KUAL...
  • Sila muat turun "Syair Perang Musuh Bisik" versi Jawi dalam format PDF, kik DI SINI Untuk muat turun syair dalam bentuk aplikasi Android di Google Play, s...
  • Alhamdulillah... Akhirnya tercapai juga hasrat untuk membina sebuah rumah untuk isteri aku walaupun hanya rumah kampung je, syukur. Hasrat keluarga mentua a...
  • Hujan lebait enjak malang semalang lagi. Sampei ke siang tak beghenti. Bingit bunyi atak zing. Ander kecak-kecak air ataih lantei. Taghih sikit. Mok s...
  • Koi Orang Pahang ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016. Semoga tahun baru 2016 akan membawa kita kemajuan dan perubahan yang diharapkan.
  • Harga Terbaru Tiket Tambang Bas 1 April 2015 Semua barang naik, harap gaji pun akan naik jugak ah...hahaha..doa banyak - banyak k...
  • Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
  • *https://www.youtube.com/watch?v=IbldsUPVveo&list=UU4zhKrEaSXjd6pcVgCgGHwA&index=5* https://www.youtube.com/watch?v=MzqNnxmdTGk&list=UU4zhKrEaSXjd6pcVgCgGHw...
  • Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
  • Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas...
  • 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
  • *6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
  • ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
  • Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
  • *KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
  • بسم الله الرحمن الرحيم Al ikhlas Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; be...
  • Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
  • Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
  • DEERLAND KUALA GANDAH HOSPITAL TEMERLOH  ELEPHANT SANCTUARY KUALA GANDAH PEKAN SEHARI TEMERLOH HUTAN LIPUR GUNUNG SENYUM SANGKAR IKAN PATIN...
  • Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
  • Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
  • *...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
  • *Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
  • Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
  • Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
  • *Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...