SK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang

SK Merapoh ni besar ertinya kepadaku. Tangki air serta bangunan sekolah yang ada mural dan kantin di sebelah kanan tu memang dah lama. Ia menjadi nostalgia hidupku. Di bangunan itulah terletaknya kelas aku semasa darjah satu, dua dan tiga.

Ini aku nak cerita sikit masa zaman aku sekolah rendah. Masa aku darjah 1, aku berulang dgn. berjalan kaki  dari Ulu Kumbang ke SRK Merapoh yang jaraknya kira-kira 5km. Ha.. jauh tu, sekarang ni rasanya susah dah nak jumpa budak sekolah rendah jalan kaki sejauh tu utk ke sekolah. Itu kira dekat.. Ada yang berulang ke sekolah  lebih jauh lagi. Macam yang duduk kat kg. sekitar Merapoh seperti Kg. Telok Gunung. Agaknya mereka berjalan hampir 10km lah..

Semasa tu, kebanyakkan murid memakai kasut getah. Jenama Fong Kiong tak silap aku. Harganya dalam 2-3  ringgit. Sesiapa yang pakai kasut kain jenama Bata tu kira anak orang kayalah walaupun harganya takdelah mahal sangat, kira-kira 5 ke 6 ringgit je. Maklumlah ibu bapa masing-masing susah masa tu, hanya kerja noreh getah kebanyakkannya.

 Semasa musim hujan, kasut getah ni basah, masa berjalan berbunyilah "plup! plap! plup! plap". Apabila musim kemarau pula, kaki selalu melecet sbb. kulit bergesel dgn getah panas yg. dibakar cahaya matahari, terutama apabila tidak pakai stokin.


Semasa aku ikut rombongan ke KL.
Di Tasek Perdana ni.. Rasanya masa aku darjah 6.


Weh, sekarang ni budak bawa duit banyak ke sekolah. Aku dulu biasanya bawa duit 10 sen je. Dapatlah makan nasi lemak atau bihun dgn air paip. Kekadang dapat 20 sen atau 50sen tu kira hebatlah. Anak aku sekarang bawa duit 2 ringgit ke sekolah masih merungut lagi. Yelah brg. sekarang mahal...






Gambar ni kat padang SRK Merapoh sekarang. Gua di belakang tu namanya Gua Layang. Pada aku byk ceritalah bila tengok gua ni. Ant.nya kat situlah aku hampir nahas.








Penduduk Merapoh pada masa tu petani aje. Adalah sebuah balai polis kat situ berbangunan batu. Canggih sungguh rasanya balai tu pada masa tu. Selain anak cikgu, kami anggap anak polis ni lebih standartlah dari kita org. Terasa rendah diri bila lihat mereka ni pakai pakaian, beg, pensil, mainan dll yg hebat-hebatlah pd. kami.

Bila hari raya, balailah tempat singgahan utama kami selain drp. kubur. Kat kubur, kami yang budak-budak ni akan diberi duit 20sen setiap kali  tolong bertahlil kat kubur orang. Orang dewasa tak taulah pula diberi berapa. Selepas habis bertahlil, barulah kami diberi duit. Terpaksalah kami tunggu hingga habis tahlil utk. dapatkan duit tu. Tak ikhlaslah macam tukan tetapi itulah zaman kanak-kanak. Yang penting kami dapat cari duit raya sebanyak yg. boleh. Kalau bertahlil banyak tempat, banyaklah duit yg.  dapat. Biasanya dapatlah seringgit lebih. Kasihan...

 Di balai pula kami dapat duit raya 20sen sekali singgah. Sebab tulah kami suka sangat beraya di situ. Kat rumah org. kampung, jaranglah dapat duit raya ni. Kumpul-kumpul semua duit tu, kalau dapat 10 ringgit kira banyak sangat dah. Anak aku sekarang ni dapat duit raya sampai 2-3 ratus tu biasa je. Selalunya duit tu kami habiskan buat beli mercun je. Mercun masa tu murah, banyak jugalah boleh beli.

Apabila aku masuk darjah 2, senanglah sikit sebab mak aku dapat tender kantin. Mewah aku masa tu. Makan minum boleh tambah ikut suka hati. Takdelah penat aku berjalan kaki lagi sebab mak aku duduk kat kantin je. Masa cuti barulah  kami balik ke Ulu Kumbang.

