*26/9/2024-29/9/2024 Khamis-Ahad(Throwback) *
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
27 Sept 2024 Bersambung dari cerita di *Sini*. Mala...
Orang Baik
Aku dilahirkan di sebuah kampung pedalaman iaitu kampung yang aku kira paling ulu Negeri Pahang. Ulu Kumbang, Merapoh, itulah nama kampung itu. Namanya terpahat di hatiku sampai bila-bila walaupun mungkin orang Merapoh sendiri ada yang tidak mengetahui lokasinya, lebih-lebih lagi budak-budak baru yang lebih banyak masanya dihabiskan di sekolah atau di asrama.
Kampung ini menjadi sebahagian sejarah hidupku. Di situlah tempat aku membesar semasa zaman kanak-kanakku. Walaupun usiaku kini sudah menjangkau 40-an tetapi sesekali kenanganku di Ulu Kumbang masih mampu mengusik jiwaku.
Rasanya besar benar bezanya keadaan pada waktu itu dengan keadaan yang aku nikmati sekarang. Itulah kehidupan. Sedang mana sangatlah yang mampu kita dugakan akan kehidupan kita pada masa hadapan. Sedangkan detik-detik yang berlalu itupun telah banyak kita lupakan, apatah lagi masa hadapan yang belum tentu kita tempuhi.
Aku semakin sedar kini bahawa semakin hari berlalu, semakin pendek hayatku. Dahulu perkara ini seperti tidak pernah menyentuh hatiku. Masa tu aku begitu sihat dan bertenaga. Rasanya tiada apa yang boleh menghalang hasratku. Aku selalu terpesona dengan keindahan dunia. Banyak angan-angan dan usahaku lebih tertumpu untuk mengecap kebahagian dunia ini sehingga kerap aku abaikan akan nasibku di alam yang kekal abadi.
Pelbagai pengalaman dan peristiwa yang aku alami sepanjang kehidupanku ini telah banyak menginsafkan daku. Padaku benarlah dunia ini pentas lakonan. Kehidupan ini penuh dengan kepura-puraan semata-mata. Harta, pangkat, pengaruh, sihat, rupa dan sebagainya adalah pinjaman semata-mata. Tiada apa yang sebenarnya milik kita. Apabila tiba masa, semua perkara tersebut mesti dipulangkan kembali sama ada kita hendah atau tidak. Apalah yang hendak kita hebohkan sangat kalau semua itu barang pinjam. Tak malukah kita berlagak seperti itu?
Hatiku kini lebih tertarik untuk menjadi orang baik. Biarlah segala pinjaman yang Allah berikan kepadaku ini aku gunakan dengan penuh kesyukuran dan merendah diri. Aku tidak mahu lagi terlalu memikirkan kelemahanku dan kelebihan orang lain atau sebaliknya. Apa sangatlah yang aku boleh buat atau orang lain boleh buat.
Semuanya datangnya daripada pemberian Allah juga. Mudah cakap kita tak payah nak berlagaklah dengan kereta besar, rumah besar, pangkat besar, ramai kawan, otak geliga dan sebagainya. Bila sampai masa, semuanya akan ditarik balik tanpa dihalang. Lebih elok kita cari jalan untuk mendapat keredhaanNya kerana Dia sahaja sebenar-benar tempat kita meminta perlindungan. Tak gitu weh!
Ramai dah aku lihat keadaan yang tidak terduga sama sekali. Lebih-lebih lagi perkara yang bersangkutan dengan kesihatan. Ramai sangat dah aku jumpa orang yang rapat dengan kita tiba-tiba je mendapat penyakit yang berbahaya. Ada juga yang ditimpa kemalangan dahsyat tanpa dapat memulihkan keadaannya lagi. Sedangkan pada waktu itu mereka sedang asyik menikmati keindahan kehidupan ini. Aku rasa keadaan itu bila-bila masa sahaja boleh menimpaku.
Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk berubah. Eloklah aku berubah sekarang untuk menjadi orang yang baik. Mudah-mudahan nanti aku ditempatkan bersama orang-orang yang beruntung di akhirat nanti. Langkah pertama yang mesti aku buat ialah solah di awal waktu dan solah berjemaah. Rupanya menda macam nipun sungguh berat untuk diamalkan.Dah berbulan aku cuba tapi kadang-kadang ada masanya aku masih tak dapat lakukan. Macam manapun aku mesti terus berusaha tanpa berpatah lagi. Mudah-mudahan Allah memakbulkan juga usahaku ini diakhir hayatku nanti.
