Buka Tanah 3


Ini aku nak sambung balik cerita seterusnya pasal buka tanah ni.

Bukannya lama sangat untuk memdapatkan hasil drp. menanam sayur-sayuran ni. Seseminggu dua selepas sayur-sayuran tu ditanam, sayur-sayuran ni dah boleh dipetik untuk dimakan. Best sangat sayur-sayuran ni kerana betul-betul baru dipetik dan sungguh segar. Sayur-sayuran ini juga hidup dengan baja asli iaitu daripada arang atau habuk kayu selepas kawasan itu diperun, bukan daripada baja moden. Penggunaaan racun serangga perosak sayur-sayuran juga kalau digunakanpun amat kurang sekali.

Biasanya mak aku akan buat masak tumis air sayur-sayuran yang baru dipetiknya itu. Aku suka sangat makan sayur masak tumis air drp. putik jagung, putik labu, pucuk labu, pucuk keledek dan macam-macam pucuk tumbuhan lain yang aku sendiripun tak arif. Pucuk yang aku tak ingat namanya tu mungkin sangat jarang digunakan dalam masakan orang sekarang. Sesetengahnaya aku dapat bayangkan lagi bentuk dan warna pucuk-pucuk itu tetapi aku dah lupa namanya. Rasa ralat juga pasal itu, kalau boleh atau berpeluang, aku nak ambil gambar pucuk-pucuk tumbuhan tu dan rekodkan dalam buku sebagai maklumat generasi sekarang dan akan datang.

Kenapa pucuk-pucuk tumbuhan itu sekarang agak jarang lagi digunakan? Sebabnya ramai orang sekarang tidak semahir orang dahulu dalam menyajikan masakan tradisional. Banyak-banyak ramuan masakan orang-orang dahulu tidak lagi digunakan dalam masakan tradisional sekarang kerana kesukaran untuk mendapatkan bahan-bahannya.   Kesukaran ini bukan disebabkan bahan-bahan itu tiada lagi tetapi kerana tumbuhan itu kurang ditanam oleh orang-orang sekarang yang kebanyakkannya bekerja di bandar dan tinggal di kawasan perumahan. Mereka hanya bergantung kepada bekalan sayur-sayuran di pasar-pasar. Kebanyakan sayur-sayuran pula datang dari Cameron Highland yang kebanyakkan diusahakan oleh kaum cina. Mereka kurang arif tentang bahan masakan orang-orang melayu, lebih-lebih lagi masakan tradisional.    

Nantilah aku tanya mak aku. Sayur ni memang best terutama apabila makan panas-panas. Biasanya aku ratah je sampai semangkuk dua.

Selain dibuat tumis air, sayur ni juga sedap dibuat masak lemak putih.

Di sebelah tempat tanam sayur tu ialah Gua Bekong. Gua ni kira antara gua yg. tertinggi di sekitar Merapoh. Jika berada di Stesen Kereta Api  Merapoh, cuba pandang ke arah jalan masuk ke Taman Negara. Tentu kita dapat lihat gua tu.

Selalu aku dengar kokokan ayam hutan di belakang gua ni terutama semasa waktu pagi dan petang. Aku ajak ayah untuk tangkap ayam hutan tu tp. dia tak berminat. Yelah ayah aku masa tu sibuk menjayakan tanah baru tu. Mungkin macam-macam yg. dia fikir dan rancang untuk dusunnya. Yang aku lihat, dia sibuk mencari anak pokok, membuat pancang dan menanam pokok buah-buahan. Aku ni mana terasa sibuk sangat, cuma membantu mak ayah je.

Pada satu petang, aku pergi sorang-sorang ke belakang gua tu untuk meninjau di mana ayam hutan tu lepak. Akhirnya aku dapat mengesan tempat ayam tu apabila aku terserempak dgn. kumpulan ayam tu. Berdasarkan kesan-kesan, aku yakin kat situlah ayam tu selalu lepak. Aku mula memikir macam mana nak tangkap ayam hutan tu.

Aku tanyalah kat ayah macam mana nak buat jerat untuk menangkap ayam hutan tu. Ayah aku bagilah satu idea, dia suruh aku cuba buat jerat bingkas. Dia ajarlah aku cara buat jerat tu. Aku pula memang minat sangat menda-menda macam tu. Tapi pesannya selalulah tengok jerat tu nanti kerana takut ayam hutan tu mati kering je jika terkena kat leher. Jika kena kat kaki tak apa tapi jika kat leher, terjerutlah leher ayam tu nanti.