Masa mak aku berniaga kat kantin sekolah ni, aku senang dapat duit. Bila-bila je aku boleh minta dgn. mak aku. Setakat 40-50sen tu biasa je. Masa tu aku ni jenis malas menulis. Bila tulis lama-lama rasa sakit-sakit pula jari ni. Dahlah tulis lambat. Banyaklah latihan-latihan yg. cikgu bagi tak siap. Ada seorang kawan aku tu cekap sangat menulis. Jadi aku upahnya menulis utk. aku. Sekali salin aku bayarlah 5sen atau 10sen. Ha, ha, tp. cara ni tak bertahan lama. Akhirnya aku kena marah dgn. Cikgu Zainabun. Dia cam tulisan tangan aku. Lepas tu terpaksalah aku tulis sendiri. Jasa cikgu ni akan tetapku kenang. Dia dah lama meninggal. Semoga roh guruku ini sentiasa dirahmati Allah.

Lambat juga aku ni boleh membaca. Aku ni terlalu nakal dan tak berikan tumpuan semasa belajar agaknya. Nak naik darjah 3 baru aku boleh membaca. Terima kasihlah pada abg. bong kerana memarahi aku kerana aku tak boleh-boleh lagi membaca walaupun dah nak masuk darjah 3.

Masa tu abg. bong menjadi ustaz di sebuah sekolah menengah di Seberang Prai, Pulau Pinang. Kira hebatlah kat kampung aku abang bong ni kerana dia berjaya masuk ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Masa tu kurang sangat di kawasan kampung aku ni yg. berjaya belajar ke sana. Ada sekali tu aku ikut mak ayah ke rumahnya. Dia bawalah kami jalan-jalan kat bandar. Aku mintalah dia belikan majalah Gila-gila. Abg. bongpun belilah. Aku sebenarnya suka tengok kartun kat majalah tu je, bukan boleh bacapun. Apabila balik ke rumahnya, abg. bong suruh aku baca, dia nak dengar. Mungkin dia dah agak aku tak boleh membaca lagi. Ha.ha, gelabahlah aku kerana tak boleh membaca. Apa lagi membebellah dia kat aku tak henti-henti. Dia kata adik iparnya Si Faizal tu dan lancar membaca walaupun muda setahun drp. aku. Lepas tu aku rasa malu... sangat.


Dari kiri: Abg. bong, anak aku Hasif Zakwan, adik, Kak Zan, mak, kakak, cucu saudara.
Gambar abang bong (Razali) dan keluarga semasa berkunjung ke rumah kami di Temerloh Jaya.

Apabila balik ke Merapoh semula, aku belajar membaca sorang-sorang kat dalam bilik. Aku melancar sukukata-sukukata dlm. buku sekolah. Sehingga kadang-kadang waktu petangpun aku tak keluar bermain.  Mak aku suka sangatlah tengok perubahan aku ni. Aku buat macam tu dalam seseminggu dua dan akhirnya aku berjaya membaca.

Masa darjah 1 dan darjah 2, biasanya aku dapat nombor yang akhir-akhir. Apabila aku naik darjah 3, peperiksaan pertengahan tahun, aku dapat nombor yang ok sikit. Periksa akhir tahun pula aku berjaya mendapat nombor 3. Tahun-tahun yg. berikutnya aku terus dapat bertahan daripada  nombor 2-4. Kira oklah kan. Ini kerana aku dah dapat membaca. Terima kasihlah abg. bong kerana marah kat aku dulu. Itulah namanya marah-marah sayang, betul tak?

Aku ni kira antara budak yg. terlalu nakallah masa kecil. Suka bergaduh dan buat perkara-perkara yg. mencabar. Bukan aku nak bangga dengan perangai aku ni cuma aku nak bercerita je ok. Biasalah aku bertumbuk ni, balik rumah lebam sana lebam sini. Dua tiga org. nak lawan aku, aku lawan....

Di sekolah aku tu, ada sebuah stor utk. menyimpan perabot sekolah yg. dah rosak. Bertimbun kerusi meja murid kat situ. Stor tu satu bangunan berdinding papan dan beratapkan zin. Aku dan kawan-kawan suka sangat main kat situ kerana kerusi meja tu kami dapat susun jadikan bermacam-macam kenderaan seperti jet perang, kereta dan sebagainya utk. kami bermain.

Pada satu hari, kami jumpa sarang tebuan tanah kat pagar dekat stor tu. Punyalah pelik, kami jolok tebuan tu dgn. kayu. Tak takut maut ke? Bila tebuan tu kejar, kami lari sekuat hati. Beberapa kali percubaan, kami selamat. Tak taulah kenapa, kami berasa seronok pula bermain macam tu.

Akhirnya aku semakin berani dan pergi semakin hampir dgn. sarang tebuan tanah tu. Kali ini aku kena. Tebuan sengat kat kepala dan belakang aku. Melolonglah aku sambil berlari sekuat hati. Sakit tak terkiralah. Rasanya  5-6 ekor tebuan jugalah yg. menyengat aku. Bukan aku seorang, kawan-kawan aku pun menerima nasib yg. sama. Apabila sampai di pentas di tepi padang sekolah, Cikgu Mat yg. lalu kat situ nampak kami. Dia jampilah kat cincin dia dan tenyeh kat tempat kami kena sengat. Lepas tu aku terus balik rumah.  Demam aku jadinya. Lama jugalah mengidap dan tak dapat datang ke sekolah.

