Ini gambar aku selepas tanah tu berjaya mengeluarkan hasil.
Kali ni aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku masa menolong ayah membuka tanah untuk membuat dusun buah-buahan. Maaflah takde gambar nak ditunjukkan. Tunggulah bila aku balik kampung nanti, aku ambillah gambar yg. sesuai.
Masa aku duduk di kampung, sementara menunggu result STPM, aku merasalah menolong ayah aku membuka tanah. Tanah tu di Bekong iaitu tanah di tepi tanah getah pinggir kami di Merapoh.
Kat Merapoh ni kebanyakkan penduduknya mendapatkan tanah kebun dgn. cara membuka tanah. Aku rasa kat kampung-kampung lain di Pahang ni pun juga menggunakan kaedah yg. sama. Apabila ada tanah kosong, mereka tebang tebaslah tanah ni untuk ditanam dgn. pokok buah-buahan atau getah. Selepas tu mereka memohonlah kat pejabat tanah utk. mendapatkan geran sementara. Jika wakil drp. pejabat tanah lihat tanah tu dan puas hati dgn. kerja mereka, biasanya dapatlah mereka geran tanah sementara. Bila dah lama-lama, akhirnya mereka dapatlah geran kekal. Begitulah caranya lebih kurang org. kampung mendapatkan tanah kebun di kampung aku Merapoh.
Ayah aku pun gitulah juga. Dia nak tanah di sebelah kebun getah pinggir tu untuk dijadikan dusun durian. Tanah tu adalah lebih kurang 10 ekar termasuk rezab gua. Memang masa tu orang kampung tengah sibuk membuka tanah di kawasan Bekong ni. Jadi aku yg. baru habis sekolah ni kenalah menolong ayah aku membuka tanah tu.
Sebenarnya tanah tu dikira hutan teballah. Ada berpuluh pokok balak yg. sebesar 2-3 pemelok di kawasan tu. Kalau tengok ke gaya hutan tu rasa tak terdaya nak mengerjakan dgn. tulang 4 kerat. Ayah aku ni pulak memang tak pandai atau mungkin juga tak berapa berminat nak menggunakan alat-alat moden seperti Chain Saw. Dia hanya menggunakan kapak, gergaji panjang dan baji.
Mula-mula sekali tanah tu kena dirintih dulu supaya tahu berapa ekar keluasan tanah tu. Kerja ni ayah aku memang pakarlah. Aku tak taulah tekniknya tp. ayah aku guna kayu-kayu yg. dipotong kira-kira sepanjang 2m setiap satu. Besarnya pula kira-kira sebesar ibu jari kaki atau lebih. Kayu ni nanti akan dipacak di tempat-tempat tertentu untuk menandakan kawasan tanah tu.
Apabila kawasan tanah sudah ditanda, ayah ajaklah emak dan aku menebas semak-semun di hutan tu. Pokok-pokok yang sebesar peha atau lebih juga akan ditebang menggunakan parang dan kapak. Ada sesetengah pokok pula ditebang sedikit saja supaya apabila pokok besar yang ditebang tumbang nanti, ia akan menghempap pokok-pokok ni lalu tumbanglah sekali.
Tujuan kerja-kerja ni dilakukan dulu supaya memudahkan kerja menebang pokok-pokok yg. lebih besar nanti. Jika tidak, mungkin ada pokok besar yg. ditebang tu tidak tumbang dgn. sempurna kerana tersandar kat pokok-pokok kecil dibawahnya. Ini boleh menambahkan kerja dan akan membahayakan kami. Kerja ni berlarutan berbulan jugalah.
Apabila kerja menebas dan menebang pokok-pokok kecil selesai maka tibalah masanya untuk menebang pokok yg. besar-besar pula. Masa ni ayah aku akan sediakan gergaji sepanjang 1-3meter . Ada gergaji digunaka untuk seorang dan ada juga jenis gergaji yg. kena ada dua orang untuk menggunakannya. Gergaji untuk dua orang tu ada pemegang di setiap hujung gergaji. Setiap orang kena pegang hujung-hujung gergaji tu lalu menyorong tarik gergaji tu semasa menebang pokok.
