Assalamualaikum...
Ha. ha! Dah 3-4 hari aku tak menulis kat blog ni, gatal pulak tangan nak menaip.
Bukan apa, sebenarnya aku balik kampung rumah mak mertua kat Melaka pada hari Sabtu baru-baru ni. Dah berbulan dengar cerita dia sakit dalam perut, tak lawas buang air besar, tapi kami tak dapat nak balik. Cuti Raya Cina ni aku ambil kesempatan untuk ziarah dia lah.
Tarian Naga yang pernah aku saksikan secara dekat, kebetulan aku berjalan kat situ.
Aku yg. duduk kat Temerloh saja je balik ke sana ikut KL. Ikut lebuh raya, walaupun jauh sikit dan kena pula bayar tol tapi tenang sikit. Tak sibuk nak potong memotong. Kira jalan sambil ambil anginlah.
Aku ingat ikut jalan KL ni santai jelah sampai ke Melaka tapi rupa-rupanya selepas Plaza Tol Sg. Besi ke Seremban jamlah pulak.
Tersangkut aku kat situ berjam-jam. Boring jugalah tapi nak buat macam mana. Aku lupa org. ramai keluar dr. KL sebab cuti Tahun Baru Cina.
Kami tak singgah mana-mana tapi sampai kat rumah mak mertua aku di Sg. Siput, Lubuk China hampir pukul 8 malam, sedangkan kami bertolak dari Temerloh lebih kurang pukul 12 tengah hari. Lama betul, lebih kurang 6-7 jam perjalanan. Kalau aku ikut Triang dgn. perjalanan biasa, lebih kurang 3 jam, sampai dah ke rumah mak mertua aku.
Jumpa sarang pengingat masa merayau belakang rumah mak mertua aku.
Panas betul kat sini. Katanya dah berminggu tak hujan.
Kesian aku tengok mak mertua aku ni. Nampak cengkung je. Maklumlah dan lama makan bubur je, tak boleh makan makanan keras, jadi sembelit.
Bila aku tengok orang sakit ni, mulalah aku terfikir kita ni lemah sangat rupanya. Kita ni kalau Allah tarikkan dia punya nikmat, benda yang mudah pun kita tak boleh nak buat. Sebab itulah kita jangan cepat lupa diri atau kufur nikmat. Semuanya datang dari Allah, jangan fikir bila kita sihat, senang dan sebagainya kerana kehebatan kita saja. Lepas tu sombong macam dunia kita yang punya. Kalau tak diizinkan Allah, kita tak kan ke mana... he he...
Rumah dah siap tapi belum dapat CF lagi.
Bergaya depan rumah baru.
Lagipun aku ni kalau cuti sekolah panjang, selalunya akan balik ke Melaka sampai 2-3 minggu. Boring weh tapi nak buat macam mana dah isteri kita nak juga beghado dengan maknya.
Jadi aku beli rumah ni nanti taklah aku lepak lama sangat rumah mak mertua. Aku boleh buat kerja sendiri di rumah baru aku tu.
Rumah tu kira dekat je dgn. rumah mak mertua, naik kereta tak sampai setengah jam. Bolehlah berulang setiap hari.
Aku balik ke Temerloh hari Selasa, bertolak dari sana lebih kurang pukul 3. Balik ikut KL lagi. Aku ni sebenarnya kaki langok. Dah tau jalan ikut KL tu jam tapi ikut juga. Kami singgah di MidValley, Kuala Lumpur. Cadang nak tengok wayang cerita Avatar tp rupanya cerita ni dah tidak ditayangkan lagi. Aku nak tengok sangat cerita ni sebab orang kata cerita ni best sangat. Takpa lah, nanti aku cari DVD, tengok kat rumah jelah. Lepas tu kami jalan-jalan jelah kat sini sampai tempat ni tutup. Akhirnya aku sampai ke Temerloh semula pada pukul 1 setengah pagi. Ha, ha, puas hati. Alhamdulillah semuanya selamat.
lepas ni mudoh la kome nk gi melaka sbb ada rmh rehat free... ke guaner?
BalasPadamaskum ayh beh..ain ni..nak sampaikan pesan long..almaklumlah long tak reti lagi tenet2 ni.tapi terpengaruh blog2 ni sejak ayh beh n ayh chu tunjuk kat dia.Ari tu antar wan balik umah ayh chu,ayh chu tunjuk gak blog kat long siap amik gambar long masuk kat blog.apalagi sukalah org tu kan excited sguhlah gambar masuk blog.Dia yg dok suh masuk blog ni nak suh sampaikan cdgan dia kat ayh beh..mcm tak leh calling2 kan..saja nak merasa bebblog..Long pesan suh ayh beh bt event utk family.mcm famly gthering gitu.btlah kat cherating ke kat mana2lah yg sesuai kata long.Pembelanjaan btlah collection.Kata long perjumpaan besar cucu cicit kuarga arwah aki sementara wan masih ada..pastu blog kami ni ayh beh tlglah cantik2 kan mcm blog ayh beh ni.ain tak reti nak buta dah..kim salam kat mak beh n asif ye..wassalam
BalasPadamYelah, takkan tak boleh. Bila demeh nok bercuti ke melaka dtglah ambil kunci. Mungkin tak banyak baranglah rumah tu. Kena bawa bekal toto, ha ha ha. Tunggu cf dapat dalam bulan 5/6 ni.
BalasPadamshahril ain, ayahbeh dah buat group kat facebook untuk kita bincang pasal apa2lah. Bercuti ke?
BalasPadamtaip je "keluarga pakwe wahid merapoh" kat google, insyaallah jumpa. Joinlah...
blog tu buatlah slow2. Ayahbeh pun kurang reti. Nantilah lain kali ayahbeh ajar sikit2 mana yg. tau.
rumah rembia perkasa tu dah dapat CF pun..tugu kunci jee... nnt teabros call... kami pun beli kat situ...
BalasPadam