Orang buka tanah kat kawasan ni bukannya kami je, ramai lagi orang lain. Kalau tak silap aku hampir 100 ekarlah tanah kawasan ni dibuka oleh penduduk kampung. Kebanyakkannya ditanam dgn. pokok buah-buahan walaupun ada juga yg. menanam dgn. pokok getah dan kelapa sawit. Kedengaranlah bunyi chain saw orang menebang pokok di sekeliling kawasan tu. Kami je menebang guna cara lama, pakai gergaji sorong tarik je.
Masa buat kerja tu kadang-kadang aku melauh (melaung/ menjerit) kuat ke arah Gua Bekong. Saja je aku nak dengar pantulan suara aku dr. gua tu menjadi gemaan. Kadang-kadang masa aku melauh tu, adalah orang lain manyahut. Kemudian, sahut-menyahutlah kami, dapat juga menghilang sunyi masa tu. Antara kawan aku yg. juga membuka tanah kat situ ialah yg. aku panggil Ha, Nordin dan Ya. Mereka ni adik beradik yg. aku kira boleh dijadikan contohlah sebagai anak muda yg. duduk di kampung dan berjaya. Boleh menyara anak bini dgn. pendapatan yg. boleh mengalahkan org. makan gajilah.
Gambar diambil masa aku jalan-jalan kat Taman Gua Musang.
Lepak kat kampung sementara tunggu result STPM
Aku sambung teruslah cerita dalam Buka Tanah I, OK. Bacalah dulu cerita sebelum ni supaya senang faham apa yang aku cerita ni.
Sementara menunggu balak dan kayu-kayu tu kering, ayah aku membina sebuah pondok di tempat tu. Pondok tu hanya dibuat drp. kayu-kayu yg. terdapat disekitar tu juga. Buluh utk. dibuat lantai dan dinding. Batang kayu lurus, besar dan panjang ikut kesesuai pula dijadikan tiang dan sebagainya. Atap pula dibuat drp. daun rembia. Kerja ni dibuat sendiri oleh ayah, kalau ada pun sedikit jelah bantuan drp. kawan-kawan ayah seperti Pak Teh Hin. Pondok ni dibina di atas bukit kecil ditepi jalan menghala ke Sg. Relau iaitu jalan masuk ke Taman Negara. Kebetulan pula di situ terdapat sebatang anak sungai untuk kami mendapatkan bekalan air dan mandi-manda.
Kesimpulannya pondok ni betul-betul tradisonallah. Macam rumah-rumah orang kampung di zaman tahun 60-an agaknya. Dapurpun dapur kayu. Masa tu memang senang nak cari kayu api, kan hutan kawasan tu baru ditebang. Kat kebun getah pinggir tupun bersepah kayu yg. boleh dibuat kayu api.
Kalau sesiapa pernah pergi ke Taman Negara ikut Merapoh, tentu nampak pondok tu. Masih ada lagi sampai sekarang tetapi sudah di naik taraflah. Dah macam rumah orang kampung. Bila nampak Gua Bekong tu, silalah perhati kat sebelah kiri, tentu nampak pondok tu. Betul-betul tepi jalan.
Pondok ni dibuat kerana kalau kami nak berulang dari sini ke rumah kami di Perumahan Merapoh tak laratlah sebab ayah dan mak aku ni tak pandai memandu apa-apa kenderaan pun termasuklah motosikal. Motosikal yg.ada tu hanya digunakan apabila anaknya ada balik ke kampung. Masa anak tak da, mereka terpaksalah berjalan kaki ke Perumahan Merapoh lebih-kurang 10 km. Masa aku ada kat sini memanglah tak ada masalah tetapi jika aku dah kerja, terpaksalah mereka berulang alik ke rumah setiap pagi dan petang jika pondok ni tak dibina. Jadi pondok ni dibina untuk mengelakkan mereka dari penat berjalan kaki ke rumah setiap hari . Lagipun cerang ni perlu dijaga siang dan malam dr. binatang, maklumlah sekelilingnya hutan.
Aku kira inilah kali terakhir aku merasa duduk kat pondok yang suasananya seperti dangau kat tengah sawah padi masa aku kecil-kecil dulu. Selepas itu, takda dah ayah aku buat pondok hingga ke akhir hayatnya. Waktu malam macam-macam bunyi binatang kedengaran. Bunyi babi, beruk dan lain-lain, malahan bunyi gajahpun pernah aku dengar kat situ. Waktu malam memang gelap gelita, yelah kami guna pelita je. Masa duduk kat lambo (lebih kurang barenda lah) waktu malam, selalu aku tengok kat gunung-gunung yg. kejauhan cahaya seperti kilat walaupun pada masa tu bukannya mendung pun. Mak aku panggil itu 'kilat gajah'. Mak aku kata kilat ni datangnya dr. perut gajah. Sampai sekarang aku pelik macam mana perut gajah boleh mengeluarkan kilat.
Kalau nak diceritakan semua rasa tak terlarat pula, aku teruskan cerita pasal memerunlah.
Setelah sebulan dua, apabila balak-balak dan dahan-dahan kayu tu dah betul-betul kering, inilah masanya untuk membuat kerja-kerja memerun. Longggokan kayu tu akan dibakar menggunakan buluh. Buluh ni buluh kering yg. dicincang hujungnya supaya senang menyala apabila dibakar hujungnya. Kemudian buluh ni akan dibawa ke longgokan-longgokan kayu tu untuk memerun.