Pada aku ayah memang betul-betul pakarlah dalam kerja ni. Kerja ni dah dilakukan sejak dr. muda lagi. Entah berapa puluh ekar dah tanah yg. dia buka dgn. cara ni. Ada setengah tanah yg. dia buka tu diberikan sahaja kepada saudara mara apabila dia berpindah dan menetap di Merapoh.
Sebelum menetap di Merapoh, ayah aku pernah juga tinggal di kampung-kampung lain yg. berdekatan seperti Sg. Temau dan Batu Bulat. Ada juga dia cerita yg. kami hampir-hampir pindah ke Temerloh kerana ada orang ajak buka tanah di sana. Entah macam mana, tak jadi. Mungkin sebab rezeki kami di Merapoh.
Masa menolong ayah aku menebang ni, ayah aku akan suruh menebang pokok-pokok yg. tak berapa besarlah. Pokok yg. betul-betul besar tu akan ditebang oleh ayah aku sendiri. Ada sesetengah pokok tu mempunyai banir yg. agak besar sehingga kami terpaksa membuat para terlebih dahulu untuk menebangnya.
Bukan main pakai tebang je, biasanya ayah aku akan rancang dahulu sebelum menebang pokok besar ni. Mesti tahu arah mana nak ditumbangkan dan arah mana untuk kami pergi semasa pokok tu tumbang nanti. Mesti pastikan pokok tu ada berkait atau bersangkut tak dgn pokok lain. Ini untuk mengelakkan dahan-dahan atau pokok lain yg. bersangkut dgn. pokok besar tu tidak menimpa kami ketika pokok itu tumbang.
Selain gergaji, baji dan tukul besi besar penting semasa menebang pokok besar ni. Baji akan diketuk sedikit demi sedikit ke celah tempat digergaji tu untuk mengelakkan gergaji tersepit. Ada 5-6 baji jugalah ayah aku simpan untuk kerja-kerja ni. Stamina ayah aku ni memang kuat. Aku yg. masih muda ni rasanya tak setanding dgn. tenaga ayah aku. Masa menggergaji pokok menggunakan gergaji untuk dua orang tu, akulah biasanya minta berhenti sekejap apabila terasa lengoh tangan semasa sorong tarik gergaji tu.
Rasanya berbulan juga untuk menyiapkan kerja menebang ni. Maklumlah pakai gergaji tradisional dgn. tulang 4 kerat je untuk menebang balak seluas lebih 10ekar. Apabila semua pokok-pokok besar tu siap ditebang, ia akan dibiarkan sebulan dua untuk membolehkan balak-balak tu betul-betul kering. Masa ni kami memotong dahan-dahan pokok tu dan dikumpulkan supaya senang memerun nanti. Biasanya kami kumpulkan di tempat balak-balak tumbang supaya balak tu habis terbakar nanti.
Panjang cerita ni, sambunglah nanti...
segala mcm criter aok taip bkaitan dgn sej merapoh, koi akan kopi pes masuk blog koi. tapi koi akan tulisla sumbernya dari blog aok. criter peribadi koi xkacau. bagi, xbagi lain criter, aok bkn buleh saman pun. xdaya koi nk criter 2 kali. :)
BalasPadamHa ha ha, xkisahlah. Kalau dah cerita sama tp bahasa koi lintang pukanglah... editlah sikit bagi sedap.
BalasPadamok dah tu. kita guna yg ori la..
BalasPadamKoi memanc minat amat hey2 bukok tanoh ni..
BalasPadamsekaranc koi tengah mohon di lepih jugek..
tapi bukan tebanc sendiri la..
tok daye weh kuikui