Buah Jejetik / Jentik
Masa aku kecil-kecil, aku takut sangat ke hantu ni. Apa taknya, cerita-cerita hantu ni memang selalu aku dengar daripada ahli keluarga aku sendiri dan juga daripada orang-orang tua. Orang tua kata, hantu ni ada bermacam-macam jenis. Ada hantu kubur, pocong, toyol, hantu kopek, hantu tinggi, langsuir, polong dan lain-lain lagi.
Masa tu aku ni nakal sikit jadi mak ayah dan adik-beradik aku akan takutkan aku dengan mengatakan "ada hantu kat situ!" dan sebagainyalah kata-kata yang berkaitan dengan hantu. Akhirnya aku jadi takut sangat ke hantu hingga bila aku nak pergi ke mana-manapun, aku kena berteman.
Masjid kat Merapoh masa tu bersebelahan dengan tanah perkuburan. Sekarang ni masjid tu ditinggal begitu sahaja kerana dah ada masjid baru yang terletak berhampiran dengan perumahan Merapoh. Sayu juga rasa hati bila melihat masjid tu semasa pulang ke kampung.
Di kawasan tanah perkuburan Merapoh pada masa tu banyak tumbuh pokok buah-buahan seperti
pokok macang (bacang), dan jejentik. Masa sekolah rendah, selalu juga aku dengan kawan-kawan sekampung pergi ke sini untuk memanjat pokok tu bila tiba musim pokok tu berbuah.
Walaupun ada orang kata makan buah-buahan daripada pokok yang tumbuh kat tanah perkuburan ni tak elok tapi kadang-kadang aku pergi juga ke tanah perkuburan tu bersama kawan-kawan untuk mendaya buah-buahan di situ. Orang kata pokok-pokok kat situ bajanya diserap daripada orang mati yang dikebumikan kat situlah. Wallahuaklam.
Pokok Jejentik
Sebenarnya aku bukan nak sangat buah kat situ tapi bila dah berkawan, jadi tak seronoklah kalau tak pergi bila kawan-kawan ajak. Jadi, pada suatu hari tu selepas balik dari sekolah, aku mengikut kawan-kawanku memanjat pokok jejentik kat situ. Rasa takut juga tapi aku kuatkan hati untuk ikut juga dia orang ke tanah perkuburan tu.
Semakin hampir aku ke tanah perkuburan itu, semakin kuat takutku. Apatah lagi apabila aku mula ternampak batu-batu nisan dan pokok-pokok bunga yang ditanam di atas kubur-kubur di situ, lagilah seram. Walaubagaimanapun, aku buat saje jelah kerana tak nak kawan-kawan perasan yang aku ni penakut sangat.
Bila nampak je pokok jejentik yang berbuah ranum tu, kami pun terus berlumba untuk memanjat pokok tu. Aku berlarilah sekuat hatiku. Kemudian, apabila sampai di pangkal pokok, aku panjatlah sepantas mungkin untuk mendapat dahan yang paling lebat berbuah. Akhirnya akulah yang berada paling tinggi di atas pokok tu.
Aku pandang sekeliling, nampaklah batu-batu nisan bercerotek sana-sini. Seram juga aku tapi aku terus buat tak tau sambil cuba mendapatkan buah jejentik sebanyak mungkin. Tengah-tengah aku leka memetik buah tu tiba-tiba aku terasa sunyi semacam. Aku lihat ke bawah, tak nampak sorang habuk pun kawan aku. Rupa-rupanya dia orang dah tinggalkan aku kat pokok tu sorang-sorang tanpa aku sedari.
Apa lagi berderaulah darah aku. Aku turun secepat mungkin kerana ketakutan yang amat sangat. Sampai je ke bawah, aku terus pecut selaju mungkin untuk keluar dari kawasan tanah perkuburan itu. Kawasan perkuburan tu pula memang jauh dari rumah orang kampung. Hanya semak dan hutan disekelingnya. Walaubagaimanapun sempat lagi aku mengambil beg sekolah dan membawa buah jejentik yang aku petik tu.
Pengalaman tu masih segar dalam ingatan ku hingga sekarang. Setiap kali aku menziarahi pusara arwah ayah dan abang teh serta ahli keluarga yang lain, aku teringatlah kisah tu. Sayang sekali pokok jejentik tu dah tak ada lagi.
Setiap yang hidup pasti menemui ajal. Tempat yang dulunya kita datang menziarahi orang yang telah tiada akhirnya kita juga mendiami di situ untuk selama-lamanya. Risau aku bila mengenangkan perkara tu lebih-lebih lagi apabila melihat ramai dah ahli keluarga aku telah mendiami kawasan tersebut. Bila pula aku ni ye? Semoga ayah dan abang teh serta ahli kelurga yang telah tinggal di sana sentiasa dalam rahmat Allah. Amin!
pokok berangan pun byk kat situ...
BalasPadamHa ah! Tapi pokok jejentik ni yg. koi paling ingat sebab pristiwa ni.
BalasPadamsalam che hamidi.. buah jejentik ni masa abeli kecik-kecik dulu memang suka amat makan ... nak makan jentik dulu...
BalasPadamHa ah! masa budok-budok semua sedap apatah lagi zaman tu...
BalasPadambkn takat x penah makan,x jumpa pun...rasanya camna ek??
BalasPadamMasam manis. Rasanya buah ni bukan tergolong daripada buah-buahan yg. diminatilah. Lebih sikit masam dr. manis, isi sikit tapi bijinya pulok besar.
BalasPadam