Masa memerun ni, asap berkepul-kepullah di udara. Api menyala sampai 10-20 kaki tinggi. Tak tau nak katalah panasnya rasa duduk kat tempat tu. Apatah lagi masa membakar ni biasanya waktu panas terik. Muka dan hidung kena tutup dengan kainlah untuk mengurangkan tersedut asap dan debu. Muka masing-masing tersengih je menahan panas. Habis basahlah badan kami berpeluh dan berminyak masa buat kerja tu.
Kerja ni boleh berlarutan selama beberapa hari. Jika hari hujan, lagilah lambat. Mana-mana kayu-kayu yg. tak terbakar tu kami kumpul semula dan bakar lagi hinggalah tanah tu betul betul bersih. Apabila dah bersih, mak aku akan menanam sayur sayuran kat tempat tu.
Inilah sayur maman. Pernah rasa tak?
Maman ni boleh dibuat pelbagai jenis masakan seperti gulai lemah.
mak aku biasanya jeruk dulu maman ni sebelum dibuat gulai.
Maman jeruk juga boleh diratah begitu sahaja. Sedap!
Selepas kerja memerun ni, tanah di kawasan tu dah menjadi elok sangat untuk ditanam dgn. sayuran. Arang dan abu drp. pembakaran tu telah menjadi baja yg. begitu baik. Biasanya mak aku akan tanam labu, sayur maman, bayam, terung, kacang panjang, kacang bendi, lada besar, jagung dan lain-lain lagi.
Apabila sayur-sayuran tu mula menghijau, seronok sangatlah pergi ke situ terutama waktu pagi semasa embun masih lagi di daunan. Bau tanah dan kayu yg. terbakar masih lagi terasa-rasa. Dalam kedinginan pagi, dapat ku lihat cahaya matahari terbit. Kicauan burung-burung dan bunyian unggas rimba menemaniku waktu menuju ke tempat tanaman sayur-sayuran kami. Alangkah damainya. Terasa ingin ku kembali ke zaman itu.
Begitulah gambarannya semasa berada di cerang. Cerang ni maksudnya tempat kami tanam sayur tulah. Kami panggil cerang je . Begitu juga waktu petang. Dapat lagi aku rasakan udara segar yg. aku sedut semasa menolong mak ayah aku di situ. Kadang-kadang aku sengaja mencari tempat yg. tinggi untuk menyaksikan pemandangan yg. indah di petang hari.
Tanaman sayur ni sebenarnya tanaman sementara je kerana ia hanya sesuai semasa tempat ni baru-baru diperun. Masa tu tanah ni lapang lagi, tiada pokok-pokok besar. Emak aku biasanya lebih sibuk menjaga sayur-sayuran manakala ayah aku pula sibuk mencari dan menanam pokok buah-buahan terutama pokok durian. Selain itu, pokok pisang juga ditanam sebagai tanaman sampingan sementara menunggu pokok buah-buahan membesar. Biasanya aku lebih sibuk menolong ayah aku menanam pokok-pokok tu.
Apabila sayur-sayuran ni sudah boleh dipetik, aku menolong pula mak ayah memetik sayur untuk dijual. Selain dijual kat Merapoh, kami juga akan membawa ke Pekan Gua Musang, Padang Tengku atau Pekan Sehari di Kuala Lipis.
Inilah kerja-kerja mak ayah aku sejak dr. mereka muda lagi. rasanya mereka ni tak pernah makan gaji. Kerja semuanya menggunakan kederat. Alhamdulillah, walaubagaimana susahpun, mak ayah aku tetap menghantar kami ke sekolah. Belajarlah setinggi mana yg. boleh, mak ayah aku akan hantar walaupun terpaksa bergolok- bergadai. Itulah yg. aku paling kagum dgn. mak ayah aku ni.
Ya Allah, ampunilah dosa ibu bapaku. Tempatkan mereka di tempat yg. sebaik-baik tempat. Sesungguhnya jasa mereka tak terbalas oleh kami. Kami amat bersyukur dianugerahi ibu dan bapa seperti mereka.
Oklah aku rasa bab cerita menjual sayur ni aku sambung kemudianlah. Penat dah menaip ni...
criter ni antara yg bakal dicurik. gambo maman masok lemok tu, buat koi lapo serta merta.
BalasPadamhahaha...satu lagi kisah pengalaman hidup ayah beh yang berguna pada generasi2 muda dan seangkatan dgn nya (termasuk kome walaupun tok beghape nok mude sgt)..takde can nak join bukak tanah,memerun..ayoh kome keje cikgu..paling kuat pun time weekend ngikut ayah ngutip getah sambil ayah menoreh...
BalasPadamkat merapoh kata abohnye (ahmad salikin) ada banyok tanah yang belum di teroka..apa kata kita pakat dgn ayah cu sekali..kite teroka tanah sana....
p/s : ayah beh masa mude2 hensem hehehehe
Koi pun terliur juga nak ratah maman ni. nantilah pekan sari nanti koi cuba cari.
BalasPadamAyahbeh memang hemsem la, nok buka tanah, kena mengupahlah, modal kena sedia le. mana larat nak buat kerja macam ayahbeh cerita tu. kalau duduk kat kg. mungkinlah
Koi tabik ketabahan orang kita dulu bukok tanoh..
BalasPadamharapan koi kepada anok2 jangan pandey nok juey je..