Gambar hiasan je ni, bukan ular alir tu
Klik di sini untuk tahu cerita ni dari awal
Sehari dua selepas anak-anak pisang tu ditanam, aku dah boleh nampak perubahan pada anak-anak pisang ni. Di bahagian tengah tempat anak pisang kena potong tu telah menyulur keluar mempulurnya. 3-4 hari selepas tu, mempulur tu semakin memanjang dan sedikit demi sedikit ia bertukar menjadi daun pisang. Jika kebetulan turun hujan di kawasan tu, lebih cepatlah perubahan berlaku pada anak-anak pisang ni.
Sebenarnya tak susah mana menjaga anak-anak pisang ni membesar. Hujan kerap juga turun pada masa itu telah membantu memudahkan kerja kami. Selain itu tempat ni baru diperun atau dibakar hutannya. Tambahan pula, tanah di kawasan ni agaknya memang sesuai dengan tanaman pisang. Justeru dalam tempoh lebih kurang 3-4 bulan sahaja, pokok-pokok pisang ni mulalah berbuah.
Ada satu peristiwa yang agak mencemaskan juga berlaku di kebun ni pada suatu hari. Semasa aku berjalan menuju ke tengah kebun, tiba-tiba aku nampak ayah aku berjalan tergesa-gesa dengan raut wajah yang cemas. Aku merasa hairan dan terus menegurnya. Ayah aku kata dia terjumpa seekor ular yang amat besar dan sekarang dia nak cari buluh untuk memukulnya. Katanya lagi ular itu berada tidak jauh dari sini dan melarang ku daripada berjalan ke situ. Aku meminta ayah aku menunjukkan kepadaku dahulu ular tersebut sebelum pergi mencari buluh. Ayah akupun bawalah aku ke tempat ular tu berada.
Dari kiri: Arwah Faizal, Nor Aini, Fazli dan ayahku tercinta
Lebih kurang 10 meter dari tempat ular tu berada, aku dah nampak dengan jelas ular tu berdiri setinggi hampir 2 meter. Weh, bapak besarnya! Ayah aku kata ular ni ular alir. Ceritanya lagi, ular ni amat berbisa dan garang. Sifatnya juga seperti manusia, menunggu jika dicabar dan pendendam. Aku mula berasa takut kalaulah ayah aku atau kami diserang oleh ular sebesar tu jika gagal memukulnya dengan tepat.Lebih-lebih lagi apabila aku lihat ular tu berdiri tegak je seperti mencabar atau menunggu kedatangan kami.Tiba-tiba ayah mengajak aku balik. Niatnya untuk memukul ular tadi dibatalkan sahaja. Mungkin dia juga berasa seperti apa yang aku rasa.
Setelah 3-4 bulan menunggu pisang ni membesar, akhirnya kini ia telah dapat mengeluarkan hasil. Ayah aku mencari tok peraih yang boleh datang ke kebun untuk mengambil atau membeli pisang ni. Ayah berjaya mencari tok peraih tu yang berasal dari Kota Bahru. Dengarnya tok peraih ni memborong pisang daripada orang-orang kampung di sekitar merapoh untuk dibawa ke Kuala Lumpur. Pada masa tu selain ayah aku memang ramai orang merapoh yang membuka tanah untuk dijadikan kebun. Mereka menjadikan pisang sebagai tanaman sampingan sementara menunggu pokok buah-buahan mereka membesar.
Dalam sebulan biasanya 2 kali tok peraih ni datang mengambil buah pisang. Agak lumayan juga hasil daripada tanaman pisang ni. Setiap kali tok peraih datang, dapatlah ayah aku lebih kurang rm600. Jadi dalam sebulan tu, seribu lebih jugalah pendapatan daripada tanaman pisang ni.
Apabila tiba hari peraih tu nak datang, pagi-pagi lagi aku membawa ayah ke bekong dengan menaiki motosikal. Biasanya peraih ni datang keesokan harinya selepas waktu tengah hari ke atas. Bila tiba masa ni, penatlah badan aku weh. Ayah aku selalunya menebang pokok pisang yang berbuah tua manakala akulah yang kena memunggah pisang-pisang tu ke tepi jalan raya.
Aku punggah pisang ni dengan menggunakan kereta tolak atau kereta sorong. Walaubagaimanapun bukan semua tempat boleh dilalui oleh kereta sorong ni. Aku terpaksa pikul dulu pisang-pisang yang ditebang oleh ayah aku tu ke tepi jalan atau laluan kereta tolak. Letihlah aku pergi balik mencari pisang yang ayah aku tebang untuk dibawa ke tepi laluan tu. Apabila pisang tu dah sampai 7-8 tandan barulah aku angkat ke dalam kereta sorong dan menolaknya ke tepi jalan raya. Jauh juga dari tengah kebun tu ke tepi jalan raya iaitu kira-kira 100 meter lebih kuranglah tapi rasanya ada tempat yang lebih jauh daripada itu. Setandan pisang tu bukannya ringah weh. Aku rasa 15-20 kila tak kuranglah. Pisang yang mahal sikit serta banyak ayah aku tanam ialah pisang nyelai berangan (berangan). Setandang pisang ni memang besar dan beratlah.
Bayangkan lah kerja yang aku buat ni berlanjutan dari pagi sampailah ke tengah hari. Kalau tak siap pada satu hari, hari esok terpaksalah sambung lagi. Ada masa tu aku terpaksa bekerja pantas mengejar masa kerana peraih lewat memberitahu nak datang mengambil pisang. Contohnya telefon malam ni, tengah hari esok nak datang ambil pisang dah. Pada masa tu lagilah letih kerana terpaksa bekerja pantas mengejar masa.
Pisang berangan ni memang sedap. tak silap kat kedai kopi harga sebiji pisang ni rm0.50
Pisang-pisang ni akan dikumpul di tepi jalan besar. Jika peraih datang hari esok, pisang-pisang ni akan ditutup dengan daun pisang supaya tidak rosak terkena cahaya matahari. Sekali kumpul, besar juga timbunan pisang-pisang ni. Seingat aku sekali jual lebih separuh muatan lori kecil 4 tayar tu dipenuhi dengan pisang ayah aku sahaja. Apa taknya, kawasan tanaman pisang ayah aku ni lebih daripada 6 ekar luasnya. Masa memunggah ke dalam lori tu letih jugalah kerana aku dan ayah terpaksa menolong peraih mengangkat pisang-pisang tu.
Selepas kerja memunggah pisang selesai, ayah aku tersenyum lebarlah menerima duit pisangnya. Bila dah semuanya beres, biasanya ayah aku mengajak aku minum dahulu di gerai sebelum pulang ke rumah. Walaupun aku jarang sangat diberi upah tetapi aku berasa puas kerana dapat menolong ayah dan mak aku.
Asal dari kampung... sama la.. cerita dan susana yang pernah abeli alami.. menarik... begitu rutin kita asal dari kampung...
BalasPadamYelah abeli tp banyak yg tinggal kenangan je dah... Budak kampung sekarang ni tak seperti masa kita dulu.. ramai yg. dah senang....
BalasPadambila saya baca cerita ini ingatkan nak rasa suspens sikit tapi bila baru nak rasa suspens pisang datang membunuh perasaan itu..sadisnye..
BalasPadamIni cerita pisang bukan cerita ular
BalasPadam