Syukurlah di masjid aku di Temerloh Jaya ni boleh dikatakan tiap-tiap malam ada orang baca kitab oleh ustaz-ustaz yang berwibawa. Mudah-mudahan hatiku ini akan menjadi bertambah lembut dan ringan untuk mengamalkan perintah Allah. Klik untuk tengok masjid aku: http://masjidtemerlohjaya.blogspot.com
Kesian aku tengok apabila ramai generasi baru terlalu terpengaruh dengan godaan dunia ini. Aku rasa InsyaAllah sampai masanya nanti kau orang mesti terfikir macam aku. Pada masa tu barulah kau orang sedar bahawa tak ada apa yang ada pada kau orang tu. Tak payahlah berlagak akulah yang paling hebat, berani, pandai, gagah, cantik dan sebagainya. Semua yang ada pada kau orang tu hanyalah pinjaman semata-mata.
Lebih elok korang gunakan kelebihan dan peluang yang ada ni untuk mendapat keredaan Allah. Eloklah pinjaman Allah tu kau orang gunakan untuk mencari jalan membela umat Islam. Tak payahlah kau orang buat perkara bodoh berlagak dengan merokok, mendadah, merempit, melawan mak bapak, mendedah aurat dan sebagainya. Sedih aku tengok apabila melihat ramai juga orang muda yang tanpa mereka disedari telah menjadi bodoh sombong seperti ini. Marilah kita sama-sama menjadi orang baik dan bertakwa kerana tujuan kita yang sebenarnya adalah akhirat.
Allahuaklam!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Mohlah ikut aku!
Catatan Popular
-
Macam biasalah musim-musim cuti ni banyaklah orang buat kenduri kahwin. Seronok juga aku bila pada cuti sekolah akhir tahun baru-baru ini (2...
-
Masa aku kecil-kecil di Ulu Kumbang dulu, jenuh juga aku merasa lauk kancil ni. Ayah aku memang pandai benar buat perangkap kancil ni. H...
-
Hari ini aku nak cerita sikit macam mana aku buat kelubi jeruk. Kelubi ni aku beli kat gerai orang asli tepi jalan menuju ke Gambang dari K...
-
Akar tuba. Antara aktiviti yang tak dapat aku lupakan di Merapoh ni khususnya di Ulu Kumbang ialah menuba ikan. Menuba ikan ni biasanya...
-
Pandangan jalan masuk ke pejabat SMKA SHOAW, semasa aku pertama sekali melangkah ke sekolah ni pada tahun 1989. Setelah tamat tingkata...
Mohlah jengok!
-
-
Henry Ridley and houseboat, Kuala Tembeling, Malaysia, 1911 Henry Ridley berdiri di tepi rumah bot di Kuala Tembeling di Malaysia, tahun 1911. Beliau me...
-
Halo…Slot Mudah Menang (nonton channel Youtube Slot Mudah Menang)…nice to meet you bagi seluruh pembaca blog ini. Bersama ini penulis sharing informasi pen...
-
بسم الله الرحمن الرحيم Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia... UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...
-
[image: https://drive.google.com/file/d/1gARq5pZPyhDgD94uQfTTxQGasdWyWma6/view?usp=sharing] Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat semua. Sila klik...
-
*Seei Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2020 SK St Mary Kuala Lumpur* *Tarikh : 6.3.2020* *Hari : Jumaat * *Tempat : Dewan St Mary*
-
*Ogawa BG330DT Brush Cutter * Tu dia brand or model mesin rumput yang aku beli baru baru ini. Ini hasil mentelaah pak cik google dan menginterview abam aba...
-
selamat mengundi pada 9 mei 2018
-
APO DAH JADI BLOGSPOT NI MARIN KOBA NAK TUTUP TGK2 ADO LAIE SERUPO IDUP SOGAN MATI TAK MAU TAPI LOBIH TORUK DARI PARTI SUCI TERKONTUT PUN TIDAK..SENDAWO P...
-
Pohpalehh.... Melantung baunye. Dah bubuh bagei gaye dak Awang. Tak amboh ilang jugek. Sabun cak kapok te dah pipih sentei dak Awang ghate ke seme badan ny...
-
Makmur Guesthouse turut menyediakan bilik-bilik untuk disewa. Bilik-bilik ini terletak di kawasan rumah pemilik. Lokasi Makmur Rooms adalah di Kampung Ba...
-
Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
-
-
Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
-
Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas ...
-
27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
-
*6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
-
ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
-
Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
-
*KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
-
Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
-
Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
-
Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
-
Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
-
*...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
-
*Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
-
Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
-
Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
-
*Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...
-
-
-
-
salam...
BalasPadamkoi nyinggoh pagi hari ke blog aok bang..lama tak dtg kemari..arini baru kesempatan..
terima kasih ats nasihat aok te..
Terima kasih atas muhasabah ini midie..
BalasPadammenung panjang koi...
Terima kasih atas komen deme semua. Ha3 elok juga kita selalu muhasabah diri. Mudah-mudahan kita tak hanyut sangat dengan perkara-perkara yg melalaikan kita mentaati perintah Allah.
BalasPadam