Rindu pula rasanya nak menghidupkan lampu gasoline seperti yang biasa aku buat dulu-dulu apabila menjelang senja
Pada peringkat awalnya, kemudahan elekterik juga tidak disediakan di perumahan ini. Pada waktu malam, rumah-rumah di sini hanya disinari cahaya pelita dan gasoline. Setiap kali aku balik dari masjid setelah bersolat Isyak berjemaah, dapatku lihat kerlipan cahaya pelita atau gasoline di celah dinding atau di sebalik pintu rumah-rumah penduduk kampung.
Pada masa itu, lampu suluh menjadi alat wajib bagi setiap rumah. Ayah aku mesti menggunakan lampu ini untuk berulang-alik ke masjid pada waktu malam atau ke stesen kereta api pada jam 5.00 pagi apabila setiap kali hendak ke Kuala Lipis. Tergambar lagi pada masa aku hendak ke Kuala Lipis, cahaya lampu suluh penduduk kampung yang menuju ke stesen kereta api sayup-sayup kelihatanlah di sana-sini.
Tanpa elektrik dan lampu jalan, mereka perlukan lampu suluh kerana keadaan sekeliling gelap-gelemat. Hanya apabila bulan terang sahajalah jalan-jalan di perumahan ini dapat dilihat dengan lebih jelas tanpa memerlukan lampu suluh.
Masih dapatku bayangkan keindahan suasana malam di waktu bulan menerangi kawasan perumahan itu tetapi sayang sukar pula untuk diceritakan. Sekarang ni rasanya keindahan di waktu itu tidak dapat dinikmati sepenuhnya kerana telah dikaburi oleh lampu-lampu jalan di sana-sini.
Di kampung lama dahulu apabila selepas waktu Maghrib, hanya bunyi cengkerik kedengaran di sana-sini. Di perumahan ini pula, sehingga pukul 10.00 malam tidaklah sesunyi seperti semasa di kampung lama kerana masih kedengaran suara orang berbual dan sebagainya. Kedudukan rumah yang berdekatan antara setiap buah rumah membolehkan mereka berkumpul untuk berbual dan sebagainya terutama bagi golongan remaja.
Bagaimanapun tidak berapa lama selepas berpindah, keadaan malam di RPS Merapoh berubah sedikit apabila ada di antara penduduk kampung yang berkemampuan telah membeli generator. Aku juga dapatlah menikmati cahaya lampu mentol bulat yang digantung di beberapa tempat di dalam rumahku yang wayarnya disambung kepada generator Abang Idin, jiran yang juga saudara kami.
Setiap bulan kami akan membayar lebih kurang rm15 kepada Abang Idin kerana perkhidmatan tersebut. Walaupun generator ini dipasang hanya lebih kurang 5 jam sahaja iaitu dari pukul 7.00 hingga 12.00 malam tetapi ini telah banyak membantu memudahkan kerja di rumah seperti memasak dan sebagainya.
Macam pernah nampaklah... Rasanya beginilah generator seorang lagi jiran kami yang aku panggil Abang Ninggal. Engkol diperlukan untuk menghidupkan enjin ini.
"Kena laju sikit pusing engkol tu weh! Kalau tak kuat mana nok iduk.... Aduh... lengoh bahu keh!"
Bukan kami sahaja, ramai lagi penduduk kampung yang berkongsi begitu. Satu generator biasanya akan membekalkan elektrik kepada dua atau tiga buah rumah. Justeru, suasana malam di perumahan ini berubah dengan deruman bunyi enjin di sana-sini sehingga lebih kurang pukul 12.00 malam.
Lumrahlah, ada juga yang mengelat apabila tanpa pengetahuan tuan punya generator, mereka menambah beberapa mentol lampu atau alatan elektrik lain seperti televisyen. Akibatnya enjin generator tersangkut-sangkut kerana terpaksa membekalkan tenaga elektrik melebihi keupayaannya. Adakalanya keadaan ini menimbulkan ketegangan antara penduduk.
Akan disambung lagi.... Baca lagi? Klik!
Lumrahlah, ada juga yang mengelat apabila tanpa pengetahuan tuan punya generator, mereka menambah beberapa mentol lampu atau alatan elektrik lain seperti televisyen. Akibatnya enjin generator tersangkut-sangkut kerana terpaksa membekalkan tenaga elektrik melebihi keupayaannya. Adakalanya keadaan ini menimbulkan ketegangan antara penduduk.
Akan disambung lagi.... Baca lagi? Klik!
Bile nampok lampu geselin ni teringat weh koi kene bahan dek kerawei...
BalasPadamJangan main, sakit kena menatang tu weh!
BalasPadamKoi sempat merase zaman lampu ni... Kenangan2....
BalasPadam