Inilah lakaran jerat bingkas tu.
Aku rasa tak perlulah diperincikan sangat tentang jerat ni. Pada hari tu aku pergilah pasang jerat tu. Aku pasang dua tiga jerat jugalah. Esoknya aku pergi tengok. Weh memang mengena .... Lepas tu puas jugalah aku makan ayam hutan ni hasil dr. jerat tu tadi.

Ayam hutan ni bukan besar sangat, setakat seekor tu buat tahi gigi jelah.

Bagaimanapun aku rasa barsalah pula sebab ada dah 2-3 ekor ayam hutan yg. mati sesaja terjerut leher. Nak pergi ke belakang gua tu kira jauh jugalah. Kalau petang sangat, seram juga aku. Gelap semacam je hutan ni, ditambah pula bunyi macam-macam binatang kedengaran. Siapa tak seram. Oleh sebab tu, ada juga masa aku tak pergi tengok jerat tu hingga ada ayam hutan mati berulat gitu aje. Akhirnya aku tak mahu lagi pasang jerat tu.

Balik ke kisah sayur yg. mak ayah aku tanam tadi, biasanya sayur ni akan dibawa ke Pekan Sehari Lepeh (Lipis) pada setiap hari Sabtu untuk dijual. Bila tiba masa tu, akulah yang tolong memunggah sayur-sayur ni dgn. motosikal dr. cerang ke Stesen Kereta Api Merapoh.

Biasanya aku akan punggah sayur tu selepas sembahyang Isya`. 2-3 kali jugalah aku berulang-alik memunggah sayur tu. Sekali punggah paling kurang 2 guni atau 2 bakul sayur.

Bukan senang nak punggah barang ni weh. Bukannya pakai kereta tapi guna motosikal je. Bayangkanlah bawa guni dan bakul besar dgn. motosikal. Sayur ni pula ada jenis yg. berat seperti buah labu, mentimun tahun, keledek dan jagung.

Sayur ni akan diletak kat stesen ni hingga kereta
api ke Kuala Lipis sampai kira-kira pukul 5 pagi esok. Kami tutuplah elok-elok supaya tak diusik oleh binatang. Setakat yg. aku ingat tak pernah org. mengusik barang-barang kami tu. Orang Merapoh ni baik-baik belaka.
Pukul 5 pagi esoknya, aku pergi ke stesen untuk menghantar dan menolong mak ayah aku mengangkat sayur naik ke kereta api. Yelah bukannya sikit, sementara aku ada kat kampung ni, aku tolonglah mana yg. patut.

Kadang-kadang tu ada juga aku terus ikut mereka hingga ke Lepeh. Kami tiba di Lepeh lebih kurang pukul 7.30 pagi. Di sini pula, aku kenalah memunggah barang atau sayur tu ke pekan sehari Lepeh.

Taklah jauh sangat, 300 meter je dr. stesen Lepeh. Ada masanya ayah aku akan upah orang untuk bawa sayur tu dgn troli ke situ jika barang terlalu banyak.

Barang yg. kami bawa biasanya dah habis dalam pukul 9 atau 10 pagi. Cepat laku weh. Lepas tu biasalah cari sikit-sikit barang keperluan yg. patut.

Kemudian, kami tunggulah keretapi untuk balik ke Merapoh kira-kira pukul 2 petang. Sampai semula ke Merapoh kira-kira pukul 4 petang, itupun jika kereta api tak berselisih (tunggu kereta api dr. arah bertentangan ) di Chegar Perah. Jika selisih, itulah kadang-kadang kami sampai ke Merapoh hingga pukul 9-10 malam. Penat weh tp. nak buat macam mana. Itulah kehidupan kami.

Pada aku mak ayah pada masa tu taklah susah sangat. Semua anak-anak dah lepas belaka. Aku je belum kerja tp. kira mereka tak banyak menanggung dah sebab aku diberi belanja oleh abang teh. Anak-anak juga kerja boleh tahanlah, makan gaji belaka. Tanah getah pula berpuluh ekar. Tanah kelapa sawit di Ulu Kumbang juga aku rasa dah ada. Saham perumahan juga ada juga terima. Anak-anak juga sedikit sebanyak ada menghulur. Kalau nak ikutkan, lebih pada cukup dah untuk keperluan mereka berdua.

