Pagi-pagi Ahad nilah peluang untuk aku bangun lewat sikit. Selepas sembahyang Subuh, aku tidur balik dan berpesan kepada isteriku supaya mengejutku dalam pukul 8.00 pagi nanti. Sementara tunggu aku bangun tu, aku menyuruh isteri dan anakku bersiap supaya lepas aku mandi nanti boleh terus pergi mengambil mak aku. Aku kira dalam pukul 9.00 tu masih pagi lagilah untuk ke Pekan Sari Temerloh. Lewat sangat nanti marah pula mak aku.
Di sini aku paparkan beberapa keping gambar yang sempat juga aku ambil di sana walaupun rasa janggal sikit dgn orang ramai yang bersesak-sesak.
Ini ikan Temalian. Mak aku beli sikit ikan ni untuk dibuat gulai tempoyak.
Besar sungguh ikan Temalian ni. Nak potong pun susah. Kena ketuk baru boleh.
Ini sisik ikan Temalian tu. Jual juga rupanya. Mulanya ku ingat untuk digoreng. Rupanya sisik ni dijual untuk dibuat bunga hiasan. Sepinggan rm2
Selain tu emak aku beli ikan kecil ni. Ikan ni ikan Badar. Sedap bila dikunyit dan digoreng garing.
Menda ni pernah aku makan dulu-dulu masa di Merapoh tapi rasanya dah berbelas tahun tak merasa menda ni. Namanya Tebu Telor.
Yang bersidai tu pula ialah tikar mengkuang pandan. Susah dah nak jumpa tikar ni kan?
Weh senjata lama pun ada. Bang tak salah ke jual senjata ni?
Sesiapa yang nak bertandang ke Bandar Temerloh ni eloklah jangan melepaskan peluang untuk ke pekan sari Temerloh. Pekan sari ni diadakan di tepi sungai Pahang pada setiap hari Ahad. Sungguh seronok berjalan ke situ sebab pemandangan tepi sungainya yang cantik serta tiupan anginnya yang sejuk. Tempat ini sejuk kerana di sepanjang pekan sari itu terdapat banyak pokok-pokok yang rendang menyebabkan kawasan ini menjadi teduh dan redup. Selain tu mungkin banyak menda-menda yg. tak terdapat di pekan sari lain seperti gambar yg. aku tunjukkan tu. Kalau nak merasa naik perahu tambang pun boleh.
Kempen Tahun Melawat Temerloh. Ha ha ha!
ok la tu...
BalasPadamsalam sahabat
BalasPadamcatatan yang baik tentang temerloh, pekan sari dan segalanya di pagi ahad..
lama sgt dah tak pergi ke pekan sari ter....
BalasPadammasa kome kecik2 dalam umur 5-6 tahun..tiap2 hari ahad komferm ngekor ayah naik vespa dia pergi pekan sari...agak2nye pekan sari temerloh ni mungkin berusai lebih kurang 50 tahun dah..hebat hebat..patut kene masuk tv nihhh
Salam, midie canggih aok cakak yek pangge ikan badar, hehe kome cakak bado jer haha tapi tebu telor ter rasanya kwn pernah makan sekali tapi tak ingat dah rasanye camana
BalasPadamMidie..terliur met nengok ikan temelian dgn ikan bado tu...Temelain masok tempoyok, bador goreng garing,ada pulok sambak itam...memang kene..
BalasPadamSalam semua
BalasPadamHe he rasanya ada dah masuk tv.
ha ha bila aok tego kwn tulis badar ikan bado tu baru kwn perasan cakap canggih. ha ha ha ha ha lucu amat weh. bulih ke tulis badar ha ha
weh kecor liyur kwn bila aok sebut sambal hitam tu..
emm...rasanya dah berpuluh tahun x ke pekan sari temerloh tu...padahal rajin je balik ke mentekab...rasa malas bila membayangkan orgramai ngat!! tapi tgk ikan tu rasa cam best je...x penah mkn ikan tu!!
BalasPadam