Masa sekolah menengah, dalam tingkatan 2 atau 3. ayah aku ada buka tanah bersebelahan dengan kebun getah pinggir (kebun getah di pinnggir kg. aku). Tempat ni dekat dgn Gua Bekong. Ayah aku tanam pokok buah-buahan seperti pokok durian, rambutan, duku, langsat, dokong, manggis, mata kucing dan sebagainya di tanah baru ni.
Sementara itu pisang juga ditanam sabagai tanaman sampingan. Dapat juga hasilnya sementara menunggu pokok buah-buahan itu membesar.
Dari dusun baru tu aku dapat lihat satu lubang gua di Gua Bekong tu. Lubang gua tu agak besar tetapi kedudukannya tidaklah berapa tinggi dari kaki gua pada hematku. Aku mula teruja untuk pergi ke situ. Aku fikir kat situ nanti aku akan dapat melihat satu pemandangan luas dan indah dari tempat tinggi.
Pada satu hari, abang cik aku yang menjadi peneroka di Felda Keratong 3 iaitu Ramli telah pulang ke kampung. Aku mengajak abang cik mendaki ke lubang gua tersebut. Abang cik setuju maka pada suatu hari, waktu tengah hari kamipun mendakilah ke situ.
Weh! rupanya nampak je rendah tempat tu tetapi apabila didaki, jerih juga hinggakan kami terpaksa menggunakan sebatang kayu yang disandarkan ke pintu lubang gua tu untuk membolehkan kami memanjat masuk ke dalam lubang gua tu.
Dri kiri: Abang cik, Rozi(anak sulung),
isteri dan kak long (anak buah).
Aku dapati tanahnya, ceroi dan lembut. Mudah sahaja hujung parangku menusuk ke dalam tanahnya. Walaupun parangku sudah menusuh hingga ke hulu tetapi hujungnya tidak terkenapun batu dilantai gua tu. Aku mula mengajak abang cik menggali tanah tu. "Manalah tau kot-kot ada harta karun", gurau ku.
Kami pun menggalilah tanah di situ. Tidak sampaipun sekaki tiba-tiba aku tercungkil tulang. Aku tunjukkan tulang tu kepada abang cik. Dia kata tulang beruk je tu. Selepas tu kami jumpa banyak lagi tulang bersama cebisan tikar mengkuang dan serpihan mangkuk. Mulalah kami pelik macam mana barang-barang tu boleh ada bersama tulang tu.
Sebatang tulang yang agak besar serta serpihan tembikar kami bawa balik ke pondok untuk kami tunjukkan kepada emak dan ayah. Setelah diteliti oleh meraka, rupa-rupanya tulang tu adalah tulang manusia. Emak aku cerita dulu-dulu ada sepasang Cina tinggal di kampungku telah kematian anak . Suaminya bawa mayat anak mereka ke kawasan ni utk. ditanam tetapi tidak pasti pula di mana. Mungkin dia tanam anaknya di situ. Mak dan ayah aku dengan yakin memberitahu tulang tu sebenarnya adalah tulang bahu budak.
Wallahuaklam.
ramai org nk lemas kat situ weh, tmasuk la koi.
BalasPadamkok ade mangkuk&tikar mengkuang?
BalasPadamabg midie maneh artikal lagi nok baca nih..
BalasPadam