Mak ayah aku ni kira orang yang tak mahu duduk diamlah. Tak boleh rehat lama sikit, kalau tak bekerja sehari mungkin boleh demam lah. Sebab itulah mereka buat kerja walaupun pada masa tu umur masing-masing dah mencecah 60 tahun. Selagi ada kederat, selagi itulah mereka bekerja.

Selain itu, mereka ni ingat sangat ke anak-anak. Tanah-tanah yg. dibuka tu semua untuk anak-anak, bukannya untuk dijual. Mereka berharap anak-anak nanti senang, semua ada. Kerja ada, hartapun ada sikit-sikit. Aku rasa itulah harapan mak ayah aku.

Cerita buka tanah ni kira dah sampai ke penghujunglah. Sudah hampir penuh tanah tu yang mencecah 10 ekar lebih ditanam dgn. pokok buah-buahan. Pokok durian pelbagai jenis selain pokok duku, langsat, dokong, manggis, salak dan lain-lain ditanam di situ. Pisang yg. menjadi tanaman sementara pula dah hampir mengeluarkan hasil. Tak lama lagi, boleh juallah buahnya tu.

Aku pula dah dapat keputusan STPM. Alhamdulillah dapat jugalah sijil penuh. Layaklah untuk mohon universiti tu. Dapat tak dapat tu lain cerita. Lama dah rasanya duduk kat kampung, aku mintalah kebenaran mak ayah aku untuk ke Kuala Lumpur mencari kerja sementara di sana
sementara menunggu peluang yg. lebih bagus lagi.

Memanglah aku kasihan untuk meninggal mak ayah aku bekerja di Bekong tu tapi apakan daya, aku rasa perlu pergi untuk mencari peluang yg. lebih baik.

Aku pun dah lama meninggalkan Merapoh. Aku banyak di luar untuk bersekolah. Masa-masa cuti panjang je aku duduk di kampung. Rasanya tak berapa reti dah nak kerja gaya orang kampung ni.

Wallahuaklam...

2 ulasan:

  1. kalu demeh xcriter ni, kenangan2 ni hampir hilang dari ingatan koi. mklum lah byk ngat bende lain nk dipikir. haa... entry ni pun bakal bakal dcurik utk dokumentasi. TQ

    BalasPadam
  2. Ha ha curik lah. Koi memang cerita mende-mende gini je. Tak gheti nok crite mende lain.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular

Mohlah jengok!

  • *26/9/2024-29/9/2024 Khamis-Ahad(Throwback) * *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ* 27 Sept 2024 Bersambung dari cerita di *Sini*. Mala...
  • Henry Ridley and houseboat, Kuala Tembeling, Malaysia, 1911 Henry Ridley berdiri di tepi rumah bot di Kuala Tembeling di Malaysia, tahun 1911. Beliau me...
  • Halo…Slot Mudah Menang (nonton channel Youtube Slot Mudah Menang)…nice to meet you bagi seluruh pembaca blog ini. Bersama ini penulis sharing informasi pen...
  • بسم الله الرحمن الرحيم Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia... UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...
  • [image: https://drive.google.com/file/d/1gARq5pZPyhDgD94uQfTTxQGasdWyWma6/view?usp=sharing] Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat semua. Sila klik...
  • *Seei Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2020 SK St Mary Kuala Lumpur* *Tarikh : 6.3.2020* *Hari : Jumaat * *Tempat : Dewan St Mary*
  • *Ogawa BG330DT Brush Cutter * Tu dia brand or model mesin rumput yang aku beli baru baru ini. Ini hasil mentelaah pak cik google dan menginterview abam aba...
  • selamat mengundi pada 9 mei 2018
  • APO DAH JADI BLOGSPOT NI MARIN KOBA NAK TUTUP TGK2 ADO LAIE SERUPO IDUP SOGAN MATI TAK MAU TAPI LOBIH TORUK DARI PARTI SUCI TERKONTUT PUN TIDAK..SENDAWO P...
  • Pohpalehh.... Melantung baunye. Dah bubuh bagei gaye dak Awang. Tak amboh ilang jugek. Sabun cak kapok te dah pipih sentei dak Awang ghate ke seme badan ny...
  • Makmur Guesthouse turut menyediakan bilik-bilik untuk disewa. Bilik-bilik ini terletak di kawasan rumah pemilik. Lokasi Makmur Rooms adalah di Kampung Ba...
  • Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
  • Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
  • Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas ...
  • 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
  • *6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
  • ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
  • Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
  • *KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
  • Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
  • Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
  • Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
  • Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
  • *...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
  • *Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
  • Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
  • Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
  • *Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...