*26/9/2024-29/9/2024 Khamis-Ahad(Throwback) *
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
27 Sept 2024 Bersambung dari cerita di *Sini*. Mala...
Kesian
Aku dah lupa tahun bila kami mula berpindah dari Ulu Kumbang ke perumahan Merapoh. Kalau tak silap masa aku darjah 5 (1981) lah, kami mula berpindah ke perumahan Merapoh ni. Bila dah berpindah ke sini, Ulu Kumbang mulalah terbiar dari hari ke hari. Akhirnya kawasan di belakang rumah lama aku di Ulu Kumbang menjadi hutan belukar yang menjadi tempat lepak haiwan liar termasuklah kancil.
Semasa aku sekolah menengah, ayah aku ada memasang perangkap kancil di belukar belakang rumah lama aku ni. Ada sekali tu masa cuti sekolah, ayah aku suruh menengok perangkap kancilnya di situ. Aku memang tahu tempat perangkap tu dipasang kerana aku pernah sekali mengikutnya menengok perangkap tu dulu. Selepas sembahyang asar, aku pergilah seorang diri menengok perangkap kancil tu.
Aku berasa takut juga semasa melalui denai menuju ke situ. Memanglah takut weh sebab pada masa tu takda orang dah di Ulu Kumbang ni. Semuanya dah berpindah ke perumahan Merapoh. Kalau sebelah pagi tu mungkin ada juga orang yang menoreh getah di Ulu Kumbang ni. Tahu-tahu jelah kampung tinggal, denai yang dulunya terang dah jadi sempit. Walaupun dulu Ulu Kumbang ni sunyi tetapi taklah sesunyi sekarang.
Lebih kurang setengah jam berjalan kaki dari rumah aku di perumahan, tibalah aku ke rumah lama kami. Masa tu rumah lama kami ni cuma tinggal bahagian depan sahaja. Rumah ini kelihatan masih kukuh lagi tetapi disekelilingnya sudah penuh dengan semak-samun. Bahagian dapurnya pula telah dirobohkan kerana kayu dan papannya ayah aku ambil untuk dibuat menyambung rumah kami di Perumahan Merapoh.
Setibanya di situ, aku terus masuk ke repoh di balakang rumah tu. Kawasan ni tak ada pokok-pokok besar tetapi sebaliknya hanya ada pokok- pokok yang kecil setinggi 3-4 meter sahaja. Sebenarnya kawasan belakang rumah di Ulu Kumbang ni dulu adalah satu kawasan yang terang kerana mak ayah aku selalu menjadikan kawasan ini sebagai tapak menyemai benih padi atau menanamnya dengan sayur-sayuran. Oleh itu, tidak adalah lagi pokok besar di kawasan ini lagi.
Dari jauh lagi aku dah nampak seekor kancil terperangkap di dalam perangkap tu. Hatiku melonjak gembira kerana usaha aku menengok perangkap ni nampaknya berbaloi juga. Aku terus menghampiri perangkap tu sementara fikiran ku mula mencari idea bagaimana untuk memegang dan menyembelih kancil tu seorang diri nanti.
Biasanya aku hanya menolong ayah aku menangkap kancil yang terperangkap di dalam perangkap tu serta tolong memegang semasa ayah aku menyembelihnya. Bukan senang nak menangkap kancil di dalam perangkap tu. Jika tersilap langkah, kancil boleh terlepas begitu sahaja. Akhirnya aku fikir kancil ni nanti terpaksa aku masukkan sahaja ke dalam guni yang aku bawa tanpa menyembelihnya kerana bukan mudah untuk menyembelihnya seorang diri.
Setibanya di tepi perangkap tu, aku terus mengintai di celah-celah kayu untuk melihat kancil yang terperangkap di dalamnya. Aku agak terkejut kerana kancil yang terperangkap ni buncit sekali. Kancil ni bunting rupa-rupanya. Aku mula berasa kesian untuk menangkapnya. Llebih-lebih lagi untuk menyembelihnya dalam keadaannya yang bunting begini. Akhirnya aku memutuskan untuk melepaskan sahaja kancil ni. Fikirku walaupun tak dapat makan lauk kancil tetapi tindakan aku ini memang sepatutnya dilakukan. Aku kesian benar dengan kancil ni dan kandungannya.
Apa yang melucukan, semasa aku mengangkat perangkap untuk membiarkannya keluar, kancil itu tidak berlari keluar tetapi sebaliknya pergi menyorok di hujung perangkap tu. Aku terpaksa menjoloknya dengan sebatang kayu untuk memaksanya keluar daripada perangkap tu. Akhirnya kancil itu keluar juga lalu berlari pantas untuk menyelamatkan diri. Aku masih ingat bagaimana gaya kancil tu berlari menyelamatkan diri di celah-celah pokok di repoh tu. Hmm..agak melucukan... hahaha!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Mohlah ikut aku!
Catatan Popular
-
Macam biasalah musim-musim cuti ni banyaklah orang buat kenduri kahwin. Seronok juga aku bila pada cuti sekolah akhir tahun baru-baru ini (2...
-
Masa aku kecil-kecil di Ulu Kumbang dulu, jenuh juga aku merasa lauk kancil ni. Ayah aku memang pandai benar buat perangkap kancil ni. H...
-
Hari ini aku nak cerita sikit macam mana aku buat kelubi jeruk. Kelubi ni aku beli kat gerai orang asli tepi jalan menuju ke Gambang dari K...
-
Akar tuba. Antara aktiviti yang tak dapat aku lupakan di Merapoh ni khususnya di Ulu Kumbang ialah menuba ikan. Menuba ikan ni biasanya...
-
Pandangan jalan masuk ke pejabat SMKA SHOAW, semasa aku pertama sekali melangkah ke sekolah ni pada tahun 1989. Setelah tamat tingkata...
Mohlah jengok!
-
-
Henry Ridley and houseboat, Kuala Tembeling, Malaysia, 1911 Henry Ridley berdiri di tepi rumah bot di Kuala Tembeling di Malaysia, tahun 1911. Beliau me...
-
Halo…Slot Mudah Menang (nonton channel Youtube Slot Mudah Menang)…nice to meet you bagi seluruh pembaca blog ini. Bersama ini penulis sharing informasi pen...
-
بسم الله الرحمن الرحيم Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia... UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...
-
[image: https://drive.google.com/file/d/1gARq5pZPyhDgD94uQfTTxQGasdWyWma6/view?usp=sharing] Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat semua. Sila klik...
-
*Seei Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2020 SK St Mary Kuala Lumpur* *Tarikh : 6.3.2020* *Hari : Jumaat * *Tempat : Dewan St Mary*
-
*Ogawa BG330DT Brush Cutter * Tu dia brand or model mesin rumput yang aku beli baru baru ini. Ini hasil mentelaah pak cik google dan menginterview abam aba...
-
selamat mengundi pada 9 mei 2018
-
APO DAH JADI BLOGSPOT NI MARIN KOBA NAK TUTUP TGK2 ADO LAIE SERUPO IDUP SOGAN MATI TAK MAU TAPI LOBIH TORUK DARI PARTI SUCI TERKONTUT PUN TIDAK..SENDAWO P...
-
Pohpalehh.... Melantung baunye. Dah bubuh bagei gaye dak Awang. Tak amboh ilang jugek. Sabun cak kapok te dah pipih sentei dak Awang ghate ke seme badan ny...
-
Makmur Guesthouse turut menyediakan bilik-bilik untuk disewa. Bilik-bilik ini terletak di kawasan rumah pemilik. Lokasi Makmur Rooms adalah di Kampung Ba...
-
Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
-
-
Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
-
Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas ...
-
27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
-
*6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
-
ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
-
Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
-
*KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
-
Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
-
Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
-
Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
-
Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
-
*...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
-
*Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
-
Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
-
Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
-
*Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...
-
-
-
-
kancil tu nyuruk sbb takut midie tangkap dia dr depan...
BalasPadamYelah! he he, walaupun cerita dulu-dulu kata kancil ni cerdik tp kancil yg ini pulok rasa selamat duduk dalam perangkap daripada lari keluor...
BalasPadamApasal la bagi lepaskan kancil tu??? Kan baik kalau dijaga makan minumnya,buatkan satu sangkar untuknya sehingga melahirkan anaknya tu.Cuba pikir,bila kancil bunting ,lepas tu terperangkap pulak,mesti la semangat nya 'DOWN' bro...aduhaiiii
BalasPadam