Dalam pukul 9.00 pagi lebih kurang, akupun memandulah ke Bengkel Kereta Sham di Taman Temerloh Jaya. Setibanya di bengkel tu, aku lihat banyak sangat kereta di depan bengkelnya. Ramai agaknya orang datang membaiki kereta hari ni.
Setelah parking kereta, aku terus mencari Sham. Aku nampak dia sedang terbongkok di depan bonet enjin salah sebuah kereta di hadapan kedainya. Aku memberitahunya akan hajatku tetapi sayangnya katanya kalau nak siap hari ini memang tak dapat. Musim-musim cuti ni memang ramai orang hantar kereta. Kalau nak buat juga katanya kena simpan kereta kat kedainya. Esok InsyaAllah barulah siap.
Aku bersetuju tetapi kalau boleh tolong siapkan kereta aku tu dalam pukul 10.00 - 11.00 pagi kerana aku memang sudah merancang untuk bertolak balik ke Merapoh pada pagi esok. Dia bersetuju. Kemuadian, dia menghantar aku balik ke rumah.
Kerja yang kedua pula ialah aku nak bawa isteri dan mak aku ke bandar Temerloh untuk membeli barang. Petang semalam selepas Asar aku dah keluar membeli pakaian sekolah anak aku tetapi aku tak sempat pergi ke The Store Temerloh untuk membeli barang dapur kerana sudah Maghrib.
Mak akupun berhajat sangat untuk berjalan-jalan di pasar raya itu walaupun lututnya sakit. Oleh kerana ingin melayan emak, aku bawa kerusi rodanya masuk ke dalam bonet keretaku. Di pasar raya itu nanti bolehlah aku dengan anak aku bergilir-gilir menolak mak aku untuk melayannya membeli barang.
Dah 2 - 3 bulan mak aku langsung tak boleh berjalan lama. Berjalan sikit-sikit di dalam rumah dengan memegang atau berpapah pada dinding tu bolehlah. Kesian juga kalau aku tak melayan hajatnya untuk membeli-belah di pasar raya setelah berbulan berkurung di dalam rumah atau di dalam kereta sahaja.
Oleh kerana petang tu aku tak sempat bawa emak aku ke pasar raya The Store tu, aku berjanji akan bawanya ke situ pada pagi esok.
Sayangnya pada pagi ini aku tak boleh nak masukkan kerusi rodanya ke dalam bonet kereta kancil aku. Semalam aku bawa kereta Waja oklah tetapi bila kereta kancil ni mana muat. Bonet kereta kancil ni kecil sangat.
Mak aku nampak kecewa juga tetapi apa boleh buat, kereta Waja aku dah dihantar ke Bengkel Sham tadi. Nampaknya mak terpaksa berkurung di dalam kereta lagilah sementara menunggu kami membeli barang.
Kalau akulah malu nak pakai jersi lambang Carlsberg macam ni.
Sampai di bandar, ada satu perkara yang aku tak berkenan benar. Semalam aku dah jumpa seorang, hari ni aku terjumpa seorang lagi. Aku pelik. Adakah mereka jahil atau mereka memang sengaja tak peduli. Ada ke budak muda melayu Islam pakai jersi lambang Carlsberg. Mereka ni tak malu ke. Adakah mereka berasa megah dengan arak. Jika minat sangat dengan kelab bola sepak tu tetapi takkan sampai maruah seorang Islam dijaja terang-terang. Sedih betullah. Haram hukumnya tolong mengiklankan arak ni woi!
Setelah selesai membeli kasut, beg sekolah anak aku dan barang-barang dapur, kamipun singgah di salah sebuah gerai makan tepi Sungai Temerloh. Gerai ni aku tengok memang menjadi tumpuan orang masa makan tengah hari. Masakan istimewanya ialah gulai ikan tempoyak ikan patin. Akupun suka gulai tempoyak ikan patinnya tu. Aku dengan anak aku makan beria betul sampai minta nasi tambahlah. Isteri dan mak akupun beria juga makan, maklumlah waktu tu dah dekat pukul 2.00 petang.
Selepas itu aku dan anak aku pergi ke kedai gunting rambut. Lama juga aku kat kedai gunting rambut tu walaupun cuma ada dua orang lagi yang sedang menunggu. Tukang gunting tu budak muda dan dia nampaknya beralus betul menggunting rambut. Baguslah macam tu. Tak kisahlah lambat sikit asalkan puas hati.
Sedang aku bergunting tiba-tiba isteri aku muncul. Tadi dia duduk di dalam kereta menemani mak aku. Dia tanya aku kenapa tak jawab panggilan handpone. Aku mana ada bawa handpone, aku tinggalkan dalam kereta tadi. Isteri aku kata mana ada handpone kat kereta. Eh kat mana pula handpone aku ni kalau tidak kat kereta.
Haah! handpone tadi aku letak di atas meja makan semasa makan tengah hari tadi. Habislah handpone aku kena rembat. Susah orang nak lepaskan handpone Nokia aku yang berharga seribu lebih tu kalau dah tertinggal, fikirku. Dah berkali-kali cuba call tetapi tidak berjawab. Habislah...! kata isteriku. Aku cuba menyedapkan hati dengan mengatakan mungkin tokey tu tak dengar call itu kerana di dalam kedai tu bising.
Aku terus kembali ke kedai tu untuk bertanya kepada tokey kedai tu. Manalah tau kalau nasib aku baik. Setibanya di kedai makan, Alhamdulillah, tokey tu ada menyimpan handpone aku. Memang baiklah tokey kedai ni. Tak sangka handpone aku boleh dapat balik.
Aku ada juga terlintas nak bagi rm10.00 kepada tokey tu sebagai tanda terima kasih tetapi tak jadi pula kerana aku rasa malu bila nampak ramai sangat orang dalam kedai tu. Entahlah kenapa aku jadi begitu. Hanya ucapan terima kasih sahajalah yang dapat aku berikan. Sungguh seronok apabila jumpa orang yang jujur macam ni. Semoga Allah memberkati hidup mereka. Amin!
Nok cari balik nombor rodong ngan sedare ter yang tak dayenye kala hilang.
BalasPadamMidie..
BalasPadamAlhamdulillah..
kedey pak usop tu yek..
komeh memanc pantanc melinteh temerloh mesti ke kedey dia..
tapi sebelum pukul 2 la..
kala lebih..
adios je la kuikui
tukarlah the store tu kepada terus maju ke, sakan, B5 (jengka) atau u mart(jengka). sekadar mencadangkan.
BalasPadamjejaka desa
BalasPadammemg betul weh! nok2 pulok kala sedara mara yg tinggal jauh dan jarang jumpa
don malon
he3 aok gemor juga guley masam yek! koi sokmolah...
jauh amat tu weh. Gonee koi nok pegi. apa2pun koi rasa itu satu cadangan yg baik. kalaulah kita ada semangat sokong menyokong gitu Insyaallah org Islam bertambah kuatlah. sayangnya ramai sangat yg tak berfikir macam tu atas pelbagai alasan... terutamanya kerana sikap mementingkan diri masing2lah... wallahuaklam