Sekadar gambaran.
Suasana di Ulu Kumbang pada waktu pagi.
Kali ni aku nak cerita sikit pengalaman aku mengikut mak ayah mencari ikan naik di Sungai Gajah Mati. Sungai ni taklah besar, macam anak sungai jelah. Seingat aku, ada satu empangan yang kami panggil gedong dibuat di sungai. Aku pernah tinggal di tepi gedong ni masa ayah aku buat cerang di sini. Itu lain kalilah aku cerita.
Apabila hujan lebat suatu malam tu, ayah aku bercadang nak mencari ikan naik di Sg. Gajah Mati. Ayah aku pun keluarkan lukah, tuwo, tanggok dan sauk yang ada di rumah kami. Ayah aku pesan kepada mak dan aku supaya esok bangun awal sebab nak pergi menangkap ikan naik.
Maaflah, aku dah lupa adik-beradik aku yang lain yang ada bersama kami masa tu. Kalau ada, biasanya semua akan pergi mengikut mak ayah kami mencari ikan naik. Aku ni anak bongsu, jadi mungkin yang lain dah duduk di asrama sekolah menengah, aku tak pastilah.
Esoknya selepas sembahyang subuh dan bersarapan, kamipun bertolaklah ke Sg. Gajah Mati. Nak mencari ikan naik ni kena pergi awal pagi betul. Cahaya matahari baru-baru keluar tu kami dah pergi ke sana dgn. berbekalkan 4-5 tuwo dan lukah, 2-3 tangguk dan sauk. Selain tu mak aku bawalah bekalan untuk kami makan di situ nanti.
Kami akan menuju ke hulu Gedong Gajah mati tu. Mak ayah aku akan tahan tuwo dan lukah di tempat-tempat yang strategik di alur anak sungai yang mengalir ke Gedong tu hingga ke hulu sungai tu. Tuwo ni tahan dengan kepalanya mengadap ke hulu sungai. Ikan naik yang nak turun semula ke gedong tu akan terperangkap di dalam tuwo ni.
Manakala, lukah pula di tahan dengan kepalanya mengadap ke hilir sungai. Ikan-ikan yang berenang ke hulu sungai (ikan naik) akan terperangkap pula di lukah ni. Ikan banyak naik pada waktu pagi dan akan turun semula ke gedong apabila hampir tengah hari.
Lukah dan tuwo ni kena selalu ditengoklah. Jadi mak ayah aku akan sentiasa pergi ke hulu dan ke hilir sungai untuk mengambil ikan-ikan yang terperangkap kat dalam lukah dan tuwo tu untuk di masukkan ke dalam bekas atau guni. Masa berulang-alik tu jugalah kami menangguk dan memedap ikan naik yang menyorok di celah-celah ghebe kayu (tempat akar-akar dari pokok ditebing sungai terjuntai ke dalam air ).
Seronok sungguh masa menangkap ikan ni. Sungai ni memang di tengah hutan betul. Udara di sini memang segar, airnya juga agak jernih walaupaun baru hujan. Redup je sebab kelilingnya dikelilingi pokok-pokok kayu. Susah dah nak jumpa sungai macam ni sekarang. Rasanya tak dapat dah aku nak merasa semula pengalaman macam tu. Tinggal kenangan jelah.
Ikan Baung.
Bila sampai ke rumah, kena menebuk ikan pula. Puaslah kami makan ikan naik ni sampai berminggu jugalah. Dulu takda peti ais tapi mak aku salai dan perkasam jelah ikan ni untuk bagi tahan lama.
Wallahuaklam.
wah,koi boleh terbayang seronoknya tu..walaupun koi x penah merasa suasana begitu....pekena plak ikan sungai segar...pergh!!koi penah ke kg.bantal n kg.mat daling di jerantut....seronok dgr citer org sana,ikan kelah tu deme buat pekasam je!!!
BalasPadamSekarang ni ikan kelah mahal sangat. Ikan kelah kat ulu sg pahang tu memang gred no 1.
BalasPadamkoi ambik criter ni... :)
BalasPadam