Dulu aku gentel-gentel je pacat ni.
Masa aku dulu, nak pula duduk kat Kampung Merapoh yang letaknya paling ulu di Negeri Pahang ni mana ada pilihan. Menoreh getah jelah pekerjaan yang ada. Kalau malas gayanya tak merasalah duit lebih sikit bila buka sekolah nanti.
Biasanya aku menoreh di Bekong tetapi ada juga aku menoreh kat Ulu Kumbang. Masa menoreh kat Ulu Kumbang ni ada satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan yang aku nak ceritakan kali ni.
Masa tu kami dah berpindah ke Perumahan Merapoh. Masa tu aku menoreh dengan abang aku yg. aku panggil abg. cu. Nak sampai ke situ dari Perumahan Merapoh ni kira-kira setengah jam dengan berjalan kaki. Jalan ke situ ikut jalan denai je, lalu tepi-tepi semak.
Tiap-tiap pagi lebih kurang pukul 7 pagi, kami pergilah ke kebun getah tu. Kebun getah ni adalah seluas 5-6 ekar. Abang cu toreh sebelah manakala sebelah lagi aku toreh.
Nyamuk tak kiralah banyaknya kat sini. Ngaung! ngaung! bunyi kat belakang tengkok. Puaslah aku mengibas dengan kain suruh lari. Begitu juga dengan serangga-serangga lain seperti lalat, kumbang dan macam-macamlah yang menyebabkan kita rasa kurang selesa.
Kebun getah ni kira tepi hutan tebal betul. Kadang-kadang rasa takut juga, bimbangkan rimau dan sebagainya. Namun nak buat macam mana. Itulah rasanya kerja yg. boleh mendatangkan duit sikit pada masa tu.
Rasanya takdan setengah jam menoreh, mulalah terasa benda-benda merayap dalam baju dan seluar aku. Mulalah aku tergaru sana-sini.Antara yang selalu aku dapat masa tergaru-garu tu ialah pacat. Banyak sungguh pacat kat sini.
Bila dah digigit pacat ni, mulalah badan berdarah sana sini terutamanya kat kaki. Nak hentikan darah ni bukannya senang. Kadang-kadang aku cuba sumbat tempat berdarah tu dengan tanah tapi biasanya berdarah juga. Akhirnya aku biar jelah sampai ia kering dan berhenti sendiri.
Biasanya dalam pukul 10.00 pagi, aku dah habis menoreh separuh pokok-pokok getah di kebun itu. Aku dengan abg. cu behentilah sekejap untuk berehat dan minum. Lepas tu kami sambung menoreh semula hingga selesai menoreh. Biasanya dekat-dekat pukul 12 tengah hari, habislah semua pokok-pokok getah tu ditoteh.
Menoreh ni bukan senang weh! Kalau tak biasa, habis kulit pokok getah tu luka. Bila luka, kulit tu jadi bergerutu masa ia menumbuh balik. Susahlah nak menoreh lain kali.
Pokok getah yang kami toreh ni kira dah tua. Kulitnya dah banyak bergerutu. Susah betul masa menoreh kerana tersangkut-sangkut di tempat bergerutu yang keras tu semasa aku menarik pisau getah tu. Siapalah yang menoreh dulu ni hingga batang getah jadi macam ni.
Selalu juga aku hilang sabar. Masa pisau tu tersangkut, aku tarik je pisau getah tu sekuat hati.Ha! ha! makin teruklah luka kat kulit pokok getah tu. Takpalah, getah dah tua. Tak lama lagi ayah aku planting baliklah kebun getah ni.
Mak ayah aku tak nak duit hasil dari kami menoreh ni. Duit ni mak ayah aku suruh kami buat belanja kat sekolah bila habis cuti nanti. Selalunya bila seseminggu dua menoreh, dapatlah kami seratus dua seorang. Seronok sungguhlah.
Pada satu hari, masa kami berehat pukul 10.00 pagi. Aku bukalah bekal yg. mak aku bagi. Hari tu mak bagi kami bekal nasi lauk gulai masam ikan ( gulai tempoyak ) dengan ikan masin. Sedap sungguh makan pagi tu. Pedas gulai masam ni rupanya.
Tengah sedap-sedap makan tu, aku rasa ada menda terlekat kat celah gigi aku. Bila aku tarik rasa liat-liat macam daginglah. Pelik juga aku, mana ada lauk daging ni. Akupun tariklah daging tu kuat-kuat. Bila tercabut je, terkejut aku, daging tu rupanya pacat. Terliut-liut je. nasib baik tak tertelan.
HAHAHA...~!
BalasPadamkoi dulu mase mandi kat gedung atas pada rumoh alllayarhamah wan cu, ada lintoh nak masuk ngat dah lubung punggung weh...! meraung mcm tarzan!!
koi amik ceiter demeh ni.
He he, kalau masuk dalam punggung demeh agok-agok nyeh beranok-pinok tak lintoh tu...
BalasPadamsalam....tumpang ziarah
BalasPadamsebab ngape digigit pacat meyebabkan kudis yg gatalnye kadang2 mengambil mase bertahun2...
Sebabnya ialah kerana kita memaksa pacat tu berhenti dari menghisap darah dengan dengan menguis atau sebagainya...
Apabila tidakan secara paksaan begitu, menyebabkan sempulur ( lidah pacat yg tajam ) yang sdang menghisap darah kita tertinggal di dalam kulit kita.
Sebab itulah jika digigit pacat kadang kala menyebabkan berkudis dan gatal...
Cara mengelakkan dr berkudis, ialah dengan membiarkan sehingga kenyang atau kita cucuhkan dengan bara api ( putung rokok pun boleh) supaya pacat2 tu berhenti menghisap dan menarik balik sempulur dari kulit kita..
Allahwualam ...
Weh, gitu rupanya. Koi tak tau. Koi bantai tarik je tapi nasib baiklah tak jadi gatal lama-lama...
BalasPadamkurang2 deme ande pengalaman termakan pacat.. :)koi tidok la dgn ulat2 menguit melentik2 gini..
BalasPadamHa ha! Pacat ni mainan kome orang kampung.
BalasPadamfirst time koi gi jungle tracking...bbdk pompuan jerit x hengat dunia kena pacat kat kaki...koi pun jerit sama le,padahal koi x penah tgk pun...pastu koi tgk bbdk laki relax je tlg buangkan pacat pada kaki bbdk pompuan...koi try pegang..la..rupanya x de mende pun yang beria ngat diorang takut sgt tu....koi leh siap main tarik2 dia lagi....x tau le kot saja je bbdk tu birah gamoknya..hehehe.....
BalasPadam