Inilah jambatan konkrit ke SK Merapoh. Dahulu zaman aku sekolah rendah pernah hanya sebatang balak sahaja dilintangkan di sini sebagai titian murid-murid ke sekolah. 

Masuk darjah 5, mak aku dah tak berniaga lagi. Aku berulang baliklah ke Ulu Kumbang. Masa tu abg. aku semuanya dah sekolah menengah. Kat Ulu Kumbang pula kurang org. Jadi, aku selalu balik sorang-sorang. Lepas 'slow' (tempat perhentian sekejap keretapi), aku selalu berlari sebab takut lalu kawasan kebun getah dan hutan. Selalu juga aku terserempak dgn babi hutan. Ada sekali tu aku terpaksa panjat pokok getah apabila terserempak dengan sekawan babi. Lama jugalah aku menunggu di atas pokok getah tu sehingga babi hutan tu beredar.

Itulah secebis kisah aku semasa aku sekolah rendah yg. masih aku ingat. Kalau nak dicungkil, tak tertulis rasanya apa yg. telah dialami. Kisah demi kisah akan terus berlaku dalam hidup kita. Ada yang pahit dan ada yang manis. Pada aku jangan disalahkan kisah lama. Apa yg. penting dapatkah kita mengambil iktibar drp. kisah itu yg. telahpun berlalu.

5 ulasan:

  1. ambuih deme yak... koi bru nk rangka criter demeh dh bcriter... bgus2! hihihi

    BalasPadam
  2. kahkahkah..tang babi hutan mmg lawak kahkahkah..kome pun selalu masa kecik2 terserempak dgn menatang tuh...kome pandnag dia..dia pandang kome..masing2 terperanjat..babi tuh lari...kome pun lintang pukang kahkahkah

    BalasPadam
  3. pandai ayah beh mengarang ye,, nih boleh buat novel ni. nanti sambunglah lagi,, cerita kaweh tak masuk lagi tu. hehe.

    BalasPadam
  4. Rie, nanti keh buat sikit cerita pasal aok. Tunggu. He he. Kirim salam semua ye.

    BalasPadam
  5. Tengok gambar Cikgu mat Som. teringat semasa bertugas di SK Merapoh. Bagitu juga dengan Cikgu Zainabon.Tak sempat bertemu dengannya semasa berkunjung ke Merapoh. Al fatihah untuk allahyarhamah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular

Mohlah jengok!

  • 9 March 2024 Sabtu Sambungan dari cerita kat *SINI *. Walaupun nak mencari kedai Roti Canai Kayu Arang tempat dan jalannya sempit tapi berjaya ...
  • [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [ima...
  • Halo…Slot Mudah Menang (nonton channel Youtube Slot Mudah Menang)…nice to meet you bagi seluruh pembaca blog ini. Bersama ini penulis sharing informasi pen...
  • بسم الله الرحمن الرحيم Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia... UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...
  • [image: https://drive.google.com/file/d/1gARq5pZPyhDgD94uQfTTxQGasdWyWma6/view?usp=sharing] Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat semua. Sila klik...
  • *Seei Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2020 SK St Mary Kuala Lumpur* *Tarikh : 6.3.2020* *Hari : Jumaat * *Tempat : Dewan St Mary*
  • *Ogawa BG330DT Brush Cutter * Tu dia brand or model mesin rumput yang aku beli baru baru ini. Ini hasil mentelaah pak cik google dan menginterview abam aba...
  • selamat mengundi pada 9 mei 2018
  • APO DAH JADI BLOGSPOT NI MARIN KOBA NAK TUTUP TGK2 ADO LAIE SERUPO IDUP SOGAN MATI TAK MAU TAPI LOBIH TORUK DARI PARTI SUCI TERKONTUT PUN TIDAK..SENDAWO P...
  • Pohpalehh.... Melantung baunye. Dah bubuh bagei gaye dak Awang. Tak amboh ilang jugek. Sabun cak kapok te dah pipih sentei dak Awang ghate ke seme badan ny...
  • Makmur Guesthouse turut menyediakan bilik-bilik untuk disewa. Bilik-bilik ini terletak di kawasan rumah pemilik. Lokasi Makmur Rooms adalah di Kampung Ba...
  • Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
  • Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
  • Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas ...
  • 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
  • *6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
  • ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
  • Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
  • *KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
  • Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
  • Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
  • Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
  • Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
  • *...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
  • *Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
  • Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
  • Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
  